Memberi ulasan & membuat analisa mengenai sesuatu peristiwa untuk maksud penerbitan diblog ini adalah sesuatu yang menyeronokkan. Lbh teruja lg kalau tulisan sensasi dibaca org ramai, mendapat reaksi positif & menjadi topik perbualan. Sudah pasti ianya akan menjadi kepuasan kpd penulis. Pandangan & ulasan saya dlm blog ini jika terkena & menyinggong perasaan sesiapa itu bukanlah niat saya.
01 October 2011
29 September 2011
29 September 2011
Hotel Amanpura, Sungai Petani
Catatan: Mohd Asri Redha
Hotel Amanpura, Sungai Petani
Catatan: Mohd Asri Redha
Hari ini telah dua hari saya menghadiri Seminar Pemantapan Integriti & Urus Tadbir Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, yang dianjurkan oleh INSPIN bersama dengan kerajaan negeri Kedah. Amat sesuai sangat seminar ini diadakan pada waktu ini terutama kepada pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Kedah DA. Sudah sampai masanya isu-isu integrity dan urus tadbir jabatan-jabatan kerajaan diketengahkan dengan lebih hebat lagi dikalangan penjawat-penjawat awam negeri Kedah ini. Kali ini melibatkan Pegawai Tadbir Negeri Kedah, Pegawai Tadbir Agama dan Penghulu-Penghulu Mukim.
Saya melihat betapa pentingnya hal-hal berkaitan ini diketengahkan bukan sekadar setakat pegawai-pegawai kanan sahaja yang perlu tahu, malahan semua warga kakitangan awam kerajaan negeri Kedah dari semua peringkat. Tidak ada gunanya diperingkat atas prihatin tapi diperingkat bawah pula tak tau apa yang dibincangkan dan hendak dituju. Bukan semua ketua-ketua jabatan yang ada boleh sampaikan balik apa yang diperolehi kepada anak-anak buah….
Berdasarkan tajuk-tajuk yang diketengahkan dalam bengkel ini saya rasa ianya menepati keperluan yang saya maksudkan. Saya akan cuba mengulas beberapa isu yang berkaitan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya terhadap isu-isu yang dibangkitkan. Tokoh-tokoh yang menyampaikan pandangan dan ceramah bukan calang-calang orang dan memang mereka berpengalaman dalam bidang masing-masing dan sewajarnyalah kita dapat mengambil pandangan mereka sebagai panduan dan rangka bertindak bertindak dalam jabatan masing-masing.
Ceramah oleh Ustaz Badli Shah bin Alauddin dari Jabatan Agama Islam Pahang bertajuk Jati Diri Penjawat Awam Bagi Pelaksanaan Berkesan Untuk Pencapaian Wawasan memang menarik perhatian saya dan terpegun dengan cara penyampaian oleh pegawai muda ini… Malangnya masa agak terhad untuk penjelasan lebih mnyeluruh. Ceramah beliau amat menarik terutama dengan membuat perbandingan dengan kajian-kajian penulis-penulis barat yang telah mengambil nilai-nilai hebat yang ada pada Nabi Muhammad SAW hinggalah mereka meletakkannya ke tahap yang begitu tinggi tanpa prasangka walapun mereka sendiri kekal dengan pegangan agama asal mereka. Orang Barat sendiri sudah memberi penghormatan yang tinggi kepada Nabi Muhammad SAW… maka sudah sewajarnya kita sebagai orang Islam lebih-lebih hebat lagi menyanjungi Nabi teragong kita ini dengan mengambil segala nilai-nilai yang ada pada nabi untuk diimplimentasikan dalam diri , keluarga dan kerjaya kita.
Orang Barat sudah mula meneliti akan isu-isu ketuhanan dalam pengurusan. Dalam menuju kecemerlangan disegala aspek cirri-ciri utama dalam diri Nabi Muhammad SAW perlu diterapkan dalam diri masing-masing.. Sebab itu perubahan sikap amat penting. Untuk merubah manusia dari kurang baik kepada baik dan lebih baik bukan perkara mudah. Inilah cabaran besar kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Kedah untuk membuat sesuatu bagi merubah sikap anak-anak buah. Pada masa yang sama bos-bos pun kena ubah sikap juga sebab bos-bos itupun manusia juga. Kita perlu mendapat kepercayaan orang. Untuk mendapat kepercayaan orang kita jangan berbohong….Nabi M\teratak kasih alor setar20 August 2011
17 August 2011
NiLAi SeKePiNG KaD RaYa
Boring pula duduk kat ofis ptg ni. Dari pagi tadi , tak keluar-keluar dok buat buat kerja.. sedar-sedar semua orang sudah balik...Petang ni lewat balik.. ada sikit masa ni.. dok belek-belek kad raya yang banyak dah saya terima...ada yang kecil, besar, ada yang wangi, ada yang mahal lagi canggih , ada yang ada lagu lagi dan macam-macam jenis kad..bila tengok banyak kad-kad yang orang hantar ni..rasanya popular pula... ada juga orang teringat kat saya yang kerdil ini...dapat banyakpun bukannya berguni-guni.. adalah sikit....Tentu nak kena belanja banyak juga nak tempah kad raya dan nak kena pos lagi. Sekarang ni duit setem sudah meningkat...maka banyak juga belanja tu.. Seingat sayapun dah lama tidak membeli kad raya. Bukan tidak mahu hantar kad raya sebagai ingatan sesama sahabat tapi dalam dunia teknologi yang semakin canggih ni.. ada banyak cara lagi kita menyuarakan atau meluahkan rasa kesyukuran kita dan memohon keampunan dari rakan taulan disamping bertanya khabar berita. Sekarang pakai hantar kad raya maya.. kad raya digital... Itu sebab semua orang kena ada akaun emeil sendiri. Kita dah tidak boleh lari lagi dgn perkembangan teknologi maklumat...
Tajuk cerita saya kali ini ialah nilai sekeping kad raya.. Terima kasih kepada semua yang menghantar kad raya kepada saya....susah-susah pula hantar...terima kasih sekali lagi..Apa yang saya nak bercakap ialah sejauh mana sekeping kad itu memberi kesan kepada penerimanya...Kalau kad itu yang personally dihantar maka akan adalah sedikit tulisan tangan yang disebutkan nama penerima dan adalah sikit-sikit ucapan yang ditulis disitu. Kad macam ini memang sahlah pengirim itu tahu dan ingat akan penerima yang akan menerima kadnya..penerimanya pasti amat menghargainya.. Kalau dia tidak balas pun dia akan telefon balik, atau sms balik kepada pengirimnya....kerana dalam banyak-banyak sahabat kat dia juga yang dingatnya.. tidak gitu saudara-saudara. Jadi kawan dan rakan yang ada fulus lebih sikit atau ada peruntukan khas jabatan elok beri perhatian tentang perkara-perkara sebegini. Kalau tidak tidak ada apa-apa makna kad itu.
Yang kurang disedari dan kurang diberi perhatian ialah kebiasaan menghantar kad raya melalui pembantu peribadi atau setiausaha. Ambil senarai nama dan alamat dari mana-mana opis kemudian pos pi. Kitapun terimalah...kita pun terfikir..betul kah dia ingat kat kita...kitapun beleklah lagi kad itu..tengok tandatanganpun cop cetak juga.. sahlah kad ini dihantar melalui setiausahanya.. kad tu pula bukan lekeh2...memang elok dan bernilai RM. Tapi nilai dari segi perasaan rasanya kurang... fasal apa jadi lagu tu... rasanya terlalu banyak kad kut yang hendak dihantar sampai tak larat untuk tandatangan dan tulis tangan... ah sesibuk manapn tulislah pi sikit seperti ini kad kad... Saudari Asri... Apa khabar? semoga sihat sejahtera... cukuplah itupun ..kemudian tandatangan ..Jadi kitapun tahu bahawa waktu dia nak bubuh dalam envelope tu .. dia ingat juga kat kita... Ini ada yang saya rasa pengirimpun tidak kenal penerima...Nanti kalau jumpa kat mana-mana penerima kenal pengirim dan ucap terima kasih.. pengirim pula hairan kenapa ucap terima kasih..Takkah haru namanya..
Awat terok sangatkah nak tulis sikit dan tandatangan.....kalau 200 ke 300 keping tu.. kalau diri ku tidak ada masalah bagi ku untuk tulis sendiri dan tandatangan sendiri. Bukannya terok sangat...dan kepada yang menerimanya nanti akan terasa nilainya sekeping kad raya. Jadi kalau pakai PA aje yang tolong urus dan kadpun kebanyakannya free aje.. syarikat atau jabatan yang tanggung lagilah tidak ada makna apa-apa kepada yang menerima....
So..tahun depan kalau ada peruntukan lebih nak buat kad raya..ubah pendekatan dan cara....jangan pakai cop standard saja...ambil sikit masa tulis dan tandatangan sendiri.. baru ada gaya dan kesan..tak gitu saudara-saudaraku
Oklah... waktu berbuka puasapun dah dekat..... elok saya berhenti dulu kat sini...nanti bila dia mai syeh dan nisannya...saya pagut lagi keyboard ni....
asriredha teratak kasih alor setar
27 July 2011
RIBA...RIBA...RIBA.... Halangan Kepada Kesejahteraan Dan Keberkatan
Catatan: Mohd Asri Redha
Insaniah, Alor Setar
Salam Sejahtera...
Insaniah, Alor Setar
Salam Sejahtera...
Sekali sekala dalam kesibukan kerja yang tidak berkesudahan kat opis elok juga saya lari sekejap dari rutin biasa ini.... Hari ini saya berkesempatan menghadiri Seminar Muaamalat dan Perbankan Islam Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di INSANIAH, Alor Setar. .. Menarik juga seminar ini, walaupun dari penyertaan orang awam agak kurang.
Betul juga cakap penceramah udangan yang dijemput bahawa bila cerita bab-bab muamalat dan perbankan Islam ini ianya agak kurang menarik dan diminati oleh orang Islam kerana mungkin mereka tidak terasa yang ianya ada kaitan secara langsung dengan diri mereka. Mereka lebih suka kalau bincang hal-hal berkaitan sembahyang, puasa, dan lain ibadat-ibadat biasa seolah-olah itu sahaja jalan untuk menuju ke Syurga.
Sebenarnya hal-hal muamalat ini juga merupakan satu perkara penting dalam Islam. Kita banyak buat dosa dalam bab-bab muamalat ini terutama hal-hal halal dan haram ini... Kalau kita tidak belajar kita tidak tahu dan akan berterusanlah kita kesilapan kita itu.
Saya sendiri dah mula terasa kesannya. Tau tapi tidak cuba untuk menghindari hal-hal trransaksi yang melibatkan riba... Dulu mungkin tidak ada pilihan tetapi sekarang sudah ada pilihan. Hal-hal riba inilah yang telah banyak menarik dan mengurangkan keberkatan hidup kita didunia ini dan menimbulkan banyak masalah-masalah yang tidak kita sedari akibat urusan yang melibatkan riba ini.
Penceramah undangan adalah seorang yang amat berpengalaman luas dalam bidang ini iaitu Dr Hj Zaharuddin Hj Abdul Rahman dari UIA. Tajuk ceramahnya adalah berkaitan Riba Dan Perbankan Islam. Elok sangatlah Jabatan Mufti Kedah anjurkan seminar ini sebagai usaha berterusan kerajaan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan memberi perhatian berat kepada urusan dan urusniaga yang halal dan meninggalkan urusan niaga yang tidak halal yang melibatkan riba.
