06 November 2010

BaNjiR BeSaR : Antara MusiBah dan KeinSafan

06 November 2010
Alor Setar.

Sejak 04.11.2010 lagi sebahagian besar daerah Kota Setar, Padang Terap dan Kubang Pasu lumpuh aktiviti harian akibat banjir yang agak luarbiasa berlaku dalam tempoh 10 tahun.

Kelmarin dan hari ini..bandar Alor Setar lumpuh terutama disebelah utara kerana paras air yang meningkat hingga menenggelamkan rumah dan kedai-kedai yang kedudukannya agak rendah. Tinjauan saya hari ini mendapati sebahagian besar kedai dan pasaraya telah menutup operasi perniagaan masing-masing....kerana habis kedai dibanjiri air.. dan kerja-kerja pembersihan terpaksa dilakukan.


Beginilah keadaan banjir tahun ini. Ini jalan masuk ke kediaman saya yang hanya 100 meter sahaja dari rumah. Rumah sekelilingnya sudah tenggelam habis. Memang menderita, berat lagi mata memandang, berat lagi bahu memikul...

Saya bukan nak cerita sangat fasal banjir besar ini tetapi apakah pengajaran yang boleh kita perolehi dari musibah yang diturunkan oleh Allah SWT ini. Sejauhmanakah penerimaan kita terhadap dugaan dari Allah SWT...

Banjir ini juga menjadi isu politik...masing-masing cuba menonjolkan diri atau pertubuhan masing-masing bahawa merekalah yang amat prihatin terhadap mangsa masing-masing dan memperlekehkan usaha-usaha orang atau organisasi yang lain... Mengapakah perkara-perkara seperti ini berlaku..

Bahagian Utara Bandaraya Alor Setar lumpuh. Sebahagian besar gedong-gedong perniagaan menutup perniagaan mereka, kerana banjir luarbiasa ini telah membanjiri lantai kedai mereka hingga ada yang telah mengalami kerugian kerosakan barang jualan. Memang hobi saya suka meninjau sekitar bandaraya Alor Setar ini dengan berbasikal melihat akan persekitaran kejadian banjir ini yang saya rasa pada kali ini adalah yang paling terok sekali.

Kedua-dua isu inilah yang akan saya kupaskan untuk menjadi renungan kita semua, sama ada apakah yang kita buat semua ini dan apa yang berlaku semua musibah adalah akibat dari perbuatan kita sendiri dan juga apakah kita ikhlas dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa yang menghadapi musibah yang tidak diduga ini.

Nanti.. kita jumpa lagi..saya mahu berbasikal keluar dari rumah untuk mengambil gambar-gambar sekitar banjir yang berlaku.. Sebenarnya saya sendiri adalah mangsa banjir.. tidak dapat keluar dari rumah kerana semua jalan telah ditutup..Harap-harap janganlah air meningkat lagi. Kalau meningkat lagi lebih kurang satu kaki lagi maka habislah saya....kereta sudah tidak boleh keluar dari halaman rumah, perabot2 rumah semuanya letak atas lantai ...mana mau lari...

Saya amat bersimpati bila melihat begitu ramai insan yang terlibat  secara langsung dengan musibah banjir. Sepanjang masa saya berbasikal melihat suasana banjir di sekitar bandaraya ini saya teramat sedih bila melihat penderitaan kehilangan harta benda. Bayangkan kenderaan yang baru dibeli, perabot rumah yang mahal-mahal hasil simpanan sedikit-sedikit tetapi akhirnya musnah dalam sekelip mata tanpa dapat diselamatkan. Bayangkanlah pula yang kehilangan nyawa yang tersayang...tak dapat saya bayangkan...Ada yang rumahnya hanyut dibawa arus hilang entah kemana. Tanaman padi yang hampir membuahkan hasil, musnah begitu sahaja, sia-sia sahaja mengusaha dan menunggu masa untuk dituai sahaja tetapi akhirnya hancur lebur...Saya doakan semoga mereka yang menghadapi musibah ini banyak-banyaklah bersabar, kita terima sahajalah dugaan Tuhan ini dan pada masa yang sama kita bermuhasabah diri dan melihat balik kepada diri kita.

