asriredha
teratak kasih
alor setar
Memberi ulasan & membuat analisa mengenai sesuatu peristiwa untuk maksud penerbitan diblog ini adalah sesuatu yang menyeronokkan. Lbh teruja lg kalau tulisan sensasi dibaca org ramai, mendapat reaksi positif & menjadi topik perbualan. Sudah pasti ianya akan menjadi kepuasan kpd penulis. Pandangan & ulasan saya dlm blog ini jika terkena & menyinggong perasaan sesiapa itu bukanlah niat saya.
25 September 2014
12 September 2014
Dari Ikrar Kepada Amalan...
Tarikh: 16.09.2014..
Tempat.. TH Hotel & Conv. Centre .. Alor Setar
Catatan: Mohd Asri Redha.
Assalaamualaikum WRT..buat sahabat2 saya yang amat dimuliakan Allah SWT .. Selamat Sejahtera.. Selamat Pagi... dan segala macam ucapan2 yg baik2 belaka.... Allah sentiasa memelihara kita kalau kita selalu mendoakan kebaikan orang lain....
Pagi ni saya menghadiri seminar yang amat penting bagi saya sebagai seorang pegawai kerajaan dan sebagai seorang Muslim.. lagi2 la kena ambil berat... iaitu SEMINAR CIP: DARI IKRAR KEPADA AMALAN... Anjuran SPRM... Bagus seminar ni bagi yang mengerti ..
Sebenarnya awal pagi tadi sebelum datang ke seminar ini saya telah menghadiri Mesy Jawatan Kuasa Khas Mempertimbangkan Kes2 Salah Laku Tata Tertib Anggota2 Perkhidmatan Awam Negeri Kedah.. Saya merupakan ahli Jawatankuasa ini. Dari pemerhatian saya majoriti kes yg di bentangkan adalah berkaitan "INTEGRITI".. Sebahagian besar adalah berkaitan aduan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kecuaian serta disiplin. Jadi sesuai sangatlah seminar ini diadakan dikalangan anggota pentadbiran awam negeri Kedah.. cumanya saya lihat tidak begitu ramai yg datang walaupun kerusi meja yang disediakan banyak dan dibuat dihotel yg terbaik fasilitinya. 'goodies' pun elok2 juga ....nak bagi tarikan supaya mai seminar.. Biasa la bila ceramah bab-bab mcm ni, yg berkaitan integriti, rasuah , penyelewengan, penyalahgunaan kuasa bukan orang suka sangat.... Tahniah la saya ucapkan pada mereka yang sanggup hadhir seminar ini. Sebenarnya seminar seperti ini sepatutnya tak boleh lagi datang bila kelapangan sahaja, atau bila ada yang berminat saja. Ketua Jabatan kena beri perhatian kepada kehadiran anak-anak buah ke seminar seperti ini. Kalau bos sendiri hadir sama lagi la bagus.. jadi teladan kepada anak-anak buah. Isu Integriti sebenarnya semua pihak boleh terlibat. Lagi tinggi pangkat dan kuasa lagi tinggi lah nilai rasuah yang boleh dikecapi jika tidak berintegriti.
Sebenarnya dlm hal2 berkaitan integriti ini.. pada pemerhatian saya dan penilaian saya sebahagian besar anggota kerajaan tahu apa itu integriti, apa itu kejujuran, apa itu rasuah dan yg seumpamanya.. cuma terletak pada niat sahaja... nak buat atau tak mahu buat.. itu saja.. sejauh mana pegangan agamanya .. sejauh mana risiko buat kerja pelik2 tu dan cara menilai risikonya.. kalau tidak ada pegangan agama yang kukuh, tahap integriti yang lemah dan pada penilaiannya risiko diketahui atau ditangkap adalah rendah maka berlakulah rasuah dan penyelewengan kuasa apabila datang peluang.
Walau bagaimanapun semuanya itu tidak melemahkan agensi2 dan jabatan dalam usaha untuk mengurangkan gejala2 rasuah dikalangan rakyat dan anggota pegawai kerajaan. Kursus , seminar dan taklimat sentiasa diaturkan dikalangn anggota perkhidmatan awam dan dalam masyarakat itu sendiri. Sebab itu seminar2 seperti hari ini adalah merupakan satu program utk mengukuhkan tahap tadbir urus korporat, integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban dalam setiap urusan operasi seharian bagi proses dan prosedur organisasi. Sudah tentu ditekankan juga perkara-perkara berkenaan keinginan yang terlampau terhadap kebendaan walaupun pendapatan tidak setinggi mana. Namun begitu pendapatan yang tinggi pun masih juga berlaku hal-hal penyalahgunaan kuasa dan tidak berintegriti. Susah juga membuat andaian bahawa orang yang banyak duit tidak makan rasuah.. atau orang yang kurang duit ringgit lebih terarah untuk makan rasuah.. Jadi semuanya terletak kepada 'kalbu' setiap individu. Bagaimana seseorang individu mengurus nafsu dengan betul agar menepati syariat . Kalau dibiar nafsu menguasai diri tanpa kawalan maka berlakulah apa2 yg dikatakan tidak berintegriti itu.
