29 October 2010

2nd ICUDM 2010 : "Towards Sustainable Green Cities"

26.10.2010
PWTC, Kuala Lumpur

Hari ini saya menghadiri satu 'conference' peringkat internasional yang dikendalikan oleh INSPIN dengan kerjasama UTM. Bukan senang untuk menganjurkan persidangan besar seperti ini. Ianya memerlukan komitmen dan kesungguhan pihak penganjur untuk mengelolakan persidangan ini apatah lagi ianya bertaraf internasional. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan AJK yang terlibat terutama sebahagian besarnya pegawai-pegawai KCS yang diketuai oleh YB Dato' Hj Mohd Puat b Mohd Ali, Pegawai Kewangan Negeri Kedah yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan persidangan ini.

Ini membuktikan ada kalangan pegawai KCS yang benar-benar berkemampuan menguruskan sesuatu program peringkat nasional dan internasional. Program tersebut ialah ialah ' International Conference On Urban Development And Management 2010 (ICUDM 2010) yang diadakan selama 2 hari bermula dari 26.10.2010 hingga 27.10.2010 di Putra World Trade Centre Kuala Lumpur. Saya hadir sebagai peserta sahaja. Cumanya rakan-rakan KCS yang dijemput hadir agak kurang, walaupun segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Sepatutnya perlu hadir ke persidangan ini dalam usaha menambahkan lagi ilmu dan pengalaman yang boleh dijadikan panduan dan contoh dimana perlu di jabatan masing-masing disamping memberi sokongan kepada rakan-rakan yang bersusah payah mengelolakan persidangan ini.

Pelbagai topik dibincangkan yang merangkumi isu-isu dan contoh-contoh terbaik dalam menguruskan pembangunan tanah dan pembangunan fizikal di Malaysia dengan mengambil contoh-contoh dari dalam dan luar negara. Antara topik-topik yang dibincangkan ialah berkenaan isu-isu tanah, pembangunan hartanah, pembangunan luar bandar, pengurusan dan pentadbiran tanah, isu-isu alam sekitar, perancangan pembangunan tanah, perancangan PBT, penilaian tanah, perundangan tanah dan PBT dan lain-lain yang berkaitan. Semua perbincangan dan cadangan adalah kearah 'Towards Sustainable Green City'. Bukan setakat pembangunan tanah sahaja dibincangkan tetapi pelbagai topik yang melibatkan apa-apa pembangunan perlu mengambil kira akan alam sekitar dan mesra alam.

Mengapakah isu-isu seperti ini amat diberi perhatian oleh ramai orang. Manusia sekarang ini semakin terdesak. Pembangunan berlaku dengan begitu pesat. Manusia semakin rakus dengan pelbagai aktiviti hingga mengabaikan pembangunan yang mapan...mengabaikan alam sekitar, mengabaikan kesejahteraan alam..Jenayah terlalu banyak sekarang ini. Sudah ada tanda-tanda mala petaka buruk yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Bumi sudah tidak lagi tenteram seperti dulu. Ais semakin cair dikhutub utara dan selatan, banjir tiba-tiba sahaja berlaku, gempa bumi berlaku dengan kerap sekali, ribut dan taufan kerap sangat melanda, tsunami menjadi ancaman bagi kawasan tanah rendah, hidupan laut semakin berkurangan, tanaman kurang menjadi, kebuluran merata tempat, sungai tidak lagi jernih seperti dulu, penyakit yang bermacam-macam semakin timbul dan segala macam perkara yang menakutkan berlaku sekarang ini. Semua ini memerlukan perhatian yang bersungguh-sungguh dari semua pihak untuk mengambil peranan masing untuk memastikan bumi yang kita duduki ini tidak meradang lagi. Allah S.W.T telah menjadikan bumi ini dalam keadaan yang baik.. Kehancuran dan kemusnahan bumi yang berlaku dan akan berlaku adalah disebabkan oleh manusia itu sendiri.

Saya terasa untuk memberi sedikit pandangan bila mengikuti sessi terakhir persidangan ini dimana diadakan pula 'Technical Session' dimana panel yang berwibawa dijemput untuk membincangkan tajuk " A Review Of National Land Code 1965 - Agenda For Reform". Pengerusi Sessi Teknikal ini ialah Dato' Hjh Che Barni Hj Mohd Noor...Rasanya hebat-hebat juga KCS ini dalam mengulas dan menganalis hal-hal teknikal seperti ini dipersada nasional dan international....

Saya berpandangan sudah sampai masanya mereka yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran tanah diberi nafas baru dan diiktiraf sebagai satu profesion yang tersendiri. Malahan boleh dianggap profesional. Ini adalah kerana dalam pentadbiran dan pengurusan tanah ianya merangkumi pelbagai disiplin ilmu yang perlu diketahui. Dalam pentadbiran tanah ada hal berkaitan undang-undang. Berpuluh-puluh akta, undang-undang , pekeliling , garis panduan dan keputusan exco ada dalam menguruskan tanah yang perlu difahami sepenuhnya. Kesilapan memahami dan mentafsirkankan setiap undang-undang tanah boleh memberi kesan negatif kepada negeri. Dalam menguruskan tanah juga ada unsur-unsur penilaian tanah, perancangan bandar dan desa, pengukuran tanah, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia dan penguatkuasaan.

Semua ini memerlukan pegawai-pegawai yang benar-benar tahu dan mahir dalam menguruskan hal-hal tanah. Kalau sekadar ditempat setahun dua dalam jawatan sebagai pentadbir atau penolong pentadbir tanah belum tentu kita mendapat ilmu sepenuhnya dalam menguruskannya. Adalah bertepatan sekali pihak UTM telah menyediakan ruang yang cukup untuk melatih graduannya dalam bidang pentadbiran tanah. Seperti mana yang dipraktikkan di Malaysia pentadbiran tanah biasanya mempunyai 4 fungsi utama iaitu pemilikan tanah, penilaian tanah, penggunaan tanah dan pembangunan tanah. Keempat-empat fungsi ini memerlukan pelbagai kemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu seperti yang saya sebutkan tadi iaitu perancangan bandar dan desa, penilaian hartanah, pengukuran tanah, teknologi maklumat, perakaunan kewangan, perundangan dan pengurusan sumber manusia.

Seorang yang memegang jawatan Pentadbir Tanah dan Penolong Pentadbir Tanah seharusnya ada semua disiplin ilmu tersebut sekurang-kurangnya secara asasnya dan mereka perlu profesional dalam tugas mereka. Lagi lama mereka bertugas dalam jawatan-jawatan sedemikian, lagi tinggi kemahiran dan pengalaman mereka dalam menguruskan tanah. Para ahli panel berpendapat bahawa sudah sampai waktunya jawatan-jawatan seperti ini diberi nafas baru. Pengurusan tanah pada masa kini dan akan datang semakin bertambah kompleks ditambah dengan penggunaan teknologi maklumat terkini. Mungkin pegawai-pegawai tadbir yang ada sekarang ini dikekalkan dalam pentadbiran tanah sepanjang kerjaya mereka.. Tidak ada masalah dari segi peluang kerjaya kerana dalam pentadbiran tanah juga terdapat peluang-peluang kenaikan pangkat yang luas, cumanya mereka perlu duduk didalam pentadbiran tanah secara berterusan. Dengan cara ini barulah pegawai tersebut mahir sepenuhnya dalam pelbagai kompleksiti pentadbiran tanah yang semakin mencabar.

Saya akui sendiri sebenarnya pada masa ini tidak ada sesiapa yang benar-benar mahir dalam setiap aspek pentadbiran tanah kerana pegawai-pegawai yang ada silih berganti dengan jawatan yang kadang-kadang tidak berkenaan dengan tanah langsung. Ilmu yang diperolehi sepanjang dua atau tiga tahun dalam pentadbiran tanah tidakdapat dimanafaat dan dikembangkan sepenuhnya bila bertukar dan pegawai itu kembali ketinggalan perubahan-perubahan yang berlaku dalam pentadbiran tanah.

Saya sendiri 25 tahun yang lalu pernah bertugas di pejabat tanah selama 6 tahun, tapi bila masuk balik dalam pentadbiran tanah bermula tahun 2009, sudah ketinggalan banyak perkara, dan terpaksa belajar balik dari awal. Hendak merujuk kepada siapa sayapun tidak tahu, kerana semuanya lebih kurang sama sahaja ilmua. Tidak ada yang betul-betul pakar dan mahir dalam pentadbiran tanah.

Satu perkara lagi yang dibahaskan ialah berkenaan dengan Kanun Tanah Negara. Adakah ianya masih releven dengan perubahan-perubahan yang berlaku sekarang ini... Banyak perubahan perlu dibuat terhadap KTN. Tidak dinafikan memang ada pindaan-pindaan telah dibuat terhadap KTN tapi ianya perlu lebih menyeluruh agar ianya lebih praktikal.. Itu pandangan ahli akademik. Apa pandangan ahli politik pula....ini tentunya menimbulkan sedikit polemik tentang keperluan pindaan KTN dalam bab-bab yang tertentu... Soalnya saya rasa pihak KPTG perlu input dan cadangan dari pelbagai sumber dalam merangka bidang-bidang dan bahagian-bahagian yang perlu dibuat pindaan. Kalau setakat bercakap sahaja tanpa tampil memberi cadangan dan maklum balas secara lebih terperinci tidak ada maknanya....

Ok..rasanya itu sahaja komen saya, cakap banyak-banyak nanti melelong kelain tempat pula...saya ni bukannya orang akademik.. tidak ada ilmu yang tinggi apatah lagi ijazah sarjana sepertimana kawan-kawan yang lain yang ada 'masters' dalam bidang pengurusan tanah.....mengaji setakat cukup makan aje...

asriredha teratak kasih alor setar

09 October 2010

DILEMA PENGUATKUASA DALAM MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG

Monday, September 27, 2010

Hari ini Pejabat Tanah, Majlis Daerah Sik dan JKR serta lain2 jabatan sedang melaksanakan operasi penguatkuasaan meroboh binaan diatas rizab jalan Jeniang Sik.....Anak-anak buah saya sedang bertungkus lumus melaksanakan operasi ini bersama jabatan-jabatan lain untuk memastikan segala proses dan tindakan adalah mengikut undang-undang. Bukan senang untuk melaksanakan operasi-operasi seperti ini.

Kalau tanya hati kecil saya sendiri....tentunya sayapun tidak suka nak pergi runtuh rumah atau bangunan tempat orang berlindung dan jadi tempat cari nafkah pula...sapa yang mahu... tentunya kalau boleh cuba nak elakkan... Inilah dilema-dilema pegawai-pegawai yang berada dijabatan-jabatan yang ada sedikit sebanyak peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan penguatkuasaan.. Macam saya ini terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang tanah... banyak peruntukan dalam KTN yang memberi kuasa kepada PTD untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan.....hanya mahu atau tidak sahaja untuk melaksanakannya.

