15 December 2010

NIKMAT KESIHATAN .........hindari kemurungan


24.01.2011
Sungai Petani..
Mohd Asri Redha

Kali ini saya hendak bersembang berkenaan dengan hal-hal berkaitan kesihatan dan perubatan. Sebenarnya dah termaklum saya ni bukannya seorang orang perubatan..tapi  pengetahuan banyak melalui bacaan dan pengalaman yang dilalui sahaja....Kadang-kadang apa yang kita alami sendiri lebih merupakan satu maklumat  yang tidak ternilai....Kalau kita tidak mengalami sendiri akan sesuatu memang sukar untuk kita bercerita berkenaan sesuatu jenis penyakit...

Fakta: 1:5 rakyat Malaysia berisiko jadi gila. Tahun 2009, seramai 26,186 kes masalaah mental mendapatkan rawatan mental di hospital. 14.4 peratus golongan muda berumur 16 - 19 tahun mengalami masalah mental. Kesihatan Mental lebih kepada hubungan dan komunikasi yang membabitkan tahap keyakinan diri seseorang serta ada peluang sembuh dengan hanya berjumpa pakar kaunseling     Kalau lambat dirawat lebih 2 minggu menghadapi tekanan berterusan berisiko mendapat penyakit mental...

Saya amat berminat dengan kisah hidup seorang wartawan yang ada kolumnya sendiri  di akhbar dimana beliau mengalami penyakit yang begitu kronik tapi ketabahan beliau menghadapi dugaan Tuhan  ini amat menarik minat saya untuk mengikuti cerita-cerita berkenaan penyakitnya dan bagaimana beliau berhadapan..Beliau ialah oooooo     .....

Sakit boleh dikategorikan oleh dua jenis. Pertama Sakit Fizikal...dan kedua Sakit Mental. Yang pertama kalau dapat trace penyakit..boleh cari penawarnya manakala yang kedua ni susah sikit kerana penyakit yang berkaitan otak dan pemikiran....asalnya ialah dari 'stress' . Mengawal stress ini memerlukan panduan dan pengetahuan bagaimana untuk atasinya melalui tingkah laku kita seharian. Kadang-kadang stress yang kita hadapi yang kita rasa amat sukar untuk diubati boleh hilang dalam sekelip mata sahaja bila sesuatu yang terlalu kita fikirkan selesai. Kemurungan yang kita alami boleh menjadi kegembiraan dalam sekelip mata.

Mengikut jangkaan Kementerian Kesihatan menjelang 2020 salah satu gangguan mental iaitu kemurungan dijangka akan menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung. Mengikut rekod kementerian juga pada tahun 2010 sebanyak 400,227 pesakit mental telah menjalani rawatan di hospital.  Iaitu ianya meningkat sebanyak 15.6 % dari tahun2 sebelumnya. Ini satu angka yang menggerunkan jika dikaji dari segi kesan-kesannya kepada masyarakat. Kajian Dr Sabitha Marican menyatakan mereka yang menghadapi masalah stress ini dikaitkan dengan masalah kekeluargaan dan ketidakpuasan ditempat kerja

Jadi apa itu penyakit kemurungan atau tekanan perasaan...Ini yang saya rasa amat berminat untuk memperkatakan...Penyakit ini juga pernah berlaku pada saya beberapa kali...Jadi sedikit sebanyak saya tahu kenapa ia terjadi, dan cara mengatasinya bergantung kepada kekuatan jiwa dan fizikal kita menghadapinya. Kadang-kadang saya sendiri gagal mengatasinya dan mengambil masa yang lama untuk memulihkannya.  Berapa banyak orang yang tidak gembira hidup didunia ini...ada yang lebih suka kehidupannya didunia yang fana ini berakhir dengan segera kerana masalah-masalah yang dihadapinya yang gagal ditangani dengan sebaiknya..

