30 December 2011

Mauritius - Kenangan Lalu Mengusik Jiwa

Catatan:Mohd Asri Redha
Tempat:Port Louis, Mauritius
Lawatan saya ke luar negara sebenarnya tidaklah banyak terutama pada awal-awal perkhidmatan saya dengan kerajaan negeri Kedah.. Namun begitu saya ada mencoretkan sedikit pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan iaitu lawatan saya ke Negara Mauritius yang terletak di Indian Oceon, Selatan Benua Afrika dan Timor Kepulauan Madagascar.… Kalau  perjalanan udara dari Singapura mengambil masa melebihi  7 jam..
Saya nak cerita pengalaman ini bukan kerana apa, cuma nak cerita pengalaman kali pertama ke luar negara seorang diri tanpa melalui ‘travel agency’  … apatah lagi melawat kepulauan yang tidak ada kedutaan kita di sana… Penerbangan MAS pun tidak ada disana. Sebelum ni kalau keluar negara hanya ikut rombongan ramai-ramai. Semuanya 'travel agency' yang ator baik dari urusan visa, pasport, tempahan kapalterbang, tempahan hotel, lawatan , pengangkutan, makan dan segala macam urusan... bila kena buat sendiri  semua tu baru tau langit tinggi rendah..
Kereta Proton Saga dihotel tempat saya menginap:
Hotel Le Saint Georges 
Memang tidak selesa langsung bila melawat luar negara keseorangan .. tapi hati memberanikan diri juga mengikuti  Kongres IULA ke 38 di Port Louis, Republic Of Mauritius  pada tahun 1997. Kongress ini  berkaitan pengurusan dan pentadbiran pihak berkuasa tempatan bertaraf antarabangsa di Bandar Pelabuhan Port Louis, iaitu ibu negara Mauritius.  Kongres ini banyak fokus kepada isu-isu alam sekitar.  Dengan segala kekurangan dan kelemahan berbahasa yang ada maka berserah sajalah kepada Allah SwT apa akan berlaku nanti disana…
Bermula dengan menaiki kapalterbang Singapore International Airlines (SIA) di Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang dan transit 8 jam di Cangi Airport Singapore dan menaiki kapalterbang SIA terus ke Republic Of Maritius…  Dekat Air Port Cangi sahaja sudah terasa kekok.. maklumlah tidak pernahpun singgah kat ‘airport’  ini….  Bagi saya punyalah besar dan panjang bangunan’ airport’ ini…. ‘perak’ sungguh saya ni rupanya…
Berkesempatan melawat University
of Mauritius bersama kawan saya 
dari Ghana ini.....
Akhirnya sampai juga ke S.Seewoosagur Ram. International  Airport , Mauritius.. Kecil sahaja airport tersebut mungkin lebih kurang sama dengan Air Port Padang Mat Sirat Langkawi.. Mauritius adalah sebuah kepulauan yang berkeluasan hanya 2000 km persegi  dengan penduduk lebih kurang 1.3 juta  sahaja.  Keliling pantainya  177 km. Kebanyakan penduduknya berbahasa Perancis dan English serta ‘Creole’ (bahasa tempatan mereka).. Penduduknya pelbagai bangsa dan ugama   tapi kebanyakan mereka mirip seperti orang India atau kacukan India.   Mungkin dulu waktu Inggeris dan Perancis datang menjajah pulau  ini mereka bawa sama orang India datang bekerja di ladang tebu yang luas dipulau ini. Dengan kedudukannya itu maka tidak hairanlah negara tersebut menjadi tumpuan pelancong yang ingin menikmati keindahan pantai dan pulaunya yang indah… …
Memang  saya tidak kenal sesiapa kat pulau ini. Yang ada kat tangan saya hanyalah  alamat hotel penginapan yang telah ditempah melalui email iaitu Les Saint Georges Hotel ….  Sampai pula pukul 2 pagi waktu tempatan…. Punyalah gelabah sebab waktu tu tidak ada sesiapa wakil urusetia ‘Congress IULA’  yang menunggu peserta pada waktu itu sebab saya sampai terawal sikit.. Maklumlah nak dapat kapalterbang ke sana bukan mudah. Dapat flight SIA pun yang transit sebentar ke situ dan terus terbang ke London.  Kalau terlepas satu penerbangan kena tunggu 3 hari pula baru dapat penerbangan ke pulau tersebut.  Nasib baiklah nampak sebuah teksi sebijik macam Proton Saga.. ya memang Proton Saga.. Terus tunjuk alamat hotel tersebut kpada pemandunya dan dibawa ke hotel tersebut….harap-harap nama saya ada kat hotel tersebut.. Lega rasanya .. nama saya ada. Boleh dikatakan hotel ini penuh dengan orang kulit gelap.. kerana banyak peserta dari  benua Afrika menempah hotel ini... mungkin agak murah tapi murah-murahpun RM350.00 nilai wang Malaysia satu malam.. Rupanya kereta nasional kitapun  sudah dieksport ke negara tersebut… dan hari-hari tersebut berkongreslah saya selama 7 hari disana dengan berulang alik dari hotel ke dewan congress berdekatan Istana Presiden Mauritius.  Seterusnya saya terpaksa tambah 3 hari lagi berada dipulau tersebut untuk tunggu jadual penerbangan SIA yang datang dari London untuk ke Singapura. Singgah transit di air port Mauritius untuk ambil penumpang seperti saya ini. Punyalah ‘ boring’ tak tau nak habaq… Satu pulau sudah habis pusing… tak banyak tempat bersejarah dan unik  untuk dilawati.. Mauritius hanya mempromosikan keindahan pantai-pantai dan pulau-pulaunya untuk tarikan pelancong.  Pusat membelibelahnya tidaklah besar sangat… maklumlah bilangan penduduknya hanya lebih kurang penduduk Kedah saja. Oh ya.. maklumat yang baru saya dapat Timbalan Perdana Menterinya adalah seorang yang beragama Islam iaitu Dr Ahmed Rashid Beebeejaun. dan beberapa orang menterinya ada juga yang berugama Islam..
....Bersantai dan minum petang bersama rakan peserta di 
pantai yang nyaman dan indah .... semuanya kulit gelap.. 
Kira saya ni cerah sikit daripada mereka... 
Itulah pengalaman pertama saya menghadiri kongress peringkat ‘ international’  secara berseorangan pula.. banyak pengalaman saya perolehi  disana, terutama melihat negara orang yang pelbagai ragam dan bangsa serta agama itu. Walaupun  bahasa inggeris saya tunggang langgang namun bolehlah juga kawan dengan orang-orang Afrika yang banyak menghadiri kongres tersebut. Saya juga berpeluang mengikuti lawatan-lawatan yang diator oleh urusetia kongres ke tempat-tempat menarik terutama pantainya yang indah itu.



I
I.U.L.A 33rd World Congress .. 1997 
di Mauritius.."Local Government 
For The 3 rd Millenium
Cuma saya kurang selesa berjalan-jalan keluar negara berseorangan.  Memanglah kurang menyeronokkan..  Sungguhpun pulau ini selamat untuk berjalan-jalan  dan aman sentiasa namun.. kadang-kadang naik takut juga jalan berseorangan… Yalah manalah tau kalau sakit, atau kena rompak atau apa-apaan nanti,  kat mana saya nak tuju dan mengadu…  Sudahlah tidak ada kedutaan kita kat sana… memang tak ‘ happy’  langsung… ada juga saya ikut keluar dengan geng peserta dari benua Afrika  yang menginap satu hotel dengan saya. Keluar ronda-ronda.  Berjalan dengan mereka kita ‘confident’ sungguh sebab 'body' depa besar… Namun yang tak tahan bila depa pi Pub . Mesti pekena ‘beer’ atau arak… bukan segelas  tapi sebotol.. Nasib baik tahan daulat juga….  Namun begitu mereka ini memang ‘friendly’ .. saya suka berkawan dengan mereka… Kalau  mereka cerita fasal negara mereka di sana (kawan saya tu dari Ghana dan Uganda) memang dhaif sungguh pegawai kerajaan negara mereka….  Jadi sebelum balik ke Malaysia saya sempat hadiahkan baju-baju T Shirt yang saya bawa serta tali leher yang saya pakai untuk kenangan… Seronok sungguh mereka…..  Bila kita bagi tau kita ada computer peribadi dirumah, kereta  dan rumah sendiri … memang mereka rasa kagum dengan kemewahan dan kemudahan yang kita ada berbanding dengan negara mereka…… Syukur amat sangat kita yang bekerja dan duduk di Malaysia ini..... 