Saya boleh menjangkakan kata-kata kecaman dan maki hamun terhadap pegawai penguatkuasa seperti ini akan timbul seperti pegawai bertindak zalim, pilih kasih, berat sebelah, terima rasuah, anti melayu, anti cina, nak cari makan susah, orang lain fasal apa tak ambil, orang dulu tidak ambil pun awat la kalut sangat, notis tidak pernah bagipun, tidak ada hati perut dan macam-macam lagilah...Pengalaman duduk di Pejabat Tanah dan Majlis Perbandaran telah menyebabkan saya telah lali dengan kata-kata kecaman dan sindiran seperti ini....tapi kita nak buat macam mana. Di satu pihak mahu dilaksanakan tindakan undang-undang , manakala disatu pihak lagi supaya diberi kelonggaran dan jangan diambil tindakan undang-undang. Buat salah tak buat salah... yang mana satu nak pakai ni..yang nak jawab saya juga......campur tangan nak membantu yang terlibat memang banyaklah.. semuanya nak tunjuk juara sebagai pembela bangsa dan rakyat..sedangkan pada hakikatnya.. salah tetap salah.... Kadang-kadang kalau terlalu diperbesarkan oleh media yang prihatin dan tidak mendapat maklumat yang tepat, jabatan yang melaksanakan penguatkuasaan pula yang dituduh tidak betul.... jadi dimana nak letak muka kita yang berkerutu ni....

Nak membatalkan sesuatu operasi bukan mudah. Banyak masa dan tenaga serta kos dihabiskan untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan. Banyak jabatan terlibat. Sebab itu sebelum tindakan penguatkuasaan diambil..masa secukupnya diberi kepada yang terlibat. Notis berulangkali dikeluarkan untuk mengambil tindakan segera. Sampailah lama sangat dan sampailah orang kata dan report kata Pejabat Tanah gagal menjalankan tugas.. itupun masih bersabar lagi......tekanan-tekanan yang jabatan terima sememangnya kebanyakan orang tidak tahu....so akhirnya kita laksanakan juga....ikut keperluan dan kepentingan. Untuk makluman pembaca... semasa buat operasi ini sebuah jentera 'back hoe' yang digunakan telah terbalik menunjukkan betapa terok dan tinggi risikonya melaksanakan operasi-operasi seperti ini. Nasib baiklah tidak melibatkan apa-apa kecederaan dan kematian petugas.

Selepas ini saya dan pegawai-pegawai saya pasti akan dituduh macam-macam lagilah....memang saya sudah bersedia untuk menghadapi semua ini...tidak apa ...sabar-sabar sahajalah...kita kena buat tidak kisah sahaja sudahlah.. jangan duduk ambil kisah sangat....dan jangan dok berkelahi dengan mereka..cakap dan bincang elok-elok. Jabatan hanya menjalankan tugas yang diarah..itu sahaja...Itu yang saya selalu peringatkan kepada anak-anak buah saya.

Selepas ini akan ada lagi operasi penguatkuasaan yang akan dibuat dan mungkin lebih hebat lagi....kita beri notis secukupnya supaya semua yang terlibat termaklum dan diberi masa secukupnya untuk memindahkan dan meroboh apa yang patut. Selepas itu kalau dah lama sangat dah tidak ada apa-apa tindakan dari notis
yang diberi barulah kita jalankan tanggungjawab kita...Sebenarnya tidak ada yang teraniaya dalam operasi seperti ini kerana mereka diberi pilihan dan pampasan secukupnya. Cuma bila orang ingat kerajaan, maka itu yang membuatkan mereka tidak kisah, lebih-lebih lagi ada orang-orang yang membela dibelakang mereka.

Bukan setakat membuang binaan sahaja tetapi juga penguatkuasaan operasi pemindahan bahan batuan secara haram, penerokaan tanah kerajaan secara haram dan sebagaimya adalah tindakan-tindakan berterusan yang diambil dari masa ke semasa untuk memastikan hasil mahsul kerajaan negeri tidak bocor dan meningkatkan hasil pendapatan kepada kerajaan negeri.

Sampai satu peringkat hingga semua orang tidak suka, maka tukarlah hamba yang kerdil ini dari daerah yang begitu aman tenteram ini. Tempat lain rasanya mungkin lebih hebat lagi cabarannya... hadapilah semua ini sementara belum pencen.

Benar bagai diduga..di Berita Utama TV jam 8.00 mlm besoknyai...diberita dan diulas panjang lebar berkenaan operasi meroboh buang binaan-binaan tersebut. Seperti biasa jika operasi ini dipolitikkan maka ia akan menjadi lebih menarik lagi. Maka timbullah cakapan rasa tidak puas hati yang terlibat dan perkataan kezaliman pasti terucap. Satu Malaya sudah tahu operasi ini... maka yang akhirnya dituduh salah ialah jabatan yang melaksanakan penguatkuasaan itu pula...sekiranya tidak diketahui akan maklumat yang jelas. Jadi anggapan yang tidak benar itu lama-lama akan nampak jadi benar pula...Kerajaan Negeri pula telah dituduh zalim... sedangkan sebenarnya negara dan negeri kita ada undang-undang dan peraturan. Kalau undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pemerentah tidak patuhi susahlah.. setiap orang nak buat undang-undang sendiri.. huru hara jadinya negara kita... Itupun sebenarnya tidak semuanya undang-undang dikuatkuasakan sepenuhnya. Terlalu banyak kelonggaran yang diberi semata-mata untuk memuaskan setengah-setengah pihak yang agak liat untuk mengikut sepenuhnya undang-undang yang dicipta.

asriredha, teratak kasih, alor setar

06 October 2010

YahOO ,,,,Anugerah Kualiti Dan Inovasi Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Hotel Holiday Villa

Alor Setar
02 Oktober 2010

Yahoo tu ialah perkataan popular bagi peminat internet...Yahoo ialah enjin carian internet yang begitu popular...Apa yang saya maksudkan Yahoo.. ialah tanda kegembiraan..jadi kalau sapa-sapa suka dia suka kata 'yahoooo' tak tahu fasal apa keluar perkataan itu...

Oklah dipendekkan cerita ...Malam ini saya hadiri Majlis Makan Malam Anugerah Kualiti dan Inovasi Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah...Tidak dijangka langsung..secara tiba-tiba Pejabat Tanah Sik di anugerahkan Kualiti SUK Tahun 2010 bagi kategori Pejabat Tanah dan Daerah. Sayapun tidak tahu atas kriteria apa pemilihan ini dibuat. Kerana pada saya belum sampai tahap yang sepatutnya lagi untuk mengambil bahagian dalam apa-apa pertandingan atau anugerah yang diadakan.

Bukan tidak boleh ...kita boleh kalau mau..pokoknya kena usaha lebih sikit lagi..untuk jabatan mencapai kecemerlangan bukan boleh dibuat sorang-sorang ..Kena berkumpulan, bersatu hati, bercita-cita tinggi, semua kakitangan kena main peranan yang sebenarnya. Tengok ni..nampak ceriapun bergambar pakai baju raya pula tu....

PTG ada bertanya untuk mencalunkan PTS masuk anugerah kualiti sebelum ini. Sayapun tidak tanyalah anugerah kualiti apa, tapi saya bagitau kat CC supaya tidak payahlah kita masuk.. rasanya tidak sampai tahap yang benar-benar memuaskan hati saya. Terlalu banyak sangat kekurangan disana sini. Mungkin selepas berjaya melaksanakan Sistem 5S kat opis nanti baru saya bersungguh-sungguh nak suruh anak buah atur masuk apa-apa sahaja anugerah-anugerah kualiti yang dianjurkan oleh kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan.

Walau bagaimanapun diucapkan terima kasih kepada Dato' PTG yang tetap mencalunkan Pejabat Tanah Sik untuk anugerah tersebut walaupun tuan yang empunya diri belum lagi yakin. Sekurang-kurangnya dengan anugerah ini ianya akan memberi semangat yang lebih hebat lagi kepada semua kakitangan PTS yang saya nampak dan rasa sudah ada perubahan-perubahan yang begitu positif untuk menjadikan Pejabat Tanah Sik lebih cemerlang. Anugerah ini adalah untuk semua kakitangan yang bertungkus lumus bekerja untuk rakyat dan bertanggungjawab kepada kerajaan negeri.

Sebenarnya ini bukan kali pertama jabatan yang saya duduk bekerja mendapat anugerah cemerlang. Ketika saya bertugas di Pejabat Daerah Kubang Pasu sebagai Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kubang Pasu, saya terlibat secara langsung dalam pengurusan projek kecil luar bandar. Hasilnya dari sistem dan cara pengurusan yang saya amal dan laksanakan disitu maka Pejabat Daerah Kubang Pasu telah dianugerahkan Anugerah Pengurusan Projek Kecil Luar Bandar Terbaik Seluruh Malaysia Kategori Pejabat Daerah yang dianugerahkan oleh MAMPU. Bukan senang untuk mendapat anugerah ini, walaupun bukan wang tunai menjadi hadiahnya tetapi pengiktirafan ini merupakan satu kejayaan cukup besar kepada jabatan dan kerajaan negeri Kedah sepatutnya. Malangnya hanya itu sahaja yang diterima tanpa ada apa-apa kata-kata sokongan dan tahniah dari pihak kerajaan negeri sendiri. Yang paling sedihnya ialah pengurusan projek yang terbaik yang diiktiraf oleh MAMPU sendiri tidak dipakai lagi selepas itu malah dironyeh habis oleh boss yang mengambil alih tugas selepas itu semata-mata untuk menyesuaikan dengan kepentingan peribadi. Sistem yang diatur sebelum ini memang telus, mudah, cepat dan senang dibuat pemantauan...tapi langsung tidak diambil kira.. maka akhirnya balik asal juga....jadi tidak ada maknanya juga anugerah tersebut.

Di Pejabat Tanah Sik ini peranan saya sebagai ketua jabatan hanya kecil sahaja. Sekadar memimpin dan mengurus . Selepas ini mungkin saya akan bertukar ke jabatan lain pula. Namun usaha-usaha kearah penambaikan dan kecemerlangan perlu diteruskan oleh kakitangan yang ada. Itulah harapan saya. Biarlah apa yang kita buat itu atas keikhlasan dan kesedaran sendiri tanpa disuruh dan dipaksa. Jadi kalau siapa yang datang mentadbir, kerja tetap berjalan dengan pantas dan lancar malahan lebih hebat lagi...

Ingatlah...bukan anugerah yang kita buru tetapi yang penting ialah perkhidmatan kita kepada rakyat dan tanggungjawab kita yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan... Kita dibayar upah untuk bekerja. Anugerah itu biarlah orang lain yang menilai kita....Bila sudah mendapat anugerah.. satu cabaran pula kepada jabatan kerana orang akan melihat apa yang hebat sangat Pejabat Tanah Sik tu.. ini yang merisaukan juga...takut harapan orang kepada PTS terlalu tinggi..Itu sebab saya tidak berminat untuk masuk pencalunan apa-apa anugerah..Tidak apa yang dapat dibanggakan dan ditonjolkan sangat .Tapi pihak luar nampak apa yang kita buat..

Yang menariknya anugerah ini ialah kerajaan negeri menghadiahkan sejumlah RM20,000.00 untuk jabatan melaksanakan apa-apa projek yang sesuai untuk kakitangan. Satu jumlah yang saya kira sangat lumayan sekali. Itu yang saya jerit YahOO tu.. tak taulah anak buah nak jerit YahOO tak? Saya tidak pasti lagi apa yang boleh dibuat dengan peruntukan sebanyak itu. Kalau bebas guna apa sahaja, maka perkara ini biarlah anak-anak buah memikirkannya sendiri apa yang patut dibuat..mana yang baik dan memberi keadilan kepada semua kakitangan....saya rasa mereka yang berhak menerimanya...

