12 September 2023

Masjidil Haram & Masjid Nabawi : Tak Jemu Aku Datang

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 10 September 2023


Assalaamualaikum WRT..  Selamat Pagi..  Apakhabar semua? Saya sudah mandi dan minum coklat panas dan sekarang sedang berhadapan dengan desktop untuk menggodam keyboard komputer ini kembali...

Saya ingin menyambung kembali  berkenaan ziarah saya ke Turkiye (Istanbul dan Bursa) , Madinah dan Mekah) Cerita fasal ziarah Istanbul dan Bursa sudah saya ceritakan sebelum ini ... Boleh refer link dibawah ini jika belum membacanya.. klik saja



Pagi ini catatan saya  berkenaan perjalanan seterusnya ke Kota Madinah dan Kota Mekah.. Kota yang sampai bila-bila tetap menjadi pujaan hati ku, dan kalau boleh nak pergi lagi jika ada kelapangan, kesihatan yang baik dan yang penting ada fulus.. Arab Saudi sebenarnya bukannya negara yang menjadi tumpuan pelancong.. Bukan ada apa disana selain Mekah dan Madinah.. kering kontang.. panas gila kat sana..lanskap pun tidak menarik, tapi kerana ada Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Kota Madinah... berjuta-juta orang dari segala pelusuk dunia datang ke Arab Saudi setiap bulan.. , Kerajaannya tidak perlupun belanja yang banyak untuk mempromosikan  negaranya berbanding negara lain seperti Malaysia.. tapi orang tetap datang ke Arab Saudi.  Sepatutnya Kerajaan Arab Saudi menyediakan lebih banyak kemudahan untuk pelancongan agama ini bagi memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang silih berganti dan berulangkali.. yang membantu sektor pelancongannya. Antara perkara yang perlu perhatian Arab Saudi ialah di pintu masuk ke Arab Saudi. perlu cepat diproses kemasukan pelawatnya  sepertimana sekarang ini yang agak lama menyebabkan masa dihabiskan di Airport, kawalan harga barang di Mekah dan Madinah, kawalan harga bilik-bilik penginapan yang harganya tinggi sangat dan tidak munasabah, kawalan harga pengangkutan awamnya yang agak mahal, kawalan harga barang makanan yang mahal gila dan layanan petugas-petugas agar lebih mesra sikit, serta kemudahan R & R yang lebih baik sepanjang perjalanan dari Mekah-Madinah  dan sebaliknya. Sistem pengangkutan awam disekitar kota Mekah perlu ditambah baik seperti penyediaan tram bandar yang memudahkan jemaah yang tinggal jauh dari Masjidil Haram. Kerajaan Arab Saudi boleh buat, sebab mereka ada duit banyak.. Bayangkan jika semua hotel2 yang agak jauh terpencil dari Masjidil Haram dihubungkan dengan sistem tram ini.. Jadi tidaklah terok sangat untuk jemaah berulang-alik ke Masjid dan kos penginapan yang lebih munasabah pada jemaah yang tidak kaya.


Sayapun tidak faham kenapa tempat-tempat bersejarah berkaitan Rasulullah dan sahabat2 Rasulullah tidak diberi nafas baru dengan lanskap yang menarik dan kemudahan untuk naik ke tempat tersebut. Kadang2 macam terbiar begitu dengan segala macam kotoran dan sampah yang dapat dilihat dengan jelas.. Masjid2 yang ada nilai sejarah pun tidak terjaga elok dan cantek sepertimana di Turkiye. Memangnya kalau tidak dibuat elok-elok pun orang tetap melawat juga sebab bagi yang datang dari pelusuk dunia , tentunya teringin nak tengok  Gua Hira' di Jabal Nur, Gua Tsur di Jabal Tsur, Jaaranah,  Bukit Uhud, Hudaibiyah, masjid-masjid2 yang berkaitan  sejarah zaman Rasulullah dan sahabat yang masih ada hingga kini dan berpuluh tempat yang mempunyai nilai sejarah Islam  dan ada cerita tersendiri..  Semua tempat-tempat tersebut menjadi tempat yang selalu  diziarahi oleh jemaah yang datang ke Mekah dan Madinah .. 