ok.. itu saja coretan santai saya kali ini...... nanti dapat  lawatan mana-mana pula saya coretkan lagi untuk pengetahuan kita semua...
asriredha
teratak kasih
alor setar

24 November 2011

PTKM BerGeraK MajU

24 November 2011
Catatan Koleksi: Mohd Asri Redha

Sekali sekala Pentadbiran tanah kena 'promote' juga perkhidmatannya melalui media-media seperti ini.Sebenarnya  masih ramai orang awam tidak tahu akan betapa mudahnya berurusan dengan pejabat tanah... pengalaman pahit yang lalu bila berurusan dengan pejabat tanah sudah berlalu....

yalah... ada juga kes-kes yang sulit untuk diluluskan segera seperti permohonan tanah, permohonan ubahjenis /syarat tanah dan beberapa kes urusan yang terpencil..  Tentunya bila memohon tidak semestinya diluluskan.. Banyak pertimbangan-pertimbangan lain yang perlu diambil.kira yang kadang -kadang menimbulkan dilema pada Pentadbir untuk membuat keputusan....

Namun bagi kes-kes yang 'straight forward' seperti urusan pindahmilik tanah, permohonan pembahagian harta pusaka dan pelbagai urusan tanah sebenarnya perkhidmatan yang diberikan adalah cepat, tepat dan mesra...

asriredha teratak kasih alor setar

22 November 2011

JAKARTA DAN BANDONG MENGINSAFKAN SAYA...

21 November 2011
Travellers Hotel, Jakarta
Catatan: Mohd Asri Redha.
 ‘Salam sejahtera ‘
Waktu saya menulis blog ini saya berada di Jakarta, Indonesia. Mengikuti lawatan sambil belajar bersama-sama rakan sekerja…  Ada sedikit masa pagi ini sebelum berangkat ke airport jam 12.00 tenghahari waktu Indonesia , teringin untuk menulis sikit fasal lawatan ini, lagipun pagi ini dapat pula rangkaian wifi kat hotel ini.. tunggu apa lagi.. terus catat apa-apa yang patut.

Jual air paip satu tong  RP10,000 utk
wargakotanya yang masih banyak
tidak mendapat bekalan air bersih
terutamanya dirumah setinggan
yang berselerak dimerata-rata.
Melintasi jlanraya yang macet
gila dgn motosikal, tut-tut,
mobil,  lori, beca dan segala
macam pengangkutan yg
inovatif.


Sebenarnya masuk kali ini sudah 4 kali saya datang melawat Jakarta dan Bandong…Pertama kali saya melawat ialah tahun 1991 bersama dengan Majlis Daerah Kubang Pasu..  Lawatan-lawatan ke Jakarta/Bandong yang saya ikuti  seterusnya itu ada juga saya coretkan aktiviti lawatan dalam blog saya… Jadi saya tidak mahulah cerita fasal tempat-tempat lawatan.. Biasanya kalau atur lawatan melalui ‘agensi pengembaraan’ lebih kurang sama sahaja tempat lawatannya dan juga restoran yang diatur… Mesti ada Taman Mini Indonesia , shopping di Mangga 2, Lawatan ke Monumen Nasional  dll lagi di Jakarta. Manakala kalau ke kota Bandong tentunya ke Pasar Pekan Baru..macam-macam ada, shopping ke outlet factory yang merata-rata , Gunung Berapi Tangkuban Perahu dan sebagainya.
Terbaharu yang saya tidak pernah melawat lagi ialah ‘Trans Studio Bandong’ iaitu pusat hiburan tertutup yang saya rasa agak hebat..Kata pemandu pelancong kami tempat ini seperti di  Universal Studio di US.  Ini adalah kerana didalamnya ada pertunjukkan teater,  rumah hantu,  permainan sains, wayang gambar, permainan yang mengujakan dan menaikkan ‘adrenalin’  kita seperti  ‘roller coaster’ dan pelbagai lagi permainan yang menarik. Kalau bawa keluarga dan anak-anak tentunya lebih menarik.. 5 jam berada didalamnya tidak terasa. Bayaran masuknya RP100,000.00. Boleh guna semua aktiviti dn permainan yang ada.  Konsep hiburan seperti ini kalau dibuat di Malaysia tentunya menarik ramai pelawat.
Hari2 monyet ini kena ikut arahan
tuannya untuk buat pertunjukkan
sarkisnya ditengah jalan yang
sibuk dan macet ini. Dapatlah
sedikit upah dari pemandu2
yg simpati...
Lawatan kali ini saya amat teruja untuk melihat aktiviti ekonomi penduduk-penduduk kotaraya Jakarta dan Bandong… Sesungguhnya bila melihat akan aktiviti dan kehidupan di kota raya Jakarta dan Bandong ini saya terkenang di Malaysia…..
"Ya Allah Ya Tuhanku… Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan kurnia Mu yang telah menjadikan negara dan negeri ku ini amat makmur dan aman segalanya. Terlalu banyak nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami semua. Kadang-kadang hambamu terlupa tentang nikmat yang telah Engkau berikan itu hingga melakukan sesuatu yang boleh merosakkan segala kesejahteraan yang diterima ini… Kalau dibandingkan dengan apa yang ada dan berlaku di Jakarta ini aku merasakan keinsafan yang amat sangat betapa bertuahnya  aku dinegara Malaysia yang tercinta ini…."
Penyanyi jalanan ini lebih agresif
masuk dalam bas kami menyanyi 
dan bermain muzik. Suaranya
 boleh tahan.. merdu. Cian
tengoknya maka pakat2
sedekah kat dia beribu-
ribu rupiah
Alhamdulillah.. dalam keadaan kemisk-
inan sebahagian besar warga kota
Jakarta ini yang mencari uang
untuk  sesuap nasi.. kita
masih dapat menjamu
selera dengan selesa
 direstoran
.... syukur...
Kota Bandung berpenduduk lebih kurang 5 juta manakala kota Jakarta berpenduduk lebih kurang 15 juta orang.. Suatu angka yang amat menggerunkan bagi sebuah kota dimana pada ku dengan sebegini ramai manusia yang berada pada satu tempat yang terlalu padat tentunya pelbagai macam perkara boleh berlaku.  Terutamanya dalam menyediakan segala keperluan untuk warga kotanya baik dari segi kemudahan infrastruktur, peluang pekerja, kesejahteraan rakyatnya, keselamatan penduduknya dan pelbagai perkara perlu difikirkan oleh pemerintahnya… Tentunya tidak termampu disediakan sepenuhnya.

Sebelum naik 'roller coaster' kat Trans
Studio Bandong.. kena sukat tinggi 
dulu..tak pernah naik..  cuba try..
 lepas tu... pening 3 jam tak hilang..
serikkk..

Oleh itu kita boleh perhatikan kota Jakarta ini agak kacau sedikit dengan jalannya yang macet gila . Jalannya masih sama, tapi kenderaan berlipat kali ganda…Walaupun ramai penduduknya miskin tapi penduduk yang kaya juga ramai. Kenderaan memang terlalu banyak sekali. Tidak termampu pemerintahnya menyediakan jalan yang lebih baik dan luas sebab terlalu luas kawasan yang perlu dijagai… Orang-orang kaya di sana tidak seselesa di sini kerana masih menghadapi masalah macet terlampau dijalanraya, kemudahan rekreasi yang amat kurang dan sebagainya..