Tahniah kepada semua kakitangan di atas usaha anda semua... tingkatkanlah lagi usaha-usaha anda semua supaya lebih lagi cemerlang..pada masa akan datang. Mana-mana unit yang terasa kurang sumbangan maka usahakan supaya tingkatkan sumbangan seperti cepatkan proses, buat segera, ada sistem dan seni krreatif dan inovasi dalam kerja harian. Saya rasa setiap kakitangan tau sejauh mana sumbangan masing-masing dalam kecemerlangan sesebuah jabatan. Saya perlu semua unit bertindak segera. Kita kena bermula dari sekarang....jangan leka dan, jangan lalai dan jangan main-main nanti jabatan lain akan potong ...


asriredha teratak kasih alor setar

23 September 2010

InoVasi PemanGkiN KeseJahTeraaN NeGaRa: TaHniaH PeJaBaT TaNaH KuLiM

PICC, Putrajaya
29 Julai 20111
Catatan: Mohd Asri Redha

Salam Sejahtera. .. Pagi ini saya terasa nak tulis sesuatu yang ada kaitan dengan perkhidmatan awam. Semalam saya menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam 2011 (AISA 2011)..yang dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara. Anugerah ini merupakan julungkali diadakan pada tahun ini sebagai penambahbaikan kepada anugerah-anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA) yang diperkenalkan sebelum ini sejak tahun 1991.

Alangkah bagusnya kalau jabatan saya yang dapat..
Pegang pilah ambil semangat .. kut-kut lepas ni
Pejabat saya pula yang dapat. Satu cabaran
besar kepada anak-anak buah.....mari
cuba juga bagi dapat.....




Saya memang tidak pernah hadir majlis-majlis anugerah kualiti sektor awam yang dianjurkan oleh MAMPU sejak tahun 1991 walaupun sebenarnya saya sendiri secara peribadi atas kerja yang dibuat  bersama rakan-rakan terlibat dalam pentadbiran Kubang Pasu pada tahun 1994 dimana Pejabat Daerah Kubang Pasu telah mendapat Anugerah Kualiti Pengurusan Projek Kecil Pembangunan  Terbaik Bagi Kategori Pejabat Daerah Seluruh Malaysia. MAMPU juga sebagai penilainya. Namun kemenangan itu tidak begitu mendapat sanjungan dan pengiktirafan sewajarnya pihak atasan negeri pada waktu itu.. entah dimana silapnya....

Namun hari ini saya hadir majlis AISA 2011 ini atas satu sebab yang paling penting iaitu kerana ia berkaitan dengan maruah dan imej pentadbiran tanah negeri Kedah. Pejabat Tanah Kulim telah masuk ke pemilihan akhir Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah Dan Tanah dan seperti yang dijangka Pejabat Tanah Kulim telah berjaya dan ini bermakna bagi seluruh Pejabat Tanah di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak PTK telah duduk tempat teratas sekali. Hebat..hebat...hebat sungguh. Saya amat berbangga sekali dengan pencapaian ini walaupun bukan saya yang terlibat. Banyak kesan positifnya kepada pentadbiran tanah seluruh daerah di Kedah ini.

Sebenarnya sejak awal lagi Pejabat Tanah Sik sentiasa bersaing dengan PTK ini, namun saya bertukar lebih awal... jadi kempunanlah sikit kerana tidak dapat meneruskan program diatur dengan berkesan. Sekarang saya sebagai Pentadbir Tanah Kuala Muda dan sudah rancang tahun 2012 saya mesti melakukan sesuatu supaya boleh jadi seperti PTK. Tahun ini baru dalam peringkat mempertingkatkan tahap disiplin dan penstrukturan semula tugas-tugas anak buah. Sebab dalam membuat sesuatu perubahan.. tahap kesedaran kakitangan itu perlulah tinggi. Bukan mudah untuk mengubah perangai dan tabiat manusia yang telah berakar umbi dalam diri. Banyak halangan-halangan yang timbul dan silap-silap haribulan boleh makan diri ketua jabatan yang cuba hendak ubah rutin yang sudah menjadi kebiasaan itu. Namun semasa saya menulis blog ini saya sudah dapat khabar berita pertukaran saya ke Pejabat Tanah Kota Setar sebagai Pentadbir Tanah.. Tengoklah apa yang boleh dibuat disana nanti. Namun saya rasa pengganti saya lebih berkebolehan dan mampu merealisasikan hasrat yang tidak kesampaian itu... Saya yakin PTKM boleh..

Saya secara peribadi mengucapkan setinggi-tinggi ucapah tahniah kepada seluruh warga kerja PTK ini atas usaha murni mereka ini yang  telah memartabatkan imej pentadbiran tanah di negeri Kedah. Bukan senang untuk mendapat anugerah tertinggi dalam perkhidmatan awam ini...  Banyak usaha, tenaga dan wang ringgit dikorbankan untuk mencapai kejayaan ini.  Saya sendiri mengakui bukan mudah untuk mencapai  semua itu. Tidak semudah cakap.. Kalau mudah sudah banyak pejabat dapat anugerah..  Kerjasama yang padu dari semua kakitangan dari peringkat pegawai atasan hingga ke peringkat bawah sekali amat diperlukan. Saya sendiri mengakui tidak mampu untuk membawa usaha ke arah mendapat pengiktirafan ini  dengan pelbagai halangan yang ada disamping hanya sekejap sahaja berada dalam sesuatu jabatan.. Kadang-kadang usaha awalan sudah dirangka dan dibuat tapi bila bertukar maka terhenti setakat itu sahaja.... 

Tahniah juga kepada Pentadbir Tanah Kulim dan Penolong-Penolongnya yang menjadi peneraju utama menjayakan ativiti ini. Ini menunjukkan bahawa KCS  boleh dalam menerajui apa sahaja bidang dan kita boleh berbangga kerana dalam saingan kita dengan negeri-negeri lain yang lebih berkeupayaan kewangan dan sumber manusianya namun  KCS masih lagi berada dihadapan. Yang pentingnya komitmen dan kesungguhan kita dalam menjayakan sesuatu program yang diatur amat penting. Saya rasa halangan memang banyak dihadapi.. apatah lagi berkaitan sumber manusia, kewangan dan juga pandangan-pandangan sinis yang diterima. Kadang-kadang kita memerlukan sokongan-sokongan tertentu tapi tidak dapat.. Namun semua itu saya rasa tidak mematahkan semangat anak-anak buah di PTK... Sebab itu mereka telah berjaya mencari pelbagai pendekatan dan cara bagi mengatasi segala  halangan yang ada... masalah dan isu yang ada bukan halangan ke arah kejayaan.

Namun rasanya berbaloi jugalah pada penat jerih semua kakitangan PTK kerana dengan nilai hadiah RM300,000.00 yang diterima disamping Sijil dan Piala. Melompat sakanlah depa...... Namun 'mood' dan semangat berkobar-kobar untuk berkhidmat dengan cemerlang yang ada itu perlu diteruskan dan ditingkatkan lagi..... 

Tahniah sekali saya ..... anda semua membanggakan saya walaupun saya tidak bersama anda. Bagi kita yang tidak dapat apa-apa lagi ni... marilah kita ikut semangat PTK ini agar boleh dapat seperti mereka.. Insya Allah.
Jumpa lagi....
asriredha
teratak kasih
alor setar

31 August 2010

KEPUASAN BEKERJA

 31 Ogos 2010
Alor Setar

MERDEKA MERDEKA MERDEKA
Salam Kemerdekaan untuk semua. 


Lama tidak menulis dalam blog ini..entah kenapa...kurang dapat idea pula dalam bulan2 puasa ni..Rasa masa berlalu begitu cepat aje...sedar.sedar sudah lebih 3/4 bulan kita berpuasa. Alhamdulillah semua diberi kekuatan untuk mengikuti ibadah puasa dengan lancar..harapnya semuanya sentiasa sihat-sihat dan bahagia, dan selamat terus berpuasa dan buat persiapan AidilFitri.


Hari ini teringin nak menulis berkenaan dengan kepuasan bekerja...Saya selalu bangkitkan perkara ini kepada anak-anak buah tentang perkara tersebut dimana sahaja saya bertugas. Kepuasan bekerja bermakna bekerja dengan gembira dan seronok. Bukan senang nak dapat keseronokan dalam bekerja. Banyak yang tidak seronok waktu bekerja walaupun mereka tahu tempat bekerja itulah yang telah menyara kehidupannya hingga ke akhir hayat. Dari situlah ia beroleh kesenangan hidup tetapi malangnya tempat dimana sumber pendapatan diperolehi tidak pula ia beroleh kegembiraan. Maka kalau begitu jadinya berkerjalah hamba Allah itu dengan keseganannya, keegoannya, kemalasannya, kecuaiannya, ketegangannya, kekotorannya,  kesombongannya dan segala macam perkara negatif akan terhasil akibat dari ketidakgembiraannya bekerja di pejabat. Maka rugilah kehidupan seseorang itu kerana  lebih dari 3/4 purata masa hidup seorang manusia banyak dihabiskan ditempat kerja....


Sebab itu saya kata jangan buat mudah soal ini..Suka tidak suka kita kena bagi suka juga akhirnya. Ujudkan suasana persekitaran yang membolehkan kita suka kepada kerja kita, suka kepada kawan-kawan sekerja kita, suka kepada apa yang ada kat tempat kerja kita, suka akan pelanggan kita walau macammana perangai dan layanan mereka atas perkhidmatan kita, suka akan ketua jabatan kita walaupun ia 'strict' sikit kerana telah mengubah kebiasaan cara kerja  kita menjadikan kebanyakan pekerja tidak suka akan setengah-setengah bos mereka. Apa-apa yang dibuat kita kena pandang secara positif. Barulah perasaan seronok dan puas bekerja  itu datang dengan sendiri. 


Ada juga yang memang suka bekerja disatu-satu tempat tertentu tetapi tidak suka  bekerja ditempat lain. Ini memang ada. Mungkin ia suka kerja disitu kerana ia boleh  dapat kemudahan macam-macam yang disediakan, mungkin disitu elaun dan kemudahan sampingan lebih banyak, mungkin disitu ada kuasa yang boleh diguna untuk kepentingan diri sendiri, mungkin juga beliau boleh mendapat kemudahan-kemudahan tertentu dengan kerja disitu..jadi inipun buat mereka seronok kerja di situ tetapi dari segi prestasi kerja belum tentu menyerlah...  Yang ini saya rasa keseronokan yang palsu.  Mereka bukan puas atau seronok bekerja tetapi puas atau seronok kerja disitu untuk ambil kesempatan untuk diri sendiri. 

