04 September 2014

SISTEM PERAKAUNAN AKRUAN KERAJAAN NEGERI (1SPEKS) ..REALITI 2016 .. Bersedia tak lagi kita...



Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 04 September 2014 (Khamis)


Selamat Sejahtera semua... saya mendoakan sesiapa saja yang membaca catatan ini diberikan kesejahteraan dan kebahagiaan berpanjangan... aamiin. .Kebahagiaan dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Tidak hanya sekadar mempunyai harta kekayaan yang berjuta RM tapi tentunya lain-lain faktor juga. Jadi jangan ingat semua orang yang kaya raya itu amat bahagia... Kalau benar begitu, kenapa orang kaya-kaya dan terkenal sanggup bunuh diri .. Tentunya ada faktor-faktor lain yang menyebabkan mereka tidak bahagia walaupun mereka kaya dengan harta benda. Kalau nak cerita fasal bahagia ni.. panjang juga .. tapi boleh belek2 tengok catatan saya ni..klik saja kat situ   : Bahagiakah Kita..

Semasa saya menulis catatan ini hampir sebulan sudah saya bekerja ditempat baru sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kedah.. Tentunya pejabatnya di Wisma Darulaman... Satu jawatan yang amat baru dengan saya.. dengar pun 'seriyau' juga kerana saya bukan seorang akauntan atau yang mempunyai asas-asas pengajian kewangan yang sepatutnya.. Tapi itulah sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah, saya telah dilatih untuk sesuaikan dengan persekitaran tempat kerja yang pelbagai. Bagi saya ini perkara baru juga dan banyak yang saya kena belajar dan belajar dari pegawai atasan saya dan juga dari anak-anak buah saya serta rakan-rakan yang lebih mengerti dan mengetahui.

Suasananya lain terus berbanding semasa duduk bekerja di MBAS.. hari-hari riuh rendah dengan pelbagai aktiviti dan pelbagai macam ragam manusia yang datang berurusan dengan MBAS dgn segala macam isu dan masalah.. Semua bidang saya kena hadapi samada dari segi kewangan , pengurusan sumber manusia, perancangan, pembangunan, penguatkuasaan, percukaian, pelesenan, penjaja, aduan orang awam, kesihatan awam, undang-undang, teknologi maklumat dan segala macam lagi.

Duduk di tempat baru saya rasa agak kesunyian, tak ada sapa nak datang ziarah saya, tak ada sapa nak datang marah-marah kat saya dan perli-perli kat saya fasal perkhidmatan PBT.. kadang2 rasa rindu juga nak dengar orang masuk bilik saya fasal tak puas hati sesuatu dan marah-marah kat lagi saya serta perli-perli kat saya pula... Bila bekerja di PBT dan Pej Tanah.. macamlah tu keadaannya... saya terima seadanya dan saya tidak akan sekali-kali akan tentang pendapat dan kemarahan pelanggan. Tidak ada gunanya melayani kemarahan dengan kemarahan balik.. lebih dengar dan diam saja, atau cakap balik elok-elok.. Tak gitu..  Kalau boleh tolong saya tetap tolong , tapi kalau tak boleh dan tak layak, takkan nak tolong juga... Untungnya di Wisma Darulaman ini, saya duduk ditingkat 3.. jadi saya naik melalui tangga saja... hobi saya.. sehari naik turun 3 kali kira ok lah juga jadi 9 tingkat kita naik.. dpt 126 anak tangga... jadi tak gaduh kalut nak senaman lagi.. jadi bayaran letrik untuk saya naik dan turun lift dah boleh kurang sikit.. sikit2pun lama jadi bukit juga...