Jadi 'Ikrar Integriti' yang diperkenalkan oleh SPRM ini adalah merupakan satu tindakan sukarela yang perlu dilakukan oleh semua pihak baik jabatan kerajaan atau syarikat2 swasta sebagai tanda pengisytiharan satu pihak menentang gejala rasuah. Ia juga menggambarkan azam mereka untuk berusaha menuju ke arah persekitaran pekerjaan yang berprinsip tinggi. Bila setuju tandatangan Ikrar Integriti itu maka 5 Prinsip Anti Rasuah perlu didokong iaitu komited untuk menggalakkan nilai2 integriti, mengukuhkan sistem operasi dalaman, mematuhi segala undang2 dan peraturan yang ditetapkan, membanteras segala bentuk gejala rasuah, dan menyokong segala bentuk inisiaitif pencegahan rasuah.
Ok.. sambil2 dengar penceramah beri ceramah, sambil-sambil la jari ni godam Galaxy Note saya ni menjadi huruf-huruf yang boleh difahami seperti yang saya ceritakan tadi... Sekurang-kurangnya ingat juga apa yang penceramah dok ceritakan tu.. cumanya takut juga disalah tafsir orang atau penceramah kata saya dok kalut tengok internet atau dok whatsapps atau dok tweet pula semasa penceramah dok beri ceramah... tak bagus la kalau begitu kan.. kesian kat penceramah tu, sikit punya bersemangat dok ceramah tapi audiennya dok melayang kelain dengan smartphone masing2.. ok sekadar selit-selit cerita..
Jumpa lagi...
asriredha teratak kasih alor setar
Tempat.. TH Hotel & Conv. Centre .. Alor Setar
Catatan: Mohd Asri Redha.
Assalaamualaikum WRT..buat sahabat2 saya yang amat dimuliakan Allah SWT .. Selamat Sejahtera.. Selamat Pagi... dan segala macam ucapan2 yg baik2 belaka.... Allah sentiasa memelihara kita kalau kita selalu mendoakan kebaikan orang lain....
Pagi ni saya menghadiri seminar yang amat penting bagi saya sebagai seorang pegawai kerajaan dan sebagai seorang Muslim.. lagi2 la kena ambil berat... iaitu SEMINAR CIP: DARI IKRAR KEPADA AMALAN... Anjuran SPRM... Bagus seminar ni bagi yang mengerti ..
Sebenarnya awal pagi tadi sebelum datang ke seminar ini saya telah menghadiri Mesy Jawatan Kuasa Khas Mempertimbangkan Kes2 Salah Laku Tata Tertib Anggota2 Perkhidmatan Awam Negeri Kedah.. Saya merupakan ahli Jawatankuasa ini. Dari pemerhatian saya majoriti kes yg di bentangkan adalah berkaitan "INTEGRITI".. Sebahagian besar adalah berkaitan aduan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kecuaian serta disiplin. Jadi sesuai sangatlah seminar ini diadakan dikalangan anggota pentadbiran awam negeri Kedah.. cumanya saya lihat tidak begitu ramai yg datang walaupun kerusi meja yang disediakan banyak dan dibuat dihotel yg terbaik fasilitinya. 'goodies' pun elok2 juga ....nak bagi tarikan supaya mai seminar.. Biasa la bila ceramah bab-bab mcm ni, yg berkaitan integriti, rasuah , penyelewengan, penyalahgunaan kuasa bukan orang suka sangat.... Tahniah la saya ucapkan pada mereka yang sanggup hadhir seminar ini. Sebenarnya seminar seperti ini sepatutnya tak boleh lagi datang bila kelapangan sahaja, atau bila ada yang berminat saja. Ketua Jabatan kena beri perhatian kepada kehadiran anak-anak buah ke seminar seperti ini. Kalau bos sendiri hadir sama lagi la bagus.. jadi teladan kepada anak-anak buah. Isu Integriti sebenarnya semua pihak boleh terlibat. Lagi tinggi pangkat dan kuasa lagi tinggi lah nilai rasuah yang boleh dikecapi jika tidak berintegriti.