Ada yang ditetapkan dalam pakej dan ada ziarah tambahan yang berbayar.  Kalau di negara luar contohnya macam di Thailand atau Korea  Selatan pastinya tempat tersebut sudah jadi pekan kecil atau pekan  besar disitu disebabkan ada satu-satu produk pelancongan di situ.. Tapi di Arab Saudi , tidak terjadi begitu.. Ada juga lah saya tengok kat Jabal Tsur, kerajaannya buat bangunan2 disitu ,tapi usang dan tidak berfungsi sepenohnya.. Kedai-kedai makan dan cenderamata pun tidak banyak ... tandas pun ada yang ditutup.. Kalau dilihat dari pengunjung yang datang beribu-ribu setiap hari..Ia boleh memberi pendapatan kepada penduduk tempatan.. atau orang Arab Saudi  ini kebanyakannya kaya-kaya dah kut. 

Tapi sebelum saya meneruskan cerita di Medinah dan Mekah ini, saya perlu perbetulkan niat saya dulu. Saya menulis tentang perjalanan ini, adalah  sebagai catatan untuk rekod dan ingatan semata-mata dan mungkin juga boleh  menjadi panduan pada sesiapa sahaja yang hendak pergi mengerjakan haji atau umrah.. Tidak ada terlintas langsung untuk menunjuk-nunjuk kata saya boleh pergi ke Mekah dan Madinah.. Tidak boleh ada sikitpun perasaan riak atas kejayaan pergi ziarah Madinah dan buat Umrah di Mekah. Kita pergi ke sana untuk bertemu Rasulullah SAW dan juga mengabdikan diri sepenohnya kepada Allah SWT  di Mekah di samping untuk mengambil sebanyak mungkin pahala bila mengerjakan apa-apa ibadat dan perkara kebajikan yang buat di Mekah dan Madinah. Kalau ada perasaan riak dan perasaan nak menunjuk-nunjuk kemampuan kita , maka akan kuranglah pahala-pahala yang kita kutip di sana.. Siapalah diri kita  dihadapan Allah SWT....  

Sesiapa sahaja yang pergi ke sana , mesti ada niat  untuk menyucikan diri dari segala noda dan dosa..Kita memang banyak dosa..  Kita hendak  mohon Allah SWT terima ibadat dan kerja baik serta mengampunkan segala dosa kita akibat  kealpaan, keburukan dan kelalaian  yang kita buat sebelum ini..  rugi sangat la kalau kita pergi tanpa dapat apa-apa ganjaran pahala yang dijanjikan.. habis duit dan tenaga sahaja. Sebab itu di sana kena jaga tingkah laku kita, jaga pergaulan kita, jaga niat kita, jaga percakapan kita dan segala macam pantang larang yang ada.. 

Saya pernah ceritakan banyak berkenaan Mekah dan  Madinah dalam catatan-catatan sebelum ini seperti mana link dibawah ini..  kalau belum baca  dan berminat klik sahaja kat situ... ada macam-macam cerita dan panduan saya paparkan :


 Untuk catatan kali ini, saya hanya menyentuh perkara-perkara baru yang boleh saya ceritakan yang mungkin boleh menjadi panduan sahabat-sahabat dan mengimbau kenangan sahabat-sahabat yang pernah buat umrah atau haji . Tak banyak perubahan sangat kota Mekah dan Madinah  semasa saya datang dahulu mengerjakan Umrah dan  Haji.. Jadi catatan-catatan tersebut rasanya masih releven lagi... ...


Perjalanan dari KLIA ke Istanbul International Airport mengambil masa lebih 10 jam. .. Ziarah di Istanbul/ Bursa selama 3 malam 4 hari. Dari Istanbul International Airport ke Lapangan Terbang Madinah pula mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan menaiki flight Turkiye  yang lebih kecil. 

Madinah.. Kota Nabi

Ziarah ke Kota Madinah agak mencabar sikit kali ini kerana suhu terlalu panas hingga mencecah 45'Celcious.. Bahang panas memang terasa sangat.. Sudah tentu bila berada di Kota Madinah ini perkara utama yang menjadi tumpuan ialah beribadat di Masjid Nabawi dan  menziarahi Maqam Rasulullah SAW,  sahabat Nabi Khalifah Umar Al Khatab RA dan Khalifah Abu Bakar As Siddiq RA dan seterusnya masuk ke Raudhoh atau  Ini wajib .. kalu tidak pergi macam tak cukup syarat pula ziarah ke Madinah ni.. Untuk menziarahi makam Rasulullah dan sahabat Nabi, tidak ada masalah sangat.. tapi itupun pengawal yang dok jaga kat situ, tak bagi peluang langsung kita berhenti sebentar depan maqam,. Hasrat nak baca doa panjang sikit dan sampaikan salam diri dan sahabat2 kat maqam tu habis berterabur.. Last sekali hanya  baca doa kat luar masjid juga.. dia suruh kita lalu saja dan terus keluar.