Urusan niaga yang melibatkan riba yang berlegar dalam segenap aspek kehidupan kita seharian ini sebenarnya telah memberikan jiwa yang kacau dan hati yang tidak tenang tanpa kita sedari. Kadang-kadang kita hanya anggap yang berkaitan riba itu adalah urusan kewangan tetapi sebenarnya yang bukan duit ringgit pun adakalanya dianggap riba seperti yang dijelaskan oleh penceramah tersebut. Ini perlulah kita baca selalu dan mengikuti ceramah-ceramah agama yang berkaitan dengan muamalat dan perbankan Islam yang selalu juga diadakan. Jadi janganlah kita buat mudah isu-isu berkaitan riba ini. Saya sendiri sedang memikirkan langkah terbaik untuk mengurangkan berkenaan riba... tetapi kita banyak terlibat dengan beri riba bukan terima riba.. tetapi kata penceramah dosa kedua-duanya sama sahaja... Dok fikir tidak berkesudahan ini.. pinjaman rumah dengan bhg pinjaman perumahan dibuat dengan skim konvensional.... Kalau ada duit durian runtuh dari mana-mana nak kena selesai semua ini. Begitu juga kad kredit yang dok pakai la ni... Dok jaga tiap-tiap bulan kena bayar penuh.. jadi tidak adalah riba disitu. Tapi ASB dan ASN .. macam-macam pandangan ada.... tidak mahu saya berdiskusi isu itu disini.... ok.. cukup dulu...
besok pagi saya nak ke PICC ..di Putrajaya untuk menghadiri satu peristiwa penting yang melibatkan pentadbiran tanah... nanti saya akan coretkan http://semangatjatiptkm.blogspot.com/
asriredha
teratak kasih alor setar
04 July 2011
Itali dan Swiss Menggamit Datang
Catatan: Mohd Asri Redha
04.07.2011.... 12.00 t.mlm
Tunggu cerita lanjut saya nanti... sekarang waktu menaip ini saya berada di Air Port Changi, Singapura.. Sambil menunggu penerbangan lanjut ke Rome... Tengoklah nanti kalau dapat wi fi internet kat sana..bolehlah saya cerita pengalaman kat sana......Itali kata orang adalah negara yang glamour dengan jenama-jenama keluaran mereka yang terkenal. Kalau sebut buatan Itali sahaja tentunya tertanam produk yang dikeluarkan itu adalah bermutu tinggi dan berkualiti.. begitulah hebatnya jenama Itali yang sepatutnya kita perlu belajar bagaimana mereka mempopularkan produk mereka seanterio dunia bahawa produk mreka adalah terbaik.. Satu lagi ialah dunia bolasepaknya yang pernah mengungguli kejohonan bola sepak piala dunia dan mempunyai bintang-bintang bola sepak yang ternama.
9.00 pagi..5.7.11.. waktu Itali: Ok... sekarang saya berada di Rome.. baru saja sampai dan menginap di H10 Hotel..kira2 25 minit perjalanan dengan bas dari Roma Itali Air Port . . Memang meletihkan perjalanan selama lebih kurang 12 jam dari Cangi Air Port . Jarak dari Singapura ialah lebih kurang 6255 batu... perbedaan masa dengan Malaysia ialah 6 jam. Jadi kami sampai jam 1.26 tengahari waktu Malaysia iaitu 7.26 pagi waktu di Itali... Jadi sampai di Hotel kami breakfast sekali lagi.. Seperti biasalah duduk dinegeri orang nak dapat makanan halal memang masalah. Jadi makanlah apa yang patut seperti roti dan buahan yang ada.. Sebelah tray lagi tu banyak lah makanan yang haram kita makan
Okkk. dah nak pergi makan tengahari ni nanti.. saya sambung lagi bila ada peluang.. susah juga nak dapat wifi free kat sini..
Dibelakang saya ialah bangunan2 yg dikelilingi oleh air laut. Lorong2 ini menjadi tempat yang menarik untuk bersiar-siar dengan perahu gondola yang dikayuh dgn pendayung. Itulah keunikan Venice... |
Hari ini aktiviti adalah melawat St Peters Basilica Rome iaitu yang dianggap sebagai tempat suci bagi orang Kristian seluruh dunia. Memang ramai betul. Lawatan hanya diluar sahajalah .. takkan nak masuk kut.. Tapi 'queu' untuk masuk ke dalam memang panjang.. rasanya lebih 1 km panjang. Kita hanya pergi tengok sahajalah bukan ada niat apa-apa.. sekadar nak tengok apa yang hebat sangat dengan tempat ini. Ada hari-hari tertentu Pope Agung mereka akan keluar menjenguk ke serambi bangunan tersebut sambil melambai-lambai tanganya. Pada waktu-waktu begini memang ramai penganut fanatik kristian akan menunggu diluar sana untuk melihat paderi kesayangan mereka itu
Disinilah tempatnya yang dinamakan Trevi Fountain. Ramai sungguh pelawat datang.. mungkin nak tunai hajat atau nak minta berkat kut ikut ajaran depa |
Saya juga berkesempatan melawat Colosseum, juga di sekitar Roma ini .. kalau kita selalu menyaksikan filem-filem purba Rome maka disinilah tempatnya.. sudah musnah sebahagiannya tapi dijaga elok oleh pemerintahnya dan memang tidak sah melawat \Rome jika tidak melawat ke sini. Memang hebat binaannya.. terutama teknologi purba yang digunakan untuk membina stadium terawal ini. Menjadi kesukaan Maharajanya dan rakyat melihat manusia atau para gladiatornya bertarung sesama sendiri ditengah gelanggang Colosseum itu hingga mati dan ada kalanya rakyatnya yang bersalah dikehendaki bertarung dengan haiwan-haiwan ganas... dan akhirnya menjadi habuan binatangnya.. Maharaja dan rakyat akan bersorak kegembiraan... Satu tempat lagi yang menjadi tarikan pelawat ialah di 'Trevi Fountain'.. Memang hebatlah kalau dilihat ukiran dan bangunan yang penuh bersejarah ini... namun heran juga sampai sesak kawasan disitu seolah-olah macam pesta. Ada yang membaling duit didalam kolam air terjun buatan itu seolah-olah macam memohon sesuatu. Memang hebat tarikan tempat ini dan kita boleh lihat pelbagai ragam dan jenis manusia disini. Laku sungguh kedai-kedai cenderamata. Harga nampak macam murah tapi bila di tukar ke RM... ayo-ayo banyak mahal.... 1 Euro lebih kurang RM4.00. Air mineral 1 liter sahaja Euro 1.
| Stadium Collosseum .. |
Keistimewaan bandar Rome ini ialah ianya penuh dengan tinggalan sejarah lama . Semua bangunannya memang menarik kerana dibuat dengan begitu teliti dan ukiran-ukiran yang mempunyai makna tersendiri dan dijaga oleh pemerentah dengan baik. Sebab itu tidak hairanlah Bandar Roma ini diiktiraf oleh UNESCO sebagai World Historical HeritageBandar ini menjadi lebih terkenal bila banyak penerbit filem telah memilemkan kisah-kisah kepahlawanan orang Rome ini dalam pelbagai tajuk dan tema filem mereka hingga ianya menjadi begitu menarik dan membikin orang untuk datang melihat sendiri apa sebenarnya ada di Roma ini. Terdapat beratus-ratus muzium di sini yang menonjolkan pelbagai budaya, sosial dan warisan orang Itali . Kalau hendak melawat ke semuanya memang tidak cukup setakat lawatan singkat sebegini. Kata orang citarasa orang Itali ini adalah tinggi.... mereka sentiasa menjaga imej diri dan penampilan serta perwatakan. Namun rasanya tak kut .. adalah sikit-sikit tapi taklah seperti mana yang kita tengok kat TV tu.. Bandarnya tidaklah elok sangat.. jalan sempit dan melalui lorong-lorong bangunan lama yang sempit. Kesesakan memang berlaku.. tapi di Roma ini banyak rakyatnya pakai skuter.. macam-macam skuter ada , tapi yang popularnya ialah Vespa .. Jenama mereka kalau tidak silap saya. Kebersihan tidaklah elok sangat..masih banyak sampah dibuang merata tempat sesuka hati... Kalau di KL barang-barang berjenama Itali diletak ditempat yang hebat dan di pusat membeli belah yang eksklusif.. tapi di Itali n.. jenama2 terkenal yang yang pernah saya dengar hanya dijual dikedai-kedai biasa aje dan tak nampak eksklusif pun....
Ok.. cukup dulu cerita hari ini. .. besok saya akan melawat PiSA... kalau kita bisa dengan Menara Condong Pisa.. maka disinilah tempatnya.. teruja nak tengok ni .macam mana keadaannya..
Hari ke 3, saya bersama rombongan ke Pisa untuk melawat Menara Condong Pisa yang terkenal itu. Perjalanan dengan bas melalui lebuh raya sejauh lebih 350 km dari Rome agak membosankan tapi melihat kepada keindahan kawasan-kawasan perkampungan dan ladang ladang bunga matahari, ladang jagung, ladang gandum dan ternakan lembu dan sekali sekali melintasi bandar-bandar sepanjang perjalanan sedikit sebanyak menghilangkan kebosanan. Memang canggih teknik pertanian yang digunakan dan penggunaan tanah secara maksima.
Memang condong sungguh.. sekali pandang boleh terbalik bangunan tersebut. |
Hari seterusnya kami bermalam di Bandar Prato. Sebelum itu rombongan kami sempat melawat Bandar Florence. Bandar yang penuh dengan bangunan-bangunan lama yang bersejarah dan berukiran .. Itulah kehebatan orang Itali ini.. memang mereka amat mementingkan ketelitian dan kesenian dalam hal-hal pembinaan bangunan-bangunan. Banyak kedai-kedai yang menjual barangan berjenama Itali yang terkenal disini… Namun yang saya pelik sikit ialah diserata tempat dan dinding bangunan seindah manapun akan pasti terjumpa contengan cat-cat yang membawa maksud-maksud tertentu yang saya sendiri tidak faham.. perbuatan ini seolah-olah direstui pula…. Mungkin melepaskan perasaan kut atau memang hobi mereka macam tu..
Tidak sah kalau melawat Itali tidak pergi ke Venice. Dah lama dengar cerita kehebatan Venice ini sejak belajar sejarah Eropah masa di sekolah menengah lagi. Inilah peluang untuk melihat tempat yang dikatakan amat menarik ini apatahlah lagi dengan deretan bangunan-bangunan lama yang dibina di atas air laut. . Agaknya macammana jadinya kalau datang ombak tsunami….Sebelum ini saya bermatian-matian menyangkakan Bandar Venice ini terletak disebelah daratan. Rupanya ianya terletak di pulau dimana rombongan terpaksa menaiki feri dari daratan ke Pulau Venie Piazzale Roma. Memang unit tempat ini dengan bangunan-bangunan yang kelihatan antic dan warna yang pelbagai. Terlalu ramai pelancung yang datang ke sini. Aktiviti ekonomi memang rancak..ada pusat membeli belah dan aktiviti air menikmati sungai nya dengan mengayuh perahu gondola.. Di sini juga terdapat gereja-gereja yang begitu besar yang mungkin merupakan tarikan utama bagi orang Kristian datang ke sini.
| 'Shopping' di Milan. |
Kota Raya Milan terletak kira-kira 300 km dari Kota Venice. Kota ini amat terkenal dengan jenama-jenama popular dan ternama untuk kegunaan harian seperti pakaian, beg tangan, alat solek, minyak wangi dan sebagainya. Siapa yang tidak kenal ‘ feragamo’ , Vouiss Luitton, Bally, Bvlgari dan sebagainya. Semuanya ada dipamer dan dijual disini.. Saya hanya tengok dan lalu begitu sahajalah.. Barang berjenama tentunya harganya juga mahal.. Tapi kalau dibandingkan dengan di Malaysia.. rasanya lebih murah lagilah di Milan ini. Jadi kalau nak beli .. beli sajalah jangan dok kira sangat harganya… bukan boleh selalu datang disini.. Nanti kalau orang tanya beli 'kat' mana beg tangan tu.. bolehlah kata beli 'kat' Itali.. Kalau dari Itali orang tahu barangannya bermutu dan berkualiti.. begitulah orang kata..pandai sungguh orang Itali promo produk mereka keserata dunia.
