Tarikh: 16.09.2014..
Tempat.. TH Hotel & Conv. Centre .. Alor Setar
Catatan: Mohd Asri Redha.
Assalaamualaikum WRT..buat sahabat2 saya yang amat dimuliakan Allah SWT .. Selamat Sejahtera.. Selamat Pagi... dan segala macam ucapan2 yg baik2 belaka.... Allah sentiasa memelihara kita kalau kita selalu mendoakan kebaikan orang lain....
Pagi ni saya menghadiri seminar yang amat penting bagi saya sebagai seorang pegawai kerajaan dan sebagai seorang Muslim.. lagi2 la kena ambil berat... iaitu SEMINAR CIP: DARI IKRAR KEPADA AMALAN... Anjuran SPRM... Bagus seminar ni bagi yang mengerti ..
Sebenarnya awal pagi tadi sebelum datang ke seminar ini saya telah menghadiri Mesy Jawatan Kuasa Khas Mempertimbangkan Kes2 Salah Laku Tata Tertib Anggota2 Perkhidmatan Awam Negeri Kedah.. Saya merupakan ahli Jawatankuasa ini. Dari pemerhatian saya majoriti kes yg di bentangkan adalah berkaitan "INTEGRITI".. Sebahagian besar adalah berkaitan aduan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kecuaian serta disiplin. Jadi sesuai sangatlah seminar ini diadakan dikalangan anggota pentadbiran awam negeri Kedah.. cumanya saya lihat tidak begitu ramai yg datang walaupun kerusi meja yang disediakan banyak dan dibuat dihotel yg terbaik fasilitinya. 'goodies' pun elok2 juga ....nak bagi tarikan supaya mai seminar.. Biasa la bila ceramah bab-bab mcm ni, yg berkaitan integriti, rasuah , penyelewengan, penyalahgunaan kuasa bukan orang suka sangat.... Tahniah la saya ucapkan pada mereka yang sanggup hadhir seminar ini. Sebenarnya seminar seperti ini sepatutnya tak boleh lagi datang bila kelapangan sahaja, atau bila ada yang berminat saja. Ketua Jabatan kena beri perhatian kepada kehadiran anak-anak buah ke seminar seperti ini. Kalau bos sendiri hadir sama lagi la bagus.. jadi teladan kepada anak-anak buah. Isu Integriti sebenarnya semua pihak boleh terlibat. Lagi tinggi pangkat dan kuasa lagi tinggi lah nilai rasuah yang boleh dikecapi jika tidak berintegriti.
Sebenarnya dlm hal2 berkaitan integriti ini.. pada pemerhatian saya dan penilaian saya sebahagian besar anggota kerajaan tahu apa itu integriti, apa itu kejujuran, apa itu rasuah dan yg seumpamanya.. cuma terletak pada niat sahaja... nak buat atau tak mahu buat.. itu saja.. sejauh mana pegangan agamanya .. sejauh mana risiko buat kerja pelik2 tu dan cara menilai risikonya.. kalau tidak ada pegangan agama yang kukuh, tahap integriti yang lemah dan pada penilaiannya risiko diketahui atau ditangkap adalah rendah maka berlakulah rasuah dan penyelewengan kuasa apabila datang peluang.
Walau bagaimanapun semuanya itu tidak melemahkan agensi2 dan jabatan dalam usaha untuk mengurangkan gejala2 rasuah dikalangan rakyat dan anggota pegawai kerajaan. Kursus , seminar dan taklimat sentiasa diaturkan dikalangn anggota perkhidmatan awam dan dalam masyarakat itu sendiri. Sebab itu seminar2 seperti hari ini adalah merupakan satu program utk mengukuhkan tahap tadbir urus korporat, integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban dalam setiap urusan operasi seharian bagi proses dan prosedur organisasi. Sudah tentu ditekankan juga perkara-perkara berkenaan keinginan yang terlampau terhadap kebendaan walaupun pendapatan tidak setinggi mana. Namun begitu pendapatan yang tinggi pun masih juga berlaku hal-hal penyalahgunaan kuasa dan tidak berintegriti. Susah juga membuat andaian bahawa orang yang banyak duit tidak makan rasuah.. atau orang yang kurang duit ringgit lebih terarah untuk makan rasuah.. Jadi semuanya terletak kepada 'kalbu' setiap individu. Bagaimana seseorang individu mengurus nafsu dengan betul agar menepati syariat . Kalau dibiar nafsu menguasai diri tanpa kawalan maka berlakulah apa2 yg dikatakan tidak berintegriti itu.