Jadi janganlah hairan ada pekerja yang hidup senang lenang kat satu-satu tempat kerja kerana kalau nak perbaiki kereta ada bengkel yang beri perkhidmatan percuma, kalau nak beli barang-barang hardware ada kedai yang bagi diskaun lebih 50 peratus dan kadang-kadang patut padan  diskaun 100 peratus, kalau nak melancong  kemana-mana destinasipun akan ada orang tolong kira, malahan kalau nak perbaiki gigi pun  ada orang tolong perbaiki dengan percuma... sampai begitu sekali. Semuanya kerana ia ada kuasa, ada pengaruh, ada kemudahan komunikasi, ada kenalan, dan segala macam. Jangan lihat kuasa itu diperingkat bos-bos saja diperingkat bawahpun ada kuasa tersendiri...menyediakan laporan  teknikalpun adalah kuasa, menghantar notispun adalah kuasa, membuka failpun adalah kuasa, nak buat suratpun adalah kuasa, bagi khidmat nasihatpun b oleh jadi kuasa,  nak nilai tanahpun adalah kuasa, nak tengok pelanpun ada kuasa tersendiri, dok cop paspot imigresen pun ada kuasa tersendiri, menyarung pakaian seragam penguatkuasa sudah tentu ada kuasa, nak buat surat sokonganpun adalah kuasa. Pendek kata macam-macam kuasa ada yang boleh digunakan untuk kepentingan diri sendiri dengan jawatan yang dipegang....


Oklah saya pohon permisi dulu. Nampaknya saya kena pergi kerana mau teman isteri 'shopping' barang keperluan dapor. La ni kereta banyak gila kat jalan raya dan orang banyak gila kat mana-mana supermarket....banyak juga duit orang-orang Kedah ni..


wassalam ketemu lagi... ada lagi yang saya nak tulis sambung pasal 'kepuasan bekerja' tadi baru intro saja tu.


asriredha
teratak kasih alor setar

04 August 2010

MAI KITA PAKAT-PAKAT TURUN KE LAPANGAN JUMPA RAKYAT..

27 Julai 2010

Jeneri, Sik

Macam-macam cara yang dibuat oleh jabatan kerajaan untuk mendekati rakyat...semuanya adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dan

Pentadbir Tanah Sik sedang melayan dan beramah mesra dengan pelanggan yang membayar cukai tanah dikaunter Pejabat Tanah Sik. Bagus juga buka kaunter ini. Macam mana pak cik sebelah ni terbuka hati nak bayar cukai tanah yang tertunggak lebih 5 tahun..Hampir RM1,000.00 dibayar pagi ini

juga memberi kepuasan kepada rakyat apabila berurusan dengan jabatan kerajaan...Oleh itu tidak timbul kata kerja jabatan kerajaan untuk menyusahkan rakyat. Secara peribadi saya seboleh mungkin akan cuba selesaikan apa-apa isu yang dibangkitkan dan tidak dapat diselesaikan sejak lama, kadang-kadang terpaksa menggunakan budibicara yang mengundang risiko kepada jabatan dan saya sendiri. Tapi apa boleh buat...kita kena buat juga kalau tidak pelanggan akan pasti lebih menghadapi masalah, dan dalam konteks pejabat tanah sudah tentu urusan urusniaga tanah tidak dapat berjalan dengan baik kalau ada halangan-halangan tertentu yang berkemungkinan disebabkan kesilapan, kecuaian, terlepas pandang dan sebagainya. Kebanyakan isu dan masalah berbangkit sekarang ini adalah isu lama yang tidak dapat diselesaikan hingga kini. Sebarang perubahan dan penyelesaian yang dibuat kenalah berpandukan kepada undang-undang dan peraturan tanah yang sedia.. Sesukar manapun masalah yang ada, ianya kena ada penyelesaiannya juga...

Atas inisiatif Tuan Pegawai Daerah Sik , Program Jabatan Bersama Masyarakat telah diadakan di Masjid Al Maarif, Mk Jeneri dan dirasmikan sendiri oleh Tuan Hj Mat Noh b Ahmad.

Kubur kenalah dicuci selalu bagi elok. Cuba tengok kubur orang Kristian di Barat..Elok dan tersusun cantik nampak kubur mereka. Kita orang Islam patut lebih elok lagi. Walaupun orang mati tidak minta kubur mereka bagi bersih tapi kita yang duduk ada atas muka bumi ini kenalah prihatin sikit. Nanti kita juga akan pergi sama ke situ.   Saya tumpang sekaki ikut gotong royong bersama penduduk tempatan mesin rumput di kubur. . Boleh tahan juga gegarannya..

Program melibatkan jabatan-jabatan turun ke padang dan membuka kaunter perkhidmatan masing-masing disitu. Antara jabatan yang mengambil bahagian ialah Pejabat Tanah Sik sendiri yang menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat berkenaan tanah dan kutipan cukai tanah. Pentadbir Tanah dan Penolong Pentadbir Tanah sendiri turut turun ke padang untuk sama-sama dengan masyarakat tempatan Jeneri ini. Perkhidmatan yang disediakan ini sedikit sebanyak membantu memudahkan masyarakat setempat terutama dari segi membayar cukai tanah.

Lain-lain jabatan yang mengambil bahagian ialah Jabatan Kesihatan, Majlis Daerah Sik, JPJ, Jabatan Zakat, Bank, Insuran, Jab Pertanian dan lain-lain lagi. Pada awal pagi telah diadakan program gotong royong disekitar kawasan masjid terutamanya kubur. Ramai kakitangan jabatan turut mengambil bahagian bersama orang-orang kampong disitu. Majlis Daerah Sik dengan pameran Local Agendanya dan banyak cenderamata disediakan disitu... disamping khidmat perundangan dan penerangan aktiviti MDS.

Paling menarik dan berkesan ialah hampir 20 orang tempatan telah tampil menderma darah dan ada yang pertama kali menderma..Semoga sumbangan darah mereka ini akan dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa manusia yang memerlukan darah. Tidak kurang juga yang mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma..Ada yang baru sedar rupanya diri ini sudah lama ada kencing manis...Barulah kelamkabut nak pergi berubat. Ok.. itu saja laporan dari PTD Sik

asriredha
teratak kasih
alor setar

24 July 2010

Ketua Kerajaan Negeri Atau Pengarah Pembangunan Negeri ... Siapa Benar Siapa Salah?

Kebelakangan ini isu panas disebuah kerajaan negeri yang diperintah pembangkang iaitu di Pulau Pinang. Pertelingkahan Ketua Menteri dengan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Masing-masing melepaskan  luahan geram masing-masing ekoran beberapa isu pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Isu ini melarat lagi hingga KSN sendiri dikritik oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Isunya adakah Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang (PKN PP) tidak buat kerja atau Ketua Menteri Pulau Pinang sengaja mencari salah pegawai kerajaan Persekutuan... Saya berpandangan bahawa kedua-keduanya adalah tidak salah...cuma cara dan pendekatan yang dimainkan oleh kedua-dua pihak ini tidak begitu elok...Memang tidak dapat dielakkan jika Kerajaan Persekutuan diperintah oleh BN manakala kerajaan negeri diperintah oleh Pembangkang makanya satu ketika nanti akan pasti timbul pertelingkahan yang melibatkan dasar-dasar pembangunan kerajaan persekutuan dengan dasar pembangunan kerajaan negeri...

Sekurang-kurangnya isu yang berbangkit ini memberi kesedaran kepada KSN dan pegawai kerajaan persekutuan yang lainya bahawa mereka seharusnya bersikap profesional dalam mengurus pentadbiran negara dan jangan terbawa-bawa dengan kuasa politik yang ada. Kuasa politik biarlah orang politik yang menguruskan, manakala kuasa pentadbiran biarlah pegawai kerajaan yang uruskan. Perkara penting yang perlu diketahui ialah pegawai kena bersikap berkecuali dalam hal ini iaitu tidak boleh terlalu menyebelahi kepada mana-mana parti. Apabia kita berada dalam kerajaan maka sesiapa sahaja yang memerintah negara atau negeri maka kita kenalah patuh kepada keputusan-keputusan yang dibuat dan melaksanakannya, salkan tidak bertentangan dengan perlembagaan negara dan ugama.

Kedah sendiri mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan Pulau Pinang, cumanya tidaklah YAB Menteri Besar sampai menyerang pegawai-pegawai persekutuan dengan tuduhan-tuduhan menjejaskan kredibiliti mereka. Namun sebahagian projek-projek pembangunan kerajaan persekutuan di negeri Kedah dilaksanakan tanpa dirujuk pandangan dan nasihat dari Kerajaan Negeri...sedangkan projek tersebut hendak dilaksanakan di negeri Kedah yang majoriti rakyat menyokong kerajaan Pakatan Rakyat (Pembangkang).

Dulunya sebelum kerajaan negeri diambil alih Pakatan Rakyat , kerajaan negeri dan persekutuan telah menjalankan tugas dengan baik dan sentiasa bekerja sama antara satu sama lain. Saya sendiri terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan projek kecil luar bandar sentiasa dijemput menghadiri mesyuarat penyelarasan dan pelaksanaan dengan pihak persekutuan. Malahan di peringkat negeri ada Mesyuarat J/K Tindakan Negeri Kedah dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar dan urusetianya oleh Pegawai Kemajuan Negeri Kedah..Malangnya keadaan sebegini tidak berlaku lagi sekarang ini bila berlaku pertukaran kerajaan kepada Pakatan Rakyat. Makanya masing-masing membawa haluan sendiri, maka berlakulah konflik antara sama lain dalam program pembangunan di negeri Kedah.

Saya masih berpandangan bahawa hubungan antara PKN dengan Kerajaan Negeri perlu diadakan dengan lebih agresif  dan saling bertindak menyelesaikan isu-isu pembangunan sosial, fizikal dan ekonomi yang ada.

stop dulu kat sini dah 12.00 pagi ni

asriredha teratak kasih alor setar

19 July 2010

PerlembagaaN KitA

19.07.2010
WDA

Kelmarin saya berkesempatan menghadiri majlis Perasmian Promosi Perlembagaan Malaysia...di Insaniah, Mergong anuran Majlis Peguam Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah. Perasmian disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah DA.

Apa yang saya hendak beri perhatian disini ialah perbincangan forum yang diadakan dimana banyak isu-isu perlembagaan Malaysia dibangkit dan dibincangkan. Apatah bagi sebuah negeri yang diperintah dibawah Pakatan Rakyat, lagi banyak isu-isu telah diketengahkan. Dengan panel yang hebat-hebat seperti Dato Zaid Ibrahim, Peguam Sulaiman Mohamed dan Dr Aziz Bahari suasana forum menjadi semakin menarik dan

asriredha teratak kasih alor setar

06 July 2010

KaNgGarOO

06.07.2010 6.00 ptg..
Airport Changi, Singapore

Sorry la.. hari ini saya menulis dari Air Port Changi Singapore. Bukannya ada apa 'boring' sangat dok tunggu kat sini sementara menanti pertukaran k/terbang ke Sydney, Australia.  Turun saja kapalterbang dari Lapangan Terbang Kepala Batas terus nampak  'free terminal internet' .apa lagi terus terpa untuk taip apa-apa yang patut.
Sebenarnya saya dalam lawatan sambil belajar ke Sydney dan Canberra Australia anjuran Kerajaan Negeri Kedah.. Inilah julung-julung kalinya

Penulis berlatarbelakangkan Bondi Beach. Cantik pantainya dan bersih sekali. 

dalam tempoh 25 tahun saya bekerja dengan kerajaan negeri ditawarkan mengikuti rombongan rasmi ke luar negara..Seronok sangat.. walaupun dah lewat masa dah berbanding dengan kawan-kawan lain yang lebih junior yang ada yang merata dunia sudah lawat , tapi tidak apalah..itu rezeki mereka  masing-masing. Kedudukan mereka ditempat kerja tertentu memungkinkan mereka dapat kerap melawat ke luar negara. Kalau saya yang sebahagian besar masa kerja saya hanya di daerah maka mungkin agak kurang sikit perhatian yang  diberikan. Namun begitu saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memilih saya untuk mengikuti rombongan LSB ke Australia ini. Insya Allah  saya akan mengambil manafaat sepenuhnya dengan lawatan ke negeri orang ini dan yang mana baik kita buat contoh dan yang mana tidak elok kita jadikan sempadan.. bukan setakat nak melawat begitu sahaja....

ok.. kena berhenti disini dulu.. rupanya free  takat 15 minit sahaja.. nanti saya sambung lagi

Ok sambong balik....