Penguasa Kanan SPRM Celemans Kassim dlm
dalam salah satu aktiviti ceramahnya yang
berkaitan 'Integriti Dalam Organisasi'
|
Walau bagaimanapun semuanya itu tidak melemahkan agensi2 dan jabatan dalam usaha untuk mengurangkan gejala2 rasuah dikalangan rakyat dan anggota pegawai kerajaan. Kursus , seminar dan taklimat sentiasa diaturkan dikalangn anggota perkhidmatan awam dan dalam masyarakat itu sendiri. Sebab itu seminar2 seperti hari ini adalah merupakan satu program utk mengukuhkan tahap tadbir urus korporat, integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban dalam setiap urusan operasi seharian bagi proses dan prosedur organisasi. Sudah tentu ditekankan juga perkara-perkara berkenaan keinginan yang terlampau terhadap kebendaan walaupun pendapatan tidak setinggi mana. Namun begitu pendapatan yang tinggi pun masih juga berlaku hal-hal penyalahgunaan kuasa dan tidak berintegriti. Susah juga membuat andaian bahawa orang yang banyak duit tidak makan rasuah.. atau orang yang kurang duit ringgit lebih terarah untuk makan rasuah.. Jadi semuanya terletak kepada 'kalbu' setiap individu. Bagaimana seseorang individu mengurus nafsu dengan betul agar menepati syariat . Kalau dibiar nafsu menguasai diri tanpa kawalan maka berlakulah apa2 yg dikatakan tidak berintegriti itu.
Jadi 'Ikrar Integriti' yang diperkenalkan oleh SPRM ini adalah merupakan satu tindakan sukarela yang perlu dilakukan oleh semua pihak baik jabatan kerajaan atau syarikat2 swasta sebagai tanda pengisytiharan satu pihak menentang gejala rasuah. Ia juga menggambarkan azam mereka untuk berusaha menuju ke arah persekitaran pekerjaan yang berprinsip tinggi. Bila setuju tandatangan Ikrar Integriti itu maka 5 Prinsip Anti Rasuah perlu didokong iaitu komited untuk menggalakkan nilai2 integriti, mengukuhkan sistem operasi dalaman, mematuhi segala undang2 dan peraturan yang ditetapkan, membanteras segala bentuk gejala rasuah, dan menyokong segala bentuk inisiaitif pencegahan rasuah.
Ok.. sambil2 dengar penceramah beri ceramah, sambil-sambil la jari ni godam Galaxy Note saya ni menjadi huruf-huruf yang boleh difahami seperti yang saya ceritakan tadi... Sekurang-kurangnya ingat juga apa yang penceramah dok ceritakan tu.. cumanya takut juga disalah tafsir orang atau penceramah kata saya dok kalut tengok internet atau dok whatsapps atau dok tweet pula semasa penceramah dok beri ceramah... tak bagus la kalau begitu kan.. kesian kat penceramah tu, sikit punya bersemangat dok ceramah tapi audiennya dok melayang kelain dengan smartphone masing2.. ok sekadar selit-selit cerita..
Jumpa lagi...
asriredha teratak kasih alor setar
08 September 2014
MARRIS .. AyuH KitA DaftaR SebanyaK MungkiN JalaN2 Negeri KitA.
Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 09 September 2014
Assalaamualaikum WRT...buat sahabat pembaca blog saya yang tidak putus-putus mengunjungi blog saya yang tidak seberapa nak cantik ni...
Saya mendoakan saudara-saudara semua sentiasa diberi perlindungan Allah SWT dari segala bencana, malapetaka, penyakit, fitnah, bebanan hutang, dan segala macam yang tidak elok-elok... Al Fatihah.. amiin
Mau bicara apa ya kali ini... saya sudah sebulan berada disini.. pun rasanya masih baru lagi.. banyak benda yang nak kena ketahui, tapi tak ketahui lagi. Masa yang akan memberi kesempatan dan ruang untuk saya ketahui apa yang sepatutnya saya ketahui.. Lepas tu barulah boleh nampak secara menyeluruh akan kedudukan sebenarnya akan jabatan saya ini. Barulah cerah sikit untuk mengambil tindakan yang bersesuaian untuk operasi jabatan dengan lebih cekap, cepat dan berintegriti.
Pada 03 September 2014, Perbendaharaan Kedah telah mengadakan satu kursus khas tentang cara-cara penggunaan peralatan elektronik GPS. Kursus ini diadakan di Pejabat Perbendaharaan Negeri sendiri. Peralatan GPSi diberi khusus kepada anggota teknikal di Jabatan Kerjaraya, Jabatan Pengairan dan Saliran , dan semua Pejabat Daerah serta semua PBT Kedah. Jadi bila sudah beri peralatan teknologi tinggi ini, kenalah pula bagi kursus cara-cara menggunakannya.
Selalu tak dengar istilah MARRIS..kalau tidak biasa dengar pun tak apa lah.... cuma apa yang saya nak cerita pada catatan saya kali ini ialah berkenaan dengan Program Penyelenggaraan Jalan Negeri. Sebelum ini program ini seringkali menjadi bahan perbincangan yang menarik dikalangan ahli-ahli politik, terutama dari segi peruntukan yang diterima dikatakan tidak dibelanjakan sepenuhnya sebaliknya digunakan untuk tujuan lain oleh kerajaan negeri. Sapa yang jadi pembangkang mestinya isu ini pasti dibangkitkan. Bila pemerentah bertukar menjadi pembangkang maka isu yang sama juga dibangkitkan dan begitu lah sebaliknya. Jadi isu Program Penyelenggaraan Jalan Negeri ini tetap menjadi satu isu yang hangat dan menarik dan boleh menjadi popular.
