03 November 2012

TaBiaT BuRuK OrAnG KiTa Di AtAs JaLaN RaYa

Cerita lama diperbaharui semula
Catatan: Mohd Asri Redha
03 November 2012

Salam Sejahtera buat pembaca blog hamba ini... entah sapa baca sayapun tidak tahu....Orang tidak bacapun tidak apa asalkan hati ini puas dapat merakamkan isi hati saya yang tidak tahu nak bawa pi kemana. Sekurang-kurangnya tua-tua nanti dapat baca balik apa yang kita luahkan...buat kenang-kenangan.

Lama juga berhenti menulis blog ini....sibok yang tidak berkesudahan. Malam ni baru syeh dia mai sikit dengan idea-idea yang macam-macam nak tulis. Kita tulis satu persatu tajuk perkara biar susun elok-elok jadi cerita... Mai syeh nak tengok balik tajuk tulisan saya sebelum ini yang ada kaitan dengan Kemalangan Jalan Raya dan isu AES yang tak sangka punya hebat polemiknya dan akhirnya menjadi pertimbangan politik segalanya dalam menentukan nyawa yang tidak berdosa.

Saya baru saja balik dari  khenduri kahwin.. banyak tempat juga pergi .. waduh capek sekali..... esok banyak lagi kerja sedang  menunggu...Memang letih dan mengantuk juga tapi nak kena pagut juga huruf-huruf kat keyboard ini nanti dia lupa...

Tajuk cerita saya pada malam ini ialah Tabiat Buruk Orang Kita Atas Jalan Raya..Menarik juga tajuk. Dah lama dok terfikir nak bersembang berkenaan perkara ini kerana ia terkena kepada semua orang...

Setiap hari pasti ada saja berita mengenai kemalangan jalan raya di Malaysia. Disebalik kemalangan itu ada saja cerita sedih yang kita dengar. Akan ada kematian, kecederaan ringan dan parah, kehilangan keluarga tersayang, kehilangan tempat bergantung, kehilangan mata pencarian dan macam-macam cerita sedih yang kita dengar..Namun keadaan begitu terus berlaku dan semakin bertambah pula jadinya...

Kempen-kempen keselamatan jalanraya tidak sangkalah punya banyak sekali dan berhabisan Jutaan Ringgit Malaysia..Macam-macam langkah dibuat baik dari segi kempennya dan juga memperbaiki infrastruktur jalan raya agar lebih baik lagi..namun kemalangan tetap berlaku dengan banyak dan dahsyat sekali...Kita pernah dengan orang berikrar berjanji memandu dengan lebih selamat, berikrar akan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya, berikrar untuk menjadi pemandu yang lebih berhemah, berjanji tidak akan memandu secara berbahaya, berikrar tidak akan ber SMS ketika memandu, berjanji tidak akan memandu ketika berada dibawah pengaruh alkohol dan macam-macam lagi ikrar yang baik-baik belaka. Pokoknya kalau semua pengguna jalan raya menepati janji yang dibuat seperti diatas rasanya kalau tidak dapat 0% kemalangan pun sekurangnya-kurangnya ada peningkatan dari segi % pengurangan kemalangan.

Mengapakah kemalangan tetap meningkat? Ini yang saya suka nak cerita. Kalau terkena batang hidung sapa-sapa saya mohon maaf ajelah....demi kebaikan kena juga saya cerita. Saya adalah seorang pemerhati sosial yang yang suka memerhati gelagat sosial manusia. Tapi saya tidak pandai untuk bercakap dan bersyarah. Bidang saya adalah bidang ekonomi tetapi sejak akhir-akhir ini saya suka beri perhatian hal-hal yang berkaitan manusia itu sendiri dan masyarakat..macam ahli sosiologi pula jadinya...Keratan akhbar ini saja saya masukkan..nanti saya cerita fasal apa. Ada lagi keratan-keratan yang akan saya masukkan untuk menerangkan tabiat buruk orang Malaysia bila berada atas jalan raya.




Oklah.. malampun agak larut juga ni.. besok kena bangun awal pula....silap-silap hari tidak terjaga...bukan takat anak-anak yang dikesiankan, paknya juga pun terok......Biar saya berhenti disini dulu malam ini. Tak bagus juga kalau tengah letih dan mengantuk masih menaip nanti dia jadi merapu....bye selamat malam dan jangan lupa niat puasa esok hari...

Seperti yang dijanjikan ini saya nak mula kan tajuk isu ini dengan tabiat pertama iaitu:-

Tabiat buruk bila berhadapan dengan lampu isyarat trafik

Sepanjang saya memandu kenderaan dari Alor Setar ke Pekan Sik, semasa saya bertugas di PejabatTanah Sik saya akan melalui lebih kurang 20 'trafik light'. Bayangkan masa habis dekat lampu isyarat sahaja hampir 15 minit. Kalau waktu tiba dekat trafik light tersebut hijau sentiasa ok lah juga, tapi ada ketikanya tiap-tiap kali sampai dekat trafik light merah sentiasa....Apa yang saya nak cerita ni ialah berkenaan tabiat dan sikap sebahagian kecil pemandu kita bila sampai ke persimpangan trafik light.

Ini mesti bawa laju ni..ataupun nak lari dari PTD yang buat pemeriksaan lori bahan batuan...silap 'corner' terus terbalik. Saya sempat ambil gambar ini dijalan Jeniang - Sik.

Antara pekan Gurun ke Sik, ada banyak juga lampu trafik yang dipasang dan sememangnya berfungsi elok. Tetapi ia agak diluar bandar sedikit, maka aliran trafik tersebut agak berkurangan tidak seperti jalan Alor Setar ke Gurun. Walau macamanapun lampu isyarat trafik tetap lampu isyarat trafik, tidak ada bedanya sama ada dibandar atau diluar bandar, ada kenderaan melintasinya atau tidak. Merah tetap kena berhenti. Inilah yang sepatutnya. Apa yang saya perhatikan dan selalu perhatikan, banyak kenderaan telah melanggari peraturan lampu isyarat yang telah ditetapkan. Merah tetapi masih berjalan juga , laju pula tu. Dijalan Gurun ke Sik ada 3 tempat lampu isyarat yang selalu tidak dipatuhi oleh sebahagian besar pengguna jalan raya, dan kerap juga berlaku kemalangan ditempat tersebut. Tetapi kerana kurangnya aliran trafik disitu, banyak pemandu tidak ambil kisah dan terus juga memandu walaupun warna merah.  Kadang-kadang jadi bahaya pula kepada pemandu yang ikut peraturan seperti saya ni takut kenderaan langgar dari belakang.yalah kita ni betul bendul kut, nampak macam kita pula terhegeh-hegeh ikut peraturan.   . Sebab itu kerap berlaku kemalangan walaupun aliran trafik tidaklah banyak, tetapi kealpaan dan kecuaian yang dilakukan menyebabkan pemandu yang tidak bersalah menjadi mangsa....