Untuk masuk ke kawasan Raudhoh dalam Masjid Nabawi yang menjadi idaman oleh setiap jemaah   ini, sekarang ini sudah ada peraturan baru.. Tak macam saya datang sebelum ini.. jemaah  berebut-rebut nak masuk dan terpaksa menunggu begitu lama dalam kesesakan yang terlampau.. Kalau tidak tahan , pakai tak masuk la ke Raudhoh..  Penguasa Masjid Nabawi mewajibkan semua jemaah kena 'download' aplikasi NUSUK dari  Play Store .. Melalui aplikasi ini pihak berkuasa Masjidil Haram akan buka dari masa semasa dalam aplikasi tersebut bila boleh daftar masuk dalam aplikasi  tersebut. Kita kena selalu buka aplikasi ini , takut terlepas waktu.  Dia akan beri tempoh  masa tertentu dan kekosongan yang ada dalam aplikasi tersebut.. Bila dah dapat tempat untuk masuk ke Raudhoh, kita cuma tunjukkan saja dalam telefon kita pada pengawal yang bertugas dipintu masuk.. Rombongan kami  secara kebetulan, pihak Andalusia dan Muasassah telah ator secara group lebih kurang 300 orang untuk masuk ke Raudhah. tapi dapat waktu betul-betul selepas sembahyang zohor.. tengah kemuncak kepanasan 45'C. Tapi untuk jemaah  lelaki sahaja.. Sebelum boleh masuk ke Raudhoh, terpaksa beratur juga di tengah-tengah panas matahari.  ..  Nasib baik bawa kain sejadah..  boleh buat lindong kepala. Kalau tidak saya surender awal..  memang tak tahan.. dekat 45 minit juga dok berdiri tengah panas tu.. sebelum boleh masuk ke khemah yang disediakan..  tapi saya tengok jemaah lain,  macam biasa aje..  lemah sungguh saya ni..

Kaum wanita tidak pulak diator untuk group Andalusia ini oleh pihak Muasasah. Jadi mereka kena masuk melalui aplikasi NUSUK juga... jadi ada kalangan ahli jemaah group saya tidak dapat masukpun ke Raudhoh.. Itu yang amat mengecewakan mereka. Pihak syarikat  penganjur umrah perlu buat sesuatu untuk bantu ahli jemaah agar semua yang  datang ke Masjid Nabawi ini dapat masuk ke Raudhoh , sekurang-kurangnya sekali. Bantu mereka menggunakan aplikasi tersebut agar boleh masuk dalam group-group kecil jemaah yang ada terutama kaum wanita.. Bagi jemaah yang pertama kali datang mengerjakan umrah dan ziarah ini, tentunya  terkilan yang amat sangat. 

Hotel penginapan yang disediakan oleh pihak syarikat, tidaklah jauh sangat dari  Masjid Nabawi.. Saya tinggal di View Hotel.  Dalam 5 ke 10 minit sudah boleh sampai ke kawasan Masjid. Cumanya hotel ini bukan sepertimana hotel asal yang dijanjikan oleh syarikat penganjur. Katanya hotel ini baru beroperasi semasa musim Haji yang lepas..Nampak macam 5 star, tapi perkhidmatan tak la macam 5 star. Wi Fi dibilik2 hotel tidak ada. Cuma ada di lobby sahaja.. tapi teramat perlahan..  Penyediaan makanan sederhana sahaja.. Bolehlah makan untuk mengalas perut .. Tapi saya kerap beli makanan kat restoren yang ada sekitar hotel.. tapi harganya.. mahal gila.  Makan burger kat McD sahaja satu set lebih kurang SR35 

Lawatan tambahan ada juga diaturkan oleh syarikat penganjur,  tapi berbayar lebih kurang SR70. Antara tempat lawatan ialah masjid-masjid yang ada nilai sejarah, , beberapa telaga yang ada ceritanya , ladang kurma,  perkampungan uhud dan lain-lain lagi. Pada kali ini saya tidak join lawatan ini, kerana keletihan sikit.. tumpu kat Masjid Nabawi sahaja.. Lagipun sebelum ini sudah pernah melawat beberapa tempat yang dimaksudkan itu. 