Jadi duduk di Pejabat Perbendaharaan negeri ini, apa ya.. saya nak cerita fasal aktiviti saya disini.. tak banyak sangat yang boleh dicerita fasal aktiviti disini, jadi rasanya tak perlu saya buka satu lagi blog khusus untuk Perbendaharaan Negeri Kedah.. Sebelum ini saya buka blog berasingan dimana saja saya bekerja seperti dibawah...

semangatjatimbas.blogspot.com

Untuk di Pejabat PErbendaharaan Negeri ini memadai rasanya saya gunakan blog 'Semangat Jati Asri Redha' yang sedia ada ini sahaja. Segala aktiviti saya disini akan dipaparkan dalam blog ini.. ok..

Bulan ini ada beberapa aktiviti yang saya telah ikuti. Antaranya Menghadiri Majlis  'Kick-Off' Sistem Perakaunan Akruan KErajaan Negeri (1SPEKS) 2016 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Standard Accounting System For Government Agencies" (SAGA). Kedua-kedua peristiwa ini berlaku di Jabatan Akauntan Negara, Kompleks Kementerian Kewangan, Persiaran Perdana PResint 2, Putrajaya pada 26 Ogos 2014.. Ringkasnya kedua dua aktiviti ini adalah berkaitan Pelaksanaan Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri . Jabatan Akauntan Negara telah menetapkan mulai 2016 semua negeri di Malaysia ini akan melaksanakan sistem perakaunan yang berasaskan akruan tersebut menggantikan sistem SPEKS yang beroperasi atas asas tunai. Di Peringkat Kerajaan Persekutuan telahpun melaksanakan sistem perakaunan baru ini..

Dalam persiapan melaksanakan 1SPEKS banyak cabaran-cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh Perbendaharaan Negeri seperti kekurangan 'support' dari sebahagian kecil PTJ yang terlibat terutama dari segi mengutip data-data aset tak alih kerajaan negeri yang berada disegala tempat dan dikawal oleh pelbagai jabatan negeri. Memandangkan aset tak alih kerajaan negeri sebelum ini tidak begitu dititikberatkan , maka sudah tentu banyak yang tidak direkodkan dengan sempurna. Jadi untuk mendapatkan maklumat awal ini yang agak sukar sedikit dan memerlukan kerja2 pentadbiran yang agak rumit kerana selain dari ketiadaan maklumat asas, aset tak alih tersebut perlu diberi satu nilaian yang wajar oleh Jabatan Penilaian dan ini sudah tentu agak melambatkan sedikit kerja-kerja tersebut. Sehingga akhir bulan Ogos 2014  sahaja baru diperolehi sejumlah 1,788 aset-aset tak alih dalam pelbagai bentuk dan dan terletak dimerata tempat. Berbanding Perak sahaja 4957 unit , Johor 6594 unit, , Negeri Sembilan 4739  unit dan Terengganu 2400 unit. Itupun sebahagian besarnya masih tersangkut lagi masih  aset mentah yang kekurangan maklumat tambahan termasuk diberi nilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Kedah.. Aspek latihan kepada semua pengguna akhir perlu diberi penekanan juga kerana banyak perkara-perkara baru yang dimasukkan dalam 1SPEKS yang memerlukan pegawai-pegawai mahir dalam melaksanakan operasinya.

Melalui 1SPEKS ini sistem SPEKS sedia ada ditingkatkan lagi dengan keperluan memasukkan Aset2 Tak Alih KErajaan NEgeri dalam sistem perakaunan kerajaan negeri. Disamping itu SPEKS yang sedang dipakai sekarang ini tidak menggunakan sepenuhnya modiul-modiul lain yang yang ada dan yang perlu penambahbaikan disebabkan segala macam halangan dan masalah. Jadi dengan 1SPEKS ini akan mengambil kira semua ini dengan menggunakan semua modiul yang ada untuk diguna pakai oleh semua ketua jabatan negeri (PTJ NEgeri ).. Sudah tentu perubahan kepada 1SPEKS ini akan melibatkan tugasan yang agak banyak dan memerlukan perubahan dari segi struktur organisasi di Perbendaharaan Negeri KEdah. (Terdapat 16 modiul dalam 1SPEKS: Keselamatan Pentadbiran, Belanjawan, Perolehan, Pengurusan Kontrak, Akaun Kena Bayar, Pengurusan Tunai, Pengurusan Aset dan Inv, Akaun Belum Terima, Gaji, Pinjaman Kakitangan, Pendahuluan Diri dan Tuntutan  Kakitangan, Pinjaman Daripada dan Pinjaman Utk, Pelaburan, Projek Perakaunan, Aktiviti Berasaskan Kos, dan Lejar AM.) 