Aktiviti ekonomi dan perniagaan penduduk-penduduk bawahan ini  ada pelbagai macam… segala-galanya  menjadi duit jika rajin dan berusaha. Mungkin kita tidak akan terjumpa kat negara kita seperti  orang mengambil upah cuci cermin kereta waktu hujan tatkala kereta sedang berhenti kat persimpangan lampu isyarat… Sekali lampu isyarat merah seorang boleh cuci cermin kereta 2 atau 3 buah dgn upah RP1000 aje…
Apa yang menariknya mereka menjual segala macam produk seperti surat khabar, barangan kraftangan, pakaian,  pertunjukkan monyet , jual air dan rokok dan sebagainya dipersimpangan jalan-jalan utama ….  Pemerentahnya seolah-olah tidak menghalangnya aktiviti seperti mungkin juga mereka merestui sahaja kerana mungkin kalau dikacau apa lagi yang boleh diusaha untuk dapat uang membeli sesuap nasi, kerana pada masa yang sama pemerentah sendiri tidak mampu untuk menyarai mereka atau menyediakan peluang pekerjaan.   Sebab itu juga kita dapat lihat gerai-gerai jualan  berada dimerata tempat hingga hampir dirizab jalan tanpa ada apa-apa gangguan pihak berkuasa asalkan tidak menganggui lalulintas.. Berselerak gerai berada dimana-mana sahaja ada ruang kosong ditanah yang amat berharga di kota Jakarta dan Bandung ini.
Wanitanya menjual air kopi
dan jamu dijalanan..... agak2
berapa Rupiah yang mereka
dapat.....semua  pakai
gendong begitu saja

...Ada  kerja spt. ini sudah cukup besar
kpd warga kotanya..di  Malaysia boleh
RM50.00 satu hari, tapi di sana hanya
kurang RM10.00 sahaja..........
 Peniaga bergerak ada merata-merata  seperti menjual air kopi dengan mengendong flash air panas dan kopi ‘3 in 1’ pelbagai jenama…. Bayangkan berapa sangat yang akan diperolehinya. Peniaga-peniaga jalanannya begitu agresif.  Pantang lihat bas parawisata datang… pasti mereka akan tunggu memperagakan barangan mereka samada kraftangan, pakaian dan segala macam benda  dan perkhidmatan yang boleh dijual….  Kadang-kadang  tawar  menawar ke harga yang saya rasa tidak munasabah murahnya…  tidak tergamak untuk minta murah lagi kalau benda yang sama itu dijual di Malaysia tentunya berlipat kali ganda.  Cara menarik pelanggan pelanggan untuk membeli produk yang dijual kadang begitu agresif.. Mereka terpaksa bersaing untuk menjual produk  mereka.. rakyat terlalu ramai dan perlukan uang untuk berbelanja.  Menunjukkan bakat dijalanan  juga boleh buat duit  tapi itulah seperti yang saya kata tadi berapa sangat hasil yang boleh diperolehi..  Mengendong anak kecil dan berjalan meminta sedekah perkara biasa disana.  Air yang diambil dipaip awam dijual kerumah-rumah setinggan yang tidak ada kemudahan air paip...
Tertarik pada pelayan-pelayan kedai makan dan barangan di kota raya ini… perkataan-perkataaan  ‘ silakan- silakan’ kerap disebut.. enak pula dengarnya….
Mampukah kita melihat dan mengalami sendiri macet/kesesakan lalulintas di tempat kita.. macet gila… mampukah kita melihat begitu banyak gerai jualan tepi jalan berselerak diserata tempat, mampukah kita menonton kisah-kisah sedih dijalanan berjualan yang entah apa-apaan, mampukah kita secara sukarela menahan kereta yang berjalan laju dijalanraya untuk membolehkan bas atau kereta keluar dari tempat parkingnya dengan upah RP1000 sahaja. Mampukah kita melihat rumah-rumah setinggan dengan berdindingkan plywood lama dan tampalan  kertas-kertas keras sahaja  dicelah-celah bangunan besar, tepi sungai, dan segala ruang kosong yang ada… bukan sedikit tapi banyak gila……  rasanya kita tak  termampu melihat panorama sedih begitu kat sini.

Makanya bersyukurlah apa yang ada dan jagalah elok-elok kesejahteraan  yang kita dapat ini agar jangan jadi seperti negara jiran rapat kita ini……terlalu amat gawat… bayangkan 10 tahun atau 20 tahun lagi… macammana agaknya…  Mungkin pemerentahnya melihat ini dan sedang berusaha keras untuk mengatasinya…… pokoknya untuk berusaha kearah itu negaranya perlu aman dulu dan tidak kacau bilau….....  
Ok … mohon permisi dulu.. Sebelum itu kalau nanti ibu2 dan bapak2  nak ke kota Jakarta dan Bandong.. jangan lupa bawa RUpiahnya banyak-banyak.. harga kain bajunya murah gila. murahnya..."Silakan..silakan  Ibu .. masuk berbelanja"..... kata-kata manis didengar kat warong jualan.. Saya nak beli tidak pandai nanti ada tidak berkenan.... ibu2 yang pandai berbelanja bab2 ini kan ...  disamping itu tolong bantu juga peniaga-peniaga disana.. kita kan serumpun..

asriredha
teratak kasih
alor setar


01 October 2011

OKU


01 ktober 2011
Catatan: Mohd Asri Redha.

Berita terbaru..... kenapa saya masukkan keratan tersebut..
Adakah kerana ia ada kaitan dengan saya....       Agak-agak layak takk..?













asriredha
teratak kasih
alor setar

29 September 2011

29 September 2011
Hotel Amanpura, Sungai Petani
Catatan: Mohd Asri Redha
Hari ini telah dua hari saya menghadiri Seminar Pemantapan Integriti & Urus Tadbir Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, yang dianjurkan oleh INSPIN bersama dengan kerajaan negeri Kedah. Amat sesuai sangat seminar ini diadakan pada waktu ini terutama kepada pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Kedah DA.  Sudah sampai masanya isu-isu integrity dan urus tadbir jabatan-jabatan kerajaan diketengahkan dengan lebih hebat  lagi dikalangan penjawat-penjawat awam negeri Kedah ini. Kali ini melibatkan Pegawai Tadbir Negeri Kedah, Pegawai Tadbir Agama dan Penghulu-Penghulu Mukim.
Saya melihat betapa pentingnya hal-hal berkaitan ini diketengahkan bukan sekadar setakat  pegawai-pegawai kanan sahaja yang perlu tahu, malahan semua warga kakitangan awam kerajaan negeri Kedah dari semua peringkat. Tidak ada gunanya diperingkat atas prihatin tapi diperingkat bawah pula tak tau apa yang dibincangkan dan hendak dituju. Bukan semua ketua-ketua jabatan yang ada boleh sampaikan balik apa yang diperolehi kepada anak-anak buah….
Berdasarkan tajuk-tajuk yang diketengahkan dalam bengkel ini saya rasa ianya menepati keperluan yang saya maksudkan. Saya akan cuba  mengulas beberapa isu yang berkaitan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya terhadap isu-isu yang dibangkitkan. Tokoh-tokoh yang menyampaikan pandangan dan ceramah bukan calang-calang orang dan memang mereka berpengalaman dalam bidang masing-masing dan sewajarnyalah kita dapat mengambil pandangan mereka sebagai panduan dan rangka bertindak bertindak dalam jabatan masing-masing.
Ceramah oleh Ustaz Badli Shah bin Alauddin dari Jabatan Agama Islam Pahang bertajuk Jati Diri Penjawat Awam Bagi Pelaksanaan Berkesan Untuk Pencapaian Wawasan memang menarik perhatian saya dan terpegun dengan cara penyampaian oleh pegawai muda ini… Malangnya masa agak terhad untuk  penjelasan lebih mnyeluruh.  Ceramah  beliau amat menarik terutama dengan membuat  perbandingan dengan kajian-kajian penulis-penulis barat yang telah mengambil nilai-nilai hebat yang ada pada Nabi Muhammad SAW  hinggalah mereka meletakkannya ke tahap yang begitu  tinggi tanpa prasangka walapun mereka sendiri  kekal dengan pegangan agama asal mereka. Orang Barat sendiri sudah memberi penghormatan yang tinggi kepada Nabi Muhammad SAW… maka sudah sewajarnya kita sebagai orang Islam lebih-lebih hebat lagi menyanjungi  Nabi teragong kita ini dengan mengambil segala nilai-nilai yang ada pada nabi untuk diimplimentasikan dalam diri , keluarga dan kerjaya kita.
Orang Barat sudah mula meneliti akan isu-isu ketuhanan dalam pengurusan.  Dalam menuju kecemerlangan disegala aspek cirri-ciri utama dalam diri Nabi Muhammad SAW perlu diterapkan dalam diri masing-masing..   Sebab itu perubahan sikap amat penting.  Untuk merubah manusia dari kurang baik kepada baik dan lebih baik bukan perkara mudah. Inilah cabaran besar kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Kedah untuk membuat sesuatu bagi merubah sikap anak-anak buah.  Pada masa yang sama bos-bos pun kena ubah sikap juga sebab bos-bos itupun manusia juga.  Kita perlu mendapat kepercayaan orang.  Untuk mendapat kepercayaan orang kita jangan berbohong….Nabi M\teratak kasih alor setar