Tabiat pemandu bila menghadapi kesesakan jalan ( queu panjang)

Inipun biasa saya perhatikan pemandu-pemandu di Malaysia ramai yang tidak sabar dan suka potong giliran. Kalau semua pemandu sabar saya rasa masalah kesesakan akan dapat diatasi dengan lebih baik dan lancar. Kita selalu melihat kenderaan-kenderaan potong sebelah kiri dan kadang-kadang sanggup meredah tepi jalan sebelah kiri semata-mata hendak sampai dahulu kedestinasi yang hendak ditujui. Sakit hati juga bila melihat tingkah laku pemandu-pemandu seperti ini. Akhirnya kita yang ikut peraturan diasak ketepi dan ketengah dan nampak kita pula yang bermasalah. Kalau iapun bersabarlah...ikutlah kenderaan yang dihadapan kita. Semua orang hendak cepat, tapi apakan daya keadaan menjadikannya begitu. Dalam hal ini saya nampak pemandu-pemandu di Malaysia tidak profesional lagi dalam menggunakan jalan raya.

Tabiat pemandu bila ada pemandu dari jalan susur hendak masuk jalan utama


Saya selalu terjumpa dan kadang-kadang saya sendiri mengalami peristiwa tidak dapat masuk ke jalan utama dari jalan susur disebabkan keengganan pemandu jalan utama memberi laluan kepada kenderaan jalan susur masuk.... Kadang-kadang kasihan tengok begitu lama mereka menunggu untuk dapat keluar , angkat tangan bagi isyarat dan bagi signal, tapi pemandu jalan utama buat-buat tidak tahu aje. Susah sangatkan untuk memberi laluan sebuah atau dua buah kenderaan masuk bila kita tahu mereka memerlukan ruang untuk masuk ke jalan utama. Bukannya ambil masa lama manapun...Tidak sampaipun 30 saat. Kita perlu ingat, kadang-kadang kitapun perlukan ruang seperti mana mereka juga. Dan sudah pasti kita mahu pemandu dijalan utama memberi sedikit laluan dan kelegaan kepada kita untuk masuk keluar ke jalan utama. Jadi kenalah kita bertolak ansur. Jangan kita sahaja yang hendak minta tapi bila kita duduk dalam keadaan sebaliknya langsung tidak mahu memberi peluang. Sekali lagi saya nampak dalam hal ini pemandu kita tidak profesional bila berada di atas jalan raya.

Kadang-kadang saya yang betul sangat ni tunggulah berhenti bila lampu merah dan kereta belakang selamba sahaja memotong dan pintas jalan tersebut tanpa ada rasa bersalah. Kadang-kadang orang yang ikut peraturan pula menjadi lebih bahaya disebabkan perangai dan kelakuan buruk pemandu-pemandu yang tidak sedar diri seperti itu.

Tabiar buruk pemandu kita bila memotong di lebuh raya.

Sebenarnya banyak tabiat buruk pemandu kita yang saya selalu perhatikan sewaktu memandu di lebuh raya. Antaranya ialah pemandu kita memandu kenderaan dengan sombong. Saya sebut sombong atau memandu dengan penuh kesombongan ialah kerana pemandu kita tidak sabar bila berada diatas jalan raya. Ini juga banyak menyumbang kepada peningkatan berlakunya kemalangan jalan raya...Saya biasa sangat mengalami pengalaman yang akan diceritakan ini malah saudara-saudara sendiripun saya rasa pasti telah mengalaminya. Selalunya bila kite memotong kenderaan dilebuhraya kita akan bagi signal ke kanan dan mulalah memotong dengan kadar kelajuan yang sesuai. Malangnya pada masa yang sama ada kenderaan yang laju dari belakang kita akan turut sama memotong kenderaan dan tidak sabar-sabar tanpa memperlahankan kenderaan sehingga kadang-kadang terlalu hampir dengan bumper belakang kereta kita..sambil tu pula siap dengan memberi lampu lagi seolah mereka sahaja yang laju dan nak menggunakan laluan tersebut...Kalau ya pun sabarlah dulu berilah kereta hadapan memotong dahulu dan tunggu ia kekiri balik, kemudian barulah potong..Susah sangatkan untuk pemandu dibelakang kita itu kurangkan sedikit kelajuan kenderaan sementra menunggu kereta dihadapan memotong dan mengambil tempat disebelah kiri. Wahai pemandu-pemandu seperti ini janganlah sombong dan berlagak ketika memandu kereta...sabarlah sedikit, kerana kesabaran kita itu akan mencegah dari berlakunya kemalangan.

Bayangkanlah kalau kenderaan dihadapan itu tekan berat mengejut...tentu sahaja kemalangan teruk pasti berlaku.

Saya berkesempatan baru-baru ini mengikuti lawatan sambil belajar ke Sydney/Canberra Australia. Apa yang saya perhatikan berdisiplin sungguh pemandu dan pengguna jalan raya di AUstralia ini. Had laju dipatuhi sepenuhnya.  Tidak berani langsung untuk langgar peraturan jalan raya kerana penguatkuasaannya yang ketat dan dendan yang tinggi. Mereka sentiasa menghormati antara satu sama lain semasa menggunakan jalan raya, Sukar untuk berjumpa kemalangan ngeri di Australia disebabkan tahap disiplin pemanduan yang tinggi dikalangan rakyatnya.. Dikatakan setiap masa ada kenderaan khas yang sambil berjalan diatas jalan raya akan merakam segala pergerakan kenderaan diatas jalan raya sama ada mereka mengikut peraturan atau tidak. atau membawa kenderaan melebisia hi had laju atau tidak.. Kalau kena siaplah.. bayar saja denda yang amat tinggi.  Tap tak lah pula saya dengar heboh sangat seperti yang di satu Malaysia sedang heboh   sekarang ini.. Kerana dipolitikkan maka begitulah jadinya.