Keretapi inilah yang akan bawa saya naik ke kemuncak gunung itu. Nampak salji kat kemuncak gunung itu. udaranya sungguh nyaman sekali. |
Perjalanan menuju ke Swiss adalah perjalanan yang sungguh mengujakan. Selepas sahaja 'cruise' ditasik Como yang terletak berhampiran sempadan negara Swiss rombongan bertolak ke negara Swiss dan tempat tuju ialah di Interlaken Switzerland. Jaraknya melebihi 250 km. Mudah sahaja masuk ke negara yang terkenal kebebasan kewangan dimana banyak hartawan seluruh dunia membuka akaun bank di sini..perjalanan memang tidak membosankan. Tidak ada apa-apa pemeriksaanpun oleh Kastam dan Imigresennya.. Keindahan negara Swiss ini bagi saya memang tidak ada tolok bandingnya.. semua kawasan adalah macam resort.. cantik, bersih, nyaman dan damai. Perjalanan melalui berpuluh-puluh terowong dan yang terpanjang ialah lebih 25 km dengan diselang selikan dengan tasik-tasik yang membiru dengan berlatarbelakangkan gunung yang menghijau indah dan diselangseli pula gunung-gunung yang puncaknya diselaputi salji.. sungguh mengasyikkan. Nantilah saya akan ceritakan lagi akan tempat ini kerana esoknya saya akan naik kereta api untuk ke kemuncak tertinggi gunung di sini dan katanya suhunya teramatlah sejuk... tunggu ya.. kalau saya boleh dapat wifi kat situ saya akan tulis lagi......
Switzerland terkenal dengan sejarah pengeluaran jam-jam ternama seperti Swatch, Rolex, Certina, Titoni dan berpuluh jenama jam. Dimerata tempat dan kedai, jam-jam tangan ini dipromosikan dengan begitu hebat sekali.. dan sudah tentunya promo jenama mereka adalah terbaik sekali. Harganya biasalah memang ada yang terlalu mahal dan ada juga murah… pandai-pandailah pilih untuk beli yang mana berkenan.
Sebenarnya terdapat banyak tempat menarik yang sesuai dilawati terutama untuk melihat keindahan dan kecantikan alam semulajadinya. Di wilayah Jungfrau Swiss saya telah melawat The Aletsch Glacier..iatu glasier ais yang terpanjang dipergunungan Alps . Glasiar ini telah diiktiraf oleh Unesco sebagai salah satu daripada Taman Warisan Dunia. Untuk sampai ke kemuncaknya iaitu Jungfraujoch Top Of Europe setinggi 3454 meter pengunjung akan menaiki keretapi elektrik dan disambung pula dengan lif ke kemuncak. Di sini kesejukan yang teramat sangat hingga paras beku. Dikemuncak ini saya dapat melihat glasiar terpanjang itu yang sudah kekal lama beribu tahun dahulu.. Dalam perjalanan pulang sempat menikmati jamuan tengahari di Kleine Scheidegg yang terletak dilembah 2 gunung yang tinggi pada paras 2061 meter.
Pihak berkuasa Swiss sungguh bijak mengeksploitasikan keindahan alam semulajadinya untuk tujuan pelancungan dan mereka menyelenggara setiap kawasan pelancungan mereka dengan begitu baik. Namun pada saya tempat-tempat pelancungan dinegara-negara Eropah ini kurang dilawati oleh orang Asia biasa ini kerana kos hidupnya terlalu tinggi.. Bagi orang-orang biasa macam saya ini, rasanya memang tidak berkemampuan untuk datang sendiri melancung, lebih baik melawat negara-negara yang kos hidupnya lebih kurang dengan negara kita seperti Cina, Vietnam, Indonesia, India dan sebagainya.
Jadi nampaknya pengembaraan kali menjadi amat menarik dengan perjalanan yang pelbagai melalui udara dengan kapalterbang, melalui laut dengan menaiki feri dan bot sampan, melalui atas udara dengan menaiki kereta kabel, melalui darat dengan menaiki bas dan menaiki keretapi elektrik. Di Switzerland dan Itali ini saya rasa sistem pengangkutan awam mereka adalah boleh dikatakan baik dan bersistematik. Jalan keretapi elektrik dan tram ada dimana saja yang menjadi tumpuan awam. Basnya yang panjang sungguh memudahkan pergerakan wargakotanya menjalankan urusan harian masing-masing. Di Itali lebih banyak menggunakan motorsikal skuter berbanding kereta, manakala di Swiss warga kotanya lebih suka menggunakan basikal saja untuk bersiar-siar dikota dan pergi ketempat kerja.
Apakah ini boleh kita laksanakan di Malaysia.. Mungkin perancangan secara lebih menyeluruh dan komprehensif perlu dirancangkan secara lebih drastic terutama perancangan jalan dan mengubah minda masyarakat kita supaya berfikir kearah lebih mesra alam sikit supaya jangan dipandang hina dan lekeh kalau seseorang itu pergi kerja menaiki basikal dan bermotosikal… apatah lagi kalau yang menunggang itu adalah pegawai atasan. Bagi saya tidak ada masalah kalau pergi kerja dengan basikal atau bermotosikal. Malahan ke pejabat dengan bermotosikal sudahpun saya amalkan sekali sekala sejak dulu lagi bila waktu-waktu yang sesuai. Disamping disiplin yang tinggi perlu ada pada setiap pengguna jalan raya.
Begitu juga dengan kebijaksanaan pemerentah mereka mengeksploitasi sepenuhnya sumber keindahan alam semulajadinya dan warisan sejarah tamadun negara mereka untuk tujuan pelancungan. Saya rasa sektor pelancongan mereka saja menyumbangkan berbilion Euro kepada mereka dengan kedatangan pelancongan yang datang begitu ramai sepanjang yang saya lihat dalam lawatan ini. Di negara kita masih banyak lagi alam semulajadi yang tidak kita eksploitasi sepenuhnya bagi menarik pelancung dan promosi yang kreatif.
Saya rasa pengalaman melawat negara berkenaan amat berguna sekali kepada saya yang tidak pernah melawat negara-negara Eropah ini. Kata orang perak sikit.. tak apalah 'perak' pun 'perak' lah. Terima kasih yang teramat sangat kepada Kerajaan Negeri yang membenarkan lawatan ini. Sudah lebih 26 tahun saya bekerja inilah satu-satunya lawatan kerja yang saya rasa amat berharga dan berguna pada diri saya. Saya amat menghargainya…
Dari lawatan ini barulah saya rasai sendiri akan perbedaan yang begitu nyata dengan negara kita dalam pelbagai aspek.. Melihat kepada disiplin diri mereka, mematuhi arahan-arahan pihak berkuasa mereka, mementingkan kualiti , menghormati orang, mementingkan kebersihan dan keindahan maka tidak hairanlah negara mereka boleh menjadi negara maju. Kehidupan mereka memang mewah . Nilai matawang mereka memang tinggi. Tamaddun mereka juga lebih awal sejak berkurun lamanya. Pokok pangkal kepada perubahan-perubahan yang mereka kecapi ini ialah terletak kepada sikap dan watak setiap individu rakyatnya. Walaupun mereka bukan Islam tetapi saya kagum dengan tahap kesedaran mereka yang tinggi dalam pelbagai aspek.
Melihat kepada penggunaan tanah mereka sahaja saya sudah merasakan memang hebat. Tidak ada penerokaan haram tanah-tanah yang luas terbentang itu. Rumah-rumah mereka walau selekeh manapun sebahagian besarnya mesti ada lanskap yang elok dan bersih, dan ada bunga-bungaan lagi. Amat jarang terjumpa gerai-gerai tepi jalan yang menyakitkan mata memandang dan pengotor seperti yang terdapat disebahagian tempat di negara kita..
Semua rakyat kena patuh setiap arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Amat jauh sekali dengan ‘attitude’ dan cara orang kita menghormati undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Undang-undang yang ada dinegara kita sebenarnya lebih dari mencukupi… Sebab itulah kita gagal membentuk sebahagian kecil rakyat kita yang benar-benar menghormati undang-undang dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, mementingkan kebersihan, keindahan atau kecantikan, menghormati perasaan orang lain dan sebagainya.Perbandingan yang kemukakan ini bukanlah bermaksud tidak ada orang seperti itu tapi amat kurang sekali.. Kalau adapun tenggelam begitu sahaja. Perbandingan yang saya buat ini juga bukannya bermaksud tidak ada yang baik pada masyarakat kita, banyak juga yang amat baik, dan bukannya tidak ada yang tidak baik pada orang Eropah seperti kebebasan seks dan moral mereka. Namun tidak salah rasanya kalau kita mengambil perkara-perkara yang baik yang ada pada mereka untuk kita tiru asalkan tidak bertentangan dengan agama.
Inilah cabaran besar yang perlu dihadapi oleh pegawai-pegawai kerajaan seperti saya dalam menguruskan sumber manusia. Lawatan ini memberi lebih semangat pada saya untuk meningkatkan lagi usaha kearah memperkasakan lagi negeri Kedah DA melalui usaha-usaha kreatif dan proaktif di jabatan yang saya terajui sekadar kudrat dan kemampuan yang ada.
Ok , ‘ sindore sindori’ jumpa lagi …ni mula dok teringat fasal kerja pula ni… dah ‘release tension’ .. masa dok taip ‘part’ terakhir ini saya dalam perjalanan pulang dari Zurich ke Singapura. ‘Boring’ duduk lama sangat sampai lebih 11 jam.. Tapi saya berpeluang menaiki kapal terbang penumpang yang terbesar dan terbaharu sekali Boeing A380-800 2 tingkat kepunyaan SIA yang boleh memuatkan 471 penumpang dan boleh ditingkatkan kepada 800 penumpang melalui pengubahsuaian dalaman. Bayangkanlah nak angkat pesawat ini berapa banyak kuasa jet yang perlu digunakan… satu ciptaan manusia yang amat mengkagumkan….
Switzerland terkenal dengan sejarah pengeluaran jam-jam ternama seperti Swatch, Rolex, Certina, Titoni dan berpuluh jenama jam. Dimerata tempat dan kedai, jam-jam tangan ini dipromosikan dengan begitu hebat sekali.. dan sudah tentunya promo jenama mereka adalah terbaik sekali. Harganya biasalah memang ada yang terlalu mahal dan ada juga murah… pandai-pandailah pilih untuk beli yang mana berkenan.