20 August 2011

SIKAP WARGA KOTA YANG MASIH TIDAK BERUBAH BERUBAH

Cabutan komen saya dalam akhbar Berita Harian



sriredha
teratak kasih
alor setar

17 August 2011

NiLAi SeKePiNG KaD RaYa

Boring pula duduk kat ofis ptg ni. Dari pagi tadi , tak keluar-keluar dok buat buat kerja.. sedar-sedar semua orang sudah balik...Petang ni lewat balik.. ada sikit masa ni.. dok belek-belek kad raya yang banyak dah saya terima...ada yang kecil, besar, ada yang wangi, ada yang mahal lagi canggih , ada yang ada lagu lagi dan macam-macam jenis kad..bila tengok banyak kad-kad yang orang hantar ni..rasanya popular pula... ada juga orang teringat kat saya yang kerdil ini...dapat banyakpun bukannya berguni-guni.. adalah sikit....Tentu nak kena belanja banyak juga nak tempah kad raya dan nak kena pos lagi. Sekarang ni duit setem sudah meningkat...maka banyak juga belanja tu.. Seingat sayapun dah lama tidak membeli kad raya. Bukan tidak mahu hantar kad raya sebagai ingatan sesama sahabat tapi dalam dunia teknologi yang semakin canggih ni.. ada banyak cara lagi kita menyuarakan atau meluahkan rasa kesyukuran kita dan memohon keampunan dari rakan taulan disamping bertanya khabar berita. Sekarang pakai hantar kad raya maya.. kad raya digital...  Itu sebab semua orang kena ada akaun emeil sendiri. Kita dah tidak boleh lari lagi dgn perkembangan teknologi maklumat... 

Tajuk cerita saya kali ini ialah nilai sekeping kad raya.. Terima kasih kepada semua yang menghantar kad raya kepada saya....susah-susah pula hantar...terima kasih sekali lagi..Apa yang saya nak bercakap ialah sejauh mana sekeping kad itu memberi kesan kepada penerimanya...Kalau kad itu yang personally dihantar maka akan adalah sedikit tulisan tangan yang disebutkan nama penerima dan adalah  sikit-sikit ucapan yang ditulis disitu. Kad macam ini memang sahlah pengirim itu tahu dan ingat akan penerima yang akan menerima kadnya..penerimanya pasti amat menghargainya.. Kalau dia tidak balas pun dia akan telefon balik, atau sms balik kepada pengirimnya....kerana dalam banyak-banyak sahabat kat dia juga yang dingatnya.. tidak gitu saudara-saudara. Jadi kawan dan rakan yang ada fulus lebih sikit atau ada peruntukan  khas jabatan elok beri perhatian tentang perkara-perkara sebegini.  Kalau tidak tidak ada apa-apa makna kad itu.

Yang kurang disedari dan kurang diberi perhatian ialah kebiasaan menghantar kad raya melalui pembantu peribadi atau setiausaha. Ambil senarai nama dan alamat dari mana-mana opis kemudian pos pi. Kitapun terimalah...kita pun terfikir..betul kah dia ingat kat kita...kitapun beleklah lagi kad itu..tengok tandatanganpun cop cetak juga.. sahlah kad ini dihantar melalui setiausahanya.. kad tu pula bukan lekeh2...memang elok dan bernilai RM. Tapi nilai dari segi perasaan rasanya kurang... fasal apa jadi lagu tu... rasanya terlalu banyak kad kut yang hendak dihantar sampai tak larat untuk tandatangan dan tulis tangan... ah sesibuk manapn tulislah pi sikit seperti ini kad kad... Saudari Asri... Apa khabar? semoga sihat sejahtera...   cukuplah itupun ..kemudian tandatangan ..Jadi kitapun tahu bahawa waktu dia nak bubuh dalam envelope tu .. dia ingat juga kat kita... Ini ada yang saya rasa pengirimpun tidak kenal penerima...Nanti kalau jumpa kat mana-mana penerima kenal pengirim dan ucap terima kasih.. pengirim pula  hairan kenapa ucap terima kasih..Takkah haru namanya..

Awat terok sangatkah nak tulis sikit dan tandatangan.....kalau 200 ke 300 keping tu.. kalau diri ku tidak ada masalah bagi ku untuk tulis sendiri dan tandatangan sendiri. Bukannya terok sangat...dan kepada yang menerimanya nanti akan terasa nilainya sekeping kad raya. Jadi kalau pakai PA aje yang tolong urus dan kadpun kebanyakannya free aje.. syarikat  atau jabatan yang tanggung lagilah tidak ada makna apa-apa kepada yang menerima....

So..tahun depan kalau ada peruntukan lebih nak buat kad raya..ubah pendekatan dan cara....jangan pakai cop standard saja...ambil sikit masa tulis dan tandatangan sendiri.. baru ada gaya dan kesan..tak gitu saudara-saudaraku

Oklah... waktu berbuka puasapun dah dekat..... elok saya berhenti dulu kat sini...nanti bila dia mai syeh dan nisannya...saya pagut lagi keyboard ni....



asriredha teratak kasih alor setar

27 July 2011

RIBA...RIBA...RIBA.... Halangan Kepada Kesejahteraan Dan Keberkatan

Catatan: Mohd Asri Redha
Insaniah, Alor Setar

Salam Sejahtera...
Sekali sekala dalam kesibukan kerja yang tidak berkesudahan kat opis elok juga saya lari sekejap dari rutin biasa ini.... Hari ini saya berkesempatan menghadiri Seminar Muaamalat dan Perbankan Islam Peringkat Negeri Kedah yang diadakan  di INSANIAH, Alor Setar. .. Menarik juga seminar ini, walaupun dari penyertaan orang awam agak kurang.

Betul juga cakap penceramah udangan yang dijemput bahawa bila cerita bab-bab muamalat dan perbankan Islam ini ianya agak kurang menarik dan diminati oleh orang Islam kerana mungkin mereka tidak terasa yang ianya ada kaitan secara langsung dengan diri mereka. Mereka lebih suka kalau bincang hal-hal berkaitan sembahyang, puasa,  dan lain ibadat-ibadat  biasa seolah-olah  itu sahaja jalan untuk menuju ke Syurga.
Sebenarnya hal-hal muamalat ini juga merupakan satu perkara penting dalam Islam. Kita banyak buat dosa dalam bab-bab muamalat ini terutama hal-hal halal dan haram ini... Kalau kita tidak belajar kita tidak tahu dan akan berterusanlah kita kesilapan kita itu.

Saya sendiri dah mula terasa kesannya. Tau tapi tidak cuba untuk menghindari hal-hal trransaksi yang melibatkan riba... Dulu mungkin tidak ada pilihan tetapi sekarang sudah ada pilihan. Hal-hal riba inilah yang telah banyak menarik dan mengurangkan keberkatan hidup kita didunia ini dan menimbulkan banyak masalah-masalah yang tidak kita sedari akibat urusan yang melibatkan riba ini.

Penceramah undangan adalah seorang yang amat berpengalaman luas dalam bidang ini iaitu Dr Hj Zaharuddin Hj Abdul Rahman dari UIA. Tajuk ceramahnya adalah berkaitan Riba Dan Perbankan Islam. Elok sangatlah Jabatan Mufti Kedah anjurkan seminar ini sebagai usaha berterusan kerajaan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan memberi perhatian berat kepada urusan dan urusniaga yang halal dan meninggalkan urusan niaga yang tidak halal yang melibatkan riba.