Satu perkara yang saya rasa perlu perhatian syarikat penganjur umrah atau mutawif , perlu pastikan dalam apa keadaan sekalipun,  jemaah dibawah pengurusan,  sembahyang fardhu perlu di beri perhatian terutama pada jemaah baru datang dan yang biasa datang pun sama. Sebagai contohnya semasa tiba di Madinah.. jemaah difahamkan boleh sembahyang di surau dalam airport.. tapi  bila sampai airport  jemaah hilang arah  dan   dikehendaki segera berada di bus yang menanti kerana katanya tidak boleh tunggu lama.  Yang mana ahli rombongan, yang takut ketinggalan dan kelewatan bergegas ke bas yang sedang menanti... mutawwif pun tidak kata apa-apa suruh sembahyang dulu atau macam mana. Mutawif pun tidak ada kat bas . Pada anggapan ahli rombongan mungkin sedang menguruskan jemaah yang belum selesai  di Imigresen  Jadi ramai pergi ke bas dengan harapan nanti bas boleh berhenti dimasjid berdekatan jika dijangka lewat sampai ke hotel. Lama juga duduk menanti dalam bas.. Sebahagian besar ahli rombongan sudah ada atas bas, tapi ada sebahagian kecil belum ada atas bas, bila datang, mereka kata pergi sembahyang dahulu .  Malangnya bas tidak berhenti dimana-mana  masjid dan terus ke hotel dan sampaipun sudah masuk waktu maghrib.. Jemaah terlibat terkilan amat-amat sangat dan rasa berdosa amat sangat kerana tertinggal 2 sembahyang waktu.. (Patut sembahyang Jamak Takkhir) .  Jenoh bertaubat dan kadha sembahyang tertinggal tersebut. Semoga Allah SWT menerima sembahyang kadha kami tersebut  dan mengampunkan segala dosa kami atas  kecuaian yang tidak sepatutnya berlaku jika disusun ator dengan baik.. Untuk penambahbaikan, mutawif yang bertugas perlu memberi pemakluman yang jelas mengenai perkara ini, kerana ini melibatkan perkara dosa pahala.

Satu lagi ialah berkenaan sembahyang waktu di atas kapalterbang.. Para ahli rombongan sudah pasti tidak tahu bila masuk sembahyang waktu bila ada atas  kapalterbang kerana ia mengikut negara yang dilintasinya ., terutama dalam masa lebih 10 jam penerbangan yang melibatkan sembahyang Subuh.. sebab sembahyang Subuh tidak ada sembahyang Jamak.  Hanya Mutawif yang mengetahuinya kerana mereka selalu berulang-alik ke Arab Saudi dan boleh mendapat maklumat dari pihak staf kabin/pilot  penerbangan. Saya tidak pasti sepanjang kami pergi dan balik  KLIA - Istanbul, Istanbul -KLIA ada termasuk waktu subuh..  Kalau tidak ada lega rasanya.Tapi yang penting untuk penambahbaikan, mutawif yang bertugas perlu memberi penerangan yang jelas mengenai perkara tersebut.

Haramain High-Speed Railwah (HHR)

Perkhidmatan baru yang saya cuba dalam ziarah kali ini ialah menggunakan Keretap Laju dari Madinah ke Mekah. Saya tidak pernah lagi guna perkhidmatan ini. Sebelum ini guna bas sahaja ... Tapi pengalaman sebelum ini, saya dapati leboh raya Madinah Mekah ini , kurang tempat perhentian yang lengkap, seperti mana R & R Leboh Raya Utara Selatan kita.. Kurang selesa sikit..  Tak taulah kut sekarang ini dah berubah..  Tapi bagi saya dan jemaah yang ada masalah2 kesihatan ini, elok sangat lah naik Keretapi Laju ni.. Memang laju mencecah 300 km sejam.. Laluan sejauh 450 km. dan memang selesa.. 