Jadi jangan kita buat main-main dengan masalah kemurungan dan tekanan perasaan ini...'Stress' yang ringan memang perlu kepada kita...Adanya stress ringan ianya akan mendorong kita untuk membuat sesuatu dengan lebih baik. Kita akan berusaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita akan berusaha untuk mencari sesuatu cara dan pendekatan untuk mengatasinya...Ini akan menggalakkan inovasi, kerajinan, kreativiti, keramahan, kelebihan berusaha dan sebagainya yang membawa kebaikan kepada diri kita ,  keluarga kita, masyarakat kita, negeri kita dan negara kita. Oleh itu jangan bimbang kalau ada sikit-sikit 'stress' dalam diri kita.

 Saya rasa semua orang mengalaminya cuma tahap tingkat kemurungan itu berbeda. Ada setengah orang itu kemurungan atau tekanan perasaannya terlalu tinggi hinggakan mereka boleh berfikir untuk membunuh diri merupakan jalan paling baik untuk menamatkan beban yang tidak tertanggung. Jadi jangan hairan kalau kita dapati banyak orang membunuh diri atas faktor-faktor menghadapi masalah-masalah kesihatan, kewangan yang pada pandangan mereka sudah tidak ada lagi jalan penyelesaiannya. Kita sebagai orang Islam..jangan terbawa-bawa dengan cara sebegitu..amat dilarang sama sekali oleh agama kita.

Macam mana kita nak tahu yang kita menghadapi stress atau kemurungan...Saya sendiri pada waktu-waktu terjadi stress memang tidak tahu bahawa sebenarnya apa yang dialami itu ialah stress hinggalah bila kita bertemu doktor dan menbaca artikel-artikel berkenaan stress barulah diketahui bahawa itu adalah stress.
Sebab itu pada peringkat awal selalu rasa sakit perut, perut berangin, jantung berdenyut kencang tanpa sebab, letih tidak bermaya, bernafas tidak puas dan penat, bila mandi rasa sejuk amat sangat hingga menggeletar, makan tidak lalu malahan kalau dalam bulan puasa pun rasanya boleh berpuasa tanpa makan 2 atau tiga hari, sakit urat, tidor tidak nyenyak dan kerap bermimpi dan terjaga tengah malam dan kadang seperti rasa di 'tindih hantu' (sedar tapi tidak boleh gerak badan)

Bila ini berlaku kitapun pergilah jumpa doktor suruh tengok penyakit kita kut2 ada sakit jantung ka, darah tinggi, sakit perut atau lain-lain penyakit biasa yang ada. Saya sendiri berhabis banyak juga RM pi ECG, periksa darah, jumpa bomoh, jumpa dr homoepati dan sebagainya.. Keputusannya tidak ada penyakit fizikal apapun... so apa sebenarnya... maka itulah yang kita dikatakan menghadapi penyakit tekanan perasaan yang agak terok .....hingga sampai kepada peringkat  'kemurungan'

Bila kita murung segala-galanya rasa tidak bermakna dalam hidup ini tengok anak isteri rasa sayu amat sangat Hubungan suami isteri tidak sehebat seperti sebelumnya ...nampak diri elok saja tapi fikiran dan hati bercelaru...macam-macam benda mai dalam fikiran untuk diminta fikirkan. Kadang-kadang fikir yang bukan-bukan. Perkara yang belum berlaku lagi pun difikirkan dan disedihkan dulu lebih awal...memang pelik bagi sesiapa yang tidak pernah merasainya. Jantung sentiasa berdegup cepat hingga t idak senang duduk. Selalunya kalau kita buat 'exercise' barulah jantung kita berdenyut cepat.. tapi ini duduk saja2 jantung mengepam dengan cepat.. Sebab itulah kalau ikut kata doktor kalau stress ini dibiarkan tanpa rawatan segera pada akhirnya ia akan membawa kepada penyakit-penyakit fizikal lain seperti sakit jantung, penyakit darah tinggi, sengal-sengal badan, sakit tulang belakang dan pinggang dan sebagainya.