Dalam keretapi elektrik puncak tetinggi melihat GlasiarTerpanjang di The Aletsch Glacier Jungfraujoch Top Of Europe 3454 meter tinggi. |
Pihak berkuasa Swiss sungguh bijak mengeksploitasikan keindahan alam semulajadinya untuk tujuan pelancungan dan mereka menyelenggara setiap kawasan pelancungan mereka dengan begitu baik. Namun pada saya tempat-tempat pelancungan dinegara-negara Eropah ini kurang dilawati oleh orang Asia biasa ini kerana kos hidupnya terlalu tinggi.. Bagi orang-orang biasa macam saya ini, rasanya memang tidak berkemampuan untuk datang sendiri melancung, lebih baik melawat negara-negara yang kos hidupnya lebih kurang dengan negara kita seperti Cina, Vietnam, Indonesia, India dan sebagainya.
Jadi nampaknya pengembaraan kali menjadi amat menarik dengan perjalanan yang pelbagai melalui udara dengan kapalterbang, melalui laut dengan menaiki feri dan bot sampan, melalui atas udara dengan menaiki kereta kabel, melalui darat dengan menaiki bas dan menaiki keretapi elektrik. Di Switzerland dan Itali ini saya rasa sistem pengangkutan awam mereka adalah boleh dikatakan baik dan bersistematik. Jalan keretapi elektrik dan tram ada dimana saja yang menjadi tumpuan awam. Basnya yang panjang sungguh memudahkan pergerakan wargakotanya menjalankan urusan harian masing-masing. Di Itali lebih banyak menggunakan motorsikal skuter berbanding kereta, manakala di Swiss warga kotanya lebih suka menggunakan basikal saja untuk bersiar-siar dikota dan pergi ketempat kerja.
Kenderaan penjaja spt ini ada di merata tempat . Alangkah bagusnya kalau semua penjaja kecil kita buat macam ni. taklah mereka tinggalkan segala peralatan mereka disitu. |
Begitu juga dengan kebijaksanaan pemerentah mereka mengeksploitasi sepenuhnya sumber keindahan alam semulajadinya dan warisan sejarah tamadun negara mereka untuk tujuan pelancungan. Saya rasa sektor pelancongan mereka saja menyumbangkan berbilion Euro kepada mereka dengan kedatangan pelancongan yang datang begitu ramai sepanjang yang saya lihat dalam lawatan ini. Di negara kita masih banyak lagi alam semulajadi yang tidak kita eksploitasi sepenuhnya bagi menarik pelancung dan promosi yang kreatif.
| Mendaki sedikit utk sampai ke kemuncak Mount Titlis. Lihat lah pemandangan dibelakang.. |
Dari lawatan ini barulah saya rasai sendiri akan perbedaan yang begitu nyata dengan negara kita dalam pelbagai aspek.. Melihat kepada disiplin diri mereka, mematuhi arahan-arahan pihak berkuasa mereka, mementingkan kualiti , menghormati orang, mementingkan kebersihan dan keindahan maka tidak hairanlah negara mereka boleh menjadi negara maju. Kehidupan mereka memang mewah . Nilai matawang mereka memang tinggi. Tamaddun mereka juga lebih awal sejak berkurun lamanya. Pokok pangkal kepada perubahan-perubahan yang mereka kecapi ini ialah terletak kepada sikap dan watak setiap individu rakyatnya. Walaupun mereka bukan Islam tetapi saya kagum dengan tahap kesedaran mereka yang tinggi dalam pelbagai aspek.
| Sepanjang perjalanan dari Prato Itali ke Swiss macam ni lah keadaannya... sungguh mengasyikkan... |
Semua rakyat kena patuh setiap arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Amat jauh sekali dengan ‘attitude’ dan cara orang kita menghormati undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Undang-undang yang ada dinegara kita sebenarnya lebih dari mencukupi… Sebab itulah kita gagal membentuk sebahagian kecil rakyat kita yang benar-benar menghormati undang-undang dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, mementingkan kebersihan, keindahan atau kecantikan, menghormati perasaan orang lain dan sebagainya.Perbandingan yang kemukakan ini bukanlah bermaksud tidak ada orang seperti itu tapi amat kurang sekali.. Kalau adapun tenggelam begitu sahaja. Perbandingan yang saya buat ini juga bukannya bermaksud tidak ada yang baik pada masyarakat kita, banyak juga yang amat baik, dan bukannya tidak ada yang tidak baik pada orang Eropah seperti kebebasan seks dan moral mereka. Namun tidak salah rasanya kalau kita mengambil perkara-perkara yang baik yang ada pada mereka untuk kita tiru asalkan tidak bertentangan dengan agama.
Inilah cabaran besar yang perlu dihadapi oleh pegawai-pegawai kerajaan seperti saya dalam menguruskan sumber manusia. Lawatan ini memberi lebih semangat pada saya untuk meningkatkan lagi usaha kearah memperkasakan lagi negeri Kedah DA melalui usaha-usaha kreatif dan proaktif di jabatan yang saya terajui sekadar kudrat dan kemampuan yang ada.
Ok , ‘ sindore sindori’ jumpa lagi …ni mula dok teringat fasal kerja pula ni… dah ‘release tension’ .. masa dok taip ‘part’ terakhir ini saya dalam perjalanan pulang dari Zurich ke Singapura. ‘Boring’ duduk lama sangat sampai lebih 11 jam.. Tapi saya berpeluang menaiki kapal terbang penumpang yang terbesar dan terbaharu sekali Boeing A380-800 2 tingkat kepunyaan SIA yang boleh memuatkan 471 penumpang dan boleh ditingkatkan kepada 800 penumpang melalui pengubahsuaian dalaman. Bayangkanlah nak angkat pesawat ini berapa banyak kuasa jet yang perlu digunakan… satu ciptaan manusia yang amat mengkagumkan….
ok..itu saja kali nanti saya coret lagi.... boleh layari gambar-gambar pengembaraan saya ini dalam facebook saya ... klik saja di sini: http://www.facebook.com/asredha?sk=photos
asriredha
teratak kasih alor setar
01 July 2011
PERHIMPUNAN "BERSIH" YANG TIDAK BERSIH...
Klik saja di bawah dan anda akan dapat baca pandangan saya dalam hal ini......
http://beritakcs.blogspot.com/2011/06/bersihkah-bersih.html
asriredha teratak kasih alor setar
http://beritakcs.blogspot.com/2011/06/bersihkah-bersih.html
asriredha teratak kasih alor setar
03 June 2011
http://semangatjatiptkm.blogspot.com/2011/05/salah-siapa.html
Sambungan isu roboh binaan kekal oleh MPSPK ... klik saja tajuk
asriredha
teratak kasih alor setar
asriredha
teratak kasih alor setar
http://beritakcs.blogspot.com/2011/05/wajarkah-seorang-penjawat-awam-di.html
klik saja... kes roboh bangunan kekal atas rizab jalan utama oleh MPSPK
24 May 2011
Wajarkah seorang Menteri membuat tuduhan seperti ini..
Kadang-kadang saya amat sedih, bila terlalu taksub sangat marah kat negeri Kedah dibawah kerajaan Pakatan Rakyat maka ada Menteri yang sanggup membuat tuduhan yang melulu tanpa usul periksa duduk perkara sebenarnya. Benda yang tidak pasti tidak sepatutnya dibuat kenyataan kerana beliau seorang Menteri.. Cakapannya perlu ada fakta.. bukan boleh dok bercakap macam orang politik cakap... Beliau sendiri mengaku belum menerima laporan terperinci dari JKR.. hanya dapat maklumat dari orang politik yang kehabisan modal. Maknanya tuduhannya adalah fitnahlah semata-mata.
Habis tu kalau dah tidak dapat laporan terperinci yang dok kalut nak buat kajian mekanisma baru agihan duit penyelenggaraan jalan tu kenapa... jangan samakan semua negeri pembangkang sama saja perangainya .. kenalah gunakan akal budi yang ada...... janganlah dok rangkum semua sekali.
Saya tak nampak kat mana JKR negeri guna duit penyelenggaraan jalan JKR untuk bina jalan-jalan kampong. Kalau PBT bina ada. Yang lain banyak dibina oleh Pejabat Pembangunan Negeri Kedah. Saya sendiri pernah terlibat secara langsung buat jalan2 Kg masa BN perintah dulu.. Saya rasa takkanlah JKR sebegitu tak reti sangat nak guna duit penyelenggaran jalan untuk buat jalan-jalan kampong... Takkanlah dia tidak tahu kegunaan wang yang diperuntukkan.....
Tapi pada saya kalau buat jalan kampong apa salahnya kerana yang nak guna tu orang kampong kita juga... tidak kira apa parti yang mereka anuti.. tak rugi apa pun....
asriredha
teratak kasih
alor setar

06 May 2011
CUKAI TANAH ......WAJARKAH DIPOLITIKKAN
Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak kesal dan terkilan dengan keputusan tersebut kerana kerajaan negeri seolah-olah tidak menghargai segala pengorbanan UUM yang menyumbang ke arah pembangunan akademik dan sosioekonomi setempat.
Namun pihaknya tiada pilihan selain menjelaskan bayaran dan jika boleh, ia dibuat secara ansuran.
“Kami terpaksa membayar jumlah itu sebab ini sudah kali kedua ditolak selepas 2009 dan kita tidak bercadang nak merayu lagi dalam tempoh terdekat.
“Nak rayu apa kalau kepada orang yang sama, tapi kalau tukar kerajaan mungkin kita akan rayu,’’ katanya.
KOMEN ASRI REDHA
Terpanggil saya untuk turut serta dalam polemik berkenaan isu cukai tanah ini.... di atas adalah keratan akhbar pada hari ini... 'comfirm' dah Kerajaan Negeri tidak akan pertimbangkan tuntutan mengurangkan cukai tanah yang ditetapkan...sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam pentadbiran tanah negeri Kedah, saya rasa wajar untuk memberikan sedikit pandangan berhubung isu ini.
Tidak timbul kerajaan negeri tidak menghargai peranan UUM di Kedah... Ini soal cukai tanah .. adalah tidak kena mengena langsung.... .. Hubungan kerajaan negeri dengan lain-lain agensi kerajaan persekutuan berkenaan dengan cukai tanah ini tidak timbul langsung isu patut ka atau tidak patut bayar tanah. Malahan setahu saya KPTG sentiasa berhubung rapat dengan PTG Kedah supaya cepat-cepat hantar tuntutan cukai tanah bagi tanah kerajaan persekutuan yang ada hakmilik di Kedah bagi membolehkan cukai tanah dibayar segera. Kadarnyapun bukannya semurah yang dikenakan kepada UUM hanya RM0.30 sahaja. Sedangkan tanah-tanah berhakmilik atas nama KPTG dikenakan cukai tanah RM0.55 semeter persegi... Sudah berpuluh juta Kerajaan Persekutuan bayar cukai tanah pada Kerajaan Negeri yang boleh diibaratkan pemberian bapa kepada anak saja... Tidak timbul apa-apa masalahpun .. Malahan UITM Merbok sendiri bayar cukai tanah lebih tinggi kadar nya dari UUM dan bayar awal pula tu... Awat 'sengkek' sangat ka UUM ni. Tanah adalah bidang kuasa negeri, jadi terpulancglah pada kerajaan negeri untuk mengenakan cukai sebagai sumber pendapatannya. Kerajaan negeripun tidak pernah kacaupun kuasa kerajaan persekutuan seperti menaikkan tol, cukai jalan, naik harga minyak, naikkan cukai itu dan ini... sebab sama-sama memahami kuasa-kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan.