Apakah selama ini kita alpa dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kita kepada negara dan kepada Tuhan Yang Esa.. Adakah kita pernah menganiaya orang,  bilakah kali terakhir kita membayar zakat , sembahyangkah kita secukupnya, adakah kita pernah menipu orang, apakah pernah kita menerima rasuah, apakah kita tidak pernah bersyukur akan nikmat yang kita perolehi selama ini , adakah hubungan kita se sama ini sentiasa baik, adakah kita selama ini sentiasa berperasangka buruk terhadap insan lain, adakah selama ini kita suka memfitnah orang dan bermacam-macam perkara negatif yang kita lakukan.  Mungkin pada setengah orang apa yang saya bangkitkan ini tidak ada kaitan langsung dengan musibah yang kita hadapi. Tapi saya tetap berpandangan ianya ada kaitan...sedar atau tidak ianya memang berlaku balik musibah kepada kita cumanya mungkin Tuhan tidak membalasnya pada waktu itu tetapi mungkin pada waktu yang lain yang kadang-kadang kitapun sudah mulai lupa apa perkara yang kita lakukan dulu..Kalau benar ada perkara itu yang kita telah buat, maka baliklah kita ke pangkal jalan dan perbaikilah diri kita. Masih belum terlambat.


Kawasan perumahan ini terjejas teruk, terletak bersebelahan projek pembinaan landasan berkembar keretapi. Kata orang punca utama banjir besar di Bandaraya Alor Setar ini adalah kerana ujudnya landasan ini. Kalau dilihat gambar ini betul juga, tempat lain air sudah mulai surut tetapi kawasan perumahan ini airnya seolah-olah bertakung dan tidak bergerak. Kedalam airnya hampir separas dada.

Tidak dapat dinafikan juga ada insan yang memang tidak buat kerja-kerja macam tu.. mereka memang insan yang bertakwa dan insan yang baik segala-galanya tetapi kenapa Tuhan tetap memberikan musibah yang maha hebat itu. Ingatlah itu semua adalah dugaan dan ujian Tuhan kepada kita. Setiap orang pernah diuji, dan saya sendiri pernah diuji dengan begitu hebat, hampir-hampir hilang pertimbangan dan putus asa...

Kalau kita rasa musibah yang kita hadapi ini terok sangat, cubalah kita beralih sikit meninjau negara jiran kita di Indonesia..Lagi hebat penderitaan yang mereka hadapi...Penangan Gunung Merapi yang meletus lahar panas melebihi 1000 Celcius, boleh meleburkan apa sahaja yang disentuhnya..Ada yang cacat seumur hidup dan kematian yang berlaku memang menyedihkan sekali. Ditambah pula dengan Tsunami yang berterusan berlaku juga mengakibatkan kemusnahan harta sepenuhnya disamping ratusan orang telah meninggal dunia dan cacat. Nak meratap dan merayu kepada siapa. Kerajaannya sendiri sudah tidak mampu lagi untuk memberi bantuan sewajarnya hanya sekadar patut padan sahaja kerana Indonesia negara yang amat besar dan ianya bukan sebuah negara maju. Pandai-pandailah selesai masalah mereka sendiri.

Cumanya saya rasa sedih sedikit bila melihat masyarakat kita terlalu sangat bersenang lenang. Sedikit sahaja kesusahan yang dialami sudah dianggap terlalu serious dan besar sangat. Bila banjir besar berlaku biasalah rutin kebiasaan hidup kita  akan terganggu. Memang akan terganggu punya,walaupun bagi sebuah negara maju.  Masalah mula berlaku bila hari itu kita tidak dapat menonton TV kegemaran kita, penghawa dingin kat rumah tidak lagi berfungsi, peti sejuk tidak lagi sejok dan barang mentah mula membusuk bila dah lama dalam peti yang tidak sejuk, nak basuh baju sudah tidak boleh lagi kerana selalu basuh guna mesin. dan lain-lain lagi. Ini semua gara-gara bekalan elektrik terputus. Bekalan air paip pula tidak dapat dibekalkan ..maka timbul lagi satu masalah besar.. nak mandi dan basuh pakaian sudah tidak boleh lagi, nak buang air besarpun jadi masalah...Jalan pula terputus kerana air banjir dan macam-macam lagilah masalah yang berlaku.  Kita sudah tidak boleh menerima hakikat rutin kehidupan harian kita telah terganggu.