Saya tak mahulah ulas panjang fasal berkenaan isu ini.. perkara ini amat sensitif. Cuma saja saya nak menulis ini berkenaan 'Program Penyelenggaraan Jalan Negeri' berdasarkan kepada fakta sahaja. Sebenarnya di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 109(1)(b) telah termaktub perkara berkenaan Pemberian Penyelenggaraan Jalan2 Negeri. Ianya adalah bertujuan membantu Kerajaan Negeri menyenggara jalan negeri .
Asas pengiraan berapa banyak yang akan diberi adalah berdasarkan Peruntukan Bahagian 2 Jadual ke sepuluh Perlembagaan Persekutuan. Secara umumnya dianggarkan antara KM18 K hingga 34K sekilometer (bergantung kepada jenis dan kategori jalan-jalan yang disenaraikan) Jadi lagi banyak boleh disenaraikan jalan-jalan tersebut dalam Sistem Marris Online dan diterima oleh Kementerian Kewangan maka lagi banyaklah peruntukan yang boleh disalurkan oleh Kementerian Kewangan. . Angka ini boleh meningkat jika lebih banyak direkodkan segala jalan-jalan yang masih banyak lagi tu.. Tahun ini sahaja lebih RM170 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk pelaksanaan tersebut.
Sudah tentu peruntukan yang diperolehi ini boleh digunakan sebaik mungkin untuk menyelenggara jalan-jalan yang dibawah tanggungjawab negeri dan pihak berkuasa tempatan. Pada akhirnya rakyat juga yang akan mendapat manfaat selain beratus-ratus kontraktor yang akan memperolehi kerja-kerja penyelenggaraan tersebut. Nikmatnya negara kita yang aman makmur dan merdeka ini...
Sayapun tak tahulah kenapa dulu-dulu tidak begitu sangat diberikan kesungguhan untuk mengutip sebanyak mungkin jalan-jalan negeri yang ada dinegeri Kedah ini. Sedangkan inilah salah satu peluang yang mudah untuk mendapatkan dana dari Kerajaan Persekutuan dengan hanya menyenaraikan senarai panjang jalan-jalan negeri yang ada. Untuk mendapatkan dana penyelenggaraan ini dari Kerajaan Persekutuan, perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah mendaftar segala jalan-jalan negeri yang diberi takrifan tertentu dalam 'Sistem Marris Online'.
Secara mudahnya Jalan Negeri bermaksud ialah segala Jalan Awam, selain Jalan Persekutuan dan mana-mana jalan , selain jalan persekutuan yang boleh dilalui oleh orang awam. Antara jalan yang boleh didaftarkan ialan jalan negeri, jalan bandaran, jalan kaw perumahan kos rendah, lorong belakang, jalan kampong, jalan pertanian dan jalan pulau pelancongan. Jadi memang meluas maksudnya dan sewajarnya semua pihak yang terlibat samada JKR, JPS, Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan memberi perhatian kepada pengumpulan sebanyak mungkin data-data jalan yang dimaksudkan itu. Masih banyak lagi jalan-jalan yang belum didaftarkan dalam Sistem Marris Online.
Secara mudahnya semua jalan-jalan yang memenuhi standard minima lebar dan panjang boleh didaftarkan dengan fakta-fakta lengkap jalan tersebut diperlukan seperti nama jalan, panjang dan lebar jalan, kordinat GPS , lebar jalan dan bahu jalan, ukuran dan jenis permukaan. Spesifikasi lengkap jalan-jalan yang boleh didaftarkan telah dikeluarkan 'Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri oleh Kementerian Kewangan'.
Perbendaharaan Negeri Kedah amat mengambil perhatian tertinggi terhadap operasi mengumpulkan sebanyak mungkin fakta-fakta jalan negeri ini agar ianya direkod lengkap dan dimasukkan dalam 'Sistem Marris Online dimana dengan adanya rekod lengkap panjang jalan-jalan tersebut akan membolehkan pengiraan jumlah bayaran yang boleh disalurkan oleh Kementerian Kewangan.
Atas dasar itulah Pejabat Perbendaharaan Negeri tidak ragu-ragu untuk membekalkan semua jabatan-jabatan teknikal negeri yang terlibat dengan peralatan GPS dimana ianya merupakan syarat utama yang perlu ditunjukkan kordinat mula dan kordinat akhir jalan yang dicadang mohon peruntukan penyelenggaraan jalan negeri dibawah Sistem MARRIS Online.