Bagi penjawat awam persekutuan dan negeri yang memahami tanggungjawab membayar cukai insitusi yang mereka terajui maka mereka laksanakanlah tanpa apa-apa persoalan. Masukkan dalam bajet tahunan.. dan bayar.. selesai masalah.. lagipun bukan bayar kepada sapapun kepada kerajaan juga... yang mana duit itupun nanti akan digunakan untuk rakyat juga.. bukannya nak bermewah-mewahpun macam sektor korporat..
Untuk makluman GLC kerajaan negeri pun bayar cukai tanah ikut jenis kegunaan tanah kalau depa ada tanah yang diberi milik. Begitu juga PBT yang juga institusi paling rapat dengan kerajaan negeri yang juga paling banyak membantu kerajaan negeri berbanding dengan UUM masih juga dikenakan bayar cukai tanah kepada kerajaan negeri kalau ada tanah yang dikeluarkan geran kepada mereka. Ikut harga pasaran pula tu... Kalau ikut pilih kasih.. lebih baik PBT, PKNK, dll GLC tak payah bayar cukai tanah.
Sepatutnya UUM memahami akan masalah negeri Kedah ini.. Bukannya mereka tidak tahu...Kerajaan negeri tidak banyak sumber kewangan yang boleh diperolehi. Hanya cukai tanah sahaja sumber terbesar kerajaan negeri. Nak harapkan sumber hutan .. macam-macam tekanan diberikan oleh kerajaan Persekutuan melalui peruntukan undang-undang yang yang tidak membolehkan kerajaan negeri menggunakan hasil mahsulnya dengan sebebas-bebasnya. Namun kerajaan negeri tidaklah bertindakbalas sedemikian rupa hingga menjejaskan hubungan antara kerajaan persekutuan dengan negeri. Itu kerja budak2.
Sebagai sebuah Universiti yang mempunyai pakar dalam pelbagai bidang , takkanlah hal-hal seperti ini tidak dimasukkan dalam perancangan mereka.. Toksah dok buat malu kat student dan rakyat .. UUM TIDAK CUKUP DUIT ... TERPAKSA BAYAR ANSURAN.... .. Awatlah jadi lagu tu... Bayar sahajalah Dato' Prof ... Takkan nak pi mengadu lagi kut kat Perdana Menteri pula kut.. Nanti PM tidak tahu cerita sebenar .. buat kenyataan lain pula.... perkara-perkara seperti ini tidak sepatutnya dibawa keperingkat menteri pun... Ini seolah-olah menunjukkan NC ni tidak berkemampuan untuk memimpin sebuah universiti.. Segala-galanya hendak dipolitikkan.....
UUM ada pakar dalam pelbagai disiplin ilmu.. takkan perkara remeh seperti ini hendak diperbesar-besarkan.. Takkanlah tidak boleh membuat perancangan menyeluruh untuk jangkamasa pendek dan panjang. Samalah dengan perancangan pembangunan ... sepertimana persediaan infrastruktur dalam sistem pepaipan air dalam kampus. Patutnya dirancang bersesuaian dengan peningkatan mendadak warga kampusnya yang telah tersasar jauh berbanding jangkaan awalnya. Bila bangkit isu ini.. UUM nak berniaga pula bekal air bersih kepada Kerajaan Negeri... Nak bayar cukai tanahpun tidak cukup duit nak berniaga pula yang kosnya bukan murah... Perkara ini sebenarnya ada penyelesaiannya. .. tapi itupun hendak dijadikan isu politik.. Pelik sungguh saya rasa VC ini .. Mungkin dia orang politik kut... Sudahlah.. tumpukan kepada kecemerlangan akademik UUM dulu... yang khabarnya semakin menurun disebabkan proses kemasukan pelajarnya yang terlalu mudah ...

19 April 2011
Course On High Impact Leadership
Legend Hotel, KL
18.04.2010
Catatan : Mohd Asri Redha
Sambil menghirup teh cina yang disediakan dalam bilik suite hotel Legend ini , teringat pula dah agak lama juga tidak tengok blog ini.. Sebenarnya saya dapat duduk dalam bilik executive Suite ini adalah secara kebetulan saja, dimana tempahan hotel yang saya buat utk bilik biasa, telah tidak direkodkan oleh hotel sedangkan saya telah buat 'booking' awal dan bawa LO lagi sebagai pengesahan saya memang tempah bilik kat hotel tersebut. Oleh kerana bilik hotel sudah penuh maka yang ada hanya bilik suite ini aje maka diberilah juga pada saya dengan kadar harga bilik biasa seperti yang saya tempah. Jadi dapat merasalah juga duduk 2 malam di bilik yang dikatakan satu malam harga sewa biliknya lebih RM850.00. Ada tiga ruang dalam suite ini iaitu bilik tamu, bilik tidur dan bilik dapor. Memang luas dan selesa sekali.
Oh ya..Saya baru sahaja habis ikuti 'Course On High Impact Leadership' yang diadakana selama 2 hari dari 17 - 18.04.2011 di Bilik Redang PWTC. Kursus ini khas diadakan untuk Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha kerajaan meningkatkan kemahiran kepimpinan pegawai dalam menerajui organisasi masing-masing dengan lebih berkesan.
Menarik juga kursus ini kerana penceramah dan panel yang dijemput adalah orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Antara yang dijemput memberi ceramah ialah Ybhg Dato Seri Hj Abu Kassim Bin Mohamed ..Ketua Pesuruhjaya SPRM yang memberi ceramah berkaitan kepentingan tadbir urus korporat dan sudah tentu hal-hal berkaitan integriti diselit sama. Kesilapan dalam mengurus organisasi dan ketidak telusan serta isu integriti memberi kesan negatif yang amat besar kepada negara. Sedih dan geram juga ada bila penceramah membangkitkan tentang kerugian yang amat menggerunkan kepada negara dan rakyat negara ini disebabkan tidak ada kejujuran dalam menjalankan tugas. Kerana rasuah yang hanya diperolehi tidak seberapa oleh segelintir yang banyak dikalangan yang mempunyai kuasa, negara kehilangan berbilion-bilion Ringgit Malaysia, dan menggayakan sebahagian kecil yang gemar memberi rasuah... Teruskanlah SPRM dalam menangani gejala rasuah walaupun banyak menghadapi halangan-halangan kerana jika dibiarkan berleluasa boleh jahanam negeri dan negara kita ini..... Kadang-kadang orang yang memperjuangkan rasuah juga akan makan rasuah.. dah banyak dah kita tengok dan lihat. Orang-orang seperti ini2 ada 2 karekter yang amat berlainan sekali.
Amat tertarik dengan ceramah yang diberikan oleh Datuk Prof Dr. Sheikh Omar b. Abdul Rahman..Pengarah Bahagian Perancangan Korporat, Uni Putra Malaysia. Saya kagum dengan beliau kerana ketinggian ilmunya. Walaupun beliau dalam bidang PerubatanVeterinar tetapi beliau boleh bercakap dalam pelbagai disiplin ilmu. Sebab itu tidak rugi rasanya mendengar ceramah beliau ini dimana pelbagai tajuk berkenan 'Leadership' di beri penjelasan yang teliti dan dalam suasana penyampaian yang menghiburkan. Diselitkan lagi dengan ayat-ayat Al Quran bagi menguatkan lagi hujah dan teorinya. Banyaklah teknik dan panduan yang diberikan dalam menjadi seorang 'Leadership' yang berkesan, bagaimana untuk memimpin organisasi dengan berkesan, membangunkan kecemerlangan organisasi dan sebagainya.
Pada satu sessi Prof ini telah memberi panduan yang amat berguna kepada peserta kursus ini terutama dalam 'Life Journey' . kena enjoy kehidupan kita. Dalam perjalanan kehidupan manusiaa Allah telah menduga hambanya dalam dua keadaan. Iaitu dugaan KESENANGAN dan dugaaan KESUSAHAN. Bagaimankah kita hendak menghadapi dugaan kesusahan yang diberikan oleh Allah SWT. Katanya kalau kita REDHA dan SABAR dengan ini Insya Allah...akan ada jalan penyelesaiannya. kalau tidak maka sampai akhir hayat kita akan berada dalam keadaan tidak 'enjoy' dengan kehidupan ini. Dugaan kesenangan tidak bermakna seseorang itu enjoy dengan kehidupannya. Tidak akan senang hidup seseorang itu jika ia tidak BERSYUKUR dengan kesenangannya. Tidak bermakna kesenangan itu jika apa yang diperolehinya tidak dimanafaatkan sepenuhnya untuk diri dan orang disekelilingnya. Kalau ini dapat kita lakukan Insya Allah barulah kita mendapat sebenar-benar kenikmatan didunia dan diakhirat nanti.
Beberapa kenyataan yang menarik:..
Leadership Is About Growing Others
All Leaders Are Solution Providers
If You Don't Know Where You are Going, ..Any Road Will Take You There
Kamu Buat Apa Yang Sepatutnya Kamu Tidak Buat...Kenapa
Kamu Tidak Buat Apa Yang Sepatutnya Kamu Buat..Kenapa
Kamu Buat Apa Yang Sepatutnya Kamu Buat Tapi Kamu Buat Tidak Berkualiti... kenapa
Ok... ketemu lagi.. saya sudah mahu pulang ni....

22 March 2011
bakat pdl4 Videos - Pakistan Tube - Watch Free Videos Online
bakat pdl4 Videos - Pakistan Tube - Watch Free Videos Online
APA DAH JADI PENGAYUH PERAHU KCS
Klik kat bawah ni
http://beritakcs.blogspot.com/2011/03/apa-dah-jadi.html
APA DAH JADI PENGAYUH PERAHU KCS
Klik kat bawah ni
http://beritakcs.blogspot.com/2011/03/apa-dah-jadi.html
Vietnam ....menggamit pelancong.
22 Mac 2011
Tan Son Nhat International Air Port ,
Vietnam
Catatan: Mohd Asri Redha
Sebenarnya saya bersama rombongan lawatan sambil belajar Majlis Daerah Sik ke Vietnam selama 4 hari bermula dari 18 hingga 21 Mac 2011. Terima kasih kepada Majlis Daerah Sik erana masih menjemput saya mengikuti rombongan ini walaupun sudah tidak berkhidmat lagi sebagai Ahli Majlis Daerah Sik.memang dah lama dok mengidam sangat nak pi lawat Vietnam yang terkenal dengan Peperangan Amerika yang mengorbankan banyak nyawa dan kemusnahan harga benda. Amerika Syarikat yang begitu canggih dengan segala kelengkapan tentera akhirnya kecundang dengan perjuangan semangat rakyat Vietnam. ini.
Vietnam sekarang sudah amat jauh berbeda. Pakar ekonomi meramalkan Vietnam akan menjadi kuasa ekonomi yang disegani di Asia ini. Dengan penduduknya melebihi lebih 50 juta orang dan di bandar Ho Chi Minh sahaja lebih 8 juta penduduk, memang tidak dapat dinafikan ramalan tersebut menjadi kenyataan.