Bayangkan lah... politik  punya fasal.. saya
rasa lepas ni tak boleh laksana lagilah sistem
AES ini.....  bagi saya tak ada cara lain lagi..
untuk mendisiplinkan pemandu2 Malaysia
yang tak mahu faham2 cara memandu berhemah..
Dah letih rasanya kerajaan dan ngo buat program
mendidik pada pemandu2.. tapi dok macam
tu juga...  kerana politik.. sanggup tanggung
risiko akan terima lebih ramai lagi yang
menghadapi kemalangan jalan raya...
lagi menjadi mangsa kemalangan jalan raya
Tabiat ibu bapa membiarkan anak-anak tidak mempunyak lesen memandu kenderaan

Banyak sangat dah diserata cerok rantau bercambah budak-budak tidak cukup umur menunggang motosikal..baru pula tu. Tidak tahulah samada memang sengaja ibu bapa beli kenderaan itu kepada anak-anak kesayangannya atau tidak. Tapi memang ramai sangatlah ..malahan dipekan-pekan kecil pun mereka begitu berleluasa menunggang tanpa peralatan keselamatan secukupnya. Kita harus ingat bila ada motor budak-budak ni kakinya jadi makin panjang.. rata tempat dia boleh pergi dan boleh ponteng sekolah lagi.. dah jelas dan nyata.

kalau tidak ada lesen memandu memang sah mereka ini tidak cukup ilmu dan pengalaman memandu, walaupun tunggangannya lebih hebat.  Keseronokan menunggang dan memandu kenderaan waktu2 muda memang amat mengujakan...jadi kalau boleh bawa laju potong sana potong sini.. perkara biasa saja kita lihat di atas jalan raya.. Polispun tidak larat lagi nak buat penguatkuasaan...Ibu bapa diamkan saja.. malah menggalakkan lagi pula anak-anak mereka walaupun tidak ada lesen. Kalau berlaku kemalangan kadang-kadang ibubapa bukan nak salahkan anak sendiri , disalahkan pula penguatkuasa yang menjalankan tugas  atau pemandu lain yang terlibat dengan anak mereka... Ini yang jadi peliknya.. Wahai ibu bapa sekalian , janganlah sekali-kali beri anak kita menunggang dan memandu kenderaan diatas jalan raya tanpa lesen memandu dan peralatan keselamatan yang sewajarnya. Anak-anak sekarang bukan boleh ditegor..silap-silap haribulan orang yang tegor itu menerima padahnya yang terok dibelasah...

Kesimpulannya tidak hairanlah dengan kelakuan dan perangai pemandu-pemandu Malaysia seperti yang saya ceritakan tadi maka setiap tahun kemalangan yang berlaku semakin meningkat. OPS Sikap yang dilancarkan oleh PDRM tahun ini sempena Perayaan Aidil Fitri telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara dari segi kematian jiwa akibat kemalangan berbanding tahun2 sebelumnya.......fikir-fikirlah kita semua....sebenarnya tidak ada cara lain lagi nak kurangkan kemalangan melainkan sikap dan perangai pemandu itu sendiri pelu berubah...Infrastruktur jalan kita adalah yang terbaik..Jangan salah lampu isyarat kalau tidak mahu ikut aturannya, janganlah salahkan jalan yang terlalu elok sampai bawa laju2, janganlah salahkan polis kalau buat perangkap kelajuan dan jangan salahkan orang lain kalau berlaku apa-apa pada kita bila kita sendiri cuai.

ok.. nanti sambung lagi.

asriredha
teratak kasih, alor setar

04 September 2012

Integriti Dan Urus Tadbir Perkhidmatan Awam


Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh: 04 September 2012

Salam Sejahtera Pembaca maya sekalian...

Moga berada dalam keadaan sihat walfiat.. Kelmarin dan hari  ni saya mencuri sedikit ruang masa kerja yang yang tidak berkesudahan dengan mengikuti 'Seminar Pemantapan Integriti Dan Urus Tadbir Perkhidmatan Awam' yang diadakan selama 2 hari dari hari ini hingga 4 September 2012. Tempat seminar ialah di Hotel Park Avenue, Sungai Petani.. Temanya menarik juga iaitu 'Inovasi Pemangkin Transformasi'
Hari pertama dimulakan dengan ceramah berkenaan 'Integriti Penjawat Awam..Kenapa DiPersoalkan' oleh Dr Abu Bakar Sarpon- Timbalan Presiden Institute Integriti Malaysia.... Integriti adalah kualiti unggul yang ujud dalam diri seseorang yang dilihat dari perspektif akhlak , moral, nilai dan etika.

Saya sendiri sebenarnya kerap juga mengikuti pelbagai seminar dan kursus berkenaan integriti. Seminar integriti sebelum ini saya turut hadir dan laporan panjang lebar ada saya  ada saya catatkan dalam blog sebelum ini.. seperti link dibawah.. Klik saja kat situ..

http://beritakcs.blogspot.com/2011/09/mari-kita-berubah-seminar-pemantapan.html?utm_source=BP_recent

Namun saya tetap juga menghadiri seminar ini atas dasar untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahun saya disamping menerapkan lebih mendalam lagi akan tahap integriti dalam diri yang serba lemah ini.

Saya sedar sebagai manusia yang serba kekurangan tahap ketahanana diri seseorang tidak sama. Kadang-kadang lama-lama kita leka dan lupa akan tanggungjawab hakiki yang patut dilakukan. Kita hanyut dengan kemewahan dan kuasa yang kita ada dan miliki dan kita lupa janji kita pada rakyat dan kerajaan serta kepada Allah SWT yang satu itu, Maka pada akhirnya manusia akan  terjebak masuk dalam isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah demi kepentingan diri sendiri..

Inilah yang saya amat2 takut kalau2 terjadi pada diri saya dan sahabat2. Semoga Allah SWT sentiasa memberi petunjuk dan hidayahnya yang berterusan pada diri ini yang serba kekurangan  dengan segala macam kelemahan yang ada.

Sebab itu saya kena selalu memperingati diri saya sendiri dan juga mengikuti kursus dan apa-apa latihan, seminar dan sebagainya agar dapat mengembalikan perjalanan hidup ini ke landasan yang betul jika ianya cuba  tersasar jauh.

