Hari ini saya berkesempatan mengikuti satu bengkel yang amat menarik dan amat jarang diperolehi dibandar ini . Bengkel tersebut ialah 'Bengkel Kemahiran Berfikir Islami'..Bengkel selama 2 hari ini diadakan di Hotel Regency Alor Setar. Penceramah dan juga fasilitator program ini ialah Prof Dr. Sidek Baba, seorang intelektual Islam yang terkemuka yang juga seorang pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Apa yang menarik melalui bengkel ini saya telah didedahkan betapa selama ini kita sentiasa didedahkan kaedah-kaedah berfikir berasaskan dari barat. Pemikiran secara barat banyak menghubungkan akal atau minda dengan asas-asas yang rasional, logik, kritikal, analitis dan strategik. Ramai intelektual melayu yang terbawa-bawa dengan pemikiran barat ini. Ianya tidak menghubungkan pemikiran itu terhadap Yang Maha Esa.
Penulis sedang menjamu selera bersama dengan Prof Dr Sidek Baba sambil mengambil kesempatan mengetahui lebih lanjut akan pengalaman penceramah yang penuh warna warni kehidupan ini dan pernah ditahan dibawah ISA atas asas hubungan baiknya dengan DS Anwar Ibrahim pada ketika itu.
Sebagai seorang Islam , nilai-nilai Islam merupakan sandaran berfikir yang utama untuk menghubungkan pemikiran dengan keupayaan akal berasaskan AL Quran sebagai petunjuk. Bengkel ini telah memberikan pendedahan dan latihan mengenai berfikir secara Islami. Akal yang dipandu dari sumber Al Quran akan menghasilkan ilmu yang membuktikan tanda-tanda kebesaran Allah SWT.
Berfikir bukan sahaja suatu kegiatan akal tetapi ianya boleh dibentuk sebagai suatu kemahiran. Kemahiran berfikir tidak datang begitu sahaja, tetapi memerlukan latihan dan juga persiapan. Berfikir sekadar berfikir dan melihat sesuatu seadanya tidak akan mendatangkan apa-apa kemahiran. Tetapi, apabila sesuatu itu ditanggapi berasaskan perspektif tertentu, maka kemahiran berfikir mula tercetus.
Berfikir secara tadabbur (memerhati dengan kecenderungan untuk mengetahui, mengkaji, dan menyelidik) tidak melihat sesuatu secara zahiriah sahaja atau gambaran luar sahaja, tetapi membimbing manusia bertanya disebalik adanya sesuatu, tentu adanya proses penciptaan. Sesuatu itu tidak dicipta atau dijadikan atau wujud dengan begitu sahaja tetapi mempunyai sebab-sebab tertentu. Walaupun keupayaan berfikir tidak mungkin mampu menjawab semua persoalan, tetapi ada pedoman asas yang membolehkan seseorang menghubungkan faktor kewujudan dengan faktor penciptaan dan faktor penciptaan sebagai sumber hikmah..Sebagai orang Islam kita perlu kaitkan segala kejadian dan penciptaan dengan Allah SWT.
Saya selalu menggalakkan anak-anak buah saya supaya berfikir dan bertindak secara kreatif dan proaktif. Berfikir secara kreatif akan menghasilkan idea-idea baru dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan menyelesaikan sesuatu masalah yang berbangkit. Kreativiti akan menghasilkan keindahan dan keseronokan dalam kehidupan kita apatah lagi ...Setiap aktiviti kehidupan kita jika betul niatnya akan menjadi ibadat dan mendapat keredzaan Allah SWT. Proaktif akan membuatkan kita bertindak tanpa disuruh-suruh. Pegawai atasan pasti suka dan amat menghargai jika setiap daripada kita ada pemikiran kreatif dan proaktif.
Oklah terlalu akademik sangat cerita kali ini..elok pematikan perbualan kita setakat ini sahaja. Cukup sekadar intisari apa yang saya perolehi sepanjang kursus ini.. Walaubagaimana pun saya amat bertuah dapat mengikuti bengkel ini..sekurang-kurangnya ianya memberi pemikiran baru dalam berfikir yang diberi panduan oleh penceramah yang berkaliber...selama ini apa yang diamalkan tidak diberi petunjuk yang sistematik hanya sekadar pembacaan sahaja.
asriredha
teratak kasih
alor setar
Memberi ulasan & membuat analisa mengenai sesuatu peristiwa untuk maksud penerbitan diblog ini adalah sesuatu yang menyeronokkan. Lbh teruja lg kalau tulisan sensasi dibaca org ramai, mendapat reaksi positif & menjadi topik perbualan. Sudah pasti ianya akan menjadi kepuasan kpd penulis. Pandangan & ulasan saya dlm blog ini jika terkena & menyinggong perasaan sesiapa itu bukanlah niat saya.
15 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- Barcelona (3)
- berita dari sik (8)
- diari harian (19)
- german (1)
- Haji 2017 (1)
- Istanbul dan Bursa (1)
- ITB Berlin (2)
- jeju panorama (1)
- KCS (1)
- kewangan (1)
- komen dan pandangan (17)
- kursus (5)
- lawak (3)
- lawatan (5)
- lawatan aceh (1)
- lawatan shanghai (1)
- maklumat (5)
- marris (1)
- merdeka (1)
- muhamad al fateh (1)
- pamd (1)
- panduan (6)
- pendapat (13)
- perbendaharaan (1)
- personal (1)
- politik (2)
- rencana (4)
- riadah (8)
- sambut birthday (1)
- serambi mekah (1)
- sibu (1)
- smart city (1)
- speks (1)
- sprm (1)
- stadium (1)
- tahniah (2)
- tautan kasih (1)
- ulasan (4)
- umrah (1)
- vacation (16)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.