Airport Changi ini memang cantik dan luas sekali.. Kalau nak 'shopping' dalam terminal ini sahaja pun dah cukup banyak...tapi itulah kena pakai kad kredit.. depa tidak mahu duit Malaysia...Saya berkenan sungguh dengan lanskap air port ini...dari segi seni bina bangunannya tidaklah hebat sangat berbanding dengan KLIA tapi cara mereka hiasi lanskap dalamannya patut kita contohi untuk semua airport kita yang ada. KLIA pun kena buat macam ini.. nampak kehijauan saja .. taklah nampak macam rumah batu sahaja..

Perjalanan dari Singapore ke Sydney mengambil masa selama lebih kurang 7-8 jam. Memang menjemukan. Nasib baiklah ada video kat kerusi...Nak tidor bukan boleh sangat.

Sampai hajat juga nak pegang kanggaro yang hanya ada di Australia sahaja. Ini di ambil di Zoo Featherdale Wildlife Park .

Masa di Sydney ke depan 2 jam. Sampai di sini memang sejok sekali. Suhu antara 2 C hingga 15 C. Dalam perjalanan ke Hotel, kami dibawa ke Bondi Beach..Pantai yang amat cantik dan ombaknya begitu kuat. Kalau di Malaysia, memang tidak dibenarkan orang mandi tapi disini, ombak besar dan tinggi ini dibuat mainan aje bagi mereka terutama untuk peminat  peluncur ombak.   Rombongan kami melawat dulu ke Paddy's Market sementara menunggu untuk  'check in' kat Hotel yang amat berdekatan iaitu Hotel Rockford Hotel..Novotel, Sydney. Ada yang berhabis sakan kat Paddy's Market ini.

08.07.2010

Program hari ini adalah melawat ke Zoo Featherdale Wildlife Park, Sydney, tidak jauh dari Bandaraya Sydney.  Hajat saya pergi ke sini cuma nak tengok Kanggaroo dan Koala aje. yang lain tu tidak berapa nak minat kerana lebih kurang sama sahaja dimana-mana tempat.



Bersama rakan-rakan di Blue Mountain. Daerah Katoomba, .di Barat Sydney.

Lepas tu pergi melawat Blue Mountain..suatu kawasan pelancongan pergunungan di barat Sydney yang telah diiktiraf sebagai salah satu dari warisan dunia.  Aktiviti disini ialah menaiki  'scenic railway' dan  'scenic cableway' untuk melihat & menikmati keindahan kawasan pergunungan ini dan juga melawat lombong arang batu yang terletak di pergunungan tersebut. Lombong ini tinggalan lama dan masih ada kesan-kesannya.. Lombong ini menjulur jauh ke dalam bukit sejauh lebih 1 km. Terbayang macam manalah mereka bekerja didalam...yang sempat dan gelap gulitta itu dan nak sampai ke pintu masuk gua tu sikit punya susah.

ok sambong lagi... internet ini hanya bagi masa 20 minit sahaja

09.07.2010



Bergambar ramai-ramai dengan ahli rombongan berlatarbelakangkan Sydney Opera House.

Lawatan hari ini ialah ke 'factory outlet' yang jauhnya kira-kira satu jam perjalanan dari hotel/Sydney. Katanya harganya adalah harga kilang dan barang berjenama lagi...seronoklah para rombongan yang pergi ke sana..rupanya walaupun dibuat potongan 50% hargapun masih lagi tinggi ...Mungkin bagi orang Australia harga ini macam durian runtuh...tapi tidak bagi kita orang Malaysia yang berbbelanja disini..so..kalau nak beli..beli sajalah..cari yang tidak ada di Malaysial...

Dalam perjalanan pulang sempat singgah disebuah masjid berdekatan  Bersih aje masjid ini...tapi tandasnya masih juga tidak ada paip air. ada tisu aje..tidak tahulah macam mereka cuci najis mereka..




Ini tengah dok berbelanja sakan...last2 sekali satupun tidak berkenaan bila tengok tandaharganya..adalah sikit-sikit buah tangan.

Tidak sah rasanya kalau datang ke Sydney jika tidak lawat Sydney Opera House yang dibina antara 1959 dan 1973. Opera House ini juga disenaraikan dalam 'World Heritage List' Setiap tahun dikatakan lebih 2,500 'performer' menunjukkan seni opera disitu selain ada dipentaskan muzik jazz, ballet, classical music , theater dan sebagainya.

Bertentangan dengan Sydney Opera House terbentang panjang Sydney Harbour Bridge yang sebahagian besarnya dibina dari besi keluli oleh rakyat tempatan. Ada setengah pelancong mengambil kesempatan mendaki dan berjalan diatas puncaknya yang tertinggi 134 meter.

10.07.2010
Perjalanan hari ini diteruskan ke Canberra. Ibu negara Australia. Perjalanan memakan masa hampir 4 jam..Sepanjang perjalanan hanya ladang-ladang lembu dan kambing biri-biri yang banyak dijumpai. Luas dan saujana mata memandang ladang mereka. Selain itu hutan kayu saja yang ada.  Rugi juga program ke Ladang Ternakan Lembu/Kambing Biri2 tidak diatur. Teringin rasanya nak perah susu lembu atau nak cukur bulu biri-biri.

Lebuh raya mereka kalau dibandingkan dengan di Malaysia rasanya di Malaysia lebih baik cumanya tidak pasti kena tol atau  tidak kerana tidak jumpapun pondok tol. Kalau tidak tol memang hebatlah negara ini, memang kaya betul. Tempat R & R mereka tidak sehebat di Malaysia...jadi kalau nak buang air dan sebagainya kenalah beratur panjang..sebab tidak banyak disediakan. Begitu juga kedai makan...tidak sebanyak dengan negara kita.  Nak cari makanan benar-benar halal, jangan haraplah..pandai-pandailah pilih makanan kat restoran asal jangan terpilih 'kaki pendek' sudahlah. Tapi semua restoran yang kami makan pagi, t/hari dan malam kebanyakannya ada juga dihidangkan daging kaki pendek itu, atau kalau tidakpun ada disediakan arak. Tapi tidak ada sapapun yang  'LaN' walaupun baunya menyegitkan bila dimasak..kalau di Malaysia nak masuk dalam restoran yang disediakan daging itupun tidak berani nak hampir...Pandai-pandai pilih ambillah...walaupun kita sedari kemungkinan peralatan memasak dan pinggan mangkuk digunakan bersama.

Sebelum 'check in' hotel, rombongan makan tengahari di restoran India. Katanya ada sijil halal, tapi bila masuk dalam arak pun ada dijual..tapi makanannya cita rasa india...ada dengan roti nan dan nasi lagi serta kari... makan sajalah tunggu apa lagi....

Lepas tu pergi shopping kat Canberra ini. Masuk bandar Canberra ni tidak terasa masuk kerana tidak nampak bangunan tinggi-tinggi dan orangpun nampak tidak ramai dan kelam kabut macam kita masuk ke KL dan sebagainya. Billboard atau iklan sana sini, tidak nampak. Keadaannya aman, sejok sekali, dan tidak ada bising-bising....Harga barang-barangnya pun boleh tahan jugalah... memang mahal...tapi yang herannya kawan-kawan semakin galak berbelanja..sampai sudah ada yang beli beg tambahan.....

Kami menginap di Hotel Crowne Plaza Canberra, tidak jauh dari pusat membeli belah Canberra Centre. Nak tengok movie kat hotel kena bayar. Nak guna internet kat hotel pun ke bayar AUSS30.00..sehari. Mahal tu...

Tempat lawatan di Canberrra tidak banyak yang dapat dilakukan memandangkan kesuntukan masa. Menginap dihotel yang sebelahnya adalah Canberra Casino.Memang banyak casino di Australia ni. Hanya berkesempatan  melawat 'Australian Parliament House' dan 'Australian War Memorial. Australian Parliment House dibina dengan tenaga manusia sejumlah 10,000 orang  pekerja dan mengambil masa 8 tahun untuk disiapkan. Dikatakan perbelanjaan untuk membina kompleks ini berjumlah AUS$1.10 Billion. 90% bahan binaan bangunannya adalah dari Australia sendiri menunjukkan betapa taksubnya mereka dengan barangan tempatan mereka. Tapi rupanya ia masih dirasmikan oleh Ratu Queen Elizabeth II , England pada tahun 1988. Maknanya  mereka masih berkiblatkan kepada England.

Penulis sempat beramah mesra dengan kumpulan muzik jalanan di Canberra Centre. Mereka buat persembahan sambil kutip derma untuk tujuan kebajikan.

Australia mendakwa 'Australian War Memorial' mereka adalah memorial yang paling terbaik didunia. Cumanya ianya tidak serealiti sebenarnya. Banyak replika gambar-gambar serta senjata-senjata sebenar yang diguna. Rasanya Muzium Perang di Bayan Lepas, Penang kalau di'upgrade' kan lagi akan lebih hebat dan menarik kerana ia menggambarkan suasana tempat berperang dengan kubu sebenar yang masih ada.  Melawat memorial ini dapatlah difahami dan diketahui akan sejarah peperangan dan perjuangan yang melibatkan tentera Australia ini sejak perang dunia pertama dan kedua. Terdapat juga kisah-kisah perjuangan mereka di Malaya pada waktu sebelum merdeka dulu.

Kami juga sempat melawat kawasan khas dimana semua kedutaan-kedutaan seluruh didunia ditempatkan disitu. Termasuklah Kedutaan Malaysia. Malangnya hari Ahad bercuti, maka tidak kesempatan untuk masuk ziarah kedutaan kita di situ, hanya berkesempatan bergambar dihadapan kedutaan.

Di Canberra hanya sempat semalam sahaja. Lepas tu terpaksa balik ke Sydney dan menginap dihotel lain pula. Pagi-pagi besoknya terpaksa berkejar ke 'Sydney Airport' untuk berangkat pulang.

12.07.2010

Airport Changi, Singapura

Bertemu lagi..tapi kali ini dok menaip waktu transit kat airport ini sementara menanti kapalterbang selanjutnya ke Pulau Pinang. Jadi ada masa sikit , sambong tulis blog disini.