Untuk jemaah yang akan datang yang hendak menggunakan perkhidmatan train ini, sebenarnya mudah sangat ambil tiket melalui online  sahaja..  Saya pesan begitu kerana saya ambil tiket melalui syarikat, yalah tidak biasa, nak beli macam mana, nak pi ke stesen nanti macam mana, dari stesen ke hotel di Mekah pula nak naik apa dan sebagainya.. Sebenarnya mudah sangat ... Tapi oleh kerana saya menggunakan perkhidmatan syarikat untuk urus semua itu banyak la juga belanjanya..  lebih kurang RM600.00 / RS482 seorang .. Lengkap dihantar dari View Hotel ke Stesen Keretapi dan ada pengiring  dan  dari Stesen Keretapi Mekah ke Hotel Aloyan juga lengkap dihantar dengan Teksi yang ditempah dan ada pengiring sampai masuk Hotel di Mekah.. memang mudah kan.. 

Tapi bila saya dah lalui sendiri pengalaman tersebut, saya lihat tak ada masalah kalau urus sendiri, untuk pergi menggunakan perkhidmatan keretapi laju ini .. Mutawif disanapun boleh  atorkan pembelian tiket dan untuk pergi ke stesen, ambil teksi sahaja .. lebih kurang 20 minit  sahaja perjalanan dari Hotel ke Stesen .. Tambang Keretapi lebih kurang SAR173/lebih kurang RM216  sahaja untuk kelas ekonomi. Kalau kelas business SR288 /lebih kurang RM358  sahaja sehala (saya refer dalam website berkaitan).. Tidaklah mahal sangat berbanding beli melalui orang tengah .. Rasa rugi pula bila saya beli awal melalui syarikat.  Cuma tambang teksi dari Hotel Madinah ke Stesen  keretapi dan dari Stesen keretapi ke Hotel di Mekah sahaja kena pandai tawar-menawar..  Kalau kita tak tau harga yang standard  takut  kena tipu saja.. Pak Arab ni bukan boleh dipercaya sangat..  Kena banyak tanya beberapa teksi yang ada sekitarnya sebelum putus ambil. So pada sahabat yang akan pergi nanti dan nak guna perkhidmatan train laju, saya cadangkan beli sahaja secara online dan tidak ada apa-apa masalah pun.. In Sya Allah. segalanya Allah SWT akan mempermudahkan segala urusan kita.

Masjidil Haram.


Di Mekah kumpulan jemaah umrah saya ditempatkan di Hotel Olayan Al Haram.. yang terletak kira-kira 350 meter atau 10 - 15 minit perjalanan sahaja ke Masjidil Haram.. Oklah tak jauh sangat..  cumanya jalannya tak rata.. kalau rata senang nak bawa jemaah yang kurang upaya guna kerusi roda... Sebab itu saya tengok banyak juga kerusi roda yang rosak tayarnya.. sebab tolak atas jalan tar yang tidak rata..  cuma servis hotel agak kurang memuaskan.. seminggu duduk kat hotel tu , depa tak mai sekalipun  servis bilik ..  sabun , tissue,  tuala mandi  dll pun kena minta selalu , bukannya  hotel hantar secara tetap seperti mana perkhidmatan hotel sepatutnya... saya tidak pasti..adakah itu caranya servis hotel tersebut..  Ataupun itu caranya kut hotel dapat mengurangkan kos dan  dapat memaksimakan  keuntungannya. Kalau benar maka hasil tu tak halallah .. Makanan memang terbaik, kena selera dengan orang kita

Saya tidak mahu cerita panjang fasal buat umrah di Mekah ni , kerana banyak dah kita baca dalam media-media sosial  dan saya pun banyak juga catat dalam blog sebelum ini seperti mana link yang saya diberikan diatas tadi.