Berdasarkan ceramah yang diberikan itu saya tertarik tentang fakta yang diberikan  oleh beliau iaitu kenapa Jepun dan Switzerland menjadi negara yang amat maju dan terkenal dalam pelbagai bidang serta menjadi negara yang paling dipercayai... Fakta tersebut ialah seperti berikut:-

a. Akhlak, adab, amalan hidup mereka yang begitu menakjubkan
b. Penduduknya berintegriti
c. Bertanggungjawab
d. Keluhuran undang2 dan peraturan dan mereka amat menghormatinya.
e. Menghormati hak majoriti
f.  Menghormati autoriti
g. Kebrahian bekerja (The passion of works)
h. Berusaha untuk berjimat dan melabur
i. Kesungguhan untuk lebih produktif
j. Ketepatan MASA

Fakta ini adalah merupakan hasil dari kajian ilmiah yang dibuat oleh pakar akademik seluruh dunia. ..Jadi macam mana saudara-saudari semua... mampukah kita ikut sepertimana fakta yang sebutkan diatas tadi. Realitinya sekarang ini saya  tidak nampak peratusan yang  tinggi untuk mencapai seperti mana fakta tersebut... Lihat sahajalah akhlak orang-orang kita memandu dijalan raya, lihatlah juga perangai sebahagian rakyat negara ini yang buang sampah ikut suka saja tanpa ada perasaan bersalah pada jiran, lihat sahaja penipuan yang dilakukan oleh penjual terhadap pelanggannya, lihat sahajalah sikap orang kita yang tidak mengikut peraturan lalulintas jalan raya, lihatlah juga cara orang kita bekerja yang banyak menghabiskan masa untuk tujuan lain, itu tidak tengok lagi janji-janji kita yang tidak menepati masa.., rasuah, tidak mempercayai keputusan majoriti, tidak menghormati dan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasanya dan segala macam lagilah perkara-perkara negatif yang tidak perlu saya ceritakan disini. Kerana  adanya perkara-perkara negatif yang dibuat oleh sebilangan kecil rakyat kita inilah yang  telah menenggelamkan kebaikan dan perkara positif yang dibuat oleh sebahagian besar  rakyat Malaysia.

Saya amat mengharapkan satu gelombang secara besar-besaran akan berlaku seperti fakta  diatas.. maka barulah kita dapat tunjukkan hasilnya yang pada akhirnya memberi kebaikan yang sangat besar kepada rakyat Malaysia ini. Inilah transformasi yang kita mahukan...


Datuk Bandar MBAS turut menandatangani surat 
akujanji integriti korporat sebagai komitmen
dan kesungguhan MBAS untuk meningkatkan
tahap integriti dikalangan warga MBAS
 Tertarik saya dengan ceramah oleh Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli bin Abdul Razak atas tajuk 'Transformasi Pengurusan Ke Arah Kecemerlangan Organisasi'.... Menariknya ialah sebarang perubahan transformasi kearah yang lebih baik terletak kepada sumber manusia. Kakitangan yang ada perlu ada pemikiran yang sihat dan mempunyai persepsi yang positif serta peribadi kelakuan yang berhemah.  Semua ini bergantung kepada hati manusia itu sendiri atau kalbu yang mana terletaknya  akal,  tempat dimana bersemayamnya roh, yang memandu perjalanan dan hala tuju pemikiran dan tingkah laku  individu. Memandangkan kalbu sebagai tempat  dimana terletaknya roh maka sebarang kerosakan kepada kalbu akan memberi kesan yang menggugat kestabilan seseorang individu itu. Bila roh tidak tenteram ianya memberi kesan kepada jasad dan jasad yang rosak akan memberikan  pelbagai kesan keresahan , kebimbangan,  kemurungan dan sebagainya. Bila ini berlaku maka bagaimana mungkin kita boleh mentransformasikan pengurusan organisasi  kearah lebih cemerlang. Oleh itu amat wajar setiap individu itu dibimbing kearah pengukuhan kerohanian dan spritual agar setiap orang itu menjadi lebih kukuh dan mantap.

Ada juga tajuk ceramah berkenaan 'Blue Oceon Strategy' . Yang ini saya tidak mahu ulas panjang kerana konsep dan pemahamannya telah saya cerita dalam blog sebelum ini seperti mana link dibawah ini. Kalau berminat klik kat situ...... :

http://beritakcs.blogspot.com/2012/05/blue-ocean-strategy-satu-pendekatan.html

'Budaya Transformasi Prasyarat Kecemerlangan Perkhidmatan Awam' satu tajuk yang juga menarik disampaikan oleh Prof Madya Dr Idris bin Md Noor dari UNIMAP...    saya setuju benar dengan tajuk ini. Budaya-budaya transformasi kena sentiasa dijadikan kebiasaan dalam urusan pekerjaan harian. budaya 'hired and fired' kena dimulakan tanpa pilih kasih dan belas kasihan. Orang yang produktif tiada masalah dengan segala peraturan dan arahan yang dikeluarkan, tapi tentunya orang tidak produktif ada masalah besar kalau hendak kekal dengan sikap dan perangai lamanya, kerana dalam budaya transformasi adalah budaya kerja cemerlang, budaya kerja positif, berinovasi, kreatif, proaktif dan perubahan sikap yang lebih positif dalam segala aspek dan mempunyai peribadi yang mulia. Kalau kebiasaan lama penyegan, berkira, ponteng kerja, kerja tidak 'tera' mana, suka pertikai arahan ketua dan sebagainya tentunya sukar mencapai kecemerlangan dalam organisasi perkhidmatan awam. Ketegasan amatlah penting kalau mahu berjaya.

Ok jumpa lagi...... salaaam.

Teratak Kasih
Asredha.............................





asriredha teratak kasih alor setar

11 May 2012

KCS & GolF

05 Mei 2012
Sungai Petani
Catatan: Mohd Asri Redha

'Selamat Sejahtera'


Sebahagian gambar-gambar kenangan
sewaktu saya aktif bermain golf dulu...


 Hari ini saya menghadiri  majls 'Santapan Tengahari' di Cinta Sayang Golf Club & Resort, Sungai Petani. Urusetia jemput maka saya tentunya datang kalau tidak ada urusan lain yang lebih penting.  Ia sempena 'Pertandingan Golf Piala Keputeraan' yang diadakan setiap tahun sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan KBDYMM Tunku Sultan Kedah. Kebawah DYMM Tunku Sultan Kedah  dan Tunku Sultanah turut berangkat mencemar dulu bermain golf di pertandingan ini. Pendek kata memang hebat sungguh dengan orang-orang kenamaan ramai yang terlibat. Apatah lagi DYMM Tunku Sultan Kedah sekarang ini telah menjadi SPB Yang DiPertuan Agong. 

