

Memang mencabar laluan kembara ini sepanjang 12 KM yang melibatkan para peserta terpaksa mendaki bukit melalui denai-denai sempit dan merbahaya dan seterusnya terpaksa pula menuruni bukit yang terlalu amat curam dengan hanya berpegang kepada akar-akar dan pokok menjalar sahaja untuk berpaut. Silap berpaut boleh terjun ke dalam jurang yang dalam... Apatah lagi sehari sebelum itu hujan amat lebat menjadikan laluan terlalu amat becak, hinggakan ada yang terlekat kaki dan kasut kedalam 'kelebor' yang dalam..Pacat apa lagi khenduri sakan, rezeki datang menggolek. Tidak hairanlah dalam pasukan saya, ada yang habis rosak tapak kasut yang baru dibeli pula...Sayapun tidak menjangka keadaan laluan sebegitu teruk, kerana 8 tahun sebelum itu saya pernah mengikut program ini, tapi tidaklah seteruk pada hari ini. Ada pasukan yang ahlinya yang pitam dan ada yang mengalami kemalangan..Masanya yang diambil hampir 5 jam. Sesungguhnya bukan kemenangan yang diburu tetapi kepuasan hakiki yang dicari.
Sesungguhnya mengikuti program seperti ini amatlah disukai oleh saya berbanding main golf kerana ia benar-benar memberi kepuasan diri walaupun terpaksa berhadapan dengan keletihan, bahaya kemalangan dan binatang liar..Kita hanya memikirkan bagaimana nak 'survival' dalam hutan dara ini..Lupa segalanya kepada dunia luar...lupa fasal kerja..
CAtatan Oleh:
mohd asriredha
teratak kasih
alor setar : catatan ini akan dipindahkan dalam blog saya yang lain http://www.beritasri.blogspot.com/ bila cukup tempohnya..layarilah dan dapatkan berita-berita aktiviti saya disana...byee TQ
wah...macmna bangcik? bertahan ka?? huhuhu~
ReplyDelete