Bila datang kemurungan dan kita tahu puncanya pula  contohnya dari sebab tekanan dan bebanan ditempat kerja ..maka pada waktu itu kita rasa sanggup berhenti kerja yang sedemikian dan sanggup buat kerja-kerja yang hanya guna tenaga fizikal sahaja dari kerja yang menggunakan akal fikiran....semata-mata untuk tidak mahu lagi memikirkan hal-hal bebanan ditempat kerja..sampai begitu sekali... kalau hiris isi badan dengan pisau boleh menghilangkan kemurungan dan dari memikirkan perkara-perkara yang bukan-bukan  saya rasa sanggup berbuat demikian. Sakit begitu boleh dihadapi lagi berbanding sakit fikiran...Sebab itu kita jangan hairan kalau manusia yang menghadapi kemurungan dan tekanan perasaan yang melampau sanggup mencederakan diri dan paling tragik sanggup membunuh diri....jadi fikirkanlah ....berapa banyak orang yang tidak seronok hidup didunia  yang fana ini...

Saya sendiri antara sebab saya menjadi 'stress' ialah hanya berkisar di tempat kerja saja dan ada berkenaan kesihatan diri..Ada tempat-tempat kerja yang kita tidak stress langsung dan ada tempat-tempat yang kita kadang-kadang menghadapi stess yang amat sangat. Saya percaya dikalangan kakitangan dan anakbuah saya sendiri banyak yang menghadapi 'kemurungan' cuma kadang-kadang tanda kemurungan itu jarang dapat dikesan cuma yang empunya diri sahaja yang mengetahuinya. Sebab itu saya sedia berkongsi mag salah dengan anak-anak buah yang seperti itu dan pakat-pakat  cuba menyelesaikannya dimana yang boleh...sebab saya sendiri bisa mengalaminya dan saya tahu betapa berat diri menanggung beban tersebut. Kadang-kadang stress itu datang bila kita kekurangan ilmu dan pengalaman. Sebab itu stress yang saya hadapi kerap berlaku pada waktu-waktu awal bekerja dulu....sekrang ni kalau berlaku stress pun sekadar stress yang sederhana saja...biasalah berlaku sekali sekali...ya lah ..kadang-kadang pelanggan kita yang tidak puas hati masuk bilik..cerita masalah dan kalau dia dah geram terus tumbok meja dan mengeluarkan perkataan-perkataan tidak sewajarnya..tentunya saya terasa dan terfikirkannya...itu satu..kemudian datang isu dan masalah lain pula ...dan seterusnya... jadi kalau macam-macam masalah datang bertimpa-timpa nak minta saya selesaikan.. maka mana boleh tahan....Penyelesaian tu kadang-kadang agak sukar untk dibuat dengan isu-isu perundangan dan peraturan yang ada yang menghalangnya, disamping masalah yang berbangkit itu adalah kecuaian anak-anak buah dan pegawai-pegawai yang terdahulu disamping dokumen2 untuk rujukan telah hilang entah ke mana...bila keputusan tidak boleh dibuat maka tiada penyelesaian dan kesannya kepada orang awam yang terbabit akan tidak berpuashati.....

Selepas ini saya nak cerita macamana untuk kita mengatasi masalah ini..yang ini saya tidak berapa arif sangat kerana saya sendiri kadang-kadang gagal mengatasi sepenuhnya..tidak tahulah fasal apa...kadang-kadang kalau terlalu mahu yang terbaik sangat dalam setiap usaha kita... maka itu yang membuat kita rasa tertekan sangat hingga t erbawa-bawa dalam kehidupan seharian...apatah lagi apa yang kita hendak  tidak berlaku seperti yang dihajati ...nanti saya cerita


Ok..saya terpaksa berhenti dulu.. tak boleh mengadap skrin komputer lama-lama kerana ada masalah mata...nanti bila  mai idea lagi saya sambung tulis lagi..ok kita jumpa lagi

Hotel De Art
Shah Alam..09.02.2011

Hari ini saya  ada kat hotel ini kat Shah Alam...kerana besok bersama isteri menghadiri Majlis Mini Konvo. Anak di UM yang akan melanjutkan study di Jepun..Jadi ada masa sikit untuk tulis-tulis kat blog ini yang tidak sempat saya habiskan....