Cuma satu pengalaman baru yang saya alami ialah untuk membuat tawaf, tidak lagi boleh sebebas-bebasnya seperti dulu.. Dulu terasa nak pi buat tawaf sunat atau apa-apa jenis tawaf  atau hendak duduk bersembahyang dekat dengan kaabah iaitu dalam kawasan dataran Kaabah itu, boleh sahaja masuk terus. Sekarang ini tidak dibenarkan sebebas itu lagi ... Hanya jemaah yang berpakaian ihram sahaja dibenarkan.. Kaum wanita beruntung sedikit.. kerana pakaian biasa boleh masuk ke dataran Kaabah tersebut. Mungkin untuk kawal daripada terlalu banyak jemaah berada didataran Kaabah tersebut. Kalau nak tawaf keliling Kaabah tanpa pakaian ihram, boleh sahaja didalam kawasan berbumbung , tapi jaraknya berkali ganda juga .. Saya juga telah mencuba guna 'scooter' elektrik untuk Tawaf  dan Saii di aras 3, Mataf..'.. Memang selesa banyak guna 'scooter' , tak gaduh bertolak-tolak dengan jemaah terutama masa Tawaf..  tapi pengorbanannya kena sewa,  banyak RS juga ... Ada dua jenis scooter itu jenis satu tempat duduk, dan dua tempat duduk.   Apa2pun yang lebih afdzal tawaf dan  saai ialah dengan berjalan kaki juga..  


'Tower Crane' ada merata di Masjidil
Haram., menunjukkan proses 
pembaikan dan pembesaran Masjidil
Haram masih giat dijalankan.

Pembangunan fizikal Masjidil Haram masih lagi berlaku.. Sejak 10 tahun yang lalu sewaktu saya datang umrah, proses pembesaran masjid sedang berjalan.. hingga sekarang tak selesai-selesai lagi..  Banyak tempat masih ditutup , dan kadang-kadang tempat yang selalunya kita boleh nampak Kaabah secara terus walaupun duduk jauh dalam masjid tersebut tapi telah terlindung dengan penutupan yang dibuat.. sentiasa kedengaran jentera-jentera pembinaan , cuma berhenti waktu sembahyang waktu sahaja.. Banyak pintu-pintu masjid masih ditutup untuk kerja-kerja pembinaan.. Tingkat atas sekali (bumbung masjid )selalunya ramai jemaah duduk diatas, kerana boleh melihat kaabah ke bawah, tapi sekarang , tak boleh lihat langsung, kerana dilindungi oleh papan plywood untuk kerja pembinaan yang sedang berjalan.. Walaupun diatasnya sebahagiannya dibuka untuk jemaah naik bersembahyang dan berikhtikaf. Saya naik juga sekali sekala, bila kena hambat ke atas, ketika waktu puncak yang terlalu ramai jemaah datang bersembahyang.. Masalah utama saya yang tidak suka naik atau duduk jauh kedalam sikit dalam masjid ialah , kekerapan buang air kecil..  Terpaksa cari tempat yang mudah keluar masjid dan dekat dengan tandas. Kalau hari Jumaat ( sembahyang Jumaat ) memang terpaksa sembahyang disebelah luar masjid sahaja.. Kalau dah masuk ke dalam , nak keluar jadi sukar, terutama ditingkat atas.. 

Oklah, nampaknya saya tidak mahu melanjutkan lagi cerita di Mekah, kerana macam saya sebut , cerita fasal manusia, kelaku manusia, fasal ibadat dan sebagainya dah saya ceritakan kat catatan2 sebelum ini.. 

Cuma satu keperluan penting yang pasti dicari-cari jemaah bila sampai di Madinah/Mekah, ialah perkhidmatan telekomunikasi.. atau mendapatkan rangkaian perayauan antarabangsa dan  internet.. 
Saya rasa bila pergi ke sana pakai sahaja talian disana, mudah sahaja untuk mendapatkannya kerana didepan hotel kadang-kadang ada kiosk syarikat2 telekomunikasi Arab Saudi yang membuka kaunternya untuk keperluan jemaah mendaftar talian tersebut. Hanya perlu kemukakan 'visa umrah' sahaja untuk didaftarkan. 

Satu lagi keperluan yang amat diperlukan ialah tempat dobi pakaian.. Jemaah terpaksa cari perkhidmatan dobi , walau mahal sikit di Madinah/Mekah..  Mungkin syarikat boleh atau atur siap-siap kedai dobi yang sesuai dan beri harga yang berpatutan..  taklah kena 'sembelih' dengan orang-orang Arab ni.  Jemaah-jemaah yang kadang-kadang terdesak terpaksa cari sendiri, dan pak arab pula ambil kesempatan..  