Urusan niaga yang melibatkan riba yang berlegar dalam segenap aspek kehidupan kita seharian ini sebenarnya telah memberikan jiwa yang kacau dan hati yang tidak tenang tanpa kita sedari. Kadang-kadang kita hanya anggap yang berkaitan riba itu adalah urusan kewangan tetapi sebenarnya yang bukan duit ringgit pun adakalanya dianggap riba seperti yang dijelaskan oleh penceramah tersebut. Ini perlulah kita baca selalu dan  mengikuti ceramah-ceramah agama yang berkaitan dengan muamalat dan perbankan Islam yang selalu juga diadakan. Jadi janganlah kita buat mudah isu-isu berkaitan riba ini.  Saya sendiri sedang memikirkan langkah terbaik untuk mengurangkan berkenaan riba... tetapi kita banyak terlibat dengan beri riba bukan terima riba.. tetapi kata penceramah dosa kedua-duanya sama sahaja...  Dok fikir tidak berkesudahan ini.. pinjaman rumah dengan bhg pinjaman perumahan dibuat dengan skim konvensional....  Kalau ada duit durian runtuh dari mana-mana nak kena selesai semua ini. Begitu juga kad kredit yang dok pakai la ni...  Dok jaga tiap-tiap bulan kena bayar penuh.. jadi tidak adalah riba disitu. Tapi ASB dan ASN ..  macam-macam pandangan ada.... tidak mahu saya berdiskusi isu itu disini....  ok.. cukup dulu...

besok pagi saya nak ke PICC ..di Putrajaya untuk menghadiri satu peristiwa penting yang melibatkan pentadbiran tanah... nanti saya akan coretkan  http://semangatjatiptkm.blogspot.com/


asriredha
teratak kasih alor setar

04 July 2011

Itali dan Swiss Menggamit Datang

Catatan: Mohd Asri Redha
04.07.2011.... 12.00 t.mlm

Tunggu cerita lanjut saya nanti... sekarang waktu menaip ini saya berada di Air Port Changi, Singapura.. Sambil menunggu penerbangan lanjut ke Rome... Tengoklah nanti kalau dapat wi fi internet kat sana..bolehlah saya cerita pengalaman kat sana......Itali kata orang adalah negara yang glamour dengan jenama-jenama keluaran mereka yang terkenal. Kalau sebut buatan Itali sahaja tentunya tertanam produk yang dikeluarkan itu adalah bermutu tinggi dan berkualiti.. begitulah hebatnya jenama Itali yang sepatutnya kita perlu belajar bagaimana mereka mempopularkan produk mereka seanterio dunia bahawa produk mreka adalah terbaik.. Satu lagi ialah dunia bolasepaknya yang pernah mengungguli kejohonan bola sepak piala dunia dan mempunyai bintang-bintang bola sepak yang ternama.

 
9.00 pagi..5.7.11.. waktu Itali: Ok... sekarang saya berada di Rome.. baru saja sampai dan menginap di H10 Hotel..kira2 25 minit perjalanan dengan bas dari Roma Itali  Air Port  . . Memang meletihkan perjalanan selama lebih kurang 12 jam dari Cangi Air  Port . Jarak dari Singapura ialah lebih kurang 6255 batu... perbedaan masa dengan Malaysia ialah 6 jam.  Jadi kami sampai jam 1.26 tengahari waktu Malaysia iaitu  7.26 pagi waktu di Itali... Jadi sampai di  Hotel kami breakfast sekali lagi.. Seperti biasalah duduk dinegeri orang nak dapat makanan halal memang masalah. Jadi makanlah apa yang patut seperti roti dan buahan yang ada.. Sebelah tray lagi tu banyak lah makanan yang haram kita makan

Okkk. dah nak pergi makan tengahari ni nanti.. saya sambung lagi bila ada peluang.. susah juga nak dapat wifi free kat sini.. 
Dibelakang saya ialah
bangunan2 yg dikelilingi oleh air
laut. Lorong2 ini menjadi tempat
yang menarik untuk bersiar-siar dengan
perahu gondola yang dikayuh dgn
pendayung. Itulah keunikan Venice...


Hari ini aktiviti adalah melawat St Peters Basilica Rome iaitu yang dianggap sebagai tempat suci bagi orang Kristian seluruh dunia. Memang ramai betul. Lawatan hanya diluar sahajalah .. takkan nak masuk kut.. Tapi 'queu' untuk masuk ke dalam  memang panjang.. rasanya lebih 1 km panjang. Kita hanya pergi tengok sahajalah  bukan ada niat apa-apa.. sekadar nak tengok apa yang hebat sangat dengan tempat ini. Ada hari-hari tertentu Pope Agung mereka akan keluar menjenguk ke serambi bangunan tersebut sambil melambai-lambai tanganya. Pada waktu-waktu begini memang ramai penganut fanatik kristian akan menunggu diluar sana untuk melihat paderi kesayangan mereka itu
Disinilah tempatnya yang dinamakan Trevi Fountain.
Ramai sungguh pelawat datang.. mungkin nak tunai
hajat atau nak minta berkat kut ikut ajaran depa


Saya juga berkesempatan melawat Colosseum, juga di sekitar Roma ini .. kalau kita selalu menyaksikan filem-filem purba Rome maka disinilah tempatnya.. sudah musnah sebahagiannya tapi dijaga elok oleh pemerintahnya dan memang tidak sah melawat \Rome jika tidak melawat ke sini. Memang hebat binaannya.. terutama teknologi purba yang digunakan untuk membina stadium terawal ini. Menjadi kesukaan Maharajanya dan rakyat melihat manusia  atau para gladiatornya bertarung sesama sendiri ditengah gelanggang Colosseum itu hingga mati dan ada kalanya rakyatnya yang bersalah dikehendaki bertarung dengan haiwan-haiwan ganas... dan akhirnya menjadi habuan binatangnya.. Maharaja dan rakyat akan bersorak kegembiraan...  Satu tempat lagi yang menjadi tarikan pelawat ialah di 'Trevi Fountain'.. Memang hebatlah kalau dilihat ukiran dan bangunan yang penuh bersejarah ini... namun heran juga sampai sesak kawasan disitu seolah-olah macam pesta. Ada yang membaling duit didalam kolam air terjun buatan itu seolah-olah macam memohon sesuatu.  Memang hebat tarikan tempat ini dan kita boleh lihat pelbagai ragam dan jenis manusia disini. Laku sungguh kedai-kedai cenderamata. Harga nampak macam murah tapi bila di tukar ke RM... ayo-ayo banyak mahal.... 1 Euro lebih kurang RM4.00. Air mineral 1 liter sahaja Euro 1. 
Stadium Collosseum ..


Keistimewaan bandar Rome ini ialah ianya penuh dengan tinggalan sejarah lama . Semua bangunannya memang menarik kerana dibuat dengan begitu teliti dan ukiran-ukiran yang mempunyai makna tersendiri dan dijaga oleh pemerentah dengan baik. Sebab itu tidak hairanlah Bandar Roma ini diiktiraf oleh UNESCO sebagai World Historical HeritageBandar ini menjadi lebih terkenal bila banyak penerbit filem telah memilemkan kisah-kisah kepahlawanan orang Rome  ini dalam pelbagai tajuk dan tema filem mereka hingga ianya menjadi begitu menarik dan membikin orang untuk datang melihat sendiri apa sebenarnya ada di Roma ini. Terdapat beratus-ratus muzium di sini yang menonjolkan pelbagai budaya, sosial dan warisan orang Itali . Kalau hendak melawat ke semuanya memang tidak cukup setakat lawatan singkat sebegini. Kata orang citarasa orang Itali ini adalah tinggi.... mereka sentiasa menjaga imej diri dan penampilan serta perwatakan. Namun rasanya tak kut .. adalah sikit-sikit tapi taklah seperti mana yang kita tengok kat TV tu.. Bandarnya tidaklah elok sangat.. jalan sempit dan melalui lorong-lorong bangunan lama yang sempit. Kesesakan memang berlaku.. tapi di Roma ini banyak rakyatnya pakai skuter.. macam-macam skuter ada , tapi yang popularnya ialah Vespa .. Jenama mereka kalau tidak silap saya. Kebersihan tidaklah elok sangat..masih banyak sampah dibuang merata tempat sesuka hati... Kalau di KL barang-barang berjenama Itali diletak ditempat yang hebat dan di pusat membeli belah yang eksklusif.. tapi di Itali n.. jenama2 terkenal yang yang pernah saya dengar hanya dijual dikedai-kedai biasa aje dan tak nampak eksklusif pun.... 

Ok.. cukup dulu cerita hari ini. .. besok saya akan melawat PiSA... kalau kita bisa dengan Menara Condong Pisa.. maka disinilah tempatnya.. teruja nak tengok ni .macam mana keadaannya..

Hari ke 3, saya bersama rombongan ke Pisa untuk melawat Menara Condong Pisa yang terkenal itu. Perjalanan dengan bas melalui lebuh raya sejauh lebih 350 km dari Rome agak membosankan tapi melihat kepada keindahan kawasan-kawasan perkampungan dan ladang ladang bunga matahari, ladang jagung, ladang gandum dan ternakan lembu dan sekali sekali melintasi bandar-bandar sepanjang perjalanan sedikit sebanyak menghilangkan kebosanan. Memang canggih teknik pertanian yang digunakan dan penggunaan tanah secara maksima.