Sepanjang lawatan sambil belajar ini dapatlah sedikit sebanyak gambaran dan pengajaran yang boleh dijadikan contoh tauladan dan dipelajari. Antaranya saya dapati ialah sikap dan disiplin rakyatnya amat tinggi sekali. Bayangkan pemandu bas yang membawa kami dari Sydney ke Canberra selama lebih 4 jam dan balik membawa bas setakat kelajuan 100 km/jam sahaja. Lebih daripada itu mesti akan kena saman melalui sistem kamera yang dipasang ditempat-tempat tertentu juga dipasang pada kenderaan syarikat yang dilantik khas untuk sistem pengesanan kelajuan dan langgar peraturan jalanraya. Hukuman denda dan kompounnya memang tinggi dan keras. Sepatutnya ini dikuatkuasakan sepenuhnya di Malaysia. Undang-undang sudah ada dan cukup keras tapi penguatkuasaan agak kurang berkesan.

Sopan Santun..walaupun kita bisa mendengar orang Australia ini mereka begitu anti Orang Asia atau anti Islam namun secara keseluruhannya tidaklah begitu. Mereka amat menghormati orang lain..Perkataan 'sorry' dan 'thank you' sentiasa bermain dibibir mereka. Begitu juga dijalan raya sentiasa menghormati sesama pengguna jalan raya. Walaupun mereka bukan beragama Islam tapi, kita sebagai umat Islam sepatutnya lebih baik lagi....kerana ajaran agama kita amat menitikberatkan perasaan kasih sayang sesama insan.

Kebersihan memang diutamakan oleh mereka. Mungkin kerana negera mereka sejok kut. Itu  sebab nampak bersih. Lebuhrayanya biasa saja. Kemudahan untuk 'public' amat berkurangan.,tetapi tidak ada tol dan dimana-mana tempat tandas awamnya adalah percuma, tapi tandasnya lebih bersih kalau dibandingkan dengan tandas di Malaysia walaupun kutip bayaran. Dari segi kemudahan leboh raya di Australia rasanya lebuhraya bertol di Malaysia adalah jauh lebih baik...

Bandaraya Canberra sebagai pusat pentadbiran negara Australia memang cantik dan terancang. Perancangan bandarnya memang terperinci dan mesra alam.  Mungkin pada masa awalnya memang sudah dirancang begitu maka jadinya begitu dengan aktiviti penguatkuasaan segala aspek amat teliti dan keras. Jadi kalau hendak belajar berkenaan perancangan bandar elok mai ke Canberra. Kalau diperhati dari udara nampak bentok seluruh kawasan ini yang cukup cantik.

Berjalan di bandar-bandar Australia, rasanya aman dan selamat. Mungkin negara ini penduduknya berpendapatan tinggi. Kalau adapun jenayah dikatakan dilakukan oleh warga asing yang berada di Australia. Sebab itulah kita perlu meningkatkan pendapatan rakyat kita untuk memastikan semua  rakyat hidup aman sejahtera dan kuranglah jenayah-jenayah...

Industri pertanian, penternakan, perikanan amat diberi perhatian berat oleh Kerajaan Australia. Mereka amat taksub dan sensitif dengan industri mereka. Sebab itu semasa rombongan kami masuk melalui Kastam mereka, kami diperiksa teliti apa yang dibawa. Fokus mereka untuk mencari kalau ada dibawa produk-produk yang berkaitan pertanian, haiwan, perikanan dan sebagainya  masuk ke Australia.  Kalau jumpa pasti akan diperiksa teliti lagi dan kemungkinan tidak dibenarkan bawa masuk...Ini adalah untuk memastikan industri mereka tidak terancam oleh bawaan penyakit luar, atau apa-apa unsur luar yang boleh merosakkan industri mereka. Sampai begitu sekali...kalau kita di CIQ sempadan rasanya kurang sangat diperiksa teliti begitu...

Ok sampai sini saja coretan lawatan saya. Semoga akan ada lagi lawatan yang ditawarkan sebelum bersara. Teringin sangat hendak pergi lawatan ke Eropah, Timor Tengah, Afrika Selatan, USA ataupun ke Jepun/Korea. Dok dengar orang cerita sahaja. Tak kesampaian lagi...

asriredha
teratak kasih
alor setar

28 June 2010

TiRU PeRKaRa BaiK ...APa SaLaHnYa ( 5S )

28 Jun 2010
Hotel Felda Residence Kuala Terengganu

Tak salah rasanya kalau kita mengambil pengalaman dan kejayaan organisasi lain untuk dijadikan panduan dalam organisasi kita. ..Kadang-kadang kalau kita dalam lingkungan diri kita sendiri , kurang luas pengetahuan dan pengalaman maka kita akan berterusan seperti itulah aktiviti organisasi tersebut...Apa yang dibuat seharian adalah ikut seperti lazim atau ikut apa yang orang lain buat terdahulu tanpa apa-apa penambahbaikan sesuai dengan perkembangan semasa..tidak ada apa-apa perubahan...nak berubah kadang-kadang menjadi satu masalah besar pula, macam-macam alasan dan musabab diberikan...semuanya kearah tidak mahu berubah, dan akhirnya tidak berubah kalau termakan akan alasan-alasan remeh yang diberikan.. Inilah yang kebanyakannya terjadi pada kebanyakana organisasi.

Penulis sedang mendengar taklimat oleh Tuan Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman,  Terengganu berkenaan inovasi yang telah dilakukan oleh jabatan dan juga kejayaan Terengganu melaksanakan pendaftaran urusan tanah dalam tempoh satu hari.

Bertepatan sekalilah pihak PTG Kedah  dengan kerjasama pihak Pejabat Kewangan Negeri yang telah mengatur lawatan sambil belajar ke Pejabat Pengarah Tanah & Galian Negeri Terengganu dan Pejabat Tanah Kuala Terengganu untuk melihat aspek-aspek perubahan organisasi yang dilakukan yang saya rasa boleh diimplimentasikan di Pejabat Tanah di Kedah.


Memang berkenan sungguh tengok bilik fail dan dokumen yang disimpan dengan begitu tersusun teratur, senang dicari , no rujukan yang dikesan, bersih dan ada kreativiti, ada sistem dalam keluar masuk fail, dan ada kerjasama erat sesama kakitangan dalam menguruskan bilik fail.

Apa yang saya dapat lihat di Kuala Terengganu ini faktor manusia memainkan peranan penting ke arah perubahan yang berlaku. Banyak kejayaan yang dicapai oleh pentadbiran tanah di Terengganu  ini kerana proses kearah pemantapan komitmen kakitangannya berjalan lancar..sehinggakan saya dengar ada kalangan kakitangan sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri dalam menjayakan Sistem 5S nya...Kesannya memang menakjubkan sekali semasa lawatan ke Pejabat Tanah Terengganu dan Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Terengganu.


stop dulu..nanti sambong balik

asriredha teratak kasih alor setar

22 June 2010

'MY DREAM' YANG TIDAK KESAMPAIAN

BEriTA TERKINI

Baca tak Berita Harian 19.06.2010. Karya Allahyarham Ibrahim Hussain akan dilelong di Malaysia setelah sekian lama berhijrah di luar negara. Rupanya jika meninggal pelukisnya nilainya semakin tinggi. Malangnya lukisan ini dimiliki oleh seorang peminat seni lukis dari luar negara. Tak taulah berapa harganya beliau beli pada waktu tersebut dari bapa saudaraku ini. Tapi beliau adalah seorang yang amat arif tentang nilai karya seni seseorang. Sebab itu beliau sanggup beli..Harga mula lelong ini sahaja sudah RM400,000.00. Tak taulah nanti bila dilelong akan meningkat kepada berapa..mungkin boleh jadi jutaan RM...Kalau diriku ini insan yang kaya raya..duit tidak ada masalah..sudah tentu aku akan cuba beli juga karya agong ini....inilah satu-satunya karya seni orang Malaysia yang ada yang mempunyai nilai artistik yang amat tinggi.. tapi apakan daya...hanya dengar dan lihat sahajalah....Harap-harap orang korporat dan hartawan Malaysia dapat masuk lelong dan belinya...memang sukar untuk dicari ganti pelukis tersohor ini....
&&&&&&&&&&&&&&&&amp

BERITA TERDAHULU

Tanggal 19 Februari 2009 hari Khamis seorang lagi keluarga ku kembali mengadap Ilahi iaitu Pak Ndak Ein ( Dato' Ibrahim Hussein). Beliau ni seorang pelukis tersohor negara dan terkenal bertaraf antarabangsa. Banyak buku dan majallah yang menceritakan berkenaan kejayaan beliau. Rakan-rakan beliau adalah bisa terdiri dari Raja-Raja Melayu, Kerabat-Kerabat Di Raja, tokoh politik negara, seniman, Jutawan-jutawan dan tokoh-tokoh perniagaan terbilang yang berada di dalam dan luar negara. Dikatakan satu lukisannya sahaja boleh menjangkaui RM100,000.00 sebuah. Begitulah hebatnya bapa saudara aku ni . Kehidupanya 4 bulan melukis dan 8 bulan lagi melancong. Itulah yang aku baca dalam majallah, tapi satu perkara yang orang banyak tak tahu sebenarnya pak saudara aku ni cuma guna sebelah mata sahaja dalam urusan seharian. Ini disebabkan waktu kecil-kecil dulu dia terlibat dalam kemalangan hingga mencederakan matanya. Dengan mata yang cacat sebelah itulah juga beliau membina kerjayanya yang amat cemerlang hingga dipersada antarabangsa. Kiranya dia macam diriku juga yang buta sebelah mata kanan kerana kemalangan, tapi hanya dapat jadi KCS aje...kira okey juga..setakat la ni boleh bertahan lagi  sebelah mata  ni..

Tahun sudah sewaktu aku di Langkawi dua kali beliau berjumpa dengan aku, dia mai pejabat aku dok bincang fasal masa depan Galeri Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein yang di binanya di Pantai Pasir Tengkorak Langkawi.. Banyak juga luahan perasaannya dikeluarkan pada aku, dua tiga kali dia sebut apa akan jadi pada galeri Yayasan Ibrahim Hussein ini jika dia tiada lagi di dunia. Tak sangka pula dalam tempoh yang terdekat ini dia pergi tanpa ada apa-apa penyelesaian kepada masalah galeri di Pasir Tengkorak tersebut. Rupanya hutang tunggakan cukai tanahnya itu beratus ribu ringgit kerana syarat tanah perniagaan atau perusahaan. Dan aku memang berjanji dengannya akan cuba membantu dengan cuba untuk mengatur mengadakan pertemuan beliau dengan YAB Menteri Besar Kedah .. Sebab beliau ada perancangan besar dengan rakan pelabur dari Eropah untuk membangunkan projek pelancongan di kawasan sekitar galerinya itu. Celah-celah tu aku pula bertukar ke Sik, tak sempatlah aku berjumpanya balik.