Seronok tengok rakan-rakan dapat pelbagai hadiah dan boleh dikatakan semua yang ambil bahagian dapat hadiah. Hadiah-hadiahnya boleh tahan juga hebatnya... pendekata seronoklah sapa yang main golf..

Yang peliknya saya ni.. bukan tak main.. dulu memang main sungguh-sungguh. Sewaktu jadi Setiausaha MPSPK. .tapi lama-lama kui 'slow'..tukar ke Yan main balik sebab ramai orang Yan juga yang main dan DO waktu itu Dato' Hj Bashiruddin rajin dok atur pertandingan golf.. jadi sayapun tumpang sekaki juga.. takkan nak biar anak buah aje main.  Lepas tukar dari Yan dah mula 'slow'  dan akhirnya dah bertahun tak pegang batang golf tersebut.... tak tau fasal apa...  mungkin tak karan 'kut'... atau tak ada geng setaraf 'pandai' saya kut....

Nampaknya nak kena main balik ni... takkan nak biar depa saja yang dok kutip hadiah.. ada setengah tu tiap-tiap kali pertandingan .. muka tu aje yang terima hadiah... Hadiah besar pula tu... TV LCD 32 inci, handphone, rantai emas, wang tunai, penginapan pelancungan, baucar tunai, set golf, dan segala macam lagilah..... 

Jadi Golf sekarang sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan KCS... Dulu lain... Banyak yang main tenis.. Kiranya tenis tu memang mainan elit juga ketika itu. Boleh kata setiap pejabat daerah ada gelanggang tenis, kat Wisma Darul Aman pun ada gelanggang tenis, Wisma Negeri pun ada gelanggang tenis.. Tapi sekarang ini, banyak sudah gelanggang tenis tinggal nama dan tapak sahaja.. habis sudah jadi projek lain... Itulah permainan tenis.. Saya pun main  tenis juga  masa kat Pejabat Tanah dan Daerah Kubang Pasu dulu.. Selalu dok lawan dengan DO waktu tu iaitu Dato' Syed Zain Syed Abdullah, dan juga dengan Dato' Hj. Ismail Hj. Shafie.. Namun saya tak pernah menangpun main dengan depa.. memang cekap depa main.. Dato' Hj Syed Zain dalam penat-penat diapun memang hebat juga main tenis ni...  sekarang ni sudah tinggal nostalgia... sayapun tak taulah dah jadi pada gelanggang tenis itu.

Ok.. selamat maju jaya dan main sungguh-sungguh dalam permainan golf ini.. biar bila bertindak bermain sebagai satu pasukan KCS Kedah boleh tunjuk hebat lagi ..terutama bila pertandingan antara Pegawai PTN Terengganu, PTN Kelantan, PTN Johor dan PTN Kedah. Bila hebat dalam golf tentunya hebat juga dalam kerja seharian..tak gitu... jangan pula nanti orang dok perli pula .. 'time' kerja bos dok kat padang golf ......ini tentunya akan menjejaskan imej KCS itu sendiri....... Ok.. jumpa lagi...... Nanti kita jumpa kat Padang Golf...  tapi tak jadi ahli mana-mana kelab lagi...

asredha
teratak kasih
alor setar

01 May 2012

360 DEGREE LEADER

Adakah yang berucap itu seorang '360 Degree Leader'?

INSPIN: Asri Redha: 26 Mei 2009

Hari ini saya menghadiri satu kursus bertajuk 'Leadership Skills For High Performance'. Penceramah yang dijemput ialah Dr Hj Ramli Saad dari Advanced Leadership Academy. Beliau seorang pakar perubatan radiologi tetapi lebih cenderung kepada 'leadership training'. Satu bidang yang memang jauh dari kelayakan akademiknya tetapi minatnya yang mendalam membuatkan ia lebih berjaya dalam bidang tersebut selain terlibat dalam bidang korporat. Agak sedih kerana tidak ramai rakan KCS yang mengambil peluang hadir mengikut kursus yang amat berguna ini.

Satu bab yang menarik untuk dikongsi bersama dalam kursus ini ialah bertajuk '360 degree LEADERSHIP' Konsep Kepimpinan 360 degree ini dipelopori oleh John C Maxwell seorang pakar kepimpinan, penceramah dan pengarang yang bertaraf antarabangsa yang telah menjual lebih 13 juta buku karangannya. Bukunya 'The 360 Degree Leader' menjadi bahan bacaan utama kepada pemimpin ternama baik dalam organisasi, korporat, negara dan sebagainya. Buku The 360 Degree Leader telah menyelesaikan persoalan mengenai 'Bagaimana saya boleh mengaplikasikan prinsip kepimpinan sekiranya saya bukan seorang boss'.

Konsep kepimpinan ini adalah hasil kajiannya selama lebih 20 tahun dengan mengambil contoh-contoh kepemimpinan pemimpin terpilih dan terhormat dari pelbagai cabang politik, usahawan, fahaman agama, institusi, syarikat dan negara selain juga mengambil contoh terbaik dari pengarang dan guru-guru kepemimpinan diseluruh dunia.

John Maxwell menceritakan dalam bukunya 'The 360 degree Leader' berkenaan pemimpin yang boleh memimpin dari mana-mana tempat atau peringkat dalam sesebuah organisasi.

Satu perkara penting yang saya pelajari dalam konsep ini ialah faktor pengaruh (influence). Kita boleh membina pengaruh kita untuk memimpin dimana-mana peringkat organisasi. Kita tidak perlu jadi pemimpin untuk mempengaruhi seseorang.

Sebelum ini saya percaya dan kebanyakan orang percaya bahawa bila menjadi pemimpin barulah dia boleh mempengaruhi seseorang untuk mengikuti kepimpinannya dan mengembangkan kepimpinannya. Sebenarnya ini banyak mengundang masalah yang menyebabkan kebanyakan pemimpin gagal dalam kepimpinannya. Sebenarnya kita tidak perlu menjadi pemimpin untuk mempraktiskan kepimpinan. Kalau kita selalu mempraktiskan ciri-ciri kepimpinan walaupun kita bukan seorang pemimpin dalam artikata sebenarnya, maka ianya akan lebih memudahkan kita untuk menangani apa saja situasi yang ada dan yang akan datang. Bila kita sentiasa menyediakan diri kita dengan ciri-ciri kepemimpinan dan pengaruh yang bersesuaian maka itu adalah lebih dan kita tidak tidak tahu bila peluang menjadi pemimpin akan datang, tapi bersiap sedialah..