Ok berbalik kepada cara nak atasi kemurungan ni..sebenarnya hanya pakar sahaja berhak memberikan nasihat dan caranya...macam saya ni silap2 haribulan boleh  jadi makin teruk pula.. Tapi tak apalah..saya hanya sekadar beri pandangan panduan berasaskan kepada pengalaman yang cetek ini.

Paling mudah kalau stress atau kemurungan itu berlaku disebabkan oleh tekanan ditempat kerja ialah ..tukar pekerjaan itu atau cari kerja lain...Tentunya sukar kalau nak cari kerja lain..bukan senang nak cari kerja baru  dalam keadaan persaingan yang begitu hebat ini. Saya sendiri biasa berlaku stress yang amat sangat pada awal bekerja hinggakan akhirnya saya terpaksa menulis surat kepada ketua pentadbiran saya iaitu SUK waktu itu mohon ditukarkan tempat kerja dan jawatan lain yang bersesuaian. Walaupun terpaksa merendah diri dan mengakui kekurangan diri serta sanggup menghadapi situasi  disenarai hitamkan oleh pentadbiran, saya telah sanggup melakukannya atas faktor sudah tidak tahan lagi menghadapi tekanan tersebut..

Alhamdulillah walaupun saya terpaksa berhadapan dengan SUK didalam bilik yang saya tidak pernah masuk dan pada waktu itu masih lagi dalam percubaan dan dikata bermacam-macam. SUK  dulu memang orang takut dan segan nak jumpa...terutama bagi pegawai baru macam saya..naik gerun tengok..tak macam la ni..pegawai-pegawai muda tidak kisahpun jumpa dengan SUK..apatahlagi kalau dengan ketua jabatan mereka.  Tapi SUK pada masa itu walaupun nampak gerun dan hebat tapi masih lagi seorang yang bertimbang rasa.

Akhirnya saya ditukarkan ke Pejabat Tanah Kubang Pasu sebagai Penolong Pentadbir Tanah.  Di sana saya tidak menghampakan harapan SUK. saya telah bekerja dengan sepenuh hati semata-mata untuk membuktikan yang saya memang boleh buat kerja....Sehingga sekarang bos saya tersebut menjadi kawan baik saya walaupun telah bersara lama dah...Sampai sekarang beliau masih mengenali dan mengingati saya disebabkan kes saya dijemput berjumpanya kira-kira 22 tahun yang lalu...Katanya hanya saya seorang sahaja yang sanggup buat surat sebegitu dan menceritakan masalah peribadi kepadanya secara berterus terang... Sehingga kini saya amat hormat kepada beliau kerana beliau tidak terus menghentam pegawainya malahan beliau cuba selesai masalah anak buahnya dengan kuasa yang beliau ada. Bila bertukarnya saya dari jawatan sebelum ini,  secara tidak sedar saya rasa hilang segala bebanan yang amat tidak tertanggung itu...keadaan kembali ceria dan kehidupan bertambah semangat semula.

Untuk 'stress' yang sederhana dan tidak melampau memadai dengan cara kita kembali kepada ajaran agama kita. Sembahyang jangan tinggal. Selepas sembahyang wirid dan berzikirlah bagi panjang sikit dan berdoalah dengan sepenuh hati....selalunya kalau orang yang menghadapi stress ini kalau dia ikut cara ajaran Islam.. dia akan selamat dunia akhirat. Sembahyang kita akan makin bertambah khusuk...Jangan kita lari dari ajaran agama kita. Selalunya orang yang dalam kemurungan dan stress tidak boleh tidor lelap disebabkan terfikir perkara-perkara yang kita tidak mahu fikir dan selalu terjaga ditengah malam...maka gagahkan diri ambil air sembahyang dan sembahyang sunat Tahajjud.. Kalau sebelum ini jarang sangat membaca Al Quran..inilah waktunya kita mempertingkatkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran...semuanya ini akan memberi ketenangan kepada kita. Waktu kita stress kadang-kadang kita tidak lalu makan..pengalaman saya memang tidak selera langsung untuk menjamah makanan...maka ambil kesempatan itu untuk kita berpuasa sunat...kan bagus tu..