Banyak tempat menarik telah dibawa melawat. Antara tempat yang menjadi tarikan kepada pelancung ialah melawat Chu Chi Tunnel. Rangkaian terowong bawah tanah yang dibina awal tahun 1940 an telah ditambah panjangkan lagi oleh Gerila Viet Cong sepanjang Perang Amerika-Vietnam. Jarak perjalanannya lebih kurang 70 km dari Kota Saigon. Terowong yang dibina dengan sebegitu rupa adalah merupakan kebanggaan rakyat Vietnam menentang penjajah Amerika. Di dalam terowong ini telah disediakan segala kemudahan untuk 'survival' masa perang dan juga melancarkan serangan hendap terhadap musuh. Terowong ini memang unik dan begitu panjang hingga berpuluh-puluh km bersimpang sior dibawah tanah. Saya cuba masuk tapi sekerat sahaja terpaksa undur balik..naik seram pula takut tidak boleh keluar. Anehnya ada setengah-setengah tempat terowong itu hanya muat untuk seorang yang berat badannya hanya 40 kg sahaja. Tentera Amerika kecundang untuk menembusi kawasan ini dan banyak tenteranya terkorban di daerah Cu Chi ini.
Tidak sah rasanya kalau datang ke Vietnam tidak tengok kesan-kesan peninggalan Peperangan Amerika Vietnam. Tempat paling sesuai ialah melawat 'War Remnants Museum' Di sini segalanya ditunjukkan dengan jelas akan perjuangan rakyat Vietnam menentang Amerika. Bagaimana kesan-kesan peperangan yang menyebabkan banyak rakyat Vietnam merana sepanjang hidup akibat penggunaan senjata-senjata kimia yang digunakan oleh Amerika akibat kegagalan mereka menentang tentera Vietcong secara adil.
Kami juga dibawa menyusuri Sungai Mekong yang dulunya hanya dipelajari dlm subjek Geographi..Hari ini menjadi kenyataan. Sungai ini yang terpanjang di Vietnam dan luas sekali. Ianya banyak mempengaruhi kehidupan sosial dan ekonomi penduduk Vietnam sejak sekian lama. Sehingga kini ia masih menjadi jalan pengangkutan utama. Tidak banyak tempat menarik disepanjang sungai ini. Kami dibawa menyusuri sungai ini dengan bot panjang dan singgah di pulau-pulau yang ada. Di sebuah pulau aktiviti diatur berjalan kaki ke tempat industri kecil dan kraftangan mereka , masuk ke perkampungan mereka menaiki kereta kuda padi, menikmati buahan tempatan seperti di Malaysia juga, mendengar lagu dan alat muzik klasik mereka serta menyusuri sungai nipah dengan menaiki sampan. Suasananya sama seperti di Malaysia cuma menariknya ialah semua aktiviti ini dijadikan dalam satu pakej pelancungan yang disusun sebegitu rupa dan sentiasa menerima kedatangan pelancung berterusan dari seluruh negara. Ini boleh dijadikan contoh yang menarik untuk diikuti.
Saya dapat merasakan sebahagian ahli rombongan yang datang ke sini ialah untuk membeli belah. Dengan nilai RM yang lebih tinggi dan barangannya yang jauh lebih murah menjadi tarikan utama dan kegilaan pelancung yang datang ke Vietnam. Jadi tidak hairanlah kalau ada setengah pelancung datang kembali melawat Vietnam ini. Hari pertama lawatan sudah dibawa melawat pasar malam sekitar hotel penginapan. Hotel disini 3 atau 4 bintang.. kira ok juga. cuma breakfast agak masalah kerana ia bercampur dengan makanan tidak halal. Kena berhati-hati memilih makanan yang sesuai. Untuk mendapatkan makanan yang halal disini tidak ada masalah kerana banyak restoran-restoran yang menyediakan makanan halal yang diiktiraf badan yang berkuasa di sini. Difahamkan disini terdapat lebih 15 masjid. Ini menunjukkan ramai juga rakyatnya yang beragama di negara komunis. Sebahagian besarnya penduduknya tidak ada agama..
Tempat yang menjadi tumpuan rombongan ialah di Ben Than Market. Di sini...macam-macam ada dari barangan kraftangan, kain baju, malahan kain telekong dan segala macam barangan ada dijual disini. Peniaganya pula ada yang boleh berbahasa Melayu dan boleh terima RM dan USD selain Dong Vietnam..mesra pula tu. Harganya gila-gila..murah sungguh kalau dibandingkan dengan di Malaysia.Kena pandai tawar sungguh-sungguh. Kebanyakan ahli rombongan akan pergi balik ke market ini keesokannya kerana tidak puas berbelanja di situ. Tidak hairanlah datang sebuah beg balik jadi dua atau tiga beg.
Sepanjang 4 hari berada di sini saya lihat banyak keunikan di sini yang sukar dilihat di negara kita. Kereta persendirian amat kurang di kota raya. Motosikal menjadi pengangkutan utama. berjuta motosikal berkeliaran di jalan dan lorong kota raya ini. Mungkin harga kereta terlalu mahal dan tidak banyak orangkaya di sini atau mungkin kerajaannya mengenakan sekatan memandangkan negara ini negara komunis dimana semua sama rata dan tidak ada yang terlalu kaya..dimana-mana sahaja ada motosikal dan perkhidmatan parking motosikal berbayar sudah menjadi kebiasaan. Kalau ada keretapun susah juga kerana kemudahan parking motokar tidak banyak dan jalan dan lorong-lorong kecil sahaja. Oleh itu tidak ada 'traffin jam' di kota raya ini walaupun penduduknya lebih 8 juta orang. Sepanjang berada di kota raya sekalipun tidak terjumpa kemalangan motosikal.. Ini yang uniknya berbanding di Malaysia, kemalangan motosikal lebih tinggi.
Kebanyakan rumah kediaman dan ruang niaga rakyatnya adalah kecil sahaja. Kebanyakan lebar rumah antara 15 kaki ke 20 kaki sahaja. memang kecil sungguh. Mungkin ini polisi kerajaannya yang berkehendakkan semua rakyatnya mempunyai rumah.. Jarang terjumpa rumah-rumah yang mewah-mewah. Dalam perjalanan ke Cu Chi Tunnel melalui perkampongan orang2 Vietnam saya melihat satu keanehan juga iaitu kubur mereka atas tanah masing-masing...Kubur itu letak ditengah-tengah bendang mereka tiap keluarga ada kubur sendiri.. Jadi senanglah kalau gitu....tak payah dok gaduh nak sedia tapak kubur lagi... tapi rasanya budaya dan agama kita tidak sesuai langsung.. banyak masalah dan implikasinya nanti,
Oklah kedengarannya penumpang untuk ke KLIA telah dipanggil masuk ke kapal terbang...Jadi terpaksalah
saya stop kat sini dulu...tengoklah nanti kalau dapat apa-apa maklumat baru saya akan tambah lagi.. Gambar yang saya masuk kat sini menggambarkan segala-galanya..
'Heng Gap Lai'
Selamat Berjumpa lagi.
Teratak Kasih
Alor Setar
Tan Son Nhat International Air Port ,
Vietnam
Catatan: Mohd Asri Redha
Saya dihdpn bngunan War Remnants Museum..Diluarnya dipenuhi dgn meriam, kereta kebal, jet pejuang & helikopter yg ditinggalkan oleh te ntera Amerika Syarikat yg tidak sem- pat dimusnahkan. |
Salam sejahtera ..ketemu lagi dalam blog saya. Lama tidak menulis.. Hari ini ada masa terluang bolehlah pagut huruf-huruf kat keyboard ini menjadi perkataan dan ayat yang boleh difahami oleh kalian. Saya sebenarnya sedang menunggu kapalterbang di airport ini untuk berangkat pulang ke KLIA Malaysia. Air port ini hanya 7 km sahaja dari kotaraya Ho Chin Minh yang dulunya dikenali sebagai Saigon. Sambil pekena kopi robusta yang enak rasanya di kafe airport rasa segar sikit badan dan minda..bolehlah menulis disini kerana ada wifi percuma kat airport ni...Oh ya Vietnam adalah pengeluar kopi kedua terbesar di dunia selepas negara Brazil. Jadi kalau mai ke Vietnam mesti rasa kopi mereka yang bermacam-macam rasa dan bawa balik kopi sebagai bahan buah tangan.
Sebenarnya saya bersama rombongan lawatan sambil belajar Majlis Daerah Sik ke Vietnam selama 4 hari bermula dari 18 hingga 21 Mac 2011. Terima kasih kepada Majlis Daerah Sik erana masih menjemput saya mengikuti rombongan ini walaupun sudah tidak berkhidmat lagi sebagai Ahli Majlis Daerah Sik.memang dah lama dok mengidam sangat nak pi lawat Vietnam yang terkenal dengan Peperangan Amerika yang mengorbankan banyak nyawa dan kemusnahan harga benda. Amerika Syarikat yang begitu canggih dengan segala kelengkapan tentera akhirnya kecundang dengan perjuangan semangat rakyat Vietnam. ini.
Setiap hari di kota raya ini beginilah motosikal dimana-mana. Anehnya tak pula mereka berlaga sesama mereka |
Banyak tempat menarik telah dibawa melawat. Antara tempat yang menjadi tarikan kepada pelancung ialah melawat Chu Chi Tunnel. Rangkaian terowong bawah tanah yang dibina awal tahun 1940 an telah ditambah panjangkan lagi oleh Gerila Viet Cong sepanjang Perang Amerika-Vietnam. Jarak perjalanannya lebih kurang 70 km dari Kota Saigon. Terowong yang dibina dengan sebegitu rupa adalah merupakan kebanggaan rakyat Vietnam menentang penjajah Amerika. Di dalam terowong ini telah disediakan segala kemudahan untuk 'survival' masa perang dan juga melancarkan serangan hendap terhadap musuh. Terowong ini memang unik dan begitu panjang hingga berpuluh-puluh km bersimpang sior dibawah tanah. Saya cuba masuk tapi sekerat sahaja terpaksa undur balik..naik seram pula takut tidak boleh keluar. Anehnya ada setengah-setengah tempat terowong itu hanya muat untuk seorang yang berat badannya hanya 40 kg sahaja. Tentera Amerika kecundang untuk menembusi kawasan ini dan banyak tenteranya terkorban di daerah Cu Chi ini.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul..... Untuk hidup dikota raya yang padat dengan penduduk ini mereka sangg- up berbuat apa sahaja hatta sisa ma- kananpun boleh dibuat duit |
Menyusuri sungai dan singgah di sebuah pulau ditengah-tengah Sungai Mekong. Disinilah aktivia secara pakej diadakan |
Saya dapat merasakan sebahagian ahli rombongan yang datang ke sini ialah untuk membeli belah. Dengan nilai RM yang lebih tinggi dan barangannya yang jauh lebih murah menjadi tarikan utama dan kegilaan pelancung yang datang ke Vietnam. Jadi tidak hairanlah kalau ada setengah pelancung datang kembali melawat Vietnam ini. Hari pertama lawatan sudah dibawa melawat pasar malam sekitar hotel penginapan. Hotel disini 3 atau 4 bintang.. kira ok juga. cuma breakfast agak masalah kerana ia bercampur dengan makanan tidak halal. Kena berhati-hati memilih makanan yang sesuai. Untuk mendapatkan makanan yang halal disini tidak ada masalah kerana banyak restoran-restoran yang menyediakan makanan halal yang diiktiraf badan yang berkuasa di sini. Difahamkan disini terdapat lebih 15 masjid. Ini menunjukkan ramai juga rakyatnya yang beragama di negara komunis. Sebahagian besarnya penduduknya tidak ada agama..