Ada 5 Peringkat Kepimpinan yang diketengahkan oleh John Maxwell iaitu:

i. Kedudukan Jawatan - Hak :Orang ikut kita sebab mereka kena ikut. Pengaruh kita hanya dalam lingkungan organisasi saja dan tidak akan melepasi sempadan deskripsi tugas. Bila anda berjumpa seseorang yang baru, alasan mereka ikut dan percaya kepada anda ialah kedudukan dan jawatan yang ada pegang. Tetapi ini hanya bertahan dalam masa yang singkat sahaja. Lagi lama anda kekal cara begitni lama-lama moral anda akan menurun.

ii. Kerana Perhubungan: Orang akan mengikut gaya kepimpinan kita untuk peringkat pertama, kerana hubungan yang anda bina dengannya. Mereka terus mengikut kamu kerana mereka mahu ikut

iii.Penghasilan Kerja ( Because of Results): Orang akan mengikut kamu kerana keputusan dan kejayaan yang telah ditunjukkan pada masa yang lepas. Itu sebab mereka mengikut kepimpinan kita kerana mereka percaya kita berkemampuan. Orang ikut kita kerana apa yang telah kita lakukan pada organisasi

iv: Apa yang telah kita buat kepada mereka: Sekiranya kita membantu sesama insan dengan ikhlas tanpa apa-apa niat disebaliknya maka ini membina pengaruh tersendiri dikalangan masyarakat dan akhirnya mereka merasakan patut ikut kita. Orang ikut kita kerana apa yang telah kita lakukan kepada mereka.

v. Kerana Penghormatan (personhood): Ini adalah jenis pemimpin dimana setiap orang mahu ikut gaya kepimpinan kita. Mereka mungkin tidak bekerja dengan kita dan malahan mungkin tidak pernah berjumpa kita tetapi tindakan dan apa yang kita buat itu menyebabkan mereka mahu kita jadi pemimpin. Orang ikut kita kerana diri kita dan apa yang kita wakili.Peringkat ini agak sedikit yang mampu sampai. Peringkat ini adalah bagi pemimpin yang telah bertahun membangunkan insan dan organisasi


Satu perkara yang menarik dalam gaya kepimpinan 360 degree ini ialah mengkategorikan pemimpin itu kepada 3 bidang atau kawasan iaitu:-

MEMIMPIN KE ATAS : Bila kita memimpin dikalangan yang lebih senior. Antara cara yang boleh dilakukan dalam membina pengaruh dibawah area ini ialah kita memimpin diri kita dengan terbaik, ringankan beban bos, rela laksana kerja yang orang lain tidak mahu lakukan,, jadi pemimpin serba boleh, tahu bila perlu desan dan bila perlu berundur, menjadi pemain yang serba boleh, hati-hati bila ambil masa bos, pandai ambil hati bos dalam perhubungan peribadi yang sewajarnya.

MEMIMPIN SE ARAS : Bila kita memimpin dikalangan rakan-rakan setaraf. Kita memahami, mengamalkan dan melengkapkan kitaran kepimpinan seperti menyempurnakan keperluan rakan-rakan sekerja kita untuk memperolehi kejayaan, menjadi sahabat sejati, jangan mengaku anda adalah paling terbaik dan sebagainya. Banyak ciri-ciri lain yang perlu ada dalam hubungan rakan sekerja ini kerana ianya melibatkan persaingan. Walaupun usahakan agar persaingan tersebut adalah persaingan yang sihat.

MEMIMPIN KE BAWAH: Pemimpin 360* sebenarnya tidak berkedudukan (jawatan). Mereka memimpin melalui pengaruh , tanpa kedudukan, kuasa atau autoriti.. Sebagai pemimpin 360* bilamana anda memimpin ke bawah anda bukan sahaja membuat orang bawah anda melakukan sesuatu, tetapi anda mengetahui siapa mereka anda bantu mereka menerokai dan mencapai potensi mereka, anda menjadi model idola mereka, anda membuatkan mereka merasai sebahagian daripada yang lebih besar dan anda memberikan penghargaan kepada sumbangan mereka.

Jadi dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip kepimpinan yang diketengahkan oleh John Maxwell's kita boleh mengembangkan pengaruh kita dikalangan rakan setaraf kita, dikalangan pegawai atasan kita dan subordinat kita serta menjadikan diri kita lebih berguna atau bernilai dikalangan rakan sepasukan kita.

ok.. jumpa lagi

asriredha
teratak kasih
alor setar

27 April 2012

MUSLIM SUPER......

19 Mei 2012                                                                                                                         
InsPiN...Alor Setar                                                                        
Catatan: Mohd Asri Redha                     

Sedap dengar nama tajuk cerita blog saya kali ini.. 'Muslim Super'... Menjadi seorang Muslim yang hebat dan cemerlang dalam pelbagai bidang  sepatutnya menjadi hasrat setiap orang Muslim.. Kerana itulah yang dituntut oleh agama kita. Sebenarnya saya telah menghadiri  Bicara Ilmiah anjuran INSPIN bertajuk  "Muslim Super: Model Al-Fateh..  Pembicaranya adalah  Dr.Danial Zainal Abidin. Jangan terkejut.. beliau bukan seorang yang berpendidikan pengajian Islam sejak awal. Beliau adalah seorang pengamal perubatan moden berkelulusan doktor perubatan dari Universiti  Alexandria di Mesir. Sekarang beliau mempunyai syarikat perundingan sendiri bernama Danial Zainal Consultancy.

Bila mengikuti bicara seperti ini, terasa amat kerdil diri ini betapa kurangnya ilmu yang ada. Beda antara diri kerdil ini dengan penceramah begitu jauh seperti antara langit dan bumi... Bayangkan walaupun beliau seorang doktor perubatan.. tapi kesungguhan beliau belajar ilmu agama hingga ketahap beliau boleh berdiskusi, berbicara, berdebat dan berceramah berkenaan agama amat hebat..  Beliau boleh menghafaz Al Quran, dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang keagamaan. Mendengar ceramahnya menjadi lebih menarik kerana pengetahuan sainsnya dengan agama saling dihubungkaitkan secara mendalam.. Itu yang menariknya ceramah beliau. Saya selalu mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh orang bijak pandai dalam ugama sahaja. Pengajian hanya dalam Islam  seperti tasauf, hadis, fiqah, syariah, usuluddin, ekonomi Islam, tahfiz dan sebagainya.. Jadi untuk hendak kaitkan dengan kaedah saintifik dengan Islam terutama dalam membuat tafsiran-tafsiran yang telah nyata ada dalam Al Quran dan Al Hadis agak kurang mendalam dan kurang menyakinkan pada setengah-setengah orang.....Fakta-fakta saintifik banyak terdapat dalam Al Quran yang mana hanya individu yang mempunyai pengetahuan sains dan teknologi yang boleh menghuraikannya dengan berkesan..