Bila kita dalam keadaan kemurungan..kita perlukan orang untuk kita meluahkan perasaan atau untuk bersembang-sembang dan bercerita.. maka carilah sahabat-sahabat yang boleh dipercayai untuk kita sembang-sembang dan cerita hal-hal keluarga yang menyeronokkan. ...fasal anak-anak, fasal kejayaan anak-anak..fasal hobi.. fasal macam-macam yang baik2.

Banyakkan berziarah kaum keluarga dan sahabat-sahabat. Ini sedikit sebanyak akan menghilangkan  bebanan tekanan perasaan yang ditanggung. Jangan duduk terperap di rumah membiarkan bebanan itu bertambah berat. Banyak bercampur dengan kawan dan sebaiknya sembahyang waktu pergilah ke surau atau masjid berdekatan...jadi bila ditempat-tempat seperti ini kita rasa tenang dan aman sedikit, kerana kita tahu Allah SWT ada melindungi kita...

Pada waktu-waktu seperti ini sokongan suami atau isteri amat penting....jangan pula bila suami dalam keadaan emosi terganggu maka isteri pun terikut-ikut sama..begitu juga sebaliknya... berilah sokongan dan bantu dimana perlu untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh suami atau isteri. Jangan pula menambahkan lagi bebanan tekanan dengan hal-hal keluarga dirumah...kadang-kadang rumahtangga porak peranda boleh berlaku bila salah seorangnya menghadapi 'stress' yang teruk... yang seorang lagi pula tidak memahami akan situasi dan menambahkan lagi dengan masalah-masalah dalam rumah tangga... itulah jadinya kecelaruan itu.

Saya biasa juga jumpa doktor bila hadapi 'stress' tapi kaunseling biasa sajalah dan kadang-kdang diberi ubat....ubat ini bila dimakan kita akan rasa lali sikit....hilanglah rasa tekanan.. kita tidak sangat fikir yang bukan-bukan..tapi bila dos ubat itu habis...dia mai fikir balik dalam otak kita...  Tapi saya dapat petua kalau rasa ada stress.. saya makan Vitamin B kompleks .. Dengan makan vitamin ini kadar penyerapan oksigan lebih tinggi...jadi kuranglah sikit degupan jantung yang tidak fasal-fasal berdegup lebih.  Selalunya kalau dalam kemurangan dan stess kita akan rasa penat dan bernafas tidak puas. Ini kerana kandungan oksigen yang kita sedut tidak sampai tahap yang diperlukan disebabkan  masalah-masalah dalam badan kita yang terlalu kompleks ini bila ada 'stress' . Otak kita akan tafsir macam-macam isyarat pelik  dan dihantar ke seluruh badan kita ....itu sebab kita rasa lemah badan..jantung mengepam cepat, bernafas tidak puas, tidor tidak lena, mandi rasa sejuk sangat, tidak lalu makan, kembong perut, nafsu seks turun dengan ketara dan macam-macam lagi yang nampak macam kita ada penyakit-penyakit fizikal yang kritikal...tapi sebenarnya semua itu dia datang dari stress yang kita alami.......

Ok saya mahu berhenti dulu....disini.. dah letih ..dari pagi tadi memandu dari AS ke Shah Alam tanpa henti...
jumpa lagi..

😁💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪😁

Sekadar bacaan tambahan..

















asriredha teratak kasih alor setar

7 comments:

  1. teruskan menulis supaya kita sama kongsi pengalaman

    ReplyDelete
  2. setuju tu..bersama kia berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  3. Bagus cadangan yang diberikan. Saya adalah di antara insan yang berada di dlm golongan tersebut tapi saya masih sedar bahawa ini adalah dugaan dr tuhan. Walaupun amat perit melaluinya, namun usaha utk mengatasinya harus diteruskan selagi nafas ini tidak berhenti. Hanya allah maha mengetahui...