Adalah diharapkan dengan adanya peralatan GPS ini akan mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi bilangan dan kualiti rekod jalan-jalan negeri dan memudahkan pihak Kementerian Kewangan membuat keputusan dan meluluskan peruntukan dibawah MARRIS (Malaysia Road Record Information System)
Oklah.. rasanya cukuplah sampai kat sini saja celoteh saya kali ini.. Sekadar menyampaikan pengetahuan buat pembaca-pembaca blog saya ini.. Sekurang2nya rakyat tahu bagaimana sesuatu peruntukan menyelenggara jalan diperolehi.. Bukan semata-mata bila minta , terus dapat saja.. Banyak proses-proses yang perlu dilalui sebelum dipertimbangkan..
Sampai ketemu lagi.... Wassalam
asriredha
teratak kasih, alor setar
Tarikh: 09 September 2014
Penulis tumpang sama ambil tahu
cara guna alat GPS ini..
|
Saya mendoakan saudara-saudara semua sentiasa diberi perlindungan Allah SWT dari segala bencana, malapetaka, penyakit, fitnah, bebanan hutang, dan segala macam yang tidak elok-elok... Al Fatihah.. amiin
Mau bicara apa ya kali ini... saya sudah sebulan berada disini.. pun rasanya masih baru lagi.. banyak benda yang nak kena ketahui, tapi tak ketahui lagi. Masa yang akan memberi kesempatan dan ruang untuk saya ketahui apa yang sepatutnya saya ketahui.. Lepas tu barulah boleh nampak secara menyeluruh akan kedudukan sebenarnya akan jabatan saya ini. Barulah cerah sikit untuk mengambil tindakan yang bersesuaian untuk operasi jabatan dengan lebih cekap, cepat dan berintegriti.
Pada 03 September 2014, Perbendaharaan Kedah telah mengadakan satu kursus khas tentang cara-cara penggunaan peralatan elektronik GPS. Kursus ini diadakan di Pejabat Perbendaharaan Negeri sendiri. Peralatan GPSi diberi khusus kepada anggota teknikal di Jabatan Kerjaraya, Jabatan Pengairan dan Saliran , dan semua Pejabat Daerah serta semua PBT Kedah. Jadi bila sudah beri peralatan teknologi tinggi ini, kenalah pula bagi kursus cara-cara menggunakannya.
Selalu tak dengar istilah MARRIS..kalau tidak biasa dengar pun tak apa lah.... cuma apa yang saya nak cerita pada catatan saya kali ini ialah berkenaan dengan Program Penyelenggaraan Jalan Negeri. Sebelum ini program ini seringkali menjadi bahan perbincangan yang menarik dikalangan ahli-ahli politik, terutama dari segi peruntukan yang diterima dikatakan tidak dibelanjakan sepenuhnya sebaliknya digunakan untuk tujuan lain oleh kerajaan negeri. Sapa yang jadi pembangkang mestinya isu ini pasti dibangkitkan. Bila pemerentah bertukar menjadi pembangkang maka isu yang sama juga dibangkitkan dan begitu lah sebaliknya. Jadi isu Program Penyelenggaraan Jalan Negeri ini tetap menjadi satu isu yang hangat dan menarik dan boleh menjadi popular.
Saya tak mahulah ulas panjang fasal berkenaan isu ini.. perkara ini amat sensitif. Cuma saja saya nak menulis ini berkenaan 'Program Penyelenggaraan Jalan Negeri' berdasarkan kepada fakta sahaja. Sebenarnya di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 109(1)(b) telah termaktub perkara berkenaan Pemberian Penyelenggaraan Jalan2 Negeri. Ianya adalah bertujuan membantu Kerajaan Negeri menyenggara jalan negeri .
Asas pengiraan berapa banyak yang akan diberi adalah berdasarkan Peruntukan Bahagian 2 Jadual ke sepuluh Perlembagaan Persekutuan. Secara umumnya dianggarkan antara KM18 K hingga 34K sekilometer (bergantung kepada jenis dan kategori jalan-jalan yang disenaraikan) Jadi lagi banyak boleh disenaraikan jalan-jalan tersebut dalam Sistem Marris Online dan diterima oleh Kementerian Kewangan maka lagi banyaklah peruntukan yang boleh disalurkan oleh Kementerian Kewangan. . Angka ini boleh meningkat jika lebih banyak direkodkan segala jalan-jalan yang masih banyak lagi tu.. Tahun ini sahaja lebih RM170 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk pelaksanaan tersebut.
Sudah tentu peruntukan yang diperolehi ini boleh digunakan sebaik mungkin untuk menyelenggara jalan-jalan yang dibawah tanggungjawab negeri dan pihak berkuasa tempatan. Pada akhirnya rakyat juga yang akan mendapat manfaat selain beratus-ratus kontraktor yang akan memperolehi kerja-kerja penyelenggaraan tersebut. Nikmatnya negara kita yang aman makmur dan merdeka ini...