Bagi saya yang belum sampai sebulan memasuki jabatan berkaitan kewangan ini, perkara ini agak baru pada saya dan banyak yang perlu dipelajari. Memang sebelum ini saya pernah bergelumang juga dengan SPEKS, tapi itu versi lama dan sekarang dunia sudah berubah. Sistem perakaunan juga sudah semakin 'complicated' yang memerlukan perubahan-perubahan radikal.  Jika masih kekal dengan cara lama maka, pada akhirnya akan ketinggalanlah semuanya... negeri-negeri lain sudah  mendahului negeri Kedah. Jadi tidak dapat tidak maka sebarang sistem yang digunakan mesti lah mengikuti perkembangan semasa dan sesuai dengan perkembangan teknologi juga.

Taklimat diberikan sendiri oleh Pn Nazhatun Bt Mat Rejab
Bendahari Negeri Kedah di Bilik Gerakan Blok E WIsma 
Darul Aman pada 24.08.2014
Program perancangan dan persiapan sedang rancak berjalan sekarang dan saya berharap akan mendapat kerjasama dari semua PTJ Negeri KEdah dalam memastikan setiap perancangan yang diatur berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan. Pelaksanaannya nanti tetap pada tahun 2016. 


Sebahagian Ketua-Ketua Jabatan Negeri Kedah yang hadir
dalam taklimat berkenaan 1SPEKS di Wisma Darulaman
pada 24 Ogos 2014
Jabatan Perbendaharaan Negeri Kedah telah mengaturkan sessi taklimat khas untuk semua ketua jabatan negeri (PTJ Negeri) berkenaan perkara ini pada 24 Ogos 2014 agar semua mengambil maklum akan proses-proses yang sedang berjalan dan mengambil tindakan-tindakan yang sepatutnya.

Untungnya kerajaan negeri tidak mengeluarkan belanja untuk 1SPEKS ini kerana segalanya ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan termasuk juga segala peralatan yang akan dibekalkan. Bukan murah harganya untuk ditingkatkan dari sistem SPEKS sedia ada kepada sistem 1SPEKS.. Dianggarkan lebih RM20 juta akan dibelanjakan tidak termasuk lagi pembekalan peralatan-peralatan IT disetiap PTJ nanti.  Berita baiknya juga berkaitan dengan pelaksanaan 1SPEKS ini Jabatan Perkhidmatan Awam telahpun meluluskan secara dasarnya beberapa jawatan kenaikan pangkat kepada anggota-anggota perkhidmatan awam negeri Kedah yang terlibat dalam 1SPEKS ini.

Ok kita jumpa lagi dalam tajuk cerita lain pula.. Mungkin fasal MARRIS pula kut.. saya mahu rehat-rehat dulu.. mau cari idea lain pula ni... al fatihah.. aamiin


Jumpa lagi...
asriredha 
teratak kasih, alor setar


** Garis Panduan Pelaksanaan Perakaunan Akruan Bil 1 Th 2013 - Aset KErajaan Asas Akruan
     Garis Panduan Pelaksanaan Perakaunan Akruan Bil 1 Th 2014 - Inventori Kerajaan Asas Akruan



2 comments:

  1. Sistem 1SPEKS tidak memenuhdai standard perakuanan... pegawai akaun yang handle tidak ada pengalaman luas walau ada tauliah

    ReplyDelete
  2. Sistem 1SPEKS tidak memenuhi standard perakuanan... pegawai akaun yang handle tidak ada pengalaman luas walaupun ada tauliah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.