31 October 2009

KeMbArA LaTa LeMbU EmAs

Kalau selalu berada dan bekerja di ofis, kadang-kadang 'tension' juga..Ya lah asyik memikirkan fasal kerja aje, apa nak dibuat, apa yang diarah, apa yang kena arah, apa yang kena peringatkan, apa yang kena diselesaikan dan macam-macam lagi....Kita sentiasa diburu dengan tugas yang sentiasa `menanti dan masa yang terhad..namun serajin mana kita berusaha, kerja yang menanti tidak akan selesai...


Sebagai alternatif untuk menenangkan fikiran dan sekaligus untuk kesihatan diri juga maka saya telah berpakat dengan beberapa orang anak buah untuk masuk satu pertandingan yang dinamakan 'Kembara Lata Lembu Emas' di Bendang Man, Daerah Sik pada 31 Oktober 2009. Program ini anjuran Pejabat Daerah Sik, Pejabat Belia Dan Sukan, Jabatan Hutan dan beberapa jabatan lagi yang terlibat. Bagus juga ada anak-anak buah mau ikut serta aktiviti gila-gila sikit ni.

Memang mencabar laluan kembara ini sepanjang 12 KM yang melibatkan para peserta terpaksa mendaki bukit melalui denai-denai sempit dan merbahaya dan seterusnya terpaksa pula menuruni bukit yang terlalu amat curam dengan hanya berpegang kepada akar-akar dan pokok menjalar sahaja untuk berpaut. Silap berpaut boleh terjun ke dalam jurang yang dalam... Apatah lagi sehari sebelum itu hujan amat lebat menjadikan laluan terlalu amat becak, hinggakan ada yang terlekat kaki dan kasut kedalam 'kelebor' yang dalam..Pacat apa lagi khenduri sakan, rezeki datang menggolek. Tidak hairanlah dalam pasukan saya, ada yang habis rosak tapak kasut yang baru dibeli pula...Sayapun tidak menjangka keadaan laluan sebegitu teruk, kerana 8 tahun sebelum itu saya pernah mengikut program ini, tapi tidaklah seteruk pada hari ini. Ada pasukan yang ahlinya yang pitam dan ada yang mengalami kemalangan..Masanya yang diambil hampir 5 jam. Sesungguhnya bukan kemenangan yang diburu tetapi kepuasan hakiki yang dicari.

Sesungguhnya mengikuti program seperti ini amatlah disukai oleh saya berbanding main golf kerana ia benar-benar memberi kepuasan diri walaupun terpaksa berhadapan dengan keletihan, bahaya kemalangan dan binatang liar..Kita hanya memikirkan bagaimana nak 'survival' dalam hutan dara ini..Lupa segalanya kepada dunia luar...lupa fasal kerja..

CAtatan Oleh:
mohd asriredha
teratak kasih
alor setar : catatan ini akan dipindahkan dalam blog saya yang lain  http://www.beritasri.blogspot.com/ bila cukup  tempohnya..layarilah dan dapatkan berita-berita aktiviti saya disana...byee  TQ

1 comment:

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.