Sayapun tak tahulah kenapa dulu-dulu tidak begitu sangat diberikan kesungguhan untuk mengutip sebanyak mungkin jalan-jalan negeri yang ada dinegeri Kedah ini. Sedangkan inilah salah satu peluang yang mudah untuk mendapatkan dana dari Kerajaan Persekutuan dengan hanya menyenaraikan senarai panjang jalan-jalan negeri yang ada. Untuk mendapatkan dana penyelenggaraan ini dari Kerajaan Persekutuan, perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah mendaftar segala jalan-jalan negeri yang diberi takrifan tertentu dalam 'Sistem Marris Online'.
Inilah alat GPS tu..macam
telefon bimbit saja.. tapi
amat berguna untuk kerja2
mengukur dan menentukan
tataletak sempadan
|
Secara mudahnya semua jalan-jalan yang memenuhi standard minima lebar dan panjang boleh didaftarkan dengan fakta-fakta lengkap jalan tersebut diperlukan seperti nama jalan, panjang dan lebar jalan, kordinat GPS , lebar jalan dan bahu jalan, ukuran dan jenis permukaan. Spesifikasi lengkap jalan-jalan yang boleh didaftarkan telah dikeluarkan 'Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri oleh Kementerian Kewangan'.
Perbendaharaan Negeri Kedah amat mengambil perhatian tertinggi terhadap operasi mengumpulkan sebanyak mungkin fakta-fakta jalan negeri ini agar ianya direkod lengkap dan dimasukkan dalam 'Sistem Marris Online dimana dengan adanya rekod lengkap panjang jalan-jalan tersebut akan membolehkan pengiraan jumlah bayaran yang boleh disalurkan oleh Kementerian Kewangan.
Atas dasar itulah Pejabat Perbendaharaan Negeri tidak ragu-ragu untuk membekalkan semua jabatan-jabatan teknikal negeri yang terlibat dengan peralatan GPS dimana ianya merupakan syarat utama yang perlu ditunjukkan kordinat mula dan kordinat akhir jalan yang dicadang mohon peruntukan penyelenggaraan jalan negeri dibawah Sistem MARRIS Online.
Latihan praktikal menggunakan
alat GPS oleh peserta
|
Oklah.. rasanya cukuplah sampai kat sini saja celoteh saya kali ini.. Sekadar menyampaikan pengetahuan buat pembaca-pembaca blog saya ini.. Sekurang2nya rakyat tahu bagaimana sesuatu peruntukan menyelenggara jalan diperolehi.. Bukan semata-mata bila minta , terus dapat saja.. Banyak proses-proses yang perlu dilalui sebelum dipertimbangkan..
Sampai ketemu lagi.... Wassalam
asriredha
teratak kasih, alor setar
04 September 2014
SISTEM PERAKAUNAN AKRUAN KERAJAAN NEGERI (1SPEKS) ..REALITI 2016 .. Bersedia tak lagi kita...
Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 04 September 2014 (Khamis)
Selamat Sejahtera semua... saya mendoakan sesiapa saja yang membaca catatan ini
diberikan kesejahteraan dan kebahagiaan berpanjangan... aamiin. .Kebahagiaan dalam erti
kata yang sebenar-benarnya. Tidak hanya sekadar mempunyai harta kekayaan yang
berjuta RM tapi tentunya lain-lain faktor juga. Jadi jangan ingat semua orang
yang kaya raya itu amat bahagia... Kalau benar begitu, kenapa orang kaya-kaya
dan terkenal sanggup bunuh diri .. Tentunya ada faktor-faktor lain yang
menyebabkan mereka tidak bahagia walaupun mereka kaya dengan harta benda. Kalau nak cerita fasal bahagia ni.. panjang juga .. tapi boleh belek2 tengok catatan saya ni..klik saja kat situ : Bahagiakah Kita..Tarikh: 04 September 2014 (Khamis)
Semasa saya menulis catatan ini hampir sebulan sudah saya bekerja ditempat baru sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kedah.. Tentunya pejabatnya di Wisma Darulaman... Satu jawatan yang amat baru dengan saya.. dengar pun 'seriyau' juga kerana saya bukan seorang akauntan atau yang mempunyai asas-asas pengajian kewangan yang sepatutnya.. Tapi itulah sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah, saya telah dilatih untuk sesuaikan dengan persekitaran tempat kerja yang pelbagai. Bagi saya ini perkara baru juga dan banyak yang saya kena belajar dan belajar dari pegawai atasan saya dan juga dari anak-anak buah saya serta rakan-rakan yang lebih mengerti dan mengetahui.
Suasananya lain terus berbanding semasa duduk bekerja di MBAS.. hari-hari riuh rendah dengan pelbagai aktiviti dan pelbagai macam ragam manusia yang datang berurusan dengan MBAS dgn segala macam isu dan masalah.. Semua bidang saya kena hadapi samada dari segi kewangan , pengurusan sumber manusia, perancangan, pembangunan, penguatkuasaan, percukaian, pelesenan, penjaja, aduan orang awam, kesihatan awam, undang-undang, teknologi maklumat dan segala macam lagi.