Penulis bergambar dengan tentera Vietcong di kubu Cu Chi Tunnel |
Sepanjang 4 hari berada di sini saya lihat banyak keunikan di sini yang sukar dilihat di negara kita. Kereta persendirian amat kurang di kota raya. Motosikal menjadi pengangkutan utama. berjuta motosikal berkeliaran di jalan dan lorong kota raya ini. Mungkin harga kereta terlalu mahal dan tidak banyak orangkaya di sini atau mungkin kerajaannya mengenakan sekatan memandangkan negara ini negara komunis dimana semua sama rata dan tidak ada yang terlalu kaya..dimana-mana sahaja ada motosikal dan perkhidmatan parking motosikal berbayar sudah menjadi kebiasaan. Kalau ada keretapun susah juga kerana kemudahan parking motokar tidak banyak dan jalan dan lorong-lorong kecil sahaja. Oleh itu tidak ada 'traffin jam' di kota raya ini walaupun penduduknya lebih 8 juta orang. Sepanjang berada di kota raya sekalipun tidak terjumpa kemalangan motosikal.. Ini yang uniknya berbanding di Malaysia, kemalangan motosikal lebih tinggi.
Kebanyakan rumah kediaman dan ruang niaga rakyatnya adalah kecil sahaja. Kebanyakan lebar rumah antara 15 kaki ke 20 kaki sahaja. memang kecil sungguh. Mungkin ini polisi kerajaannya yang berkehendakkan semua rakyatnya mempunyai rumah.. Jarang terjumpa rumah-rumah yang mewah-mewah. Dalam perjalanan ke Cu Chi Tunnel melalui perkampongan orang2 Vietnam saya melihat satu keanehan juga iaitu kubur mereka atas tanah masing-masing...Kubur itu letak ditengah-tengah bendang mereka tiap keluarga ada kubur sendiri.. Jadi senanglah kalau gitu....tak payah dok gaduh nak sedia tapak kubur lagi... tapi rasanya budaya dan agama kita tidak sesuai langsung.. banyak masalah dan implikasinya nanti,
Oklah kedengarannya penumpang untuk ke KLIA telah dipanggil masuk ke kapal terbang...Jadi terpaksalah
saya stop kat sini dulu...tengoklah nanti kalau dapat apa-apa maklumat baru saya akan tambah lagi.. Gambar yang saya masuk kat sini menggambarkan segala-galanya..
'Heng Gap Lai'
Selamat Berjumpa lagi.
Teratak Kasih
Alor Setar
12 March 2011
PenuliSan SuraT RasMi
Berminat untuk tau pengalaman saya dalam penulisan surat-surat rasmi...mungkin berguna utk kerja seharian..... klik di bawah ini
http://semangatjatiptkm.blogspot.com/2011/03/semangat-jati-ptkm-penulisan-surat_11.html
selamat membaca..
asriredha
teratak kasih alor setar
11 Mac 2011
http://semangatjatiptkm.blogspot.com/2011/03/semangat-jati-ptkm-penulisan-surat_11.html
selamat membaca..
asriredha
teratak kasih alor setar
11 Mac 2011
22 December 2010
15 December 2010
NIKMAT KESIHATAN .........hindari kemurungan
24.01.2011
Sungai Petani..
Mohd Asri Redha
Fakta: 1:5 rakyat Malaysia berisiko jadi gila. Tahun 2009, seramai 26,186 kes masalaah mental mendapatkan rawatan mental di hospital. 14.4 peratus golongan muda berumur 16 - 19 tahun mengalami masalah mental. Kesihatan Mental lebih kepada hubungan dan komunikasi yang membabitkan tahap keyakinan diri seseorang serta ada peluang sembuh dengan hanya berjumpa pakar kaunseling Kalau lambat dirawat lebih 2 minggu menghadapi tekanan berterusan berisiko mendapat penyakit mental...
Saya amat berminat dengan kisah hidup seorang wartawan yang ada kolumnya sendiri di akhbar dimana beliau mengalami penyakit yang begitu kronik tapi ketabahan beliau menghadapi dugaan Tuhan ini amat menarik minat saya untuk mengikuti cerita-cerita berkenaan penyakitnya dan bagaimana beliau berhadapan..Beliau ialah oooooo .....
Sakit boleh dikategorikan oleh dua jenis. Pertama Sakit Fizikal...dan kedua Sakit Mental. Yang pertama kalau dapat trace penyakit..boleh cari penawarnya manakala yang kedua ni susah sikit kerana penyakit yang berkaitan otak dan pemikiran....asalnya ialah dari 'stress' . Mengawal stress ini memerlukan panduan dan pengetahuan bagaimana untuk atasinya melalui tingkah laku kita seharian. Kadang-kadang stress yang kita hadapi yang kita rasa amat sukar untuk diubati boleh hilang dalam sekelip mata sahaja bila sesuatu yang terlalu kita fikirkan selesai. Kemurungan yang kita alami boleh menjadi kegembiraan dalam sekelip mata.
Mengikut jangkaan Kementerian Kesihatan menjelang 2020 salah satu gangguan mental iaitu kemurungan dijangka akan menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung. Mengikut rekod kementerian juga pada tahun 2010 sebanyak 400,227 pesakit mental telah menjalani rawatan di hospital. Iaitu ianya meningkat sebanyak 15.6 % dari tahun2 sebelumnya. Ini satu angka yang menggerunkan jika dikaji dari segi kesan-kesannya kepada masyarakat. Kajian Dr Sabitha Marican menyatakan mereka yang menghadapi masalah stress ini dikaitkan dengan masalah kekeluargaan dan ketidakpuasan ditempat kerja
Jadi apa itu penyakit kemurungan atau tekanan perasaan...Ini yang saya rasa amat berminat untuk memperkatakan...Penyakit ini juga pernah berlaku pada saya beberapa kali...Jadi sedikit sebanyak saya tahu kenapa ia terjadi, dan cara mengatasinya bergantung kepada kekuatan jiwa dan fizikal kita menghadapinya. Kadang-kadang saya sendiri gagal mengatasinya dan mengambil masa yang lama untuk memulihkannya. Berapa banyak orang yang tidak gembira hidup didunia ini...ada yang lebih suka kehidupannya didunia yang fana ini berakhir dengan segera kerana masalah-masalah yang dihadapinya yang gagal ditangani dengan sebaiknya..
Jadi jangan kita buat main-main dengan masalah kemurungan dan tekanan perasaan ini...'Stress' yang ringan memang perlu kepada kita...Adanya stress ringan ianya akan mendorong kita untuk membuat sesuatu dengan lebih baik. Kita akan berusaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita akan berusaha untuk mencari sesuatu cara dan pendekatan untuk mengatasinya...Ini akan menggalakkan inovasi, kerajinan, kreativiti, keramahan, kelebihan berusaha dan sebagainya yang membawa kebaikan kepada diri kita , keluarga kita, masyarakat kita, negeri kita dan negara kita. Oleh itu jangan bimbang kalau ada sikit-sikit 'stress' dalam diri kita.
Saya rasa semua orang mengalaminya cuma tahap tingkat kemurungan itu berbeda. Ada setengah orang itu kemurungan atau tekanan perasaannya terlalu tinggi hinggakan mereka boleh berfikir untuk membunuh diri merupakan jalan paling baik untuk menamatkan beban yang tidak tertanggung. Jadi jangan hairan kalau kita dapati banyak orang membunuh diri atas faktor-faktor menghadapi masalah-masalah kesihatan, kewangan yang pada pandangan mereka sudah tidak ada lagi jalan penyelesaiannya. Kita sebagai orang Islam..jangan terbawa-bawa dengan cara sebegitu..amat dilarang sama sekali oleh agama kita.
Macam mana kita nak tahu yang kita menghadapi stress atau kemurungan...Saya sendiri pada waktu-waktu terjadi stress memang tidak tahu bahawa sebenarnya apa yang dialami itu ialah stress hinggalah bila kita bertemu doktor dan menbaca artikel-artikel berkenaan stress barulah diketahui bahawa itu adalah stress.
Sebab itu pada peringkat awal selalu rasa sakit perut, perut berangin, jantung berdenyut kencang tanpa sebab, letih tidak bermaya, bernafas tidak puas dan penat, bila mandi rasa sejuk amat sangat hingga menggeletar, makan tidak lalu malahan kalau dalam bulan puasa pun rasanya boleh berpuasa tanpa makan 2 atau tiga hari, sakit urat, tidor tidak nyenyak dan kerap bermimpi dan terjaga tengah malam dan kadang seperti rasa di 'tindih hantu' (sedar tapi tidak boleh gerak badan)
Bila ini berlaku kitapun pergilah jumpa doktor suruh tengok penyakit kita kut2 ada sakit jantung ka, darah tinggi, sakit perut atau lain-lain penyakit biasa yang ada. Saya sendiri berhabis banyak juga RM pi ECG, periksa darah, jumpa bomoh, jumpa dr homoepati dan sebagainya.. Keputusannya tidak ada penyakit fizikal apapun... so apa sebenarnya... maka itulah yang kita dikatakan menghadapi penyakit tekanan perasaan yang agak terok .....hingga sampai kepada peringkat 'kemurungan'
Bila kita murung segala-galanya rasa tidak bermakna dalam hidup ini tengok anak isteri rasa sayu amat sangat Hubungan suami isteri tidak sehebat seperti sebelumnya ...nampak diri elok saja tapi fikiran dan hati bercelaru...macam-macam benda mai dalam fikiran untuk diminta fikirkan. Kadang-kadang fikir yang bukan-bukan. Perkara yang belum berlaku lagi pun difikirkan dan disedihkan dulu lebih awal...memang pelik bagi sesiapa yang tidak pernah merasainya. Jantung sentiasa berdegup cepat hingga t idak senang duduk. Selalunya kalau kita buat 'exercise' barulah jantung kita berdenyut cepat.. tapi ini duduk saja2 jantung mengepam dengan cepat.. Sebab itulah kalau ikut kata doktor kalau stress ini dibiarkan tanpa rawatan segera pada akhirnya ia akan membawa kepada penyakit-penyakit fizikal lain seperti sakit jantung, penyakit darah tinggi, sengal-sengal badan, sakit tulang belakang dan pinggang dan sebagainya.
Bila datang kemurungan dan kita tahu puncanya pula contohnya dari sebab tekanan dan bebanan ditempat kerja ..maka pada waktu itu kita rasa sanggup berhenti kerja yang sedemikian dan sanggup buat kerja-kerja yang hanya guna tenaga fizikal sahaja dari kerja yang menggunakan akal fikiran....semata-mata untuk tidak mahu lagi memikirkan hal-hal bebanan ditempat kerja..sampai begitu sekali... kalau hiris isi badan dengan pisau boleh menghilangkan kemurungan dan dari memikirkan perkara-perkara yang bukan-bukan saya rasa sanggup berbuat demikian. Sakit begitu boleh dihadapi lagi berbanding sakit fikiran...Sebab itu kita jangan hairan kalau manusia yang menghadapi kemurungan dan tekanan perasaan yang melampau sanggup mencederakan diri dan paling tragik sanggup membunuh diri....jadi fikirkanlah ....berapa banyak orang yang tidak seronok hidup didunia yang fana ini...