Sebenarnya hubungan aku dengan keluarga Pak Ndak Ein ini agak jauh, maklumlah mereka ini berada di Kuala Lumpur dan duduk dikalangan kelompok elit, isterinya pula adalah berbangsa Cina dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Bapa aku iaitu abangnya adalah seorang petani sahaja. Keluarga aku hanyalah tinggal di Kampong Kabu 10, Sungai Limau Dalam, Yan Kedah.. Sebab itu kalau tanya aku isterinya ( Datin Sim) dan anaknya Alia kenal tak aku, aku rasa depa tak kenal, lebih-lebih lagi anaknya Alia (mungkin umurnya 26 tahun sekarang ni ) yang tidak pernah dibawa ziarah keluarga oleh Pak Ndak Ein di Sungai Limau...Mak Ndak Sim ni ada juga sekali dua aku tegor sapa kat Langkawi dulu tapi rasanya dia dah lupa. Kalau orang dulu-dulu tu dua tiga pupu tu memang rapat lagi, apatah lagi sepupu. Ayahnya dengan bapa aku adalah dua beradik aje. Tapi begitulah keadaannya kalau kita alpa tentang hubungan kekeluargaan, lambat laun ianya akan loggar dan renggang begitu sahaja.

Aku nak pesan pada semua termasuk diri aku ni, kita kenalah ziarah kaum keluarga kita, carilah depa dimana ada, aku nipun bukan rajin sangat ziarah keluarga tapi perlu paksa diri juga ziarah mana-mana kenai dan sempat aku pi juga untuk bertaut kembali hubungan kekeluargaan yang terputus atau semakin renggang.

Cuma masalah aku nak ingat nama tu agak lemah.. Dalam dok tanya lepas tu boleh lupa pula...Sebab tu aku dah buat kad profil ringkas keluarga aku yang ada maklumat nama aku, isteri, anak-anak , alamat rumah, no telefon dan juga tarikh lahir serta gambar sekali. Kad ni aku boleh edar pada sapa-sapa yang aku rasa boleh bagi, jadi taklah orang tertanya-tertanya nama dan sebagainya..Kadang-kadang nak tanya nama 2 tiga kali jadi segan pula. Tak gitu. Aci lawan tanya pak-pak menakan kadang-kadang bukan tau namapun anak-anak menakan. Apatah lagi 2 tiga pupu.. Aku mengaku awai-awai lagi memang tak ingat kecuali yang rajin tegor sapa, telefon selalu dan ziarah selalu. Yang tu boleh ingat nama.

Ada lagi dua orang bapa saudaraku yang juga tidak kurang terkenalnyanya iaitu Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein, dan juga Prof Tan Sri Ismail Hussein.. Ketua Satu Gapena. Ketokohan mereka memang tidak ada tolok bandingnya. Tapi aku juga agak terkilan kerana anak beranak mereka ni atau pepupu aku juga tidak rapat sepertimana sepupu aku yang lain di kampong. Tak taulah fasal apa. Mungkin mereka tidak begitu menitikberatkan hubungan kekeluargaan di kampong, tak taulah..Atau mungkin kesilapan aku juga tak melawat pak-pak saudara kat Kuala Lumpur tu... Tapi biasa juga aku pergi lawat tapi bila kurang mesra tu dia jadi segan pula nak pi untuk kali kedua pula. Manalah tau nanti anak-anak pi mengaji kat Universiti depa dok berkenaan sesama sendiri, sedar-sedar 2 pupu atau ada hubungan kekeluargaan.

Marilah kita membacakan Al Fatihan kepada Allahyarham Ibrahim Hussein semoga rohnya dicucuri rahmat dan dilindungai oleh Allah S.W.T

Amiin.

asredha
teratak kasih
Alor Setar

16 June 2010

MahkAmAh KeAdiLaN : AntaRa Kecuaian dan KesunGguhan, DileMa BudiBicArA dAn UndAnG2,

15 Jun 2010

Mahkamah Tinggi AS

Kelmarin dan hari ini saya diminta hadir ke Mahkamah Tinggi Alor Setar. Kesnya saya dikehendaki menjadi saksi dalam kes penipuan pindahmilik tanah dimana pihak penjual atau tuan tanah telah menyatakan beliau ditipu dalam transaksi tersebut.....Malangnya kes ini melibatkan semasa saya bertugas di Pejabat Tanah Kubang Pasu,,iaitu lebih kurang 19 tahun yang lalu...Pasti saya tidak ingat lagi kes pindahmilik tersebut memandangkan jarak masa yang begitu lama...Namun saya terpaksalah jawab apa-apa soalan yang ditanya kerana pada waktu itu saya yang menjadi saksi diatas urusniaga tersebut. ...Itulah salah satu cabaran-cabaran besar dalam pekerjaan kita seharian...
Dalam beribu-ribu urusan tanah yang dikendalikan pasti akhirnya akan ada kes-kes yang dibawa ke mahkamah apabila timbulnya perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara atau urusniaga. Bila ada kes-kes seperti ini barulah kita tahu banyak benda yang kita buat selama ini hanya ikut apa yang orang terdahulu buat tanpa belajar dan mengkaji akan panduan-panduan dan undang-undang yang ada. Bila disoal dalam kandang saksi barulah tergagap-tergagap dan was-was dalam menjawab soalan yang ditanya. Apatah lagi jawapan popular yang dikehendaki jawab dalam setiap soalan kebanyakannya setuju atau tidak setuju, betul atau tidak betul, ya atau tidak, pasti atau tidak pasti dan bentok-bentok jawapan seperti itu. Depa bukan bagi kita cakap lebih untuk nak terang lebih lanjut....jawapan-jawapan seperti itu boleh memerangkap kita....hai...nasiblah saya hari ini. tapi kira oklah juga sebab isu utama hanya untuk mengesahkan tandatangan tuan tanah aje..soalan-soalan lain hanya sampingan saja. Kalau tanya lebih lanjut lagi terutama berkenaan prosedur di pejabat tanah lama dulu tentu banyak lagi isu-isu akan berbangkit. Sebab saya rasa ada juga sedikit sebanyak kelemahan-kelemahan diri terutama dalam membuat tafsiran undang-undang tanah yang ada..apatah lagi waktu itu saya masih baru dalam pentadbiran tanah..dan memang tidak ada sesiapa yang 'guide' kita. Itupun nasib baik juga saya pergi kursus asas tanah sewaktu baru masuk KCS .. tahu juga sedikit sebanyak akan apa yang kena buat dan apa yang tidak boleh buat..


Sepanjang kerjaya saya ini adalah kali ke 6 saya menghadiri kes di Mahkamah dimana semuanya kes yang berkaitan kes urusan tanah, kes pengambilan tanah, kes BPR dan kes Pihak Berkuasa Tempatan..Tau-tau sahajalah bila duduk dikandang saksi..soalan-soalan yang ditanya boleh tahan juga.....jenuh dok jawab..silap-silap jawab boleh bercanggah pula.....lebih malangnya saksi pun boleh dipenjarakan dengan kerana memberi maklumat palsu sedangkan bukan niat untuk memberi maklumat palsu tetapi faktor masa dan daya ingatan yang kurang akhirnya kita boleh terperangkap dan memberi butiran maklumat yang tidak tepat , nampak seolah-olah ada niat untuk menipu atau bersubahat dan sebagainya.


Itulah sebabnya dalam kes-kes yang melibatkan undang-undang saya kadang-kadang dalam keadaan dilema...antara kasihan belas kepada pelanggan terutama orang kampong yang dhaif dan kurang ilmu serta pengetahuan atau tegas dengan keputusan berdasarkan undang-undang dan peraturan... Disinilah letaknya kebijaksanaan seorang pemimpin dan budibicara yang digunakan kadang-kadang memberi risiko yang boleh memberi kesan negatif kepada seorang pembuat keputusan jika timbul kes-kes mahkamah akibat budibicara yang digunakan.. Memang mudah untuk membuat keputusan dengan undang-undang yang ada. Kalau undang-undang kata tidak boleh maka tidak bolehlah jawabnya. Mudah kan..Walaupun begitu sebagai seorang ketua atau pemimpin, budibicara pasti digunakan dalam keadaan-keadaan tertentu..pandai-pandailah membuat keputusan menggunakan akal dan kemahiran yang ada serta pengalaman yang ditempuhi..Kalau tidak berani menggunakan budibicara bukanlah seorang pemimpin namanya dan tidak layak sebagai seorang pemimpin.


Soal budibicara kita tinggalkan dulu dan apa yang saya nak sambung ulasan lagi ialah sistem rekod maklumat, fail, surat hak milik, dokumen urusniaga dan bukan urusniaga yang dibuat dll hendaklah didokumentasikan dan direkodkan serta disimpan dengan lebih sistematik dipejabat tanah.. Saya datang mengemudi Pejabat Tanah Sik dalam suasana yang agak kurang memberangsangkan dari segi pembahagian tugas, sistem fail, masalah disiplin dan sebagainya. Walau apapun masalah yang ada kat jabatan aspek peraturan dan prosedur dalam urusan tanah jangan dibuat mudah. Ini kena jaga betul-betul. Kena ikut langkah demi langkah yang ditetapkan oleh undang-undang. Kalau tidak jadilah seperti saya yang terpaksa pergi ke Mahkamah Tinggi untuk memberi penjelasan berkenaan kes-kes tanah yang dibawa. Kalau prosedur betul dan dokumen ada dan lengkap di ofis, tak apalah juga. Ini kita pergi ke Mahkamah tetapi tidak dapat tunjukkan dokumen-dokumen yang dikehendaki (yang sepatutnya ada) atas sebab hilang, tidak dapat dikesan dan sebagainya.. Tebal muka jadinya nak bagi tahu perkara begitu.


Inilah yang selalu saya ingatkan kepada anak buah. saya di Pejabat Tanah Sik. Sebarang kelemahan diperingkat pentadbiran tanah akan memberi implikasi yang buruk kepada pegawai, jabatan dan kerajaan negeri seluruhnya.. Kena betul-betul beri perhatian dan jangan buat mudah akan segala hal yang berkaitan dengan urusan tanah. Kerana ia berkait dengan undang-undang. Kecuaian kita akan menyebabkan kerajaan boleh disaman dan dituntut bayar ganti rugi yang bukan sedikit. Sudah banyak kes yang kita jumpa melibatkan tuntutan gantirugi oleh individu/ syarikat terhadap kerajaan negeri...