Memang condong sungguh..
sekali pandang boleh terbalik
bangunan tersebut.
Memang terpegun melihat menara yang sebelum ini hanya dilihat dalam majallah dan TV aje. Hari ini terpampang didepan mata. Asalnya menara ini dibina untuk diletakkan loceng gereja , tapi pada separuh pembinaan bangunan ini didapati mulai condong. Namun diteruskan juga membina bangunan ini seperti yang ada sekarang ini. Memang condong betul.. Tak taulah macam mana ianya boleh bertahan sejak sekian lama… Sempat juga berposing disitu. Beribu-ribu orang datang melawat ke situ setiap hari.. Gerai-gerai disitu memang laku sungguh…. Harga jangan tanyalah… kalau ‘covert’ dlm RM memang mahallah…. Tak gamak nak beli.. tapi dah datang ke sini.. kenalah beli juga sedikit sebanyak.. Rasanya tak akan mai dah ke sini…

Hari seterusnya kami bermalam di Bandar Prato. Sebelum itu rombongan kami sempat melawat Bandar Florence. Bandar yang penuh dengan bangunan-bangunan lama yang bersejarah dan berukiran .. Itulah kehebatan orang Itali ini.. memang mereka amat mementingkan ketelitian dan kesenian dalam hal-hal pembinaan bangunan-bangunan. Banyak kedai-kedai yang menjual barangan berjenama Itali yang terkenal disini… Namun yang saya pelik sikit ialah diserata tempat dan dinding bangunan seindah manapun akan pasti terjumpa contengan cat-cat yang membawa maksud-maksud tertentu yang saya sendiri tidak faham.. perbuatan ini seolah-olah direstui pula…. Mungkin melepaskan perasaan kut atau memang hobi mereka macam tu..

Tidak sah kalau melawat Itali tidak pergi ke Venice. Dah lama dengar cerita kehebatan Venice ini sejak belajar sejarah Eropah masa di sekolah menengah lagi. Inilah peluang untuk melihat tempat yang dikatakan amat menarik ini apatahlah lagi dengan deretan bangunan-bangunan lama yang dibina di atas air laut. . Agaknya macammana jadinya kalau datang ombak tsunami….Sebelum ini saya bermatian-matian menyangkakan Bandar Venice ini terletak disebelah daratan. Rupanya ianya terletak di pulau dimana rombongan terpaksa menaiki feri dari daratan ke Pulau Venie Piazzale Roma. Memang unit tempat ini dengan bangunan-bangunan yang kelihatan antic dan warna yang pelbagai. Terlalu ramai pelancung yang datang ke sini. Aktiviti ekonomi memang rancak..ada pusat membeli belah dan aktiviti air menikmati sungai nya dengan mengayuh perahu gondola.. Di sini juga terdapat gereja-gereja yang begitu besar yang mungkin merupakan tarikan utama bagi orang Kristian datang ke sini. 
'Shopping' di Milan.

Kota Raya Milan terletak kira-kira 300 km dari Kota Venice. Kota ini amat terkenal dengan jenama-jenama popular dan ternama untuk kegunaan harian seperti pakaian, beg tangan, alat solek, minyak wangi dan sebagainya. Siapa yang tidak kenal ‘ feragamo’ , Vouiss Luitton, Bally, Bvlgari dan sebagainya. Semuanya ada dipamer dan dijual disini.. Saya hanya tengok dan lalu begitu sahajalah.. Barang berjenama tentunya harganya juga mahal.. Tapi kalau dibandingkan dengan di Malaysia.. rasanya lebih murah lagilah di Milan ini. Jadi kalau nak beli .. beli sajalah jangan dok kira sangat harganya… bukan boleh selalu datang disini.. Nanti kalau orang tanya beli 'kat' mana beg tangan tu.. bolehlah kata beli 'kat' Itali.. Kalau dari Itali orang tahu barangannya bermutu dan berkualiti.. begitulah orang kata..pandai sungguh orang Itali promo produk mereka keserata dunia.
Keretapi inilah yang akan bawa saya naik
ke kemuncak gunung itu. Nampak salji
kat kemuncak gunung itu. udaranya
sungguh nyaman sekali.

Perjalanan menuju ke Swiss adalah perjalanan yang sungguh mengujakan. Selepas sahaja 'cruise' ditasik Como yang terletak berhampiran sempadan negara Swiss rombongan bertolak ke negara Swiss dan tempat tuju ialah di Interlaken Switzerland. Jaraknya melebihi 250 km. Mudah sahaja masuk ke negara yang terkenal kebebasan kewangan dimana banyak hartawan seluruh dunia membuka akaun bank di sini..perjalanan memang tidak membosankan. Tidak ada apa-apa pemeriksaanpun oleh Kastam dan Imigresennya.. Keindahan negara Swiss ini bagi saya memang tidak ada tolok bandingnya.. semua kawasan adalah macam resort.. cantik, bersih, nyaman dan damai. Perjalanan melalui berpuluh-puluh terowong dan yang terpanjang ialah lebih 25 km dengan diselang selikan dengan tasik-tasik yang membiru dengan berlatarbelakangkan gunung yang menghijau indah dan diselangseli pula gunung-gunung yang puncaknya diselaputi salji.. sungguh mengasyikkan.  Nantilah saya akan ceritakan lagi akan tempat ini kerana esoknya saya akan naik kereta api untuk ke kemuncak tertinggi gunung di sini dan katanya suhunya teramatlah sejuk... tunggu ya.. kalau saya boleh dapat wifi kat situ saya akan tulis lagi......

Switzerland terkenal dengan sejarah pengeluaran jam-jam ternama seperti Swatch, Rolex, Certina, Titoni dan berpuluh jenama jam. Dimerata tempat dan kedai,  jam-jam tangan ini dipromosikan dengan begitu hebat sekali.. dan sudah tentunya promo jenama mereka adalah terbaik sekali. Harganya biasalah memang ada yang terlalu mahal dan ada juga murah… pandai-pandailah pilih untuk beli yang mana berkenan.



Dalam keretapi elektrik puncak tetinggi
melihat GlasiarTerpanjang di The
Aletsch Glacier Jungfraujoch Top
Of Europe 3454 meter tinggi.
Sebenarnya terdapat banyak tempat menarik yang sesuai dilawati terutama untuk melihat keindahan dan kecantikan alam semulajadinya. Di wilayah Jungfrau Swiss saya telah melawat The Aletsch Glacier..iatu glasier ais yang terpanjang dipergunungan Alps . Glasiar ini telah diiktiraf oleh Unesco sebagai salah satu daripada Taman Warisan Dunia. Untuk sampai ke kemuncaknya iaitu Jungfraujoch Top Of Europe setinggi 3454 meter pengunjung akan menaiki keretapi elektrik dan disambung pula dengan lif ke kemuncak. Di sini kesejukan yang teramat sangat hingga paras beku. Dikemuncak ini saya dapat melihat glasiar terpanjang itu yang sudah kekal lama beribu tahun dahulu.. Dalam perjalanan pulang sempat menikmati jamuan tengahari di Kleine Scheidegg yang terletak dilembah 2 gunung yang tinggi pada paras 2061 meter.

Pihak berkuasa Swiss sungguh bijak mengeksploitasikan keindahan alam semulajadinya untuk tujuan pelancungan dan mereka menyelenggara setiap kawasan pelancungan mereka dengan begitu baik. Namun pada saya tempat-tempat pelancungan dinegara-negara Eropah ini kurang dilawati oleh orang Asia biasa ini kerana kos hidupnya terlalu tinggi.. Bagi orang-orang biasa macam saya ini, rasanya memang tidak berkemampuan untuk datang sendiri melancung, lebih baik melawat negara-negara yang kos hidupnya lebih kurang dengan negara kita seperti Cina, Vietnam, Indonesia, India dan sebagainya.

cantik..cantiiik sungguh di Interlaken..Bandar Metropolitan
diwilayah Jungfrau terletak antara Tasik Thun dan Tasik
Brienz...rasa macam tak mahu balik.. semua tempat dan
bangunan penuh pokok bunga & udara nyaman.
 Satu lagi tempat yang saya rasa amat menarik dan mengujakan dalam lawatan ini ialah ketika melawat Mountain Titlis. Ianya dikawasan pergunungan tinggi. Untuk pergi ke sana terpaksa menaiki 2 peringkat kereta kabel biasa dan disambung dengan kereta kabel Titlis Rotair (dikatakan kereta kabel berpusing pertama didunia). Dengan ketinggian melebihi 3 km, perjalanan ke atas melalui ladang ternakan lembu yang subur dan pemandangan yang indah. Kemuncak gunung ini sentiasa diselaputi salji dan saya berkesempatan untuk bermain salji disini, tapi tidak boleh lama, kerana tidak tahan dengan kesejukan yang melampau. Namun begitu memang pengalaman yang amat menarik disamping dapat menikmati makan tengahari diatas kemuncak gunung ini.