Bila ini semua berlaku ke atas diri kita, kita mula gelabah dan mula salahkah orang itu orang ini, kerajaan itu, kerajaan ini dan macam-macamlah 'complaint' yang dibuat yang menyalahkan orang lain. Kalau kena pindah ke pusat penempatan mangsa banjir lagilah hebat 'komplen' mereka..bagi makan sardin saja, beraspun tidak bermutu, pengurusan banjir yang lemah dan lembab, makanan tidak sedap, lambat sangat beri  bantuan, dan macam-macam lagilah. Saya sendiri pernah beberapa kali terlibat dalam pengurusan bencana alam seperti ini, memang karenah orang yang tidak berpuas hati apa sahaja yang dibuat memang ramai...

Kadang-kadang saya rasa sedih melihat rakan-rakan saya yang menguruskan pusat bencana alam yang sanggup bersengkang mata dan tenaga malahan wang ringgit untuk terlibat menguruskan kebajikan mangsa-mangsa banjir malahan adakalanya mereka sendiri adalah mangsa banjir dan rumah ditenggelami air banjir. Namun demi tugas kepada orang ramai maka terpaksalah beliau berkorban apa sahaja.

Kadang-kadang tu yang 'komplen' tu bukan mangsa sahaja tetapi oleh orang yang berkepentingan diri dan berkepentingan politik, apatah lagi Kedah adalah negeri Pakatan Rakyat . Kalau dah datang untuk membantu mangsa banjir..bantulah sahaja kenapa asyik menyalahkan orang lain seolah-olah orang lain tidak  buat kerja dan tengok sahaja. Kadang-kadang yang datang 'komplen' tidak pergipun ke Bilik Gerakan Banjir Daerah ataur Bilik Gerakan Banjir Negeri untuk dengar taklimat operasi  dan tengok apa yang sedang dan telah dilakukan oleh Bilik Gerakan Bajir Daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah.. alih-alih bagi tau kat akhbar atau  TV, kata kerajaan negeri tidak buat apa, atau Pejabat Daerah tidak buat apa. mana mereka tahu  Pegawai Daerah tidak buat kerja.

Hari kedua banjir di Kota Setar saya sendiri berbasikal ke Bilik Gerakan Banjir Daerah di Wisma Negeri untuk meninjau operasi yang dilaksanakan dalam membantu mangsa banjir. Saya dapati operasi berjalan lancar, semua jabatan ada untuk memberi bantuan, sama jabatan persekutuan dan negeri bekerjasama seperti Jab Bomba dan  Penyelamat, JKR, JPS, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis, TNB, MPSPK, MBAS, NGO seperti PBSM, MAGNA dan pelbagai agensi telah sama-sama tampil untuk membantu dengan diselaraskan oleh Pegawai Daerah Kota Setar. Mereka ini profesional dan tahu tanggungjawab mereka bila berlaku bencana, berbanding dengan setengah jabatan yang tidak mahu bekerja sama dengan Jawatankuasa Bencana  Daerah Kota Setar yang di pengerusikan oleh Pegawai Daerah Kota Setar. Mereka ini lebih suka mengikut dan mengekor YB untuk memberi bantuan.  Dimana kata yang Pejabat Daerah/Kerajaan Negeri tidak ambil apa-apa tindakan. Yalah kalau nak bagi setiap mangsa banjir wang ringgit melimpah ruah memanglah tidak mampu untuk dibuat oleh Kerajaan Negeri. Semua orang tahu itu. Kerajaan Persekutuan atau YB BN boleh  atur bantuan seperti kerana mereka mempunyai pelbagai sumber untuk kerja-kerja membantu mangsa  banjir. So kalau sudah ada peruntukan, maka turunlah ke padang dan bantulah dimana perlu, tapi janganlah dok mengata kat orang lain tidak buat kerja.

Saya tertarik seperti komen Awang Selamat dalam ruangan pojoknya di Utusan Malaysia pada 07.11.2010 seperti keratan disebelah.. Kalau beliau seorang pengarang yang kita tahu kadang-kadang komennya memang menikam kalbu juga lebih-lebih lagi kepada Kerajaan Pakatan Rakyat tetapi dalam hal ini beliau akui akan peranan peenting Pegawai Daerah dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah ini. Tahniah dan syabas kepada rakan-rakan KCS yang secara kebetulan adalah  Pegawai Daerah.