Jadi 'Ikrar Integriti' yang diperkenalkan oleh SPRM ini adalah merupakan satu tindakan sukarela yang perlu dilakukan oleh semua pihak baik jabatan kerajaan atau syarikat2 swasta sebagai tanda pengisytiharan satu pihak menentang gejala rasuah. Ia juga menggambarkan azam mereka untuk berusaha menuju ke arah persekitaran pekerjaan yang berprinsip tinggi. Bila setuju tandatangan Ikrar Integriti itu maka 5 Prinsip Anti Rasuah perlu didokong iaitu komited untuk menggalakkan nilai2 integriti, mengukuhkan sistem operasi dalaman, mematuhi segala undang2 dan peraturan yang ditetapkan, membanteras segala bentuk gejala rasuah, dan menyokong segala bentuk inisiaitif pencegahan rasuah.
Ok.. sambil2 dengar penceramah beri ceramah, sambil-sambil la jari ni godam Galaxy Note saya ni menjadi huruf-huruf yang boleh difahami seperti yang saya ceritakan tadi... Sekurang-kurangnya ingat juga apa yang penceramah dok ceritakan tu.. cumanya takut juga disalah tafsir orang atau penceramah kata saya dok kalut tengok internet atau dok whatsapps atau dok tweet pula semasa penceramah dok beri ceramah... tak bagus la kalau begitu kan.. kesian kat penceramah tu, sikit punya bersemangat dok ceramah tapi audiennya dok melayang kelain dengan smartphone masing2.. ok sekadar selit-selit cerita..
Jumpa lagi...
asriredha teratak kasih alor setar
Tempat.. TH Hotel & Conv. Centre .. Alor Setar
Catatan: Mohd Asri Redha.
Assalaamualaikum WRT..buat sahabat2 saya yang amat dimuliakan Allah SWT .. Selamat Sejahtera.. Selamat Pagi... dan segala macam ucapan2 yg baik2 belaka.... Allah sentiasa memelihara kita kalau kita selalu mendoakan kebaikan orang lain....
Pagi ni saya menghadiri seminar yang amat penting bagi saya sebagai seorang pegawai kerajaan dan sebagai seorang Muslim.. lagi2 la kena ambil berat... iaitu SEMINAR CIP: DARI IKRAR KEPADA AMALAN... Anjuran SPRM... Bagus seminar ni bagi yang mengerti ..
Sebenarnya awal pagi tadi sebelum datang ke seminar ini saya telah menghadiri Mesy Jawatan Kuasa Khas Mempertimbangkan Kes2 Salah Laku Tata Tertib Anggota2 Perkhidmatan Awam Negeri Kedah.. Saya merupakan ahli Jawatankuasa ini. Dari pemerhatian saya majoriti kes yg di bentangkan adalah berkaitan "INTEGRITI".. Sebahagian besar adalah berkaitan aduan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kecuaian serta disiplin. Jadi sesuai sangatlah seminar ini diadakan dikalangan anggota pentadbiran awam negeri Kedah.. cumanya saya lihat tidak begitu ramai yg datang walaupun kerusi meja yang disediakan banyak dan dibuat dihotel yg terbaik fasilitinya. 'goodies' pun elok2 juga ....nak bagi tarikan supaya mai seminar.. Biasa la bila ceramah bab-bab mcm ni, yg berkaitan integriti, rasuah , penyelewengan, penyalahgunaan kuasa bukan orang suka sangat.... Tahniah la saya ucapkan pada mereka yang sanggup hadhir seminar ini. Sebenarnya seminar seperti ini sepatutnya tak boleh lagi datang bila kelapangan sahaja, atau bila ada yang berminat saja. Ketua Jabatan kena beri perhatian kepada kehadiran anak-anak buah ke seminar seperti ini. Kalau bos sendiri hadir sama lagi la bagus.. jadi teladan kepada anak-anak buah. Isu Integriti sebenarnya semua pihak boleh terlibat. Lagi tinggi pangkat dan kuasa lagi tinggi lah nilai rasuah yang boleh dikecapi jika tidak berintegriti.
