14 November 2010

PTK

14.06.2009
Pantai Merdeka

Hai, berjumpa lagi. Lama juga saya tidak menulis dalam blog ini. Bukannya ada apa mood tak mai lagi... Nak menulis ni kena ada mood dan juga kelapangan masa. kalau tidak syehnya tak mai. maka idea pun tak mau mai juga.

Awal tahun ni ni, rioh rendah juga kakitangan kerajaan Malaysia kerana ura-ura CUEPACS nak adakan piket hujung tahun ini membantah pelaksanaan PTK terutama yang melibatkan penilaian melalui peperiksaan. CUEPACS memaklumkan mereka menyampaikan suara hasrat hati sebahagian besar kakitangan kerajaan samada peringkat pekerja pengurusan tertinggi hingga ke peringkat paling bawah yang tidak berpuas hati dengan cara penilaian PTK. Mereka tidak dapat menerima hakikat menilai prestasi kerja seseorang kakitangan melalui peperiksaan. JPA tetap dengan pendirian akan meneruskan juga sistem penilaian seperti yang sedia ada dengan beberapa penambahbaikan yang dicadangkan dan memberi amaran kepada CUEPACS agar tidak meneruskan hasrat tersebut. Saya harap JPA tidak mengambil mudah akan pandangan dari pihak CUEPACS kerana implikasinya amat besar kerana jika benar berlaku tunjuk perasaan berkenaan perkara tersebut ianya akan memberi imej yang tidak baik kepada perkhidmatan awam di Malaysia. Saya juga salah seorang kakitangan kerajaan yang tidak boleh menerima cara penilaian yang sedemikian... Yalah orang macam saya ni dah lebih 20 tahun bekerja, otakpun dah tak berapa nak kuat lagi untuk ingat dan hafal menghafal ni. Walaupun pernah dapat anjakan gaji tetapi tetap menyatakan cara penilaian seperti yang sedang berjalan sekarang perlu diperbetulkan ke landasan yang betul dan adil kepada semua pihak.

Apa yang saya bincangkan1 1/2 tahun yang
lalu dalam blog ini memang  ada benarnya berdasarkan
rencana yang
dalam Akhbar Berita Minggu pada 12.12.2010
Kita tengoklah nanti bentuk macam mana pula Penilaian
prestasi yang akan dibuat oleh JPA..

 

                            


  
Cuba bayangkanlah seorang yang malas buat kerja tapi otak pandai dan dapat cemerlang dalam kursus dan peperiksaan PTK, senang-senang sahaja dia boleh dapat anjakan gaji dan peluang kenaikan pangkat yang lebih cerah jika ketua jabatan berkenan berbanding dengan kawannya yang tidak berapa cekap dalam peperiksaan tapi dari segi kerjanya cukup cemerlang. Yang mana satu sepatutnya kita hendak pilih...

Adalah tidak adil mengenepikan seorang pekerja yang tidak dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PTK sedangkan pada masa yang sama beliau adalah seorang pegawai yang cemerlang, berdedikasi, patuh kepada segala aturan dan peraturan pegawai awam, sentiasa berusaha untuk meningkatkan kerjaya diri dalam kontek bidang tugasnya dan sebagainya. Cumanya ia tidak berminat dan tidak mampu untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PTK. itu sahaja...

Sistem peperiksaan yang dilaksanakan itupun kadang-kadang tidak relevan langsung dengan kerja yang sedang dilaksanakan seharian...Ianya lebih banyak menguntungkan pegawai-pegawai yang cerdik sedikit otaknya...Pada pandangan saya kursus yang dilaksanakan untuk tujuan peperiksaan PTK ini amat tinggi belanjanya..Terlalu amat tinggi kosnya yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan berbanding hasil manfaat yang diperolehi dari kursus yang bertujuan nak bagi lulus peperiksaan sahaja. Sudahlah kerja terpaksa ditinggalkan yang menyebabkan kerja terbengkalai. Kursus PTK ini tidak ada banyak faedahnya kepada perkembangan prestasi kakitangan kerana kebanyakan yang mai kursus cuma nak bagi lulus periksa sahaja. Itulah tumpuan utama sebahagian besar kakitangan yang pergi kursus PTK. Saya mengesyorkan supaya kalau kursus untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bekerja, maka lebih baik sijil kehadiran kursus diambil kira dalam ssebahagian penilaian prestasi PTK . Apa yang perlu dibuat oleh pihak JPA atau Bahagia Sumber Manusia ialah mengenalpasti kursus-kursus yang disediakan oleh pelbagai instutusi latihan yang ada dan tetapkan grednya atau tarafnya supaya memudahkan pengiraan bilangan kursus yang dihadiri dalam sesuatu tahun. Ini lebih bermanafaat dan lebih praktikal dan kakitangan kerajaan tidaklah tertekan dengan kursus PTK yang lebih mementingkan peperiksaan ini....

Kalau tanya pandangan saya maka jawabnya saya memang tidak setuju sistem penilaian berasaskan peperiksaan ini. Satu pendekatan lain perlu diadakan untuk menilai prestasi kakitangan dalam menentukan anjakan gaji ataupun kenaikan pangkat. Penentuan cara ini bukan bidang kuasa saya tapi yang pentingnya jangan nilai melalui peperiksaan. Kalau mula-mula nak masuk kerja dulu tidak mengapalah bagi ujian bertulis dan sebagainya.

Oklah rasanya cukuplah dulu cerita fasal PTK ini...nanti saya masuk bab lain pula untuk celoteh yang tidak berkesudahan.



asriredha
teratak kasih
alor setar

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.