Saya sendiri antara sebab saya menjadi 'stress' ialah hanya berkisar di tempat kerja saja dan ada berkenaan kesihatan diri..Ada tempat-tempat kerja yang kita tidak stress langsung dan ada tempat-tempat yang kita kadang-kadang menghadapi stess yang amat sangat. Saya percaya dikalangan kakitangan dan anakbuah saya sendiri banyak yang menghadapi 'kemurungan' cuma kadang-kadang tanda kemurungan itu jarang dapat dikesan cuma yang empunya diri sahaja yang mengetahuinya. Sebab itu saya sedia berkongsi mag salah dengan anak-anak buah yang seperti itu dan pakat-pakat cuba menyelesaikannya dimana yang boleh...sebab saya sendiri bisa mengalaminya dan saya tahu betapa berat diri menanggung beban tersebut. Kadang-kadang stress itu datang bila kita kekurangan ilmu dan pengalaman. Sebab itu stress yang saya hadapi kerap berlaku pada waktu-waktu awal bekerja dulu....sekrang ni kalau berlaku stress pun sekadar stress yang sederhana saja...biasalah berlaku sekali sekali...ya lah ..kadang-kadang pelanggan kita yang tidak puas hati masuk bilik..cerita masalah dan kalau dia dah geram terus tumbok meja dan mengeluarkan perkataan-perkataan tidak sewajarnya..tentunya saya terasa dan terfikirkannya...itu satu..kemudian datang isu dan masalah lain pula ...dan seterusnya... jadi kalau macam-macam masalah datang bertimpa-timpa nak minta saya selesaikan.. maka mana boleh tahan....Penyelesaian tu kadang-kadang agak sukar untk dibuat dengan isu-isu perundangan dan peraturan yang ada yang menghalangnya, disamping masalah yang berbangkit itu adalah kecuaian anak-anak buah dan pegawai-pegawai yang terdahulu disamping dokumen2 untuk rujukan telah hilang entah ke mana...bila keputusan tidak boleh dibuat maka tiada penyelesaian dan kesannya kepada orang awam yang terbabit akan tidak berpuashati.....
Selepas ini saya nak cerita macamana untuk kita mengatasi masalah ini..yang ini saya tidak berapa arif sangat kerana saya sendiri kadang-kadang gagal mengatasi sepenuhnya..tidak tahulah fasal apa...kadang-kadang kalau terlalu mahu yang terbaik sangat dalam setiap usaha kita... maka itu yang membuat kita rasa tertekan sangat hingga t erbawa-bawa dalam kehidupan seharian...apatah lagi apa yang kita hendak tidak berlaku seperti yang dihajati ...nanti saya cerita
Ok..saya terpaksa berhenti dulu.. tak boleh mengadap skrin komputer lama-lama kerana ada masalah mata...nanti bila mai idea lagi saya sambung tulis lagi..ok kita jumpa lagi
Hotel De Art
Shah Alam..09.02.2011
Hari ini saya ada kat hotel ini kat Shah Alam...kerana besok bersama isteri menghadiri Majlis Mini Konvo. Anak di UM yang akan melanjutkan study di Jepun..Jadi ada masa sikit untuk tulis-tulis kat blog ini yang tidak sempat saya habiskan....
Ok berbalik kepada cara nak atasi kemurungan ni..sebenarnya hanya pakar sahaja berhak memberikan nasihat dan caranya...macam saya ni silap2 haribulan boleh jadi makin teruk pula.. Tapi tak apalah..saya hanya sekadar beri pandangan panduan berasaskan kepada pengalaman yang cetek ini.
Paling mudah kalau stress atau kemurungan itu berlaku disebabkan oleh tekanan ditempat kerja ialah ..tukar pekerjaan itu atau cari kerja lain...Tentunya sukar kalau nak cari kerja lain..bukan senang nak cari kerja baru dalam keadaan persaingan yang begitu hebat ini. Saya sendiri biasa berlaku stress yang amat sangat pada awal bekerja hinggakan akhirnya saya terpaksa menulis surat kepada ketua pentadbiran saya iaitu SUK waktu itu mohon ditukarkan tempat kerja dan jawatan lain yang bersesuaian. Walaupun terpaksa merendah diri dan mengakui kekurangan diri serta sanggup menghadapi situasi disenarai hitamkan oleh pentadbiran, saya telah sanggup melakukannya atas faktor sudah tidak tahan lagi menghadapi tekanan tersebut..
Alhamdulillah walaupun saya terpaksa berhadapan dengan SUK didalam bilik yang saya tidak pernah masuk dan pada waktu itu masih lagi dalam percubaan dan dikata bermacam-macam. SUK dulu memang orang takut dan segan nak jumpa...terutama bagi pegawai baru macam saya..naik gerun tengok..tak macam la ni..pegawai-pegawai muda tidak kisahpun jumpa dengan SUK..apatahlagi kalau dengan ketua jabatan mereka. Tapi SUK pada masa itu walaupun nampak gerun dan hebat tapi masih lagi seorang yang bertimbang rasa.
Akhirnya saya ditukarkan ke Pejabat Tanah Kubang Pasu sebagai Penolong Pentadbir Tanah. Di sana saya tidak menghampakan harapan SUK. saya telah bekerja dengan sepenuh hati semata-mata untuk membuktikan yang saya memang boleh buat kerja....Sehingga sekarang bos saya tersebut menjadi kawan baik saya walaupun telah bersara lama dah...Sampai sekarang beliau masih mengenali dan mengingati saya disebabkan kes saya dijemput berjumpanya kira-kira 22 tahun yang lalu...Katanya hanya saya seorang sahaja yang sanggup buat surat sebegitu dan menceritakan masalah peribadi kepadanya secara berterus terang... Sehingga kini saya amat hormat kepada beliau kerana beliau tidak terus menghentam pegawainya malahan beliau cuba selesai masalah anak buahnya dengan kuasa yang beliau ada. Bila bertukarnya saya dari jawatan sebelum ini, secara tidak sedar saya rasa hilang segala bebanan yang amat tidak tertanggung itu...keadaan kembali ceria dan kehidupan bertambah semangat semula.
Untuk 'stress' yang sederhana dan tidak melampau memadai dengan cara kita kembali kepada ajaran agama kita. Sembahyang jangan tinggal. Selepas sembahyang wirid dan berzikirlah bagi panjang sikit dan berdoalah dengan sepenuh hati....selalunya kalau orang yang menghadapi stress ini kalau dia ikut cara ajaran Islam.. dia akan selamat dunia akhirat. Sembahyang kita akan makin bertambah khusuk...Jangan kita lari dari ajaran agama kita. Selalunya orang yang dalam kemurungan dan stress tidak boleh tidor lelap disebabkan terfikir perkara-perkara yang kita tidak mahu fikir dan selalu terjaga ditengah malam...maka gagahkan diri ambil air sembahyang dan sembahyang sunat Tahajjud.. Kalau sebelum ini jarang sangat membaca Al Quran..inilah waktunya kita mempertingkatkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran...semuanya ini akan memberi ketenangan kepada kita. Waktu kita stress kadang-kadang kita tidak lalu makan..pengalaman saya memang tidak selera langsung untuk menjamah makanan...maka ambil kesempatan itu untuk kita berpuasa sunat...kan bagus tu..
Bila kita dalam keadaan kemurungan..kita perlukan orang untuk kita meluahkan perasaan atau untuk bersembang-sembang dan bercerita.. maka carilah sahabat-sahabat yang boleh dipercayai untuk kita sembang-sembang dan cerita hal-hal keluarga yang menyeronokkan. ...fasal anak-anak, fasal kejayaan anak-anak..fasal hobi.. fasal macam-macam yang baik2.
Banyakkan berziarah kaum keluarga dan sahabat-sahabat. Ini sedikit sebanyak akan menghilangkan bebanan tekanan perasaan yang ditanggung. Jangan duduk terperap di rumah membiarkan bebanan itu bertambah berat. Banyak bercampur dengan kawan dan sebaiknya sembahyang waktu pergilah ke surau atau masjid berdekatan...jadi bila ditempat-tempat seperti ini kita rasa tenang dan aman sedikit, kerana kita tahu Allah SWT ada melindungi kita...
Pada waktu-waktu seperti ini sokongan suami atau isteri amat penting....jangan pula bila suami dalam keadaan emosi terganggu maka isteri pun terikut-ikut sama..begitu juga sebaliknya... berilah sokongan dan bantu dimana perlu untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh suami atau isteri. Jangan pula menambahkan lagi bebanan tekanan dengan hal-hal keluarga dirumah...kadang-kadang rumahtangga porak peranda boleh berlaku bila salah seorangnya menghadapi 'stress' yang teruk... yang seorang lagi pula tidak memahami akan situasi dan menambahkan lagi dengan masalah-masalah dalam rumah tangga... itulah jadinya kecelaruan itu.
Saya biasa juga jumpa doktor bila hadapi 'stress' tapi kaunseling biasa sajalah dan kadang-kdang diberi ubat....ubat ini bila dimakan kita akan rasa lali sikit....hilanglah rasa tekanan.. kita tidak sangat fikir yang bukan-bukan..tapi bila dos ubat itu habis...dia mai fikir balik dalam otak kita... Tapi saya dapat petua kalau rasa ada stress.. saya makan Vitamin B kompleks .. Dengan makan vitamin ini kadar penyerapan oksigan lebih tinggi...jadi kuranglah sikit degupan jantung yang tidak fasal-fasal berdegup lebih. Selalunya kalau dalam kemurangan dan stess kita akan rasa penat dan bernafas tidak puas. Ini kerana kandungan oksigen yang kita sedut tidak sampai tahap yang diperlukan disebabkan masalah-masalah dalam badan kita yang terlalu kompleks ini bila ada 'stress' . Otak kita akan tafsir macam-macam isyarat pelik dan dihantar ke seluruh badan kita ....itu sebab kita rasa lemah badan..jantung mengepam cepat, bernafas tidak puas, tidor tidak lena, mandi rasa sejuk sangat, tidak lalu makan, kembong perut, nafsu seks turun dengan ketara dan macam-macam lagi yang nampak macam kita ada penyakit-penyakit fizikal yang kritikal...tapi sebenarnya semua itu dia datang dari stress yang kita alami.......
Ok saya mahu berhenti dulu....disini.. dah letih ..dari pagi tadi memandu dari AS ke Shah Alam tanpa henti...
jumpa lagi..
😁💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪😁
Sekadar bacaan tambahan..
asriredha teratak kasih alor setar
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- Barcelona (3)
- berita dari sik (8)
- diari harian (19)
- german (1)
- Haji 2017 (1)
- Istanbul dan Bursa (1)
- ITB Berlin (2)
- jeju panorama (1)
- KCS (1)
- kewangan (1)
- komen dan pandangan (17)
- kursus (5)
- lawak (3)
- lawatan (5)
- lawatan aceh (1)
- lawatan shanghai (1)
- maklumat (5)
- marris (1)
- merdeka (1)
- muhamad al fateh (1)
- pamd (1)
- panduan (6)
- pendapat (13)
- perbendaharaan (1)
- personal (1)
- politik (2)
- rencana (4)
- riadah (8)
- sambut birthday (1)
- serambi mekah (1)
- sibu (1)
- smart city (1)
- speks (1)
- sprm (1)
- stadium (1)
- tahniah (2)
- tautan kasih (1)
- ulasan (4)
- umrah (1)
- vacation (16)