    ReplyDelete
  4. Dear En Asri, for info I had face difficulties in sleeping for the past 4 months. And the worst difficulties only appears within the first few hours of sleeping time even I am badly sleepy and desperately need sleep . The rare matters here, it is a bit strange coz I don’t feel sleepy and exhausted at all in the next day and I still can work as usual just like I had enough sleep a night before. I therefore, seek friend advice and some of them asked me to swap my sleeping time with activities that interested me, some asked me to be more social, some asked me to learn memorize Quran, some ask me to seek Ustaz or Bomoh and a lot more. After 3 months suffering and after a lot of effort been made, I decided to see my specialist at one of the most reputable hospital in northern region. When he look up at me, he then ask me whether I am thinking of something that I might not knowing or realise, I then said I m not sure but as far as I concern I don’t have any work of life burden or financial or personnel or family problems to think about. Everything is taken care off. He then said to me that my sickness is nothing to do with my heart valve problem that I m having and due to something unknown yet. He then prescribed me with 7 tablets of small green pills and informed me that I had to take one tablet per night, 15 minutes before sleeping time within 3 consecutives day. He reminded me not take the pills together with alcohol and smoking at the same time. Seem I m not practicing any, I just keep quite. He then said if I feel better after three days, continue to take the medicine until finished and come to see him on the 8th day. If there is no improvement, just stop the medicine and come to see him on the 4th day. I went back home with a high hope and try the medicine that night happily. Unfortunately, after 3 days dosage, there is no improvement at all and everything seem the same. I therefore decided to see him on the 4th day with the medicine stock that I have. When I arrived, the doctor look at me and he said I believe you re here coz u re not recovering. I admitted. Then he requested for the balance medicine I have. He then informed me, adib : this pills is the highest / strongest pills for sleeping, if you still cannot sleep after taking this pills you are actually suffered of imsonia which there is actually no medicine for you accept you got to accept the faith of life, pasrah and redha. I was so surprise and he suddenly said adib I faced the same problem with you re, and therefore I would like to take back all medicine coz I scared you become hopeless and take higher dose so you can sleep just like whitney houstan did. Higher dose might make you still not sleep but can make you sleep a while while driving or swimming and may kill you. Since you re muslim and I just been muslim, I therefore want to protect you coz you a a very wonderful person to me… he then said his new name is Redha llhan Abdullah. He had taken a part of my name and accidently a part of your name. He advised me not to worry, just take thing easy, try to sleep and pray hard, zikir and talk to him when I cant sleep. Now I manage to sleep eventhough after one hour trying, but at least I m improving. Your write make me wonders how true it is….

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Susulan daripada blogpost anda yang saya baca membawa saya melalui link yang diberikan ke sini. Saya ingin memberi sepatah dua komen saya mengenai perkara stress ini. Saya merasakan masalah stress ini bukan stress itu sendiri tetapi cara menanganinya. Setiap orang akan berdepan stress. Saya paling percaya punca utama stress bermula daripada rumah, cara kita dibesarkan, adakah ibu bapa berkongsi dan mengambil tahu perasaan dan masalah anak2 mereka, jika sesuatu keluarga itu mempunyai hubungan yang sihat dan ibu bapa, paling tidak pun mengetahui akan perubahan emosi dan perasaan anak2 mereka disamping sekali sekala membuka ruang trial-and-error dan menunjukkan bahawa ibu bapa juga tidak sempurna dan kadangkala stress juga, itu adalah permulaan kepada anak-anak yang akan membesar di bawah pemikiran yang sihat dan pandai menangani stress. Maaf berceloteh panjang kerna saya pernah membuat kajian mengenai stress ini juga. Kesimpulan dari kajian saya adalah supaya ibu bapa membuka diri mereka kepada anak-anak dan mengekalkan perhubungan yang sihat di dalam keluarga, barulah masalah stress senang ditangani dari akar umbinya dan tidak terjadi masalah yang lebih memudaratkan di kemudian hari.

    Jazakallah.

    ReplyDelete
  6. Di Amerika Syarikat sahaja, kira-kira 15 juta orang dewasa mengalami gejala kemurungan dan telah secara rasmi didiagnosis dengan penyakit itu. Jadi kena ambil serius jika ahli keluarga mendedahkan symptom kemurungan.

    ReplyDelete
  7. Bukan senang untuk sembuh dari kemurungan tetapi sokongan dari ahli keluarga boleh beri bantuan yang besar.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.