Itulah bagusnya jika seorang yang memberi ceramah ugama mempunyai pengetahuan mendalam berkenaan Islam dan juga Sains. Bersyukur sangat saya dapat mengikuti bicaranya malahan dapat beli bukunya dan bergambar lagi.... Bukan senang nak bergambar dengan  orang bijak pandai ni..

Ok.. apa sebenarnya yang dibicarakan oleh Dr. Danial ni.. dengan tajuk seperti diatas... "Muslim Super".. Muslim Cemerlang.... Apa kaitannya dengan Sultan Muhammad Al-Fateh..Sultan yang memerentah Empayar Uthmaniyyah dimana sejarah sultan ini sebenarnya telahpun disebut  800 tahun sebelum kelahirannya dalam hadis Rasulullah sebagai  'sebaik-baik raja'.

Semua orang hendak mencapai cemerlang dalam setiap apa bidang yang disertai. Tentunya seorang pelajar mahu cemerlang dalam pelajaran akademiknya .. kalau jabatan juga mahu cemerlang dalam perkhidmatannya, kalau negara juga mahu cemerlang dalam dalam segala-galanya.... itu hasrat setiap individu baik sebagai pekerja, pelajar, pemimpin dan sesiapa saja. Tapi adakah ini dikatakan cemerlang.. seorang pelajar yang mendapat kecemerlangan akademik terbaik, tapi disiplin dan akhlaknya buruk sekali, seorang Presiden sebuah negara berjaya membawa negaranya menjadi negara yang amat maju tapi Presiden tersebut berfoya-foya dengan segala macam wanita .. Adakah seorang pekerja itu hebat kerana sentiasa mendapat anugerah cemerlang dalam pekerjaannya tetapi kehidupan dipenuhi rasuah keluarganya berterabur dan begitulah seterusnya..

Buku yang saya beli ini bertajuk 'Minda Muslim Super'
karya Dr. Danial. Buku ini setebal 419 ms. Sudah
ulang cetak 6 kali. Tak habis baca lagi ni.. Sebenar
nya banyak lagi buku-buku Dr. Danial yang di
terbitkan berkaitan menjana kecemerlangan  drpd
Al Quran, Perubatan Islam , saintifik dan sebagainya.
Sebagai seorang beragama Islam  dan Muslim sejati kita perlu mencari  'Kecemerlangan Yang Hakiki' iaitu kita cemerlang di dunia dan kita cemerlang di akhirat nanti dengan dapat memasuki Syurga Allah. Sebab itu kecemerlangan didunia akan menjadi lebih bermakna dan bernilai kerana dengan kecemerlangan itu akan membawa diri manusia itu memasuki Syurga Allah SWT di akhirat nanti....  Ini cabaran kepada saya juga... bolehkah ....  ? .. Kita cubalah setakat terdaya dan termampu kerana saya dan majoriti manusia didunia bukannya dikurniakan anugerah-anugerah khas oleh  Allah SWT.. bukannya genius, bukannya boleh bercakap dan faham bahasa  Arab pun...apatah lagi nak menghafaz Al Quran, bahasa Inggerispun tunggang  langgang. bukan ada ijazah sarjanapun..nak  bersyarah lagilah parah.... cumanya  ada sedikit kesedaran .. tak apalah.. adalah sedikit kesedaran kira ok juga dari tidak ada apa-apa langsung....

Macammana pula nak mencapai kecemerlangan yang hakiki itu. Di sinilah Dr Danial telah menggali pelbagai kitab dan sumber rujukan serta yang terutamanya rujukan dalam Al Quran dan Al Hadis dan hasilnya beliau telah mengemukakan "Formula 7A  Menuju Kecemerlangan"

Sebenarnya setiap satu formula yang diketengahkan itu dijelaskan dengan terperinci juga oleh Dr.  Danial dengan contoh-contoh dan sumber rujukannya, dan bukannya hasrat saya untuk cerita satu-satu Formula 7A itu .. (yang ini kena mai dengar ceramahnya) cuma sekadar memberi sedikit info yang boleh membuka minda dan memberi halatuju yang lebih terarah dalam urusan seharian kita sebagai umat Islam yang soleh barulah kehidupan kita dan kecemerlangan yang kita cari direstui dan diberkati oleh Allah SWT.

Formula 7A..

i.  Autentik...ilmu pengetahuan adalah asas kepada kecemerlangan. Autentik bermakna asli dan benar. Ini bermakna Islam amat mementingkan ilmu yang autentik.
ii.  Akidah.... Akidah adalah berkaitan kepercayaan manusia terhadap Allah dan Iman. Dalam apa tindak tanduk kita sebagai manusia, kita tidak boleh tergelincir dari Rukun Iman yang Enam, barulah dinamakan kecemerlangan yang hakiki. Ini berlawanan dengan Syirik yang menyekutukan sesuatu dengan Allah SWT.
iii. Amal Solih...Dalam Rukun Islam yang  lima telah ada kewajipan-kewajipan kita terhdap Allah. Ikut sahajalah rukun-rukun yang ada itu tanpa terlalu timbulkan persoalan-persoalan yang terlalu rumit hingga menjejaskan amalan ibadat kita seharian. Insya Allah jika ini dapat kita harungi sepenuhnya dengan cemerlangg tanpa ketinggalan... Ambil contoh sembahyang 5 waktu Allah telah berfirman dalam surat Al Ankabut ayat 45.."Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Ganjaran Syurga Allah pasti menunggu kita di akhirat nanti.
iv. Awlawiyat..Masa hidup kita akan dapat diurus  dengan terbaik jika pandai  memberi perhatian kepada Awlawiyat. Awlawiyat bermakna ' keutamaan' . Kita perlu pandai membuat pilihan dan memberi keutamaan. Macamana nak tentukan keutamaan ada digariskan dalam Islam yang dinamakan hukum hakam taklifi.. iaitu wajib, sunat, harus, haram dan makruh.
v.  Akhlak.. Mengambil contoh akhlak nabi Muhammad SAW adalah terbaik sekali. Jangan sekali-kali berdusta... Ia kena bermula dari hati yang bersih. Ianya adalah suatu keadaan yang menetap dan bermula di dalam jiwa seseorang. Darinyalah lahirnya perbuatan-perbuatan dan tingkah laku seseoerang dengan senang dan mudah.
vi. Amanah.. Amanah disini ialah tanggungjawab yang dipikul yang berkaitan dengan hak-hak Allah dan hak-hakk makhluk samada berbentuk perbuatan, perkataan dan kepercayaan. Surah Al Ahzab ayat 72, Allah berfirman ,"Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi, bukit dan gunung ganang  tapi mereka enggan memikulnya dan merasa amat berat dengannya sebaliknya ia dipikul oleh insan.    Sesungguhnya mereka amat zalim lagi jahil". Ianya amat berat .  Sebahagian besar manusia mendapat azab Allah kerana mengkhianati amanah yang dipikulnya.
vii. Asah..atau skil atau kemahiran. Manusia kena kemahiran kerana dengan kemahiran yang dimiliki segala pekerjaan akan dapat dilaksanakan dengan mudah, sempurna dan berkualiti. Dalam surah Al Kahfi ayat 96-97 diceritakan Raja Zulqarnain  menggunakan kehebatan kemahiran menggunakan besi dan tembaga untuk membuat tembok yang amat kuat hingga tidak mampu untuk dirobohkan.`