Secara kebetulan semasa kes saya didengar di Bilik Mahkamah Tinggi 1 ada satu lagi kes yang berjalan bersilihganti dengan kes saya sebagai saksi. Ianya berkaitan tanah yang berlaku di Pejabat Tanah Kuala Muda. Kesnya ialah berkaitan Kaveat Persendirian. Kes ini sebenarnya kalau diikut langkah demi langkah mengikut undang-undang tidak akan menimbulkan apa-apa masalah kepada jabatan.Tetapi disebabkan oleh kecuaian sesetengah kakitangan dengan melambat-lambatkan pendaftaran segala jenis urusan di pejabat tanah, tidak teliti, dan tidak ambil berat, tidak berdisplin dan tidak memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku maka maka itulah jadinya. Penasihat Undang sebagai mewakili Pejabat Tanah terpaksa bekerja keras untuk melawan balik segala tuntutan pihak pemohon. Lebih hebat lagi kes ini dipohon buat agar dipenjarakan Pentadbir Tanah Kuala Muda kerana kes yang berkaitan kaveat persendirian dan hukuman mahkamah yang tidak perhati dan diperhalusi betul-betul. Pegawai lama yang berurusan tetapi yang hadir jadi saksi pegawai semasa untuk menjawab kes-kes yang bukan kawalannya sebab kes lama...Jadi nak jawabpun patut padanlah sebab bukan ia yang urus waktu itu. Ada juga kelemahan-kelemahan dan kecuaian diperingkat Pejabat Tanah. 'Jenoh' Penasihat Undang-Undang Negeri cari cara untuk membela dan menjawab saman oleh yang berkepentingan....Apakah PTD akan dipenjara jika kalah kes ini..sama-samalah kita tunggu dan dengar berita ini.. Kes belum selesai lagi.
Jadi kawan-kawan dan sahabat-sahabat sekalian yang bertugas di Pejabat Tanah... marilah kita pakat-pakat tengok betul-betul sementara masih belum berlaku pada kita hari ini.....tak tahu tanya, tak reti belajar, kurang ilmu cari ilmu dan sebagainya. Jangan pakai 'rodong' ikut rasa hati aje..Jangan dok berlagak kita tahu semua.. tu yang jadi bermacam-macam masalah yang mula timbul satu demi satu......buat apapun kita kena fikir akan implikasi yang mungkin berlaku.....kes-kes tanah tidak boleh disapu simpan bawah 'carpet' . Lambat laun ia akan terbongkar juga.


Sebenarnya kerja di Pejabat Tanah memang seronok dan mencabar sekiranya semua orang yang terlibat benar-benar mahu bekerja dan sentiasa bekerja bersungguh-sungguh mengikut aturan dan peraturan. Segera mengambil tindakan dan tidak bertangguh-tangguh kerja. Bertangguh-tangguh kerja inilah yang menyebabkan banyak kerja tertunggak, dan akhirnya rasa tak sempat, rasa kerja banyak, rasa tidak cukup kakitangan, rasa dibebankan dan macam-macam persepsi negatif kakitangan bila usaha-usaha menyelesaikan tunggakan kerja yang ada....Bila bertangguh-tangguh maka itulah jadinya fail hilang, dokumen diserah tidak didaftarkan, dokumen hilang, gagal rekod dalam surat hakmilik dan sebagainya..

Do It Now `~` " One secret of getting things done is ' never put off until later what you can do now."

The Error-Free Way : Lots of little errors can be just as costly as one big one. The best way to avoid both is by doing things right the first time

asriredha teratak kasih alor setar

05 June 2010

Kegilaan manusia terhadap Teknologi Maklumat: Sayapun dah tergilakan teknologi maklumat...

 Ini adalah antara sebahagian peranti yang ada kat rumah yang banyak membantu saya dalam aktiviti kerja harian saya.

Dulu memang ramai tidak mampu untuk membeli sebuah handphone. Apatah lagi waktu dulu mana ada handphone yang secomel ada sekarang ini. Dulu bentuknya besar, kalau bubuh dalam poket mengelembonglah poket tu. Yang canggih lagi waktu tu yang dilekatkan dalam kereta. Kira macam bawa beg briefcase. Memang hebat waktu tu..gambar pun hitam putih aje.. tapi harganya menjangkaui RM10,000.00. Mahal sungguh waktu tu. Sewa bulan pun mahal lagi waktu tu, maklumlah tak ada saingan dari operator lain. La ni tengoklah yang disebelah ni. Canggih sungguh. Siap dengan kamera 10 mp lagi, lepas itu macam-macam kegunaan lagi yang ada pada hanphone tersebut. Nak ndak lagu mana habaq saja. Lagi mahal lagi canggih telefon tersebut.
Sayapun rasanya dah tukar telefon ni dekat-dekat 10 biji dah...fasal nak ikut trend terkini penggunaan telefon.. bukan nak berlagak tapi nak ikut perkembangan semasa. Yalah dari screen hitam putih kepada screen warna. Lepas itu ada 'camera' lagi. dari 1.5 mp kepada lebih 5 mp.

Satu lagi ialah teknologi maklumat berkembang dengan begitu pesat sekali..Segala-galanya sentiasa berubah dengan cepat sekali. Beli komputer 3 tahun yang lalu, kemungkinan besarnya sekarang ini dah ketinggalan zaman...Itulah dunia teknologi maklumat dan komputer. Kalau kita alpa kita akan ketinggalan. Sayapun tidaklah mau ketinggalan juga dalam dunia teknologi ini, Walaupun bukanlah pandai sangat dalam hal-hal komputer dan teknologi ini tapi ikutpilah perkembangan yang berlaku, sekurang-kurang baca juga buku-buku teknologi maklumat yang ada dipasaran. Itu sebab sebab bila ada duit lebih sikit-sikit beli jugalah peranti-peranti yang ada kat pasaran untuk memahirkan diri,, walaupun kadang-kadang belanjanya boleh tahan juga.Kat rumah saya nak layari internet tidak perlu lagi guna wayar semuanya 'wireless' Dengan hanya belanja lebih kurang RM130.00 sahaja internet boleh dilayari disekeliling rumah.. mudah kan...Jadi kalau anak-anak balik bercuti dengan laptop masing-masing mereka boleh layari internet masing-masing tanpa perlu wayar yang perlu dipasang, kat bilik pun boleh , kat taman depan rumah pun boleh, malah jiran-jiranpun boleh tumpang sama...

Sekarang 'desktop' saya tidak lagi pakai 'keyboard' dan 'mouse' berwayar.. Sekarang ni semuanya 'wireless' Dah berlambak dipasaran. Jadi tidaklah berserabut dengan wayar yang bersimpang sior. Saya boleh guna komputer kat ruang tamu aje, atas kusyen pun boleh...guna pula skrin TV LCD 32 inci..memang mudah dan menyeronokkan. Duduk patuk biji-biji keyboard inipun diruang tamu sahaja sambil tengok TV kat sebelah.

Gambar-gambar yang saya paparkan ini adalah sebahagian peranti-peranti teknologi terkini yang saya ada kat rumah....macam-macama kegunaannya.. Ada yang diguna untuk buat persembahan 'powerpoint'. Ada yang digunakan untuk 'travel'. Sekarang ini nak masuk memandu kat KL sudah tidak bimbang lagi sebab dibantu oleh 'GPS' yang digunapakai pada PDA yang ada.. Tapi awas..kalau GPS tidak berfungsim tenggelam punca jadi.. dah biasa terjadi...5 jam 'melilau' dalam Bandaraya Kuala Lumpur, cari punca tidak jumpa.

Kalau kamera tu kira macam-macam jenis sudah guna, dari yang 2 megapiksel hinggalah kepada 12 megapiksel. Dari gambar digital itu boleh diedit pula dengan bermacam-macam perisian yang ada. Lepas itu cetak pula dengan pencetak laser berwarna atau pencetak biasa. Seronok bila kita boleh mengaplikasi apa yang ada. Cuma masa tu kadang-kadang tidak ada, kalut dengan kerja-kerja lain.. Tapi rasanya teknologi yang kita ada ini begitu memudahkan kita membuat kerja dan kata orang lebih canggih..Saya rasa jangan kita dok berkira sangat dengan perbelanjaan untuk kemudahan kita ini. Sekurang-kurang anak-anak dapat banyak manfaat dan faedah dari apa yang kita sediakan itu. Setiap kali ada pamiran PIKOM saya pasti akan bawa anak-anak pergi melawat tengok apa yang ada. Tidak belipun tidak apa, asalkan dapat maklumat-maklumat terkini. Tapi selalunya kalau peergi situ ada sajalah yang dibeli, habis sangat beli dakwat printer, kertas komputer ataupun 'pendrive'

Sepanjang kerja saya amat jarang sekali surat menyurat yang saya buat ditaip oleh orang lain. Semuanya taip sendiri sahaja, lebih cepat dan lebih selesa mengarang dan idea lebih mudah datang bila duduk depan komputer. Segala surat-surat persendirian dan tuntutan-tuntutan perjalanan bulan semuanya dibuat sendiri. Tidak ada apa-apa masalahpun..

asriredha
teratak kasih
alor setar

22 May 2010

MASIH ADA YANG SAYANG

22.05.2010: Stadium Darul Aman


Saya mengambil bahagian dalam Larian Bendang...tapi tidak pi bendang pun...Apapun tidak dapat...maklumlah masuk kategori ViP Junior. Mana boleh teng geng-geng muda

Dibawah: Ajak sama anak beranak mai breakfast kat karnival ini......
Cuti hujung minggu ini saya  terlibat sama dalam program Karnival Amal Hari Penyayang, Anjuran Yayasan Sultanah  Bahiyah.. Seperti biasa setiap tahun Yayasan ini tidak pernah ketinggalan menganjurkan program dengan penambahbaikan yang dibuat dari masa ke semasa. 


pada tahun ini program diator memang menepati kehendak pengunjung. Selain ada pameran pelbagai jabatan dan gerai jualan, telah ditambah lagi dengan pameran kereta mewah dan kereta antik, kereta akustik..bunyinya mendebar dada, pameran motosikal mewah dan antik.Tidak ketinggalan pertunjukan 'drift' kenderaan yang menarik perhatian ramai..malahan sesiapa yang berani boleh tumpang bersama pemandu hebat itu untuk merasai sendiri bila berada dalam kenderaan yang dibawa dengan begitu luar biasa.

Disamping saya juga berminat melihat pertandingan 'Paint Ball Antarabangsa' yang melibatkan penyertaan seluruh dan negara dan ada juga penyertaan dari luar negara.. secaara kebetulan waktu ini juga hujan lebat sebelah pagi sama seperti tahun lepas dimana saya sentiasa hadir memberi sokongan akan aktiviti yang dianjurkan oleh Yayasan. Teruskanlah Penganjuran ini pada tahun depan ini dengan lebih hebat lagi dan dalam masa yang sama dapat membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

Nota dibawah ini adalah penyertaan saya pada tahun 2009. Dapat juga hadiah. Tahun 2010  masuk pertandingan larian 5 KM Pkt Junior.. habokpun tarak..

Pada pagi tadi hujan lebat sekali...bangun awal pagi selepas subuh kena bersiap sedia untuk pergi menyertai Larian Bendang sempena Karnival Hari Penyayang Yayasan Sultanah Bahiyah yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Saya ambil bahagian sebagai menyatakan sokongan terhadap usaha-usaha Yayasan Sultanah Bahiyah dalam mendapatkan dana untuk kerja-kerja amal..banyak kerja-kerja amal yang dilaksanakan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah terutama dalam bidang pendidikan, kesihatan, kemasyarakatan dan sebagainya. Usaha-usaha oleh badan NGO seperti ini perlu disokong.....

Dapat juga cenderamata fasal ambil bahagian. Terima kasih pada Persatuan PTN yang beri peluang untuk saya ambil bahagian dalam Larian Bendang ini.

Petang ini selepas tidor keletihan akibat lari 3 km aje... tapi kata orang enjin lama, pikup tidak berapa bagus.. balik rumah keletihan sangat hingga tertidor dan bila jaga segar sedikit.. Jadi rasa nak sambong cerita apa yang patut dan terlintas difikiran ini..



asriredha
teratak kasih
alor setar