Ok itu sahaja catatan saya.. kalau ada rezeki dan kesihatan mengizinkan, In Sya Allah akan kembali lagi ke sini., dan saya doakan sesiapa yang membaca catatan saya ini, semoga akan dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik dan dapat ziarah  ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan Haji atau Umrah.. AAMEEN.


asriredha 
teratak kasih alor setar


GAMBAR-GAMBAR DI KOTA MADINAH DAN KOTA MEKAH

bergegas ke bas di Air Port Madinah,
untuk ke Hotel.. hingga terlepas 
sembahyang fardhu






Lunch ditepi kedai sahaja di Madinah.




berator lama ditengah panas terik 45'C
 .. sebelum boleh masuk ke Raudah. 

semua berdiri ditengah panas .. sebelum
dapat masuk ke Raudhah



Sebelum masuk ke Raudhah  kena tunggu disini pula

Barisan jemaah yang sedang menunggu hamba
Allah datang sumbang makanan dan minumun
dalam Masjid Nabawi.. 






Sampai dah di Stesen Keretapi 
Laju Haramain di Madinah..










Selesa didalam keretapi ini... Perjalanan dari
Madinah ke Mekah..


















Laluan ke Hotel Penginapan saya di
Hotel Olayan Al Haram




bas yang disediakan memang selesa,
ada bilik air.














Shopping minyak wangi di Mekah

Tingkat atas bumbung masjid.. tapi 
dihadapan tu dibubuh pengadang,
tak boleh nampak Kaabah di bawah.
Kerja-kerja pembinaan sedang ber
jalan tak habis-habis lagi 



Lawatan  ke  Ala Moudi Museum
Makkah





Bersama sdr Zulkifli Hanafiah (suami ex staf Pn Suriani)
di Alamoudi Museum .. Selain depa, tak jumpa
langsung sapa-sapa yang saya  kenal dari Mesia.






Melawat Wadi Berkat Dato Ibu Hudaibiyah.. sebuah
ladang taman rekreasi  milik seorang usahawan dari 
Malaysia.disini disediakan makanan Malaysia... 
dan ada juga aktiviti berkuda, menunggang unta, 
memanah, taman kucing dan kambing dsbgnya


Nak makan daging unta, mai saja kat Wadi Berkat
ini.... Kalau kerinduan makanan Malaysia di Mekah
mai saja ke sini...





Santai-santai dalam restoran di Wadi
Berkat Dato Ibu Hudaibiyah



Naik skuter untuk tawaf dan saii..








tingkat 2 khusus untuk laluan scooter 
sahaja.. tapi banyak juga kerja-kerja
kontraktor kat sepanjang laluan ini.. 








Tunggu apa lagi.. shopping jubah laa

Depa kata air tebu di Mekah sedap,
sedap sangat.. try rasa la juga.
boleh tahan kesedapannya.. rasanya
dicampur dengan perasa lain..


Ramai rupanya orang yang memerlukan makanan
di Makkah.. Beratur panjang menunggu hamba
Allah yang bersedekah makanan.. Ada restoran
khusus yang sediakan pack makanan tersebut.
Sapa yang hendak bersedekah bagi duit sahaja 
kepada restoren tersebut.. Ada ditetapkan  harga
rahmah. 


Quran yang diwakafkan dihimpun disini, sebelum 
diagih-agih di dalam masjid atau ditukar gantikan







Ini pemandangan luar masjid, pada
malam Jumaat.

Hari Jumaat , pergi awal tapi dapat 
kat luar masjid saja.. Mudah nak 
pergi  Tandas.. Ni tengah berehat 
kat tandas bawah tanah

Saya amalkan pakai mask ini dimana
saja sepanjang masa  Alhamhulillah..
batuk dan demam  tak datang kacau.. 
Elok saudara yang pergi kesana nanti, 
pakai  mask sepanjang masa

kerja-kerja pembangunan Masjidil Haram masih
giat dilaksanakan ... Tak taulah bila akan siap
sempurna..  sentiasa sahaja ada penambahbaikan

Laluan berhadapan hotel penginapan. salah satu
laluan yang paling sibuk..


Group Jemaah saya juga mengambil 
peluang untuk bersedeqah makanan 
kepada jemaah yang memerlukan..
500 pack makanan nasi arab dapat
disediakan... 

Kutipan sumbangan juga digunakan untuk 
beli  kambing dan diagihkan daging kepada
jemaah dan penduduk kota Mekah disana








Sebelum balik ke Jeddah Airport, 
di Masjid ini untuk lunch.. Sunyi
saja masjid ini.. tidak ada orang





Set dinner kat Turkiye Airline..  



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.