Saya juga hormat akan pandangan YAB Perdana Menteri sendiri yang mana beliau mengarahkan supaya bantuan sewajarnya diberikan segera kepada semua mangsa banjir tanpa mengira apa-apa fahaman dan pegangan politik. Inilah sepatutnya yang dicakapkan. Yang lain-lain tu saya rasa cara dan pendekatan mereka dalam membantu mangsa banjir tidak begitu berhemah.. Tanpa mendapat penerangan yang jelas akan operasi berserta apa masalah yang dihadapi oleh Jawatankuasa Bencana Daerah tiba-tiba terus membuat komen yang boleh menghilangkan semangat para sukarelawan banjir. Kadang-kadang Menteri-Menteri sendiri terbawa-bawa akan cara mengutuk seperti ini..Ini kerana hanya mendapat maklumat dari sebelah pihak saja yang berkepentingan. Sepatutnya mereka kena profesional. Tidak payahlah mengatakan Kerajaan Persekutuan berkemampuan membantu mangsa banjir.. memangpun mampu tidak dapat dinafikanpun.. semua orang tahu..Duit itupun kena belanja pada rakyat juga. Takkan nak belanja kat negeri Johor, Melaka, N9, Perak, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak saja. Sumber pendapatan Kerajaan Persekutuan datang dari semua negeri.. Kena ingat itu..Kalau nak belanja tu janganlah pula belanja kat kroni, rakan taulan , sahabat karib dan yang senasib dengan mereka sahaja...semua orang berhak akan hasil yang dikutip oleh  kerajaan.

Berita terbaru (07.11.2010) YAB Timbalan Perdana Menteri telah melawat Kedah dan mengumumkan bantuan kepada semua mangsa yang terlibat. Urusan bancian mangsa akan diuruskan melalui UMNO Negeri dan Bahagian UMNO bersama jabatan persekutuan. Taak apalah.. sapapun yang nak pastikan mangsa banjir tidak kisahlah asalkan yang benar mangsa diberi perhatian tanpa kira fahaman parti.. Jangan pula nanti yang bukan kroni dipinggirkan..

Peliknya lawatan beliau adalah ke pusat-pusat penempatan mangsa banjir yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Bencana Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah atau secara amnya adalah Kerajaan Negeri Kedah....Katanya urusan pengurusan bantuan bencana berjalan lancar...jadi sapa yang bagi lancar..yang mana sebelum ini dikatakan operasi menyelamat dan memberi bantuan oleh Jawatankuasa Bencana Daerah tidak berjalan lancar...Tentunya Pegawai Daerah kita memainkan peranan dalam melancarkan operasi bantuan bencana banjir...kekurangan sedikit sebanyak tu biasalah.. keadaan terdesak, kadang-kadang orang boleh hilang sabar.

Jangan jadikan bantuan banjir ini sebagai wayang poilitik.. nak bagi kena  ada TV  dan orang surat khabar untuk tunjuk kata kita buat kerja...Lepas tu suruh pula temuramah penerima bantuan suruh kutuk pihak yang satu lagi kerana tidak datang bagi bantuan.  Ikhlaskah pemberian bantuan itu. Pemberian bantuan itu bukannya pula datang dari kocek sendiri. Ianya boleh jadi datang dari para korporat yang pernah dibantu sampai berjaya sekarang ini, ataupun dari peruntukan kerajaan.. Inilah yang berlaku sekarang ini....tak caya tengoklah TV dua tiga hari ini....Apa yang sebenarnya mereka hendak Pejabat Daerah/Kerajaan Negeri buat.. nak suruh belanja macam yang mereka buat..tentulah tidak boleh...

Oklah saya mohon permisi dulu bung2 semua...cumanya ingin saya nyatakan disini bahawasanya suasana kesenangan dan kemewahan yang kita semua rasai dan alami hari ini sejak sekian lama, hidup aman makmur rupa-rupanya lama kelamaan kita mula lupa diri  bahawa kehidupan didunia yang fana ini tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan. Ia menjadikan kita mula rasa yang terlalu amat selesa sangat. Kata orang dalam 'zon selesa'. Jadi bila bencana dan musibah datang sedikit sahaja kita telah menjadi panik amat sangat, cemas tidak tentu hala  dan segala macam perkara tidak puas hati diluahkan.

jumpa lagi...


asriredha teratak kasih alor setar

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.