Penguasa Kanan SPRM Celemans Kassim dlm
dalam salah satu aktiviti ceramahnya yang
berkaitan 'Integriti Dalam Organisasi'
|
Walau bagaimanapun semuanya itu tidak melemahkan agensi2 dan jabatan dalam usaha untuk mengurangkan gejala2 rasuah dikalangan rakyat dan anggota pegawai kerajaan. Kursus , seminar dan taklimat sentiasa diaturkan dikalangn anggota perkhidmatan awam dan dalam masyarakat itu sendiri. Sebab itu seminar2 seperti hari ini adalah merupakan satu program utk mengukuhkan tahap tadbir urus korporat, integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban dalam setiap urusan operasi seharian bagi proses dan prosedur organisasi. Sudah tentu ditekankan juga perkara-perkara berkenaan keinginan yang terlampau terhadap kebendaan walaupun pendapatan tidak setinggi mana. Namun begitu pendapatan yang tinggi pun masih juga berlaku hal-hal penyalahgunaan kuasa dan tidak berintegriti. Susah juga membuat andaian bahawa orang yang banyak duit tidak makan rasuah.. atau orang yang kurang duit ringgit lebih terarah untuk makan rasuah.. Jadi semuanya terletak kepada 'kalbu' setiap individu. Bagaimana seseorang individu mengurus nafsu dengan betul agar menepati syariat . Kalau dibiar nafsu menguasai diri tanpa kawalan maka berlakulah apa2 yg dikatakan tidak berintegriti itu.
Jadi 'Ikrar Integriti' yang diperkenalkan oleh SPRM ini adalah merupakan satu tindakan sukarela yang perlu dilakukan oleh semua pihak baik jabatan kerajaan atau syarikat2 swasta sebagai tanda pengisytiharan satu pihak menentang gejala rasuah. Ia juga menggambarkan azam mereka untuk berusaha menuju ke arah persekitaran pekerjaan yang berprinsip tinggi. Bila setuju tandatangan Ikrar Integriti itu maka 5 Prinsip Anti Rasuah perlu didokong iaitu komited untuk menggalakkan nilai2 integriti, mengukuhkan sistem operasi dalaman, mematuhi segala undang2 dan peraturan yang ditetapkan, membanteras segala bentuk gejala rasuah, dan menyokong segala bentuk inisiaitif pencegahan rasuah.
Ok.. sambil2 dengar penceramah beri ceramah, sambil-sambil la jari ni godam Galaxy Note saya ni menjadi huruf-huruf yang boleh difahami seperti yang saya ceritakan tadi... Sekurang-kurangnya ingat juga apa yang penceramah dok ceritakan tu.. cumanya takut juga disalah tafsir orang atau penceramah kata saya dok kalut tengok internet atau dok whatsapps atau dok tweet pula semasa penceramah dok beri ceramah... tak bagus la kalau begitu kan.. kesian kat penceramah tu, sikit punya bersemangat dok ceramah tapi audiennya dok melayang kelain dengan smartphone masing2.. ok sekadar selit-selit cerita..
Jumpa lagi...
asriredha teratak kasih alor setar
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.