Berhubung dengan Muhammad Al Fatih.. sebenarnya Nabi Muhamad SAW pernah bersabda 800 tahun dahulu sebelum itu "Constantinople (sekarang Istanbul) akan jatuh ketangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.. " Hadis diriwayatkan oleh Iman Ahmad, al-Hakim,...  Memang benar 800 tahun selepas itu Sultan Muhammad Al-Fatih Khalifah ke 7 Kerajaan Uthmaniah bersama 150,000 orang tenteranya telah memasuki kota tersebut.  Terlalu amat sukar untuk masuk menawan kota tersebut. Tapi dengan kehebatan pemikiran, kreativiti dan strategi peperangan Al Fatih dengan pertolongan Allah jua mereka berjaya menawan kota tersebut. Ideanya memang luar biasa dan tidak pernah terfikir oleh manusia .. iaitu membawa 72 kapal laut melalui jalan darat yang tidak pernah dijangka oleh pihak musuh... Apakah rahsia kehebatan Al Fatih ini .. tidak lain dan tidak bukan  baginda sentiasa menjiwai agama,  menguasai ilmu dan kemahiran semasa, bersifat tawaduk, bersifat berani serta gigih berusaha lagi kreatif. Allah pasti akan membantu hamba-hambanya....

Ok.. cukuplah setakat ini... catatan masa hadir dengar ceramah... bila dok menaip ada lah ingat juga apa yang diceramahkan..  kalau tidak masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan... tak ada apa yang tinggal kat diri saya...  jadi taip pi lah... boleh juga ingat balik apa yang diajarkan... Harapan agar saya dan sapa-sapa yang membacanya mendapat manfaat darinya....Semoga kita semua menjadi "Muslim Super" amiiiin... wassalam

Ketemu lagi.....

Asri Redha                                                                                                                                   
Teratak Kasih
Alor Setar.....                                                                                  

19 April 2012

Burung Pembawa Rezeki,,,,,

Tarikh:    19 April 201
Catatan:   Mohd Asri Redha

Petang ini.. rasanya tenang sikit.. terasa nak rehat-rehat kat luar rumah sambil pekena cucur ubi cicah dengan nisan nipah.....mmmmm sedap dan lazat.. Satu lagi kegunaan nisan nipah ialah makan dengan kuih lope.. saya suka sangat makan lope cicah dengan nisan nipah... sambil tu dah dapat idea sikit nak tulis fasal satu ceramah yang saya hadir pagi tadi.

Telor Burung Merbah .. 3 hari yg
lalu...................................................

Hari ini dah jumpa menetas.... 2 ekor
Comey gila......
 
Nampak tak pasangan burung merbah
tersebut... dok keliting kat situ aje.......
Agak-agaknya kalau kita pi kacau
sarangnya ... pasti diserangnya...

Kat pokok dalam pasu itulah.........
duduknya sarang burung merbah
Ayam Serama tu macam penjaga.
pula.................................................
Yang sedihnya 3 hari selepas itu..
kedua-dua ekor ayam kesayangan
kami sekeluarga telah dibunuh 
oleh makhluk yg tak dpt dikenal
pasti.... yg jumpa hanya bulu ber
selerakan....... 


Gaya mula nak mula taip.. ternampak kat pokok dalam pasu tepi tiang rumah... bunyi macam anak burung kelaparan.. ya betullah,.... rupa-rupanya sarang burung yang ada 2 biji telor telah menetas . Anak burung merbah... tak berapa pasti burung merbah apa... entah-entah burung merbah yang menjadi haiwan perlindungan... heran sungguh.. dalam banyak-banyak pokok yang ada dia boleh mai buat sarang tepi rumah. rendah pula tu.... macam nak mai rezeki berganda kut datang ke rumah... Apa-apapun terima kasih lah wahai burung merbah yang sudi buat sarang kat tepi rumahku....  Nampak pasangan burung merbah jantan dan betina dok keliting atas tembok pagar berdekatan..sat terbang sana sat terbang sini.... bunyi berterusan.. sedap pula dengar bunyi burung merbah ni.. sambil dok kerling-kerling sarang anak mereka... Dia risau kut sebab saya duduk dekat sangat dengan sarangnya... mungkin takut ada orang ambil anak burung tersebut... Anak saya kata macam mahluk asing bentuk anak burung itu.. Rasanya  anak burung itu kelaparan.. tapi ibunya tak berani hampiri kerana saya duduk dekat dengan sarang burung itu....

Rasa tenang pula tengok suasana yang jarang-jarang saya jumpa.. tepi rumah pula tu....  Kadang-kadang ada juga ular hijau  kecik tapi panjang... datang ziarah masuk rumah lagi... mula-mula tu pukul sampai mati.. tak tau fasal apa..tapi la ni halau dia keluar jauh-jauh aje... geli geleman tengok ular...  Ular Senduk juga tidak ketinggalan datang ziarah... yang ini tak tenang.. bahaya lagiii....yang ni kena ketuk habis-habisan..... banyak ekor dah masuk halaman rumah...   maklumlah tanah jiran sebelah belakang tak pernah dibersihkan.. belukar tebal..

asriredha
teratak kasih alor setar