Duduk di tempat baru saya rasa agak kesunyian, tak ada sapa nak datang ziarah saya, tak ada sapa nak datang marah-marah kat saya dan perli-perli kat saya fasal perkhidmatan PBT.. kadang2 rasa rindu juga nak dengar orang masuk bilik saya fasal tak puas hati sesuatu dan marah-marah kat lagi saya serta perli-perli kat saya pula... Bila bekerja di PBT dan Pej Tanah.. macamlah tu keadaannya... saya terima seadanya dan saya tidak akan sekali-kali akan tentang pendapat dan kemarahan pelanggan. Tidak ada gunanya melayani kemarahan dengan kemarahan balik.. lebih dengar dan diam saja, atau cakap balik elok-elok.. Tak gitu.. Kalau boleh tolong saya tetap tolong , tapi kalau tak boleh dan tak layak, takkan nak tolong juga... Untungnya di Wisma Darulaman ini, saya duduk ditingkat 3.. jadi saya naik melalui tangga saja... hobi saya.. sehari naik turun 3 kali kira ok lah juga jadi 9 tingkat kita naik.. dpt 126 anak tangga... jadi tak gaduh kalut nak senaman lagi.. jadi bayaran letrik untuk saya naik dan turun lift dah boleh kurang sikit.. sikit2pun lama jadi bukit juga...
Jadi duduk di Pejabat Perbendaharaan negeri ini, apa ya.. saya nak cerita fasal aktiviti saya disini.. tak banyak sangat yang boleh dicerita fasal aktiviti disini, jadi rasanya tak perlu saya buka satu lagi blog khusus untuk Perbendaharaan Negeri Kedah.. Sebelum ini saya buka blog berasingan dimana saja saya bekerja seperti dibawah...
semangatjatimbas.blogspot.com
Untuk di Pejabat PErbendaharaan Negeri ini memadai rasanya saya gunakan blog 'Semangat Jati Asri Redha' yang
sedia ada ini sahaja. Segala aktiviti saya disini akan dipaparkan dalam blog ini..
ok..
Bulan ini ada beberapa aktiviti yang saya telah ikuti. Antaranya
Menghadiri Majlis 'Kick-Off' Sistem Perakaunan Akruan KErajaan Negeri (1SPEKS)
2016 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Standard Accounting System For
Government Agencies" (SAGA). Kedua-kedua peristiwa ini berlaku di Jabatan
Akauntan Negara, Kompleks Kementerian Kewangan, Persiaran Perdana PResint 2,
Putrajaya pada 26 Ogos 2014.. Ringkasnya kedua dua aktiviti ini adalah berkaitan
Pelaksanaan Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri . Jabatan Akauntan Negara
telah menetapkan mulai 2016 semua negeri di Malaysia ini akan melaksanakan
sistem perakaunan yang berasaskan akruan tersebut menggantikan sistem SPEKS yang beroperasi atas asas tunai. Di Peringkat Kerajaan Persekutuan telahpun melaksanakan sistem perakaunan baru ini..
Dalam persiapan melaksanakan 1SPEKS banyak cabaran-cabaran yang
terpaksa ditempuhi oleh Perbendaharaan Negeri seperti kekurangan 'support' dari
sebahagian kecil PTJ yang terlibat terutama dari segi mengutip data-data aset tak
alih kerajaan negeri yang berada disegala tempat dan dikawal oleh pelbagai
jabatan negeri. Memandangkan aset tak alih kerajaan negeri sebelum ini tidak
begitu dititikberatkan , maka sudah tentu banyak yang tidak direkodkan dengan
sempurna. Jadi untuk mendapatkan maklumat awal ini yang agak sukar sedikit dan memerlukan kerja2 pentadbiran yang agak rumit kerana selain dari ketiadaan maklumat asas, aset tak alih tersebut perlu diberi
satu nilaian yang wajar oleh Jabatan Penilaian dan ini sudah tentu agak
melambatkan sedikit kerja-kerja tersebut. Sehingga akhir bulan Ogos 2014
sahaja baru diperolehi sejumlah 1,788 aset-aset tak alih dalam pelbagai
bentuk dan dan terletak dimerata tempat. Berbanding Perak sahaja 4957 unit , Johor 6594 unit, , Negeri Sembilan 4739 unit dan Terengganu 2400 unit. Itupun sebahagian besarnya masih tersangkut lagi
masih aset mentah yang kekurangan maklumat tambahan termasuk diberi
nilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Kedah.. Aspek
latihan kepada semua pengguna akhir perlu diberi penekanan juga kerana banyak
perkara-perkara baru yang dimasukkan dalam 1SPEKS yang memerlukan
pegawai-pegawai mahir dalam melaksanakan operasinya.