Jadi nampaknya pengembaraan kali menjadi amat menarik dengan perjalanan yang pelbagai melalui udara dengan kapalterbang, melalui laut dengan menaiki feri dan bot sampan, melalui atas udara dengan menaiki kereta kabel, melalui darat dengan menaiki bas dan menaiki keretapi elektrik. Di Switzerland dan Itali ini saya rasa sistem pengangkutan awam mereka adalah boleh dikatakan baik dan bersistematik. Jalan keretapi elektrik dan tram ada dimana saja yang menjadi tumpuan awam. Basnya yang panjang sungguh memudahkan pergerakan wargakotanya menjalankan urusan harian masing-masing. Di Itali lebih banyak menggunakan motorsikal skuter berbanding kereta, manakala di Swiss warga kotanya lebih suka menggunakan basikal saja untuk bersiar-siar dikota dan pergi ketempat kerja.
Kenderaan penjaja spt ini ada di
merata tempat . Alangkah bagusnya
kalau semua penjaja kecil kita buat
macam ni. taklah mereka tinggalkan
segala peralatan mereka disitu.
Apakah ini boleh kita laksanakan di Malaysia.. Mungkin perancangan secara lebih menyeluruh dan komprehensif perlu dirancangkan secara lebih drastic terutama perancangan jalan dan mengubah minda masyarakat kita supaya berfikir kearah lebih mesra alam sikit supaya jangan dipandang hina dan lekeh kalau seseorang itu pergi kerja menaiki basikal dan bermotosikal… apatah lagi kalau yang menunggang itu adalah pegawai atasan. Bagi saya tidak ada masalah kalau pergi kerja dengan basikal atau bermotosikal. Malahan ke pejabat dengan bermotosikal sudahpun saya amalkan sekali sekala sejak dulu lagi bila waktu-waktu yang sesuai. Disamping disiplin yang tinggi perlu ada pada setiap pengguna jalan raya.

Begitu juga dengan kebijaksanaan pemerentah mereka mengeksploitasi sepenuhnya sumber keindahan alam semulajadinya dan warisan sejarah tamadun negara mereka untuk tujuan pelancungan. Saya rasa sektor pelancongan mereka saja menyumbangkan berbilion Euro kepada mereka dengan kedatangan pelancongan yang datang begitu ramai sepanjang yang saya lihat dalam lawatan ini. Di negara kita masih banyak lagi alam semulajadi yang tidak kita eksploitasi sepenuhnya bagi menarik pelancung dan promosi yang kreatif.

Mendaki sedikit utk sampai ke
kemuncak Mount Titlis. Lihat
lah pemandangan dibelakang..
Saya rasa pengalaman melawat negara berkenaan amat berguna sekali kepada saya yang tidak pernah melawat negara-negara Eropah ini. Kata orang perak sikit.. tak apalah 'perak' pun 'perak' lah. Terima kasih yang teramat sangat kepada Kerajaan Negeri yang membenarkan lawatan ini. Sudah lebih 26 tahun saya bekerja inilah satu-satunya lawatan kerja yang saya rasa amat berharga dan berguna pada diri saya. Saya amat menghargainya…

Dari lawatan ini barulah saya rasai sendiri akan perbedaan yang begitu nyata dengan negara kita dalam pelbagai aspek.. Melihat kepada disiplin diri mereka, mematuhi arahan-arahan pihak berkuasa mereka, mementingkan kualiti , menghormati orang, mementingkan kebersihan dan keindahan maka tidak hairanlah negara mereka boleh menjadi negara maju. Kehidupan mereka memang mewah . Nilai matawang mereka memang tinggi. Tamaddun mereka juga lebih awal sejak berkurun lamanya. Pokok pangkal kepada perubahan-perubahan yang mereka kecapi ini ialah terletak kepada sikap dan watak setiap individu rakyatnya. Walaupun mereka bukan Islam tetapi saya kagum dengan tahap kesedaran mereka yang tinggi dalam pelbagai aspek.


Sepanjang perjalanan dari Prato Itali ke Swiss macam ni
lah keadaannya...  sungguh mengasyikkan...
 Melihat kepada penggunaan tanah mereka sahaja saya sudah merasakan memang hebat. Tidak ada penerokaan haram tanah-tanah yang luas terbentang itu. Rumah-rumah mereka walau selekeh manapun sebahagian besarnya mesti ada lanskap yang elok dan bersih, dan ada bunga-bungaan lagi. Amat jarang terjumpa gerai-gerai tepi jalan yang menyakitkan mata memandang dan pengotor seperti yang terdapat disebahagian tempat di negara kita..

Semua rakyat kena patuh setiap arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Amat jauh sekali dengan ‘attitude’ dan cara orang kita menghormati undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Undang-undang yang ada dinegara kita sebenarnya lebih dari mencukupi… Sebab itulah kita gagal membentuk sebahagian kecil rakyat kita yang benar-benar menghormati undang-undang dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, mementingkan kebersihan, keindahan atau kecantikan, menghormati perasaan orang lain dan sebagainya.Perbandingan yang kemukakan ini bukanlah bermaksud tidak ada orang seperti itu tapi amat kurang sekali.. Kalau adapun tenggelam begitu sahaja. Perbandingan yang saya buat ini juga bukannya bermaksud tidak ada yang baik pada masyarakat kita, banyak juga yang amat baik, dan bukannya tidak ada yang tidak baik pada orang Eropah seperti kebebasan seks dan moral mereka. Namun tidak salah rasanya kalau kita mengambil perkara-perkara yang baik yang ada pada mereka untuk kita tiru asalkan tidak bertentangan dengan agama.

Inilah cabaran besar yang perlu dihadapi oleh pegawai-pegawai kerajaan seperti saya dalam menguruskan sumber manusia. Lawatan ini memberi lebih semangat pada saya untuk meningkatkan lagi usaha kearah memperkasakan lagi negeri Kedah DA melalui usaha-usaha kreatif dan proaktif di jabatan yang saya terajui sekadar kudrat dan kemampuan yang ada.

Ok , ‘ sindore sindori’ jumpa lagi …ni mula dok teringat fasal kerja pula ni… dah ‘release tension’ .. masa dok taip ‘part’ terakhir ini saya dalam perjalanan pulang dari Zurich ke Singapura. ‘Boring’ duduk lama sangat sampai lebih 11 jam.. Tapi saya berpeluang menaiki kapal terbang penumpang yang terbesar dan terbaharu sekali Boeing A380-800 2 tingkat kepunyaan SIA yang boleh memuatkan 471 penumpang dan boleh ditingkatkan kepada 800 penumpang melalui pengubahsuaian dalaman. Bayangkanlah nak angkat pesawat ini berapa banyak kuasa jet yang perlu digunakan… satu ciptaan manusia yang amat mengkagumkan….
ok..itu saja kali nanti saya coret lagi....  boleh layari gambar-gambar pengembaraan saya ini dalam facebook saya ... klik saja di sini:    http://www.facebook.com/asredha?sk=photos
asriredha
teratak kasih alor setar


01 July 2011

PERHIMPUNAN "BERSIH" YANG TIDAK BERSIH...

Klik saja di bawah dan anda akan dapat baca pandangan saya dalam hal ini......

http://beritakcs.blogspot.com/2011/06/bersihkah-bersih.html
asriredha teratak kasih alor setar

24 May 2011

Wajarkah seorang Menteri membuat tuduhan seperti ini..