Melalui 1SPEKS ini sistem SPEKS sedia ada ditingkatkan lagi dengan
keperluan memasukkan Aset2 Tak Alih KErajaan NEgeri dalam sistem perakaunan
kerajaan negeri. Disamping itu SPEKS yang sedang dipakai sekarang ini tidak
menggunakan sepenuhnya modiul-modiul lain yang yang ada dan yang perlu
penambahbaikan disebabkan segala macam halangan dan masalah. Jadi dengan 1SPEKS
ini akan mengambil kira semua ini dengan menggunakan semua modiul yang ada
untuk diguna pakai oleh semua ketua jabatan negeri (PTJ NEgeri ).. Sudah tentu
perubahan kepada 1SPEKS ini akan melibatkan tugasan yang agak banyak dan
memerlukan perubahan dari segi struktur organisasi di Perbendaharaan Negeri
KEdah. (Terdapat 16 modiul dalam 1SPEKS: Keselamatan Pentadbiran, Belanjawan, Perolehan, Pengurusan Kontrak, Akaun Kena Bayar, Pengurusan Tunai, Pengurusan Aset dan Inv, Akaun Belum Terima, Gaji, Pinjaman Kakitangan, Pendahuluan Diri dan Tuntutan Kakitangan, Pinjaman Daripada dan Pinjaman Utk, Pelaburan, Projek Perakaunan, Aktiviti Berasaskan Kos, dan Lejar AM.)
Bagi saya yang belum sampai sebulan memasuki jabatan berkaitan
kewangan ini, perkara ini agak baru pada saya dan banyak yang perlu dipelajari.
Memang sebelum ini saya pernah bergelumang juga dengan SPEKS, tapi itu versi
lama dan sekarang dunia sudah berubah. Sistem perakaunan juga sudah semakin 'complicated' yang memerlukan perubahan-perubahan radikal. Jika masih kekal
dengan cara lama maka, pada akhirnya akan ketinggalanlah semuanya...
negeri-negeri lain sudah mendahului negeri Kedah. Jadi tidak dapat tidak
maka sebarang sistem yang digunakan mesti lah mengikuti perkembangan semasa dan
sesuai dengan perkembangan teknologi juga.
Taklimat diberikan sendiri oleh Pn Nazhatun Bt Mat Rejab
Bendahari Negeri Kedah di Bilik Gerakan Blok E WIsma
Darul Aman pada 24.08.2014
|
Sebahagian Ketua-Ketua Jabatan Negeri Kedah yang hadir
dalam taklimat berkenaan 1SPEKS di Wisma Darulaman
pada 24 Ogos 2014
|
Untungnya kerajaan negeri tidak mengeluarkan belanja untuk 1SPEKS ini kerana segalanya ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan termasuk juga segala peralatan yang akan dibekalkan. Bukan murah harganya untuk ditingkatkan dari sistem SPEKS sedia ada kepada sistem 1SPEKS.. Dianggarkan lebih RM20 juta akan dibelanjakan tidak termasuk lagi pembekalan peralatan-peralatan IT disetiap PTJ nanti. Berita baiknya juga berkaitan dengan pelaksanaan 1SPEKS ini Jabatan Perkhidmatan Awam telahpun meluluskan secara dasarnya beberapa jawatan kenaikan pangkat kepada anggota-anggota perkhidmatan awam negeri Kedah yang terlibat dalam 1SPEKS ini.
Ok kita jumpa lagi dalam tajuk cerita lain pula.. Mungkin fasal
MARRIS pula kut.. saya mahu rehat-rehat dulu.. mau cari idea lain pula ni... al fatihah.. aamiin
Jumpa lagi...
asriredha
teratak kasih, alor setar
** Garis Panduan Pelaksanaan Perakaunan Akruan Bil 1 Th 2013 - Aset KErajaan Asas Akruan
Garis Panduan Pelaksanaan Perakaunan Akruan Bil 1 Th 2014 - Inventori Kerajaan Asas Akruan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- Barcelona (3)
- berita dari sik (8)
- diari harian (19)
- german (1)
- Haji 2017 (1)
- Istanbul dan Bursa (1)
- ITB Berlin (2)
- jeju panorama (1)
- KCS (1)
- kewangan (1)
- komen dan pandangan (17)
- kursus (5)
- lawak (3)
- lawatan (5)
- lawatan aceh (1)
- lawatan shanghai (1)
- maklumat (5)
- marris (1)
- merdeka (1)
- muhamad al fateh (1)
- pamd (1)
- panduan (6)
- pendapat (13)
- perbendaharaan (1)
- personal (1)
- politik (2)
- rencana (4)
- riadah (8)
- sambut birthday (1)
- serambi mekah (1)
- sibu (1)
- smart city (1)
- speks (1)
- sprm (1)
- stadium (1)
- tahniah (2)
- tautan kasih (1)
- ulasan (4)
- umrah (1)
- vacation (16)