Kadang-kadang saya amat sedih, bila terlalu taksub sangat marah kat negeri Kedah  dibawah kerajaan Pakatan Rakyat maka ada Menteri yang sanggup membuat tuduhan yang melulu tanpa usul periksa duduk perkara sebenarnya.  Benda yang tidak pasti tidak sepatutnya dibuat kenyataan kerana beliau seorang Menteri.. Cakapannya perlu ada fakta.. bukan boleh dok bercakap macam  orang politik cakap...  Beliau  sendiri mengaku belum  menerima laporan terperinci dari JKR.. hanya dapat maklumat dari orang politik yang kehabisan modal.  Maknanya tuduhannya adalah fitnahlah semata-mata.

Habis tu kalau dah tidak dapat laporan terperinci yang dok kalut nak buat kajian mekanisma baru agihan duit penyelenggaraan jalan tu kenapa... jangan samakan semua negeri pembangkang sama saja perangainya ..  kenalah gunakan akal budi yang ada...... janganlah dok rangkum semua sekali.

Saya tak nampak kat mana JKR negeri guna duit penyelenggaraan jalan JKR untuk bina jalan-jalan kampong. Kalau PBT bina ada. Yang lain banyak dibina oleh Pejabat Pembangunan Negeri Kedah. Saya sendiri pernah terlibat secara langsung buat jalan2 Kg masa BN perintah dulu..  Saya  rasa takkanlah JKR sebegitu tak reti  sangat nak guna duit penyelenggaran jalan untuk buat jalan-jalan kampong...  Takkanlah dia tidak tahu kegunaan wang yang diperuntukkan..... 

Tapi pada saya kalau buat jalan kampong apa salahnya kerana yang nak guna tu orang kampong kita juga... tidak kira apa parti yang mereka anuti..  tak rugi apa pun....

asriredha
teratak kasih
alor setar

06 May 2011

CUKAI TANAH ......WAJARKAH DIPOLITIKKAN

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak kesal dan terkilan dengan keputusan tersebut kerana kerajaan negeri seolah-olah tidak menghargai segala pengorbanan UUM yang menyumbang ke arah pembangunan akademik dan sosioekonomi setempat.

Namun pihaknya tiada pilihan selain menjelaskan bayaran dan jika boleh, ia dibuat secara ansuran.

“Kami terpaksa membayar jumlah itu sebab ini sudah kali kedua ditolak selepas 2009 dan kita tidak bercadang nak merayu lagi dalam tempoh terdekat.

“Nak rayu apa kalau kepada orang yang sama, tapi kalau tukar kerajaan mungkin kita akan rayu,’’ katanya.

KOMEN ASRI REDHA


Terpanggil saya untuk turut serta dalam polemik berkenaan isu cukai tanah ini.... di atas adalah keratan akhbar pada hari ini...  'comfirm' dah Kerajaan Negeri tidak akan pertimbangkan tuntutan mengurangkan cukai tanah yang ditetapkan...sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam pentadbiran tanah negeri Kedah, saya rasa wajar untuk memberikan sedikit pandangan berhubung isu ini.

Tidak timbul kerajaan negeri tidak menghargai peranan UUM di Kedah... Ini soal cukai tanah .. adalah tidak kena mengena  langsung.... ..   Hubungan kerajaan negeri dengan lain-lain agensi kerajaan persekutuan berkenaan dengan cukai tanah ini tidak timbul langsung  isu patut ka atau tidak patut bayar tanah. Malahan setahu saya KPTG  sentiasa berhubung rapat dengan PTG Kedah supaya cepat-cepat hantar tuntutan cukai tanah bagi tanah kerajaan persekutuan yang ada hakmilik di Kedah bagi membolehkan cukai tanah dibayar segera. Kadarnyapun bukannya semurah yang dikenakan kepada UUM hanya RM0.30 sahaja. Sedangkan tanah-tanah berhakmilik atas nama KPTG dikenakan cukai tanah RM0.55 semeter persegi... Sudah berpuluh  juta Kerajaan Persekutuan bayar cukai tanah pada Kerajaan Negeri yang boleh diibaratkan pemberian bapa kepada anak  saja... Tidak timbul apa-apa masalahpun .. Malahan UITM Merbok sendiri bayar cukai tanah lebih tinggi kadar nya dari UUM dan bayar awal pula tu...    Awat 'sengkek' sangat ka UUM ni. Tanah adalah bidang kuasa negeri, jadi terpulancglah pada kerajaan negeri untuk mengenakan cukai sebagai sumber pendapatannya. Kerajaan negeripun tidak pernah kacaupun kuasa kerajaan persekutuan seperti menaikkan tol, cukai jalan, naik harga minyak, naikkan cukai itu dan ini... sebab sama-sama memahami kuasa-kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan.

Bagi penjawat awam persekutuan dan negeri yang memahami tanggungjawab membayar cukai insitusi yang mereka terajui maka mereka laksanakanlah tanpa apa-apa persoalan. Masukkan dalam bajet tahunan.. dan bayar.. selesai masalah.. lagipun bukan bayar kepada sapapun kepada kerajaan juga... yang mana duit itupun nanti akan digunakan untuk rakyat juga.. bukannya nak bermewah-mewahpun macam sektor korporat..

Untuk makluman GLC kerajaan negeri pun bayar cukai tanah ikut jenis kegunaan tanah kalau depa ada tanah yang diberi milik. Begitu juga PBT yang juga institusi paling rapat dengan kerajaan negeri yang juga paling banyak membantu kerajaan negeri berbanding dengan UUM  masih juga dikenakan bayar cukai tanah kepada kerajaan negeri kalau ada tanah yang dikeluarkan geran kepada mereka. Ikut harga pasaran pula tu...  Kalau ikut pilih kasih.. lebih baik PBT, PKNK, dll GLC tak payah bayar cukai tanah.
Sepatutnya UUM memahami akan masalah negeri Kedah ini.. Bukannya mereka tidak tahu...Kerajaan negeri tidak banyak sumber kewangan yang boleh diperolehi.  Hanya cukai tanah sahaja sumber terbesar kerajaan negeri.  Nak harapkan sumber hutan .. macam-macam tekanan diberikan oleh kerajaan Persekutuan melalui peruntukan undang-undang yang yang tidak membolehkan kerajaan negeri menggunakan hasil mahsulnya dengan sebebas-bebasnya. Namun kerajaan negeri tidaklah bertindakbalas sedemikian rupa hingga menjejaskan hubungan antara kerajaan persekutuan dengan negeri. Itu kerja budak2.


Sebagai sebuah Universiti yang mempunyai pakar dalam pelbagai bidang , takkanlah hal-hal seperti ini tidak dimasukkan dalam perancangan mereka..   Toksah dok buat malu kat student dan rakyat .. UUM TIDAK CUKUP DUIT ... TERPAKSA BAYAR ANSURAN.... ..   Awatlah jadi lagu tu...  Bayar sahajalah Dato'  Prof ...   Takkan nak pi mengadu lagi kut kat Perdana Menteri pula kut..    Nanti PM tidak tahu cerita sebenar .. buat kenyataan lain pula.... perkara-perkara seperti ini tidak sepatutnya dibawa keperingkat menteri pun...  Ini seolah-olah menunjukkan NC ni tidak berkemampuan untuk memimpin sebuah universiti..    Segala-galanya hendak dipolitikkan.....

UUM ada pakar dalam pelbagai disiplin ilmu.. takkan perkara remeh seperti ini hendak diperbesar-besarkan.. Takkanlah tidak boleh membuat perancangan menyeluruh untuk jangkamasa pendek dan panjang. Samalah dengan perancangan pembangunan ... sepertimana persediaan infrastruktur dalam sistem pepaipan  air dalam kampus.  Patutnya dirancang bersesuaian dengan peningkatan  mendadak warga kampusnya yang telah tersasar jauh berbanding jangkaan awalnya. Bila bangkit isu ini.. UUM nak berniaga pula bekal air bersih kepada Kerajaan Negeri... Nak bayar cukai tanahpun tidak cukup duit nak berniaga pula yang kosnya bukan murah... Perkara ini sebenarnya ada penyelesaiannya. .. tapi itupun hendak dijadikan isu politik.. Pelik sungguh saya rasa VC ini .. Mungkin dia orang politik kut...   Sudahlah.. tumpukan kepada kecemerlangan akademik UUM dulu... yang khabarnya semakin menurun disebabkan proses kemasukan  pelajarnya yang terlalu mudah ...



asriredha